Biong - rase tak sehat

Salam ,

puncak biong

Setelah 14 tahun bersama OGKL, kali ini saya dipilih oleh tuan presiden untuk menjadi ketua ekspedisi ke Gunung Biong di Sauk jajahan Kuala Kangsar, Perak. Cabaran nya adalah menyediakan costing, serta mencari peserta yang sedikit tegar kerana Gunung Biong bukan biasa-biasa.

Ada peserta yang menarik diri 2 minggu dan sehari sebelum, serta ada yang tanya boleh daypack ke.

Ada juga yg terpaksa ditolak kerana fizikal tidak mengizinkan kerana trek kami ini adalah menaik sahaja.

Kami berkumpul di LRT Gombak mcm biasa. Selepas jam 11 kami bergerak menuju ke Petron Kuala Kangsar. Sekitar pukul 4 pagi peserta berikut nya dari Machang Kelantan Northahar Nawi tiba dengan menaiki bas melalui laluan grik ini. 

Selepas solat subuh, barang ration diatur untuk dipikul oleh semua peserta seramai 15 orang termasuk pengerusi Saudara Zulfadli Husni dan setiausaha Muhammad Alif Mu'adz Amrus.

Kami bergerak ke Kampung Ngor yang terletak di kiri selepas simpang di Sauk. Pukul 8.40 pagi kami bergerak dalam 15 minit menuju ke pintu rimba selepas untuk perjalanan terus menaik setinggi 600 meter. 

Menuju ke check point pertama pada pukul 10.30 pagi, seperti kata guide Muhamad Nizar@Ferhad, akan ada yang krem dan tekaan beliau tepat.

Seorang lagi guide Muhamad Ainol Azlif Azman menyatakan gunung ini hanya berjiwa kental sahaja yang mampu menyerap tekanan menaik. Kami tiba di check point 2 pukul 12.30 untuk makan tengahari 

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke puncak Mandi Angin sekitar pukul 2.45 petang. Perjalanan ke Last water point dalam 3 jam lagi perjalanan menurun sehingga ke paras 950 meter. Di sini air banyak di ambil untuk masak dan diri sendiri.

Selesai semua selesai kami bergerak ke atas dalam 170 meter untuk ke kemsite Ramli pada pukul 6.15 petang.

Makan malam disediakan oleh AJK masakan. Apapun saya kurang sihat kerana masalah kesihatan.

Menurut kata Ainul, kami perlu bergerak seawal 6 pagi dan solat selepas sungai besar.

Esok nya kami bergerak ke atas lagi dan berhenti rehat untuk solat subuh, Selepas berkumpul kami bergerak lagi menuju ke puncak dan tiba di ketinggian 1218 meter pada pukul 9 pagi. Alhamdullillah semua sampai. 

Selepas sarapan pagi dan bergambar kami turun ke kemsite Ramli pukul 11.30 pagi. Selepas makan tengahari sejam kemudian baru kami bergerak ke puncak Bukit Mandi Angin pukul 2.45 tengahari.

Syukur kami tiba di check point satu dan sungai sebelum gelap. Kami tiba di tempat letak kereta pukul 7.45 malam. Selepas berbincang kami menuju ke tol Kuala Kangsar untuk bersiap dan menghantar Northahar yang menaiki bas di laluan grik ini.

Selepas makan malam di simpang Kuala Kangsar, kami bergerak menuju ke haluan masing-masing.
Sekian xpdc untuk kali ini.











dah lama yag sampai sejak tahun 1985 lagi






kemsite ramli

  photo pn80517_zps08rer6as.gif

Gunung Lesong di Felda Selendang Rompin - panas

Salam ,

Cuaca panas di mana-mana di Malaysia tidak menghalang akitivit mendaki kami. Selepas jumaat saya bergerak ke Rompin bersama 3 rakan tapi transit di Semenyih. Dari Semenyih kami lalu jalan lama menuju ke Kuala Pilah, Jempol, Bandar Muadzam sebelum tiba di Rompin pukul 8.30 malam, Satu lagi van serta 2 kereta bergerak lewat malam. 

Oleh kerana terdapat sedikit kekeliruan pada google map yang mana kami menuju ke klinik kesihatan, kami membatalkan chalet yang terletak lagi 20 minit perjalanan. Malam nya kami tidur di wakaf Masjid Tengku Mahkota. Walaupun kipas kuat tapi nyamuk lagi kuat menggigit.

Jam 4 pagi van dan 2 kenderaan tiba, Sekitar 7.30 pagi, kami bergerak ke Felda Selendang dan sarapan di sana. Selepas sarapan kami menuju ke dalam dan meletakkan kenderaan di dalam masjid lalu menyusun beg menaiki lori panjang.

Lori bergerak dalam 45 minit menuju ke permulaan trek. Perjalanan bermula pukul 10 pagi. Kurang 50 minit kami bertemu 2 kolam biru beserta air terjun. Kami tidak mandi lalu meneruskan perjalanan,

Awalnya trek balak dan menaik biasa sebelum menaik seditkit. Selepas makan tengahari di laluan yag rata, kami turun selama 25 minit menuju ke kemsite yang bagai ditinggalkan oleh sekumpulan orang.

Seletah fly dan ground dipasang, jam 5 petang kami menuju ke puncak. Perjalanan terus menaik selama 30 minit lalu rata dan dalam 10 minit baru tiba dipuncak nya yang sedikit luas.

Sebelum 6,30 petang kami sudah tiba di kemsite untuk bersiap dan makan malam.

Keesokannya kami bangun awal menuju ke tempat air terjun. Jam 12 kami sudah sampai lalu makan tengahari dan mandi. Jam 2 kami sudah keluar dan lori bertutup tiba untuk mengambil kami keluar ke masjid.

Di masjid saya siap awal dan menunggu yang lain. Setelah semua sampai, kami menuju semula ke Masjid Tengku Mahkota untuk bersiap dan solat asar.

Selepas makan masing-masing pun bergerak ke haluan masing-masing. Sekian.

masjid tengku mahkota 


parking kereta

starting point




lalu 2 kolam biru 







kemsite  




dah sampai puncak 



 photo pn80517_zps08rer6as.gif

Tama abu - Merungkai Cabaran Borneo

Salam, 


Gambar dan video Kontrabusi dari Deeno, Pak Sheikh, Adik Idan, Apis, Thahar, Sedin serta Fuad. 


Teringat dulu selepas susah payah mendaki Gunung Apad Runan di sebelah Bario ni, ada satu lagi gunung yang tinggi dan top juga antara tertinggi di Borneo mahupun Semenanjung. Nampak dari jauh memang geram-geram tapi nak pergi ke sana memang nak kne setting masa. Nama Tama Abu kerap kali disebut-sebut oleh kawan-kawan yang pergi terutama Pakcik Burn dan Abang Ayien. Masa berlaku banyak peristiwa berlaku di mana ada yang dah gantung beg, ada yang sudah tumpu pada marathon , ada yang sudah meninggal dan ada yang sudah melangkah lebih jauh setinggi Everest. Masing-masing sibuk dengan aktiviti dengan komitmen keluarga dan kerja. 

Di akhir-akhir kebelakangan ini KP Apad Runan Deeno baru lah mendapat ilham slot tarikh yang sesuai untuk pergi. Ada pun separuh line up masih kekal untuk merasai sekali lagi pendakian yang sudah lama ditinggalkan di Borneo atau lebih tepat lagi 9 tahun lepas. Maka pendakian 11 hari bermula dengan 7 orang.  

Selasa - Terbang ke Bumi Kenyalang
KLIA2- Miri

Di Klia2 7 orang pendaki siap sedia meneruskan perjuangan. Antara selain saya, Muhamad Yasir Bin Ishak (Pak Sheikh),  Nor Thahar Bin Wan Mohd Nawi (Thahar), Khairuddin Bin Muhamed Yusof (Sedin), Noorhaffiz Bin Ismail (Apis), Muhamad Fuad Bin Muhamad (Fuad) serta KP Zainudin Lot (Deeno). Di kaunter S, masing-masing dengan 15 kilo maksima terus masuk barang menggunakan scanner tapi ntah macam mane terlebih pula. Fuad sampai lewat lalu kena kurangkan barang tapi sehingga habih punggah tinggal parang je maka lebihan barang tinggal 2 kilo terpaksa di bayar dalam Rm76.   

Apa pun penerbangan kami lancar dan tiba di Miri pukul 9.30 malam lalu di bawa ke Soho Apartmen melalui grabcar.


Sampai di sana, legenda riki penerobos gunung, Mohamad Syahidan Jamaludin (Adik Idan) yang menetap di Kota Kinabalu sejak 3 tahun sudah menunggu.

Selepas check-in, kami menuju ke pasar malam di pusat bandar dalam 5 minit jalan kaki. Rata-rata Miri  dihiasi dengan acara Sambutan Tahun Baru Cina yang kebanyakannya didiami oleh masyarakat Cina. Di pasar malam  kami pesan nasi kukus, ikan bakar dan air untuk dibawa ke apartmen.


Selepas makan, perbincangan hala tuju ke puncak Tama Abu bermula. Peta topo pecah-pecahan dengan berhelai-helai di sambung-sambung menjadi satu. Mengikut kata sahabat yang pernah pergi dan pernah cuba mencari maklumat, untuk ke puncak tertinggi Tama Abu paling dekat adalah dari Long Lellang melalui Sungai Tutoh. Sekiranya kami tiba puncak seawal hari ke 4 kami akan divert ke Bario dan menaiki 4wd ke Miri atau belon.

bincang mengkaji laluan

Banjaran Tama Abu Pass memiliki banyak puncak-puncak dengan nama-nama yang sama tapi bagi kaum penan ada nama lain.

Rabu - Klabit bernama Sam
Miri - Long Lellang


Hari berikutnya jam 11 pagi kami ke Miri Aiport melalui grab sekali lagi. Fuad serta Adik Idan bertemu sahabat lama mereka iaitu David sambil kami menumbang barang-barang untuk ditinggalkan. Macam biasa , beg timbang, badan pun timbang untuk menaiki pesawat mas wing , denda lebihan cuma RM1 untuk sekilo.

macam biasa timbang berat

Kami terbang selama sejam menuju ke pendalaman lalu mendarat di airport Long Lellang yang di diami oleh suku kaum Klabit. Di atas awan dapat di lihat sekelompok kampung-kampung jauh antara satu sama lain serta hutan-hutan kasar serta sungai-sungai,


Di airport kami bertemu dengan Samantha(Sam). Beliau sedang bercuti belajar membawa kami ke rumah atok nya Balang Maput(Atok) yang terletak di belakang sungai. 




rumah atok 

Setiba di rumah Atok, beberapa keperluan asas perlu ditambah seperti tong gas, petrol dan gula serta beras. Ada 2 kedai di sebelah kanan rumah Atok tapi tak dibuka. Manakala di hujung ada buka tapi saya cuma beil gula dan jajan-jajan sahaja. Itu je ada.






Adik Idan tengok GPS, ada gunung Murud Kecil di kiri rumah Atok. Menurut orang kampung lagi, untuk ke sana, sekitar 4-6 jam dan gunung tersebut di belakangnya. Jadi kata Deeno moh kita undi.

Petang nya kami melawat kebun Atok melalui jambatan. Kebun atok perlu lalu sekolah yag besar tapi tak ramai murid. Sampai kebun kelihatan Atok dan nenek sedang beraksi di bendang. Atok gembira dapat tau tetamu semenanjung datang. Pokok-pokok rambutan, pisang, cempedak serta tanaman padi menghiasi pemandangan kebun Atok. Kami pun membawa cempedak dan memetik rambutan untuk dibawa pulang.

 
Video di Long Lellang

Cerita Atok idola nya Tun Mahathir, umur beza 10 tahun masih kuat bekerja.



dengar atok bercerita 

Malam nya Apis selaku masterchef bersama assisten Sedin memulakan acara panaskan kuali. Ayam di masak sambal. 

persediaan makan malam 

Apapun mencari tong gas menjadi sedikit masalah bagi kami kerana tidak dijual di kedai dan nasib Atok ada 2 set.

Khamis - Menyusuri sungai via sampan panjang 
Long Lellang - Long Sabai

mengucapkan selamat tinggal pada keluarga sam

Hari ini bermulalah cabaran pertama. Kami bersiap ke Long Sabai. Untuk info Long bermaksud sungai bukan kampung. Kami yang naif tentang hala terdekat ke puncak Tama Abu paling tinggi menaiki 2 4wd menuju ke starting point di sebelah airport. Perjalanan grebe atau berbatu hanya 25 minit. Kami ditemani oleh 2 orang budak Kelabit iaitu Justin dan iboi yang memikul barang makanan kami menggunakan raga.

simpang permulaan

Di simpang kami bermula dalam 9.40 pagi. Perjalanan turun naik jumpa anak sungai masih terlalu awal dan masih mudah. Pacat datang sedikit demi sedikit. Kami terserempak dengan Ketua Kampung Long Sabai kaum Penan iaitu Romeo bersama 2 anak-anak buahnya yang hanya sedang mencari ikan ketika sedang rehat 5 minit.. Selepas melakukan beberapa sessi rundingan kami akan bertemu Romeo di Long Sabai nanti.


Perjalanan diteruskan menuju ke sungai dalam pukul 12.30 tengahari kami tiba. 3 yang terawal, Pak Sheikh, Sedin dan Thahar sampai terus menaiki bot sampan panjang manakala kami yang dibelakang menunggu giliran. Apapun tempat ini banyak lebah menghurungi kami.


check lokasi 


Kami dapat menaiki bot sampan panjang selepas sejam menunggu selama 45 minit. Laluan melawan arus melalui celah-celah batu,  jeram serta membelok kiri dan kanan amat mengasyikkan. Video serta gambar menjadi mainan kami dengan view yang menarik.





tiba di Long Sabai

Di Long Sabai laluan dalam 5 minit menuju ke tempat pondok kami berteduh. Bertuah kami pertama kali dapat melihat sendiri penempatan kaum Penan di tempat tinggal mereka seperti yang diceritakan oleh pejuang Penan dari Switzerland, Bruno Manser pada tahun 90an dulu.




Di sini ada rambutan serta satu pokok yang mempunyai buah yang lain dari yang lain. Berbentuk seperti buah oren dan berwarna hijau muda bersaiz sederhana, rasa sedap dan berbiji. Menurut kaum Penan mereka panggil buah sayang mengikut kata orang yang datang sebelum ini.


Di Long Sabai ada disediakan bilik air di luar serta pemandangan Gunung Tama Abu. Malamnya selepas makan kami berbincang dengan Romeo serta anak-anak buahnya tentang perjalanan serta mencantumkan peta topo dan mengira beberapa petak untuk ke puncaknya iaitu sekitar 14.
 

Sedikit masalah bagi kami kerana mereka agak blur-blur serta malu-malu dan agak kurang paham kerana kami tunjuk peta topo yang besar serta GPS. Mereka juga tidak pernah sampai ke puncak Gunung Tama Abu cuma melalui laluan Tama Abu Pass sahaja serta menceritakan dahulu Atok mereka pernah sampai ke puncak tinggi biasa di Banjaran Tama Abu Pass.


Apa pun 2 anak buah Romeo iaitu Irwan dan Sami yang bapa sama mak lain setuju untuk ikut kami selaku porter.

Malam nya kami berbual rancak membawang 100 episod sehingga ke pagi. Macam-macam cerita muncul dari kesah abang adik, lipak melipak dan yang pasti banyak rahsia terbongkar dari kesah 20 tahun lepas sehingga terkini. 

Sebelum tidur, dapor petrol harus di periksa agar tiada masalah nanti. Dapor dari China tersebut disediakan oleh Adik Idan melalui sahabat lain. 

Jumaat - Buka jalan baru 
Long Sabai - Sungai Sabai


buah sayang

Dari Long Sabai kami memulakan perjalanan ke kanan rumah. Kami  berjalan selama 45 minit sebelum berhenti memeriksa peta topo dan mengesan kordinat pada kedudukan semasa. Ternyata jalan yang di bawa menuju ke Tama Abu Pass yang semakin jauh dan bertambah petak. 

check lokasi selepas 40 minit

Perjalanan tersebut juga menuju ke Bario yang menjadi titik hentian terakhir trip ini. Sami yang jalan belakang awalnya tidak setuju dan berhasrat mahu pulang dan mahu kami mencari guide lain. Kataya laluan ini jahat kerana banyak menebas. Apapun Deeno memberitahu yang kami ramai-ramai bergilir-gilir akan menebas. Sami pun setuju dan mengikuti terus kami tanpa berkata apa-apa.


Selepas selesai isu petak dan jalan, kami berpatah balik dalam 50 meter sebelum melencong ke kiri. Maka Irwan pun mula menebas dalam laluan pacak tinggi. Setelah sampai ke kawasan rata terdapat satu laluan lalu kami masuk ke laluan tersebut. Perjalanan turun naik sehingga kami menuju ke Sungai Sabai sebelum hari gelap. 

Kami memasak di sebelah kemsite tepi sungai. Semasa memasang fly terbau  satu bende busuk seperti tahi. Rupanya salah satu fly yang digunakan mempunyai bau yang seperti tahi budak. Apapun dengan tong gas terhad dan dapor petrol yang susah untuk dipasang, Sami memasang api kayu untuk masak air dan makanan.

sentiasa periksa lokasi

Hujan selama sejam lebih sedikit mengganggu makan malam kami tapi dapat disediakan oleh Apis dan Sedin.  

Sabtu - 90 darjah 
Sungai Sabai - Kem Langgar


Dari ketinggian sekitar 850 meter, bermula pukul 8.40 pagi, kami bergerak semula ke atas. Di awal perjalanan 30 minit pertama adalah pacak biasa. Keselesaan hidup sedikit demi sedikit sudah mula bertukar satu badan bermain dengan tanah serta bertarung dengan pacat liar. Fasa kedua adalah rata naik sikit dengan jalan permatang menuju ke tengahari berjalan sudah menaik beberapa bukit sebelum kami rehat makan tengahari. Air agak terhad pada masa ini. Namun hujan turun sikit demi sedikit lalu kami memasang fly tahi budak untuk mengutip air. 

Meski ku bertahan sambut cintamu
Kmeski ku bertahan sambut cintamu
Kau terangi jiwa ini lembut hatimu
Hidup dan matiku hanyalah untukmu
Sudah ku tahu


Bermula dari Long Sabai sehingga kini, pacat tidak henti-henti menghisap darah. Pantang berhenti tengok dalam kasut pasti ada lebih 5 ekor. 


Perjalanan menaik tiba-tiba menegak 90 darjah. Ada masa tempat memanjat sangat tinggi lalu tali digunakan di sini untuk mengangkat beg. Habis 90 darjah sini datang lagi satu 90 darjah kena panjat.

Saya dan Fuad memerlukan sejam untuk cuba melepasi kedua-dua situasi ini. Selesai memanjat, ada kawasan rehat untuk mengambil gambar. Kami sampai ke satu kemsite yang agak luas untuk rehat. 



Irwan dan Sami menyusun kayu-kayu untuk mereka tidur sambil memasang api. Walaupun ketiadaan air di sini tapi cukup kerana air sudah ditambah semasa hujan tadi.

Ahad - Serangan ulat bulu
Kem Langgar - Kem Huru Hara

Selepas 40 minit menaik kami jumpa waterpoint. Air dikutip sebanyak mana yang boleh. 30 minit kami berjalan, kami rehat seperti biasa. 5 minit rehat kami berjalan lagi. Tiba-tiba saya rasa tak sedap badan. Jari jemari mula menggaru di sana sini. Sedap menggaru atas bawah sehingga lah kami berhenti untuk saya meminta ubat sapu dan ubat tahan sakit. 

Sedang rakan-rakan sudah laju ke depan, sampai di tempat rata saya pun tidur sebab makan ubat tu jadi mengantuk.

pengsan 30 minit

Selepas sedar, Saya, Fuad dan Sami di belakang menyambung perjalanan dari satu bukit ke satu bukit lagi Sehinggalah kami semua bertemu di satu tempat.

Hari sudah pukul 5 petang dan tempat bermalam perlu dicari. Sebelum mencari tempat bermalam, kami solat dulu di tempat yang tidak rata tapi sekurang-kurangnya ada lapang. 

Lihat aku sayang
Yang sudah berjuang
Menunggumu datang
Menjemputmu pulang
Ingat slalu sayang


Deeno yang di depan cuba mencari tempat bermalam. Pak Sheikh yang di belakang memanggil Deeno yang jauh ke depan beberapa kali untuk mengesahkan ada tempat bermalam. Kata Deeno, Sami yang bagi tau tempat ada yang sesuai. Tapi menurut Fuad ada tempat lain yang lebih baik.

kemsite macam sampah ... huru hara betul .... pasal tu nama dia kem huru hara

Setelah mengesahkan tempat yang dipilih, Fuad pun menggunakan parang nya yang padu sehingga berlobang kemsite. Nak tak nak kami pun bermalam di sini juga.

Malam seperti biasa dapo petrol menjadi masalah. Dapor gas masih boleh digunakan lagi tinggal satu lagi. Apis menyediakan masakan sambal sotong yang sedap pagi ini. 

Isnin - Panjat dinding batu
Kem Huru Hara - Kem Survival

Selepas sarapan, kami bergerak awal tanpa beg besar yang ditinggalkan. Jangkaan mungkin hari ini akan sampai ke puncak Tama Abu. Kami cuma membawa air minum , baju sejuk serta makanan ringan sahaja untuk meneruskan perjalanan.

Perjalanan turun naik dan menaik menjadi jadi. Pacat juga tak kurang susut nya makin bertambah-tambah kat kaki.

Sepanjang kami berjalan, pemandangan di kanan sangat cantik. Laluan menjadi kecil dan bermain di lereng-lereng. Di kiri kami ada dinding batu setinggi bangunan 3 tingkat yang panjang sampai ke hujung. 


Pada suatu ketika laluan trek menuju ke gaung. Kami berhenti meninjau. Irwan cuba naik ke dinding melalui sebatang pokok. Memang cekap dan pantas orang Penan naik begitu sahaja. Pak Sheikh juga naik ke atas tapi melalui laluan di kiri untuk memerhatikan kalau ada laluan trek dari atas.


Kata Pak Sheikh laluan putus di hujung lalu dia turun. Kami kemudian meneruskan perjalanan melalui lereng-lereng yang susah dipijak kerana betul-betul gaung menunggu di bawah.


Dalam hitam gelap malam
Ku berdiri melawan sepi
Disini di pantai ini
Telah terkubur sejuta kenangan
Dihempas keras gelombang


Selepas berbincang seketika, Deeno memutuskan untuk patah balik dan naik juga ke dinding tersebut. Kayu panjang di potong kepada beberapa bahagian supaya dapat pijak dan tampung berat badan.




Kami pun panjat naik ke atas ternyata ada view yang sangat cantik. Kami dapat tengok Long Sabai dan Long Balai serta Bukit Daun dan puncak Tama Abu dengan jelas. Apa pun tinggal Fuad sahaja yang berbadan besar.


Sejam lebih kami melayan dinding akhirnya semua dapat naik.    

Dari atas ini trek menurun jauh dan panjang. Jika tadi dinding panjang di kiri tapi kali ini dinding panjang di kanan pulak harus kami tempoh. Adik Idan kata kami harus mencari satu pintu masuk di celah dinding tersebut. Apapun laluan harus ke atas bukan ke bawah. Masa semakin suntuk untuk gelap. Sekitar 5.40 petang kami solat jamak di tengah-tengah laluan yang sempit dan cukup-cukup sahaja. 


Sebelum gelap kami berhenti di satu laluan yang agak besar dan terhad sambil menukar baju dan membuka kasut. Ketinggian sudah mencecah 1950 meter. 

Selasa - Hari menawan puncak Tama Abu
Kem Survival - Puncak - Kem Huru Hara

Hari ini merupakan hari ke 5 dan hari Selasa di mana masyarakat cina menyambut tahun baru. Kami masih lagi belum sampai ke puncak Tama Abu. Tekanan semakin dirasakan adakah kami dapat sampai puncak Tama Abu hari ini? Mengikut peta kami sudah tinggal lagi satu petak setengah.



Dengan satu emergency blancket, kami berkongsi 4 orang. Kemsite segera yang merupakan laluan ini sahaja yang ada untuk rehat. Masing-masing memasang baju hujan atau jaket waterproof tapi sejuk tetap sejuk.

masak meggi

Waktu ini makan malam tidak disediakan kerana tidak menjangka masih lagi belum sampai ke puncak Tama Abu.

nasib ada emergency blancket 

Masing-masing ada yang membawa air, messtin, meggi, biskut, kismis tapi tidak membawa makanan yang berat sampai kenyang. 

Oleh kerana ada yang lapar, Apis menyediakan meggi kari 5 bungkus di bahagi separuh dengan 2 kali masak.

Sedang Apis sedang memasak meggi, Fuad nampak ular jenis Viper bergayut di sebelah kami. Apapun Fuad dapat membuang tapi macam tak jauh je.

Selesai makan, masing-masing masuk ke dalam sangkar untuk tidur menunggu subuh yang sangat panjang bila nak datang. Ketika ini sejuk ke tulang hitam sudah dirasai,  tidur merekut, susah nak pergi buang air sehingga terpaksa melangkah yang tidur sebelah. Kaki Deeno keluar masuk ke dalam emergency blancket. Apis dan Thahar tidur di sebelah kiri dengan baju sejuk sahaja manakala Sedin, Irwan dan Sami tidur di sebelah tapi di laluan trek di tepi gaung.


Irwan yang tidak tahan sejuk mencari kayu sekitar pukul 3 pagi. Api yang di pasang jika tidak di jaga mudah padam.



Awal pagi sekitar jam 7.30 kami meneruskan perjalanan di ketinggian bermain di sekitar 1950 meter. Yang depan terus menebas dan berenti lalu yang belakang pintas meneruskan tebasan. Pergerakan menebas sangat mengambil masa dan kadang-kadang dalam sejam kami cuma melangkah 50 meter sahaja. Dari satu bukit turun naik dengan gaung di kiri kanan, berpijak di atas pokok ke satu pokok. Ada masa menebas semakin ke gaung di kanan lalu kena tukar arah ke kiri mencari ruang-ruang yang ada untuk naik lebih tinggi.   

Tak ada cerita yang seindah kita
Seindah Adam dan Hawa
Aku dan dirimu
Tercipta selamanya
jalan atas pokok ke pokok ... bawah kosong

Sedin yang di depan sangat laju menebas mencari lubang baru. Ada masa Sedin melompat tapi kami tidak dapat mencari tapak yang sesuai . Lalu yang di belakang memotong kayu buat jambatan untuk menghubungkan trek yang jauh. 

lepas tersasar

Pukul 12 tengahari kami melepasi ketinggian 2000  meter dengan laluan yang masih samar-samar. Irwan sudah awal menyerah kalah. Katanya tangan dah renggang tak mampu tebas lagi. Deeno meneruskan usaha mencari jalan supaya kami dapat tiba di puncak.

menorobos lobang

Bila tiba di satu bukit ingatkan sudah tiba di puncak tapi ketinggian masih 2100 meter. Tengok di depan masih ada laluan lagi. Laluan tersebut perlu turun dan naik semula.

jauh lagi lobang nak lepas


Sehinggalah pukul 2 petang di puncak yang tidak rata dan ada puncak view kami akhirnya tiba di ketinggian 2113 meter.

sampai ke puncak jua

pasang plet  






2 penan yang handal

Menebas dan terus menebas. Penat berenti yang belakang teruskan. AKHIRNya ... Tahniah semua atas usaha tanpa kenal penat dan jemu. Pendakian dimulakan oleh Deeno dan rakan-rakan mencipta satu lagi sejarah pergunungan di Malaysia. Gunung ke 14 tertinggi di Malaysia dan paling susah kami  berjaya tiba di puncak nya. Kata Kaum Penan puncak nya di panggil Gunung Suhak ikut suka mereka lah. Apapun perjalanan seterusnya ke Bario terpaksa dilupakan kerana tak sempat.


memastikan tinggi sama dengan GPS

Selesai bergambar dan sekitar pukul 3.30 petang kami turun ke Kem huru hara. Sebelum jam 8, kami singgah di gua yang mempunyai air tapi aliran air setitik demi setitik. Dari sini cuma 200 meter sahaja ke kemsite huru hara yang ditinggalkan selama 2 hari.

ambil air

Irwan dan Sami duduk di atas dalam 5 minit perjalanan. 5 minit nampak dekat tapi dengan muka bumi yang tak pernah rata memang boleh terbalik semuanya. Memandangan dapor tidak berapa berfungsi dengan baik Apis memutuskan untuk memasak di tempat Irwan dan Sami tidur lalu dibantu oleh Sedin dan Adik Idan.  


Apapun pun 3 pagi sekali lagi Apis menyediakan makan makan yang simple dan terbaik.



video menuju puncak

Rabu - Makin jauh makin mental 
Kem Huru Hara -Sungai Sabai

huru hara kemsite ni ... memang nama kem  huru hara

Hari ini kami bergerak untuk turun sahaja. Sambil menunggu sarapan roti dengan coklat Sedin mengeluarkan sambal sotong 2 hari lepas yang masih tahan tidak basi. Kami bersiap sedia menurun laju kerana tidak memerlukan tenaga untuk menebas sambil berhenti di waterpoint untuk solat dan mengambil air.  

banyak periuk api hijau ni

Apa pun semasa turun, Irwan sudah menukar jalan yang turun 90 darjah tu ke tempat lain kerana ada sarang lebah di sana.

Di hari raya terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana ayah serta bondaku
Di tepian mandi danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu aku dan dia
Kami tiba di Kem Langgar pukul 3.30 petang dan meneruskan perjalanan ke Sungai Sabai. Laluan turun dan turun kemudian rata maka di sini lah datang segala masalah. Masing-masing sudah penat. Saya sudah beberapa kali tersalah lorong.


Berada di ketinggian 1200 meter sekian lama kerana jalan rata dan berbukit-bukit ntah berapa kali bukit kami naik dan turun.

Sekitar pukul 5.40 petang, kami berkumpul semula. Kata Adik Idan lagi sejam sempat ni sampai ke sungai. Itu yang Thahar percaya sangat. Namun trek nya yang turun seperti tak habis-habis. Ada masa dengar bunyi sungai tiba-tiba tak dengar dah.

Kata Irwan yang terus terang kawan kamu tu sudah tak kuat. Jalan sudah banyak berhenti.

Apa pun sebelum jam 9.15 malam kami yang dibelakang dapat sampai ke sungai dan bermalam.

Khamis - Semah datang tanpa diundang
Sungai Sabai - Long Sabai 

lega sampai sungai

Setelah puas makan dan minum air yang banyak buat pertama kali selepas beberapa hari, kami bermula lewat sedikit. Untuk hari ini, perjalanan cuma mengambil masa selama 4 jam ke Long Sabai. 


Kami melalui jalan potong sehingga ke sungai lagi sejam ke Long Sabai.

menuju ke Long Sabai semula

Kalau semasa bergerak dari Long Sabai kami ke kanan, tap untuk tiba di Long Sabai kami ke kiri. Apa pun kami selamat sampai dan terus membasuh pakaian kerana cuaca masih panas. Deeno katanya pengeluar 45 ekor pacat di kaki nya makalah Pak Sheikh 2 kaki habis cedera parah. Begitu juga saya serta Thahar dan Apis yang teruk di kaki masing-masing. Teruk nya Tama Abu sampai rain cover Thahar jugak berakhir selepas 20 tahun serta seluar Fuad yang koyak rabak.

dapat hasil 

Rancangan Apis adalah membeli ayam hidup dan Fuad membeli kijang untuk di sembelih tapi datang anak-anak Penan membawa beberapa ekor ikan Kelah atau Semah. Apa lagi, pucuk di cita ulam mendatang, harga sekilo adalah Rm20 sahaja dan dapat beberapa ekor lagi.





Malam tu Adik Idan menyediakan ikan bakar, Pak Sheikh menyembelih ayam dan Apis menyerahkan tugas pada Adik Idan. Kuah asam serta black pepper turut disediakan untuk meraikan hari bersejarah kami makan Ikan Semah dan kami cukup puas hati.


datang lagi ikan

Selepas makan bersama rakan-rakan Penan, Pak Romeo datamg lagi membawa sebaldi ikan semah lagi. Fuad kemudian membayar dan kami jadi kan ikan Semah tersebut sarapan pagi nanti.

check kaki masing-masing
teruk kaki Pak Sheikh cedera parah

Jumaat - 8 hari tanpa dunia luar
Long Sabai - Long Lellang

video sudah mau pulang
selamat tinggal Long Sabai

Pagi selepas sarapan ikan semah yang di potong 2 serta di tambah beberapa ekor lagi oleh Fuad, Deeno mencari beberapa lagi porter untuk mengangkut beberapa lagi gantang beras untuk dibahagikan bila pulang nanti. Anak Romeo serta anak angkat nya juga akan sekali ikut ke Long Lellang bersama adik Sami. Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan buah sayang serta rambutan sepanjang perjalanan. Selamat tinggal si orang Penan di Long Sabai. Kenangan berjalan sama-sama akan disambung oleh rakan kami pada bulan Jun nanti.


Mengharungi Sungai Sabai selama 30 minit kami tiba di jeti kecik. Tempat nya tidak sama dengan tempat kami naik dulu. Enjin bot sampan dibawa ke pondok atas manakala sampan di ikat tepi serta dipecah-pecahkan ke tempat-tempat lain supaya tidak dicuri atau dipersoalkan oleh pemandu bot sampan panjang lain kerana mungkin tuduhan seludup barang atau lain-lain.



Dipendekkan cerita perjalanan menaik, turun, rata meniti titi , main di lereng meredah sungai kecik dan sungai besar. Kadang-kadang kami berhenti selama 5-7 minit selepas 30-40 minit berjalan. Sepanjang perjalanan kami lalu di tepi sungai dan kadang-kadang melimpas atau lintas sungai tersebut.


Ada sekali kami berhenti terlihat pelancong asing turut mengambil gambar-gambar sungai. Apa pun masa semakin suntuk untuk pulang ke Miri samada melalui 4wd atau belon@kapal terbang.



Selepas mengharungi satu sungai , baru lah kami dapat menghubungi dunia luar selepas 8 hari. Sehingga menuju ke akhir limpas sungai kami nampak pencawang dan tangga. Menaiki tangga bermakna kami sudah berada di hujung landasan airport Long Lellang.

Hujan sikit-sikit turun. Deeno yang di depan pantas mencari Atok. Tapi pada waktu-waktu begini ramai yang keluar bekerja jadi kebetulan nasib kami memang baik kerana di sebelah rumah Atok Deeno nampak Pak Lis berada di situ. Selepas beberapa siri rundingan, kata Deeno perlu ada 2 4wd tapi cuma ada satu je. Apa yang menarik nya di sini semangat membantu sangat kuat bagi kaum Klabit kerana Pak Lis baru sahaja selesai melakukan kerjanya dari pagi dan bila mendapat tahu kami perlu ke Miri beliau segera menghulurkan bantuan. Alhamdullillah kami dapat keluar pada malam itu tapi kena bermalam di Long Lama kerana feri tidak beroperasi waktu malam. Pak Lis kemudian menelepon adiknya untuk ke Long Lama dalam perjalanan selama 2 jam dari Miri dan beliau akan pulang semula ke Long Lellang. Deeno pun setuju syukur.

Kami pun bersiap mandi tukar baju serta solat tapi ada yang makan nasi lauk ikan mana yang sempat menjamah. Sedang kami beralih beg ke 4wd, hujan turun dengan lebat. Cabaran kami mendaki sudah tamat tapi cabaran keluar dari Long Lellang ke Miri melalui drama baru.

Pukul 5.40 petang , Pak Lis membawa kami keluar dengan jalan licin. Perjalanan melalui batu grebe seperti duduk di mesin urut. Ada masa kiri kanan dan tiba-tiba melambung ke atas.   

hadap offroad pula

Di belakang kejap duduk kejap berdiri Fuad, Thahar serta Pak Sheikh. Di dalam Pak Lis rajin menyembang  Katanya beliau merupakan tower controller di sini selama 38 tahun. Tempat kerja pun sebelah dan bole kerja di rumah jika malas ke sana. Pak Lis ada isteri bernama Rita yang menjual baju Long Lellang pada kami sehelai dalam Rm25 serta 2 orang anak sepasang.

Di sepanjang perjalanan Pak Lis ada menunjukkan satu lagi laluan ke Long Sabai. Satu masa jalan licin dan mendaki 4wd tidak dapat melepasi. Kami keluar dan 4wd hampir-hampir terbabas ke kiri namun atas kecekapan Pak Lis 4wd berjaya naik.

Di separuh perjalanan, kami berhenti dan tukar posisi. Sehingga 12 tengah malam dari pukul 5.40 petang baru lah kami dapat memasuki jalan tar. Apa pun Pak Lis memang hebat memandu. Beliau lebih suka memandu dari berhenti tidur kerana sudah biasa.

Kami pun berhenti untuk bermalam di Long Lama Hotel yang berharga RM30 seorang. Asal dapat rehat cukup lah.

Sabtu - Selamat pulang ke gagang
Long Lellang - Long Lama - Miri Airport


Hari terakhir kami bangun dan sarapan di kedai yang ada tanda no pork. Sambil mendengar mercun-mercun membakar meriah di pagi hari disamping perarakan di pekan kecil ini kami pindah barang ke 2 4wd dan mengucapkan selamat tinggal pada Pak Lis.

naik feri

Perjalanan melalui feri kecil dalam jarak satu sungai sahaja selama kurang 2 jam kami tiba di Miri. Melihat rumah-rumah panjang di kiri dan kanan. 

Kami berehat di rumah adik Pak Lis 5 minit dari airport sambil menjemur ground serta membahagikan beras yang dibeli di Long Sabai. 

restoran Muara ikan bakar ala ayam penyet 

Sekitar pukul 12.30 tengahari kami pergi ke airport lalu meletakkann barang di sana. Kami kemudian ke Restoran Muara di bandar Miri untuk makan tengahari dan membeli barang-barang makanan untuk dibawa pulang ke rumah.

Petang nya kami ke kraftangan mencari parang serta cenderamata dan pergi semula ke airport. Tepat jam 7.55 malam pesawat  Airasia  membawa kami pulang ke KLIA2. Kami pulang ke haluan masing-masing dengan kenangan Gunung Tama Abu yang akan menjadi sejarah pendakian paling osem bagi kami. 

selamat pulang semua

Apapun terima kasih pada ketua program Deeno, Masterchef Apis serta assisten dan penebas Penan Perak Sedin, Navigator handalan Adik Idan  serta rakan-rakan sama-sama belakang Pak Sheikh, Fuad dan Thahar. Masing-masing memberi impak besar pada trip ini. Selamat tinggal Long Lellang, sebuah desa yang ditinggalkan.

Terima kasih kepada Alpine Club Malaysia atas sumbangan serta Puncak Event dan rakan-rakan Ogkl.

Sekian

Catatan penting
1.Kumpulan pertama sampai ke puncak Gunung tertinggi di Banjaran Tama Abu bersama 2 Penan
2.8 hari tanpa hubungan luar
3.Banyak melintas sungai
4.Pacat paling banyak tak terkawal

Persediaan
1.Mental kuat
2.Pakaian serta stokin supaya pacat tak masuk
3.Dapur petrol betul-betul berfungsi
4.Makanan untuk diri sendiri cukup
5.Parang dan bahan menyala api penting



 photo pn80517_zps08rer6as.gif