Kontroversi di Gunung Berembun, Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kesah dari AJK XPDC Berembun-


Alhamdulillah, kesemua 18 orang peserta yang mengikuti XPDC beraya dipuncak gunung Berembun Negeri Sembilan selamat sampai di puncak. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pesertawalaupun ada yang baru kali pertama mendaki gunung. Walaupun peralatan yang kurang, semangat ingin sampai ke puncak tetap tinggi.


Saya amat berpuas hati atas program XPDC beraya dipuncak Berembun, di mana suasana hari raya dapat diadakan di puncak gunung. Masing2 dengan baju raya.. adayang bersampin, berserban, berselendang.. Suasana sungguh meriah danberseri-seri.. Lemang, rendang dan kuih-kuih raya menjadi juadah di puncak.. Wah.. seronok.. Cuma ada sedikit perasaan terkilan kerana hajat untuk melihat sendiri keadaan kapal terbang yang terhempas diantara gunung Berembun dan GngTelapa Buruk tidak kesampaian.


Saya sebagai AJK XPDC ingin memohon maaf di atas perkara tersebut. Ini adalah disebabkan sedikit sikap tidak profesional Guide dari Kg Pantai sendiri yang mengaku bahawa kawasan Gunung Berembun adalah kepunyaan mereka. Mereka tidak puas hati kalau orang luar masuk tanpa kebenaran mereka. Dan mengaku mereka mempunyai lesen dan permit menjaga Gunung Berembun. Orang yang saya maksudkan adalah Jefri dari Kg Pantai.


Di laluan masuk ke gunung, tiada pun syarat masuk perlu melalui orang2 yang tertentu. Jadi kami ikut procedure biasa iaitu cuma membuat laporan pendakian di balai polis sahaja. Keseronokkan kami untuk mendaki terbantut di pertengahan jalan kerana ditahan di kawasan campsite untuk ke puncak. Beliau tidak membenarkan kami naik dan menyuruh kami pulang. Kejadian ini mungkin terjadi kerana rasa ketidakpuasan hati beliau terhadap kami dari mula lagi. Pada mulanya, kami bercadang untuk mengambil beliau sebagai guide kami tetapi disebabkan beliau mahu upah RM30 seorang, menyebabkan kami mencari guide lain. Kami tiada pilihan lain, dan terpaksa mencari guide yang sanggup membawa kami dengan bayaran RM70 sehari. 

Alhamdulillah, kami telah dapat guide yg sanggup bawa kami demi membantu kami untuk sama-sama sampai ke sana. Guide tersebut ialah saudara Kama. Kami juga mempunyai hak, siapa yang kami setuju untuk menjadi guide kami. Selain itu, beliau meminta duit sewa lori sebanyak RM3 seorang untuk masuk ke dalam yang kononnya jalan untuk masuk ke dalam hancur dan kenderaan lain tidak dapat masuk. Walhal jalan ke sana tidaklah seteruk mana dan boleh dimasuki dengan kereta kancil sekali pun. Kerana rasa bersalah terhadap abg Jefri, kami replacekan tempat kami dengan group student dari Pahang Kolej KUTEM) untuk beliau bawa.Dan kami telah lihat ada laporan mendaki gunung dari Kolej KUTEM di balai polis.Semasa kami ditahan, beliau memaki hamun kami dan juga ahli2 OGKL yang bagi beliau kami adalah keras kepala, berlagak dan sombong. 

Beliau mengungkit dan bercerita yang kononnya ahli2 OGKL selalu menyusahkan beliau dan akhirnya ahli OGKL tersebut telah sesat di dalam hutan dan tidak sampai ke tempat kapal terbang terhempas. Setahu saya, Kelab OGKL tidak pernah lagi mengadakan XPDC mendaki gunung Berembun. Macam mana pula beliau boleh anggap yang OGKL telah menyusahkan beliau? Beliau juga mendoakan kami supaya sesat di dalam hutan seperti ahli OGKL sebelum ini,jika kami berkeras mahu naik tanpa kebenaran beliau. Semasa kami ditahan, guide kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau juga mengenali Abg Jefri dan tidak dapat membantu kami. Dan kami faham situasi berkenaan dantidak salahkan guide kami.




Mendengar ugutan sebegitu, kami segera memohon maaf dan merayu agar diberikan kebenaran untuk naik ke puncak Berembun. Permohonan maaf serta rayuan kami ditolak mentah2 dan diarah berkemas untuk pulang. Oleh kerana kami telah sampai setengah jalan, kami cuba tanya beliau apa yang beliau mahu sebenarnya. Rupa-rupanya, beliau mahu wang dari kami. Beliau meminta RM15 seorang dari kami jika mahu ke puncak dan RM30 jika mahu ke kapalterbang. Jika tidak, kami tidak dibenarkan naik.


Memikirkan yang kami datang di atas nama Kelab dan membawa ramai ahli2 baru, dan tidak mahu menghampakan peserta yang datang dari jauh, kami terpaksa bersetuju dengan bayaran tersebut.Apa yang mengecewakan lagi, sepatutnya beliaulah yang sepatutnya menjadi guide kepada kami untuk naik ke puncak kerana kami telah bersetuju membayar bayaran yang beliau minta. Tetapi dengan bayaran RM15 itu beliau anggap sebagai permit masuk kami. Adakah permit naik gunung Berembun sebegitu??? Bayaran yang beliau minta memang melampau. Terserlah perwatakan berlagak dari beliau. Boleh dikatakan seperti samseng mencari keuntungan atas angin.  

Kalau dibandingkan di tempat lain, Gunung Berembun tidaklah sesusah mana. Mengapalah beliau begitu tamak.. Walhal, kami telah bantu beliau dengan mencari group lain untuk beliau bawa. Jadi bayaran tersebut seperti tidak berbaloi.Semasa di parking kereta, salah seorang dari kereta kami telah kehilangan wiper. Kami memohon maaf kepada Waheeda kerana kejadian berkenaan adalah di luar jangkaan kami. 

Alhamdulillah perjalanan balik tidak hujan. Jikalaulah hujan, kemungkinan besar masalah lain akan timbul kepada kereta waheeda pula.Begitulah serba sedikit tentang XPDC pada kali ini. Saya memohon maaf sekali lagi kepada semua peserta kerana XTVT yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 

Harap semua memahami dan InsyaAllah, di lain XPDC kami akan lebih berhati2 dengan orang yang suka mengambil kesempatan seperti beliau.

0 comments:

Post a Comment