Gunung Rinjani di Pulau Lombok dan Gunung Agung di Pulau Bali

Nukilan Ketua Program - deeno dan arrey manakala gambar-gambar dari acong and arrey. 

Ekspedisi G. Rinjani - G. Agung (Indonesia)

Salam Semua,Seperti yang dijanjikan..bahagian pertama xpdc Rinjani-Agung sebagai bahan bacaan untuk warga ogkl & xkresma yang belum berpeluang kesana. Juga untuk bacaan rakan-rakan yang selalu mengulor...hehehe

-deeno-

"Bukan nama yang kami cari. bukan juga sakit yang kami ingini hanya sekadar menjayakan hobi...juga sebagai meluaskan pandangan & interaksi". Seperti mantra yang selalu di alunkan di tempat kerja aku;

IMPOSSIBLE IS JUST A BIG WORD THROWN AROUND BY SMALL MEN WHO FIND IT EASIER TO LIVE IN THE WORLD THEY'VE BEEN GIVEN THAN TO EXPLORE THE POWER THEY HAVE TO CHANGE IT. IMPOSSIBLE IS NOT A FACT. IT'S AN OPINION. IMPOSSIBLE IS NOT A DECLARATION. IT'S A DARE. IMPOSSIBLE IS POTENTIAL. IMPOSSIBLE IS TEMPORARY. 

IMPOSSIBLE IS NOTHING.

Bersandar kepada mantra, hobi serta keinginan untuk meneroka ketempat-tempat yang mencabar dan indah, aku telah meminta pertolongan dari Arey & Paei untuk mengatur trip untuk Kelab Orang Gunung KL (OGKL) ke Bali. Tujuannya serampang dua mata; mendaki Gn Rinjani di Lombok & Gn Agung di Bali. Sementelah Arey & Paei telahpun berpengalaman mendakinya tahun lepas.Bunyinya pun dah agak menakutkan turun satu gunung dan naik gunung lain? Mesti tough punya ni hehehe..takpe kita cuba plan dan cari orang dulu setelah finalize costing dan sebagainya terus sahaja diwar-warkan melalui mailinglist & website OGKL.

Bila Airasia membuat promosi 1juta seat percuma, aku tak lepaskan peluang, terus call member-member yang lain untuk booking tiket tujuan ke Denpasar, Bali. Ramai yang terkejut sebab bila dihitung sampai 9hari akan berada di Bali.Lama tu. Setidak-tidaknya cuti tahunan pasti lebur 5-6hari.Namun keinginan mengatasi segalanya..Baik punya racun; keluar 1st list, Deeno, Paei, Arey, Kak Nita, Abg Murdafi, Hussin Lempoyang, Yap, Fakhrul. Racun punya racun makin lama makin bertambah; Hairul & Fairos Maybank pun masuk jerat jugak..Kemudian Azmin, diikuti Bulat & Lin, Jus & Ina, Uncle Appa, Sifu. Minggu berganti minggu, jerat makin mengena, kali ni giliran PakLie & Fizah, Eddie Oh, Zuhara@Gaban, Amir, Arry, Mia, Faizul serta 3 orang kawan baru; Rudy, Din & Yob Rashid (SKF Team). Selepas xpdc Gn Tangga, mangsa terbaru masuk dalam senarai; Fahmi & Fazid..Hahaha.Stop! Cukup 30orang. Ramai ramai sangat nanti tak cukup pulak porter kat sana.. 

Memasuki bulan Mac kami mula mengadakan sessi latihan bertempat di Tasik Kelana Jaya. Kehadiran agak kurang memberangsangkan.Namun yang pasti semua faham tanggungjawab & keperluan diri. Yang tak turun ke latihan pasti punya sebab kukuh. Rata-ratanya mendaki gunung sekitar Selangor & Johor.Alhamdulillah semasa final briefing pada 22hb April semuanya nampak yakin dan bersedia. Cayalah beb! Kita jumpa di LCCT petang 26hb April nanti ok! Masa ni tempat Salina yang dah berbadan dua digantikan dengan Ramli Proton, dan Ijok punya pasal, Fahmi & Fazid terpaksa tarik diri walaupun berat hati..takpe geng tahun-tahun depan kita buat lagi k! Yang penting dapat pampasan. Seramai 28org sah, confirm, pasti ke Bali.

26hb April 2007

Jam 1.45pm aku dapat call dari Fahmi memaklumkan flight ke Denpasar delayed ke jam 7.30pm.Aduss awal-awal dah delayed ni.Seolah-olah badi OT dah mula mengekori trip ni hehehe. Bila dah tau begitu, aku pun sengaja melambat-lambatkan perjalanan aku. Almaklumlah, nak tinggal anak dan isteri, kena la drive slow..dapat la lepak lama sikit dengan diaorang. Sampai di LCCT dah ramai yang menunggu; 



Uncle Yusof, Shobrie, Atuk,Pon&Isteri, Jumat & Tunang, Azizan, serta rakan-rakan lain.Tak lupa juga saudara mara yang menghantar.Memang meriah petang tu di LCCT.Selesai mengagihkan baju xpdc serta menimbang bagasi masing-masing aku terus ke kedai depan tu teman isteri pekena laksa.Sedap jugak tapi rasanya kurang sikit dari laksa Shack.


Sekitar jam 5.30pm barulah kaunter Denpasar di buka. Kutip passport dan terus buat check-in berkumpulan. Yang best bila sampai beg yang terakhir kepunyaan Hussain dah over limit. Nak tak nak terpaksa pikul haversack naik flight. Masa sibuk-sibuk ni lah kami ramai-ramai keliling Hussain dan tambahkan tekanan pada dia. Sampai mengigil-gigil mamat tu..hahaha. Barang-barang terpaksa diagih-agihkan agar beg muat untuk diletakkan dalam ruang penyimpanan diatas. Pisau serta barangan larangan lain terpaksa Hussain tinggalkan dengan berat hati.hehehe

Sebagai langkah meredakan tekanan & kemarahan penumpang kerana flight delayed, pihak Airasia berbesar hati menyediakan beefburger McD & air mineral percuma. Jadilah, asal jangan takde langsung. Masa ni badan Hussain masih lagi mengigil..hahaha

Cukup masa naik flight cari port best dan terus layan zzzzzzzzz.tau-tau dah dekat nak sampai Denpasar.Langsung tak terasa perjalanan selama 2jam 45minit tu. Sampai di airport, teman-teman pendaki di Bali telahpun berada disana. Selesai urusan bagasi & imigresen terus saja menuju ke arah van yang setia menunggu sejak awal lagi. Mulanya hanya 3buah, memandangkan beg saja dah bole memuatkan sebiji van kami terpaksa menambah sebuah lagi van. Destinasi malam ini; Bali - Padang Bai (jeti feri ke Pulau Lombok).

27hb April 2007


Kami sampai di Padang Bai sekitar jam 12am. Setelah selesai menurunkan bagasi dari van terus sahaja menuju ke jeti. Masa ni slang aku & Arey dah mula bertukar ke slang Indon..Dimana bumi dipijak disitu langit kita junjung..hehehe. Tengok jadual perjalanan feri paling awal 12.30am. Cantikkk Untuk makluman feri di sini beroperasi selama 24jam sehari. Cuma bila waktu puncak perjalanan feri lebih kerap. Bukan hanya ke Lombok tetapi juga kepulau-pulau lain seperti Banyuwangi, Sumbawa dan Flores. Kami di tahan oleh pengawal pelabuhan, mungkin terkejut dengan kehadiran kami seramai lebih kurang 30orang waktu dinihari.Namun setelah ditunjukkan surat sokongan dari kedutaan Indonesia di Malaysia dengan senang hati mereka menerima kehadiran kami.


Feri ke Lombok ni sama saja seperti feri yang terdapat di Pulau Pinang. Besar dan boleh memuatkan kereta, lori dan sebagainya. Yang penting ongkosnya mau ada dong. Selesai urusan tiket, kami pun terus menuju ke feri untuk mengharungi perjalanan yang panjang 5jam! Sebelum feri berangkat sempat jugak Paei & Arey menapaukan makanan untuk sahur para peserta..:). Aku; selepas aje selesai solat jamak takhir dengan kawan-kawan lain terus mencari port untuk beristrirehat..terus layan zzzzzzzzzz nasib baik tak mimpi goreng pisang Lombok! Hahaha

dalam feri

Jam 6.30am, kalau di Ijok, waktu ni penduduk dah mula bersiap untuk pergi mengundi.Mungkin Fahmi pun dah bangun waktu-waktu begini sebagai menunaikan tuntutan kerja. :) Tapi, kami baru saja memasuki perairan Lombok..Jam 6.15am Paei kejutkan kami untuk solat Subuh.Naya betul, memang Subuh gajah. Dah terang benderang baru dikejutkan. Terkocoh-kocoh kami menunaikan kewajipan pagi tu. Pada yang tak tahu, waktu di Bali & Lombok tiada bezanya dengan waktu di Malaysia.Cuma di sana cepat cerah & cepat gelap. Berbeza dengan di Surabaya & Jakarta yang lebih awal 1 jam dari waktu Malaysia.


di jeti

Sekitar jam 7am feri berlabuh dengan selamat di jeti Lombok. Disana rakan-rakan pendaki yang bakal menjadi guide kami telahpun menunggu; Irfan Besar, Ika, Irfan Kecik, Tartak, Idi serta Nita telah pun menunggu disana. Selesai pindahkan barang ke dalam bas terus kami menuju ke rumah Yus untuk meletakkan barang-barang yang ingin kami tinggalkan. Ketika ini 2-3 orang peserta yang jealous dengan rakan-rakan yang sejak awal memesan gaiters untuk ke Rinjani tak melepaskan peluang untuk mengorder sama. Hasilnya; perjalanan delayed 1-2jam kerana rakan yang kekedai menunggu sehingga toko outdoor dibuka..:). Lagi best bila gaiters yang dicari dah kehabisan stok.Dah la buang masa menunggu, barang pulak takde. Wakenabeb! Hehehe

Jam 9.30am barulah kami meneruskan perjalanan ke Sembalun. Dijangkakan perjalanan akan mengambil masa sekitar 2jam.Sedang asyik layan tidur, tiba-tiba bas berhenti.Dah la lama, aircond tak sejuk, dekat area masjid pulak tu.Ingatkan nak tunggu solat Jumaat dulu, rupa-rupanya tunggu angkutan van untuk membawa kami ke Semabalun kerana bas yang besar tu tak mampu mengharungi perjalanan bukit yang curam ke Sembalun-Lawang. Setelah bertukar angkutan kami meneruskan perjalanan dan sampai di Pos Pendakian Gn Rinjani sekitar jam 1.30pm.

tengok pemandangan

Pemandangan di sekitar Sembalun memang menarik kerana ianya terletak di kawasan lembah yang di pagari gunung-ganang. Masyarakat disini kebanyakannya terdiri dari petani yang mengusahakan tanaman padi, sayuran serta memelihara lembu. Disini kami solat, serta melakukan persiapan untuk pendakian. Trip kali ni memang trip santai, hampir 15orang porter kami gunakan. Lima orang porter untuk kumpulan selebihnya porter peribadi untuk peserta-peserta yang kurang upaya.:) (bukan OKU, tapi kurang upaya nak pikul barang).


Setelah selesai sedikit regangan, taklimat dari guide (Kang Irfan Besar) serta doa tepat jam 2.30pm kami memulakan perjalanan ke Kem 1. Menurut guide perjalanan jauh tetapi hanya sedikit menanjak (nanjek).Kami berjalan slow & steady, tapi kepala aku dah terbayangkan habuan OT malam tu nampaknya memang tak boleh sampai Kem 3 @ Pelawangan la hari ni.

taklimat sebelum mula jalan

pintu gerbang

Perjalanan di lereng gunung memang mengasikkan. Terasa berjalan di kawasan savannah! Dalam hati nasib baik start trekking belah petang..kalau tidak masakkk.. Setelah 2jam berjalan barulah kami sampai di sebatang sungai yang tiada air.Namun menurut guide sekitanya hujan lebat di gunung, aliran airnya memang besar. Kat sini ramai yang dah mula mengeluh panas dan asyik bertanya; jauh lagi ke Camp 1?? Hehehe.Masa ni gerabak belakang yang terdiri dari Sifu, Din serta Rudy langsung tak nampak bayang jauhnya Kira-kira 45minit dari situ barulah kami bertemu Pos 1..memang boleh tahan jauhnya.



Lepas take 5 terus saja menuju ke Pos Tengengean yang terletak setengah jam perjalanan. Masa ni hari dah mula gelap dan masing-masing dah keluarkan headlamp.Mulanya ada rancangan untuk bermalam disitu, tapi macam biasalah, lawan tetap lawan. Macamana pun kalau orang belakang ok, perjalanan mesti terus ke Pos 2. Bila di hubungi melalui walkie talkie, gerabak belakang semuaya ok, cuma bergerak perlahan.Dalam perjalanan ke Pos 2, kami di bantu oleh cahaya bulan yang bersinar terang seolah merestui kerja lebih masa kami..:)






Dari samar-samar senja saya melihat lembaga yang asyik membongkok..Aduh la, sapa pulak la ni. detik hati aku. Sampai je dekat dia baru perasan rupanya Pak Husin Lempoyang Ko kenapa Hussain? Teruk benar nampaknya tanya aku.. Aduh bang, penat betul la..entah berapa kali rukuk dah..sujud je belum lagi..dah nak mintak nyawa dah ni.. jawabnya.Hahaha..come on Hussain dah dekat dah pelan-pelan kayuh!!! Jerit aku

Dalam pukul 8pm kebanyakan peserta telahpun sampai di Pos 2.. suhu sejuk tapi semua masih tak berani nak buka tenda kerana kata putus belum dibuat samada teruskan perjalanan atau bermalam.Sementara menunggu gerabak yang belakang, AJK dengan bantuan peserta-peserta yang menggunakan porter bergotong royong memasak makan malam.Menu malam ni rendang daging, sayur campur & ikan masin.


Sekitar jam 9++pm barulah semua peserta sampai. Memandangkan gaji pokok yang dah tinggi, aku pun tidak berhasrat untuk menggandakan OT untuk malam tu. Bila saja pengumuman di buat untuk bermalam disitu terus sahaja semua bersorak seolah-olah menang loteri!! Hahaha. Malam tu masing-masing tidur awal.Nak kumpul tenaga kerana esok cabaran besar mengharungi trek canak @ nanjek @ bukit penyiksaan/penyesalan!!

28hb April 2007


Dah bangun-bangun! Jangan ada lagi yang nak tidur..move! move! macam biasalah alarm hidup bila dah terjaga memang tak bagi chance punya..hehehe. Habis semua guide-guide dan porter kena kerah bangun. Selesai sarapan meehoon goreng, teh O, hasil tangan Rudy semua dah bersedia nak menghadapi bukit penyiksaan pagi tu. Cuaca memang cantik, view memang tak boleh lawan laa marvelous!



Jam 8am semua dah on trek InsyaAllah kalau start awal sure sampai pun awal. Lepas satu bukit ke satu bukit, tak juga sampai-sampai ke puncak. Dah la tu treknya open habis. Dari jauh jelas kelihatan rakan-rakan yng didepan tengah menjawab nanjek-nanjek masa ni sapa yang tak kuat mental memang bole jem..:) Masa ni aku dok layan trek sambil borak-borak dengan kuda veteran (Abg Murdafi). Macam-macam kami bualkan, dari cerita-cerita masa dulu-dulu sampailah ke plan-plan yang terkini.Isinya sama saja : Mendaki sampai lebam!


Dari trek yang mencanak ni dah mula kelihatan puncak Rinjani di sebelah kiri kami. Jalan sikit berhenti, begitulah keadaannya sampai 3jam. Sebelum sampai di permatang simpang ke Pelawangan kami bertemu dengan ramai penduduk tempatan yang baru turun dari Danau Segara Anak melaksanakan ritual agama mereka disana. Bukan sahaja pemuda-pemuda porter yang ganteng tetapi juga makcik yang berbaju kebaya! Dalam hati aku kalau makcik ni bole, aku pasti boleh hehehe.


Kumpulan yang didepan sampai sekitar jam 12pm. Kiranya sekitar 4jam jugak mendaki bukit penyiksaan ni.Memang azabbbb Disini view memang cantik.Dikiri kanan kami jurang, serta jelas kelihatan Danau Segara Anak serta puncak Rinjani yang dilindungi kabus & awan.Kalau takde kabus pasti lagi cunn.

Kumpulan yang pertama sampai mula bergotong royong dengan para porter untuk memasang khemah. Istimewanya kali ini OGKL telah pun membeli 5biji khemah Coleman yang baru.Jadi kami kumpulan pertama yang merasmikan khemah ni sepertimana trip Marapi-Singgalang 2 tahun lepas. Kata orang dalam khemah memang bau kedai lagi..

Sementara menunggu yang lain kami mula memasak untuk makan tengahari.Aku baru sampai terus jer bermalas-malas..cari port baik bawah pokok cemara tunggal & terus terlelap. Di Pos permatang ni cuaca memang panas, masing-masing mula keluar spek yang pelbagai warna. Tapi yang paling mengancam semestinya spek mata Mia. Terus saja kami panggil dia sebagai artis?hehehe. Apapun artis memang maintain cool..cakap tak banyak..takde tanda-tanda penat..asyik tersengih jer.. Mungkin masih malu lagi kot.



 pelawangan




Punca air di Pos 3 ini terletak kira-kira 5minit perjalanan menurun lembah sebelah kiri permatang. Juraian airnya turun dr lumut-lumut yang bergantungan di dinding batu. Airnya tak begitu besar namun lumayan untuk mandi ala-ala Pocahontas (ni menurut kata-kata kaum hawa la ni..). Sejuk tak terkira, sampai kebas-kebas badan.Pada yang tak berhati-hati awas! Disini terdapat banyak pokok Jelatang Gajah yang mana kalau terkena kulit ibarat tusukan jarum. Aku sendiri akibat tak hati hati turut terkena libasan dahan kecil Jelatang ini begitu juga 2-3 rakan yang lain termasuk Abg Dafi & Faizul Memang menusuk & gatal.

Di Pos Pelawangan ini juga peserta kena hati-hati kerana ada banyak spesies kera yang dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai Kera Abu Berekor Panjang @ Godek (Long Tailed Grey Maraque) yang sering mencuri makanan disekitar kawasan khemah.Awas! Badannya yang tegap dan berbulu tebal agak menggerunkan & kera ini memang berani menyelongkar khemah sekiranya tidak ditutup rapat.


Selesai mandi & mengambil air kami ramai-rami menyaksikan keindahan sunset di Danau Segara Anak yang terletak jauh dibawah sana dilatari pemandangan Gn Agung dari kejauhan. Memang asyik sungguh! Yang mana ada kamera tak henti-henti meng klik! kamera masing-masing.Pada yang tiada tumpang bergaya aja dong! Ketika ini jugak rakan-rakan lain seperti Paei, Rudy, Arry, Gaban dan lain-lain.Malam ni kena makan awal sebab jam 2am dah nak mendaki ke puncak Rinjani!

Lewat petang itu juga terdapat 2 kumpulan pendaki mat saleh tiba di Pos 3 untuk sama-sama menakluki Gn Rinjani. Malam ni aku sekali lagi tidur sekhemah dengan kawan-kawan yang telah lama menunjangi OGKL; Bulat & Fakhrul. Mulanya memang agak risau jugak nak satu khemah dengan Bulat memandangkan sistem subwoofernya yang menakutkan waktu tidur.Hahaha. Malam tu jugak Yob Rudy turut serta dalam khemah aku.Borak punya borak rupanya memang kami datang dari daerah & sekolah yang sama.cuma aku jauh lebih muda dari dia laa. Tengah leka berborak baru terperasan subwoofer tak berbunyi malam tu; rupa-rupanya Bulat & Fakhrul dok pasang telinga dengar cerita aku & Yob Rudy..hantu betoi korang! Hahaha. Mata tak bole nak lelap laaa kata Bulat. Akhirnya kami terlena jugak..

29hb April 2007

Kira-kira jam 1.45am aku mula dengar Paei bangun mengejutkan semua orang utk bersiap mendaki ke puncak. Menu dinihari tu berupa roti Gardenia cicah kari.Karinya memang sedap tak hingat walaupun pedas. Yob Rashid & Yob Rudy awal-awal lagi dah memaklumkan untuk tidak turut serta ke puncak kerana menghadapi masalah untuk bangun pagi.Katannya sampai di Pos Pelawangan pun dah seribu rahmat untuk mereka. Cuma doa dikirimkan agar kawan-kawan lain berjaya ke puncak.


2.30am semua 24org peserta telah pun berbaris untuk memulakan perjalanan. Selesai berdoa, kami terus saja bergerak diketuai oleh guide Idi.


Hampir satu jam berjalan barulah kami sampai di permatang Gn Rinjani. Menurut guide perjalanan akan mengambil masa diantara 3-4 jam bergantung kepada kelajuan. Dari ketinggian 2000++meter, kami perlu naik sekitar 1000++meter lagi untuk ke puncak


Selepas saja permatang aku & Uncle Appa terus saja bukak langkah cucuk guide. Lagi laju kami cucuk angin lagi laju guide tu berjalan. Bila pandang belakang sayup-sayup kelihatan cahaya torchlight yang bersusun satu barisan. Ketika ini aku asyik menyuluh ke belakang sekadar nak menambahkan tekanan kepada rakan-rakan yang dibelakang. Target aku; nak tengok sunrise!


Kira-kira beberapa ratus meter dari puncak aku tengok ada cahaya headlamp yang makin lama makin hampir, dah dekat baru perasan rupa-rupanya Pak Arey yang bergaya dengan google Rudy Project pun turut mengejar Sunrise. Hinggalah di sekitar tanjakan yang terakhir kami dipotong oleh seorang pendaki mat saleh dari Republik Chech. Laju sungguh, sampai tak terkejar yob! Bila guide mula duduk dan beri laluan, aku & Uncle Appa terus saja mulakan langkah juara untuk kepuncak.

Hehehe..Syukur setelah penat mendaki aku sampai di puncak tepat jam 5.50am. Alhamdulillah sempat juga menunaikan kewajipan pada Allah di puncak Rinjani. Tak lama selepas itu Uncle Appa & Arey juga sampai di puncak. Pemandangan ufuk subuh menakjubkan, Arey dengan kamera mahalnya memetik tak henti-henti. Aku yang hanya menggunakan kamera digital cikai ni tangkap aje la mana yang terlintas dan cantik pada mata akuSorang demi sorang sampai di puncak, semuanya dengan muka tak cukup oksigen. Kategori wanita dimenangi oleh Mia si Artis. Diikuti oleh Kak Nita, Gaban dan Arry. Yang dua lagi; Lin & Fid macam biasalah ikut gerabak yang belakang. Setelah ramai berkumpul kami terus saja bergambar kumpulan dengan banner kebanggaan! Tak lupa juga meraikan kejayaan dengan, air kemenangan pengganti kepada istilah,air sedap. Hehehe.


group photo



Video puncak rinjani dan sekitar

Dari puncak aku lihat ramai lagi kawan-kawan yang masih degil melawan tanjakan Gn Rinjani. Dalam hati berkira-kira mungkin ada rakan-rakan yang berpatah balik,namun telahan aku meleset apabila peserta yang terakhir sampai tepat jam 8.30am. Kalau tak silap Paklie, Fid serta pendaki paling bergaya; Hairul Maybank! Hehehe. Ketika ini semua dah mula turun ke bawah, aku saja yang masih degil mahu memastikan semua 26org peserta sampai ke puncak Rinjani. Bagi aku satu kemenangan apabila semua peserta yang degil ini sampai ke puncak. Ibarat kata-kata semangat yang selalu aku berikan pada kawan-kawan lain kesakitan & kepenatan itu bersifat sementara, namun kejayaan dan kepuasan itu akan kekal selamanya..

turun semula

Setelah 15minit peserta yang terakhir sampai aku mengarahkan semua untuk turun segera ke Pos 3 memandangkan kabut serta angin kuat yang akan bermula sekitar jam 9-10am.Adalah merbahaya sekiranya masih ada yang berada dipuncak sekiranya cuaca bertukar buruk. Dari puncak aku terus saja melayan trek menurun seolah-olah bermain ski atas salji. Memang enjoy menyusuri trek menurun ni, sedar-sedar aku sampai di Pos 3 setelah 1jam bermain ski atas permukaan berbatu.

Porter yang tidak naik keatas telahpun menyediakan kopi untuk kami.Sedap dan nikmatnya kopi Lombok! Sementara menunggu yang lain tiba aku mula mengarahkan rakan-rakan lain untuk membuka tenda kerana kami akan terus saja menuruni trek ke Danau Segara Anak. Yob Rashid & Rudy yang tidak ke puncak telah pun ke danau bersama porter serta guide yang lain.


Jam 1.30pm kami mula menuruni Pos Pelawangan menuju ke Danau Segara Anak.Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 4jam. Treknya terlalu curam dan merbahaya. Dalam perjalanan kami turut ditunjukkan oleh guide lokasi para pendaki yang tewas (7orang) pada awal bulan April yang lalu. Masih kelihatan tinggalan baju, kain mahupun seluar mereka sekitar kawasan mereka ditemui.Nauzubillah! Moga perjalanan kami selamat dan terhindar dari malapetaka dan bala bencana doa aku dalam hati. Melalui jalur ke Danau Segara Anak, kami melewati pemandangan yang sangat indah dan sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Kami seolah-olah masuk ke iklan satu jenama rokok yang berlokasi ditanah tinggi (kalau tak silap iklan rokok Salem). Memang cantik dan masing-masing terpana seketika! Hanya ucapan Subhanallah,cantiknya terluncur dari mulut aku. Tiga jam setengah berselang semua selamat sampai ke Danau Segara Anak.


danau segara anak

Aku perhatikan beberapa porter dan juga penduduk tempatan yang sibuk memancing ikan. Juga sekumpulan kawan-kawan yang sibuk membakar hasill tangkapan.Manis tu ikan fresh. Kebanyakan ikan yang ditangkap terdiri dari spesies kap rumput atau dalam istilah tempatan ikan karper. Selesai mandi-manda di kolam air panas (aik kalak hot spring)& air terjun danau yg terletak kira-kira 10 minit dari campsite, aku dan paei mula menangkap ikan dengan Rp untuk makan malam. Syukur ada 6 ekor karper besar-besar rezeki untuk kami yang mahu dijual oleh sang pengail..Berapa Rp?? Murah jer memang berbaloi dengan duit yang di belanjakan..hehehe

Porter yang turut sama mengikut aku & Paei, dengan selambanya menggunakan kukunya untuk membuang sisik karper. Dahsyat sungguh! Tak pernah aku jumpa orang buang sisik ikan dengan hanya mencakar-cakar gunakan kuku! Ngeri jer bila tengok cara diaorang siang ikan tu.

Ikan tu kami hanya goreng biasa sahaja. Taruk garam terus goreng atas dapur kayu. Memang mencabar mengoreng atas dapur kayu ni, apai kena pandai jaga.Kalau tak alamat berjam la baru nak masak.Tapi, sedapnya karper goreng MasyaAllah! Selesai menikmati makan malam aku menugaskan Bulat, Fairos, Hussain serta Hairul untuk menyediakan sarapan serta pack lunch untuk perjalanan keesokkan harinya yang dikatakan sekitar 6jam untuk ke Pos Senaru. Walau pun berperang dengan perasaan sejuk, amanah tetap dilaksanakan untuk semua peserta.:)

Malam tu jugak aku tidur di bawah fly, menemankan kawan lama Abg Dafi & Sifu.Yang tak sedapnya dah la sejuk bangat, anjing yang 2-3 ekor kat danau tu asyik berkelahi je waktu tengah malam. Lena aku memang terganggu malam tu,risau anjing tu melompat bawah fly tempat aku tidur. Naya woo!! Team yang memasak selesai tugasan sekitar jam 1.30am. Bravo!

30hb April 2007



Hari ni aku excited sangat nak back to civilisation. Dah masuk 5 hari menatap wajah yang sama, menghidu bau yang sama, menanggung sakit yang sama (otot peha & betis dah mula keras). Jam 5.30am aku dah mula kejutkan kawan-kawan, Uncle Appa yang bangun awal ala-ala nak pergi meniaga telur pun dah pandai kejutkan kawan-kawan lain dengan mengetuk botol. Tapi macam biasa la, dah kerja keras 2-3hari sebelumnya memang rasa malas sangat nak bangun. Tengok sarapan & pack lunch siap lega la sikit cuma air untuk minum pagi aje yang masih tak cukup. Habis semua porter aku gegarkan. Kelam kabut semua ambol botol dan cari torch light pergi ambik air.hahaha. Mungkin teruja dengan jeritan Pak ada sms pak! Dibaca pak!; PAK ADA SMS DIBACA PAK!!! hahaha. Apa yang aku tak bole lupa bila semua peserta terus duduk tegak dalam sleeping bag bila aku nak buat pemeriksaan khemah ke khemah! Hahaha..Lukenabeb!


Selesai makan dan sessi bergambar berlatarbelakangkan Gn Baru Jari serta Danau Segara Anak, kami meneruskan perjalanan pulang melalui trek Senaru. Trek Senaru ini merupakan laluan alternatif untuk pendaki mendaki ke Gn Rinjani. Buat permulaan kami terpaksa berjalan dilereng danau sebelum mula mendaki dinding kawah gunung tersebut. Kalau bukan sebab nak keluar, rasa macam tak upaya nak melangkah bila melihat kayu tanda KM 12, KM11, KM10 dan seterusnya. Setelah melewati Batu Ceper, serta batu capek ya yakni hampir 3jam mendaki barulah aku sampai ke puncak Pelawangan Senaru (Pelawangan 1 Crater Rim-2641Mtr).Sebelum itu sempat jugak kami menikmati Raspberry Rinjani yang terdapat ditepi trek.Sedapnya!!! Pemandangan dari sini memang cantik dengan kita boleh melihat keseluruhan Danau Segara Anak serta Gn Baru Jari. Dari sini kami memandang kebawah dan melihat rakan-rakan lain yang masih?menanjek ibarat semut. Hemm..jawablah korang..sapa suruh ikut..hehehe



Dari sini perjalanan hanya menurun saja tanpa ada nanjek-nanjek. Ramli yang memang membela 5ekor kuda dalam badannya terus saja berlari menuruni Pelawangan Senaru mengejar rakan-rakan yang didepan; Paklie,Fid, Uncle Appa, Gaban. Itu semua hikmah menggunakan porter jangan sayang duit, sayang badan..hehehe. Aku masih setia mengikut kaum hawa yang terdiri dari Kak Nita, Arry dan Lin serta Porter Arry. Porter lain semua dah laju kedepan.




Kira-kira setengah jam menurun aku menerima panggilan W/T dari Arey memberitahu beberapa peserta telah tersasar dari laluan. Antaranya Yap, Bulat, Fakhrul, Hussain serta Faizul. Mereka tersasar ke trek kiri yang membawa mereka mengelilingi danau. Mujurlah Arey yang berada dibelakang menyedari tentang ini, kalau tidak pasti lebih jauh Bulat & The Geng bersiar-siar haritu. Menurut ceritanya bila sampai di batu yang bertanda pangkah, dan simpang naik ke Pelawangan Senaru, Yap memilih untuk ikut trek yang sebelah kiri, katanya mana-mana pun sama saja maaa. Akibatnya habis semua nyasar..hahaha. Syukur semuanya berjaya kembali kelaluan asal. Moralnya, lain kali jangan trekking jauh-jauh sangat beb! Hehehe..kena konsisten..Lin mula-mula gelabah jugak bila husbandnya tersasar. Aku kata takpe, ramai lagi guide dan peserta dibelakang.. Bulat kan pandai baca trek.

Melewati Kem3 (Mondokon Lolak -2000M) serta Kem 2 (Montong Satas -1500M) menandakan kami semakin hampir dengan Pintu Rimba.Di Kem 3 kami berjumpa dengan pendaki luar dan sempat berborak-borak serta bertukar cerita tentang keindahan Puncak Rinjani.Sepanjang perjalanan juga kami mengenali berbagai pokok tempatan yang telah diletak label antaranya: Ketapang, Klokos, Bunut, Kasol dan lain-lain lagi.


Sebatang pokok yang menjadi perhatian semua pastinya pokok "Bunut Kengkang" yang tertulis Jangan kuliti aku, aku ingin hidup menurut ceritanya pokok itu yang mempunyai 3 cabang di bawah merupakan pintu masuk ke dunia lain (ghaib) serta kulitnya jika ditakik/dikuliti akan membuatkan si penakik berkahwin lagi. Sejauhmana kebenarannya wallahualam. Tapi yang pasti ada diantara kita yang cuba menguliti pokok itu tanpa sedar untuk menunaikan sesuatu hajat terpendam.Siapa?? Aku pun tak tahu hehehe.

Aku sampai di Pintu Rimba jam 3pm. Boleh dikatakan laju menurut kata porter dan guide. Disini ada sebuah kedai kecil yang menjual makanan ringan untuk para pelawat yang kesana. Aku tak melepaskan peluang untuk menghilangkan dahaga dengan air kemenangan; bukan 1, tapi 2 botol! Thanks Paei atas kemudahan kredit yang disediakan.


Berehat sebentar kami meneruskan perjalanan melalui denai kampung ke Rinjani Trek Centre yg terletak pada ketinggian 601M. Syukur kami kembali ke civilisation! Sementara menunggu yang lain kami sempat membeli souvenir yang dijual di Trek Centre seperti baju, key chain serta batch Rinjani. Harganya memang lumayan pak!

Selesai membayar upah untuk porter, kami terus ke restoran yang terletak sekitar 1KM dari Rinjani Trek Center untuk menjamu selera. Masing-masing dah nampak lesu, tapi masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai! Ketika ini macam-macam cerita dibualkan.Kelakar, sedih, marah, tension etc..

Gerabak yang terakhir sampai ke Pintu Rimba sekitar 7pm dimana hari telah pun gelap. Walaupun kali ini aku berjaya mengelakkan badi OT, namun salah seorang rakan badi transtitiwangsa, si Faizul masih tak berupaya meloloskan diri. Dia bukan berseorangan tapi turut ditemani jejaka idaman Malaya; Pak Hussain Lempoyang!

Selesai menunggu semua, sekitar jam 9pm angkutan yang kami sewa sampai untuk membawa kami pulang ke Mataram. Masuk saja dalam bas semua layan blues; almaklumlah perut dah kenyang diisi nasi campur di restoran. Kami sampai di Hotel Arum Jaya sekitar 12am++ dan terus bermalam disana.Kepada yang mahukan privacy boleh saja pilih bilik yang diingini dan bayar sendiri, pada yang tak kisah mana-mana aja om asal boleh tidur..Hehehe.

Pagi itu sebelum tidur kami sempat melayan slideshow gambar-gambar yang dirakamkan Arey melalui laptop Mbak Nita. Memang rasa macam tak percaya kami baru melepasi cabaran getir Gn Rinjani!!

1hb Mei 2007


sarapan pagi 



Pagi ini kami mengatur lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Lombok. Setelah bersarapan roti bakar (pada yang awal saja yah!), kami terus dibawa melawat ketempat-tempat menarik sekitar Mataram-Lombok. Memandangkan Lombok terletak di bahagian timur Bali, pelancongan disini masih lagi kurang berbanding tempat-tempat lain.


Penduduk disini kebanyakkan terdiri dari suku Sasak dan majoriti penduduk nya beragama Islam. Sehinggakan masjid begitu ketara disana dan ada diantaranya berselang hanya beberapa puluh meter! Pulau 1000 masjid begitulah menurut salah seorang guide kami. Disebabkan masa yang terhad kami hanya sempat ke mengambil angin di tepi jeti, melawat Taman Narmada (miniature kepada Gn Rinjani), ke toko outdoor (Eiger), kedai kaos serta toko yang menjual madu asli serta ole-ole asli Lombok. Banyak toko yang tutup memandangkan hari itu Hari Buruh & Wesak Day.

ada demonstrasi

Kami juga sempat menyaksikan tunjuk perasaan menuntut hak-hak yang lebih baik untuk buruh sekitar kota Mataram. Pulang ke hotel kami terus membuat persiapan untuk pulang ke Bali. Ketika ini ramai yang dah membayangkan untuk tidak turut serta ke Gn Agung sekiranya masih dijadualkan mendaki pada malam itu. Capek pak!! Hahaha


Menyedari hal ini AJK seperti biasa akan membuat pindaan jadual demi keselesaan peserta. Chewah! Jam 4.30pm kami menaiki feri untuk pulang ke Bali. Memang sedih untuk berpisah dengan rakan-rakan guide disana kerana masing-masing dapat merasakan ukhuwah yang makin menebal antara kami. Namun perpisahan adalah sesuatu yang pasti untuk satu-satu pertemuan! Sayonara Mataram-Lombok, kota yang terkenal dengan slogan Patut Patuh Patju. InsyaAllah ketemu di tahun-tahun akan datang. Di atas feri masing-masing melayan perasaan dan berbual di atas dek menghadap matahari terbenam. Memang cantik scenery petang itu tapi di hati masing-masing muladok pikir apa nak jadi pulak

mau ke bali 
Perjalanan 5jam diatas feri bagai tak terasa bila masing-masing asyik bercerita tentang pengalaman di Lombok.. Dan antara yang menjadi mangsa interview petang itu pastinya jejaka idaman Malaya; Pak Hussain yang mula digosipkan dengan seseorang. Hehehe


Paling menarik di atas feri sebelum sampai ke Bali pastinya misteri kehilangan nasi bungkus Sifu. Macam dalam cerita CSI, Sifu ditemani Abg Dafi dan Rudy mula menyiasat tentang misteri kehilangan nasi bungkus yang diletakkan di atas meja. Yang jadi suspek tak lain tak bukan, peserta yang kuat makan; Eddie Oh. Apapun memang tiada bukti yang mengaitkan Eddie dengan kejadian itu. Sudahnya Sifu terus tertanya-tanya


Sampai di jeti Padang Bai sekitar jam 9.30pm. Dari sini kami di bawa ke Pantai Kuta untuk menginap di Gora Beach Inn. Di dalam van yang aku naiki mula kecoh tentang kehilangan kasut adidas Tangent seorang lagi orang lama; Abg Dafi. Sebenarnya kasut tu ada dan aku mengarahkan Azmin & Fairos untuk menjaganya, kerana ketika sampai di jeti dia terus saja meninggalkan kasutnya di kelompok haversack peserta lain. Aku dan Ramli yang sebelah dia ada atas van ketawa dalam hati bila tiba-tiba Pak! Sebentar pak, boleh patah balik ke jeti tak?! Ada barang tertinggal kata Abg Dafi. Pak Supir yang terkejut terus aje membrek tapi negatif jawapannya Feri dah berlepas semula pak? aku pun apalagi terus kasi tambah pressure pada Abg Dafi..Walaupun dia pasrah, namun aku tahu dalam hatinya memberontak kerana kasut tu baru 2-3kali pakai! Sudahnya sepanjang 2 jam perjalanan Abg Dafi senyap aje tak seperti selalu. Hahaha (Sori bang..gurau-gurau jer..hehehe)


macam mintak sedekah



Gora Beach In terletak di tengah-tengah kemeriahan kota Pantai Kuta di bahagian Legian, kira-kira 7minit perjalanan dari monumen pengeboman Bali. Tempat ini memang happening! Jam 12-1am masih lagi rancak walaupun toko-toko perniaagaan telah pun ditutup.Hiruk-pikuk hanya kedengaran dari kafe-kafe yang terdapat dikiri-kanan jalan.

Selesai check-in, sedang aku, Paie dan Arey berbincang untuk perjalanan seterusnya, Faizul turun ke lobi dengan backpack serta pakaian mendaki. Mulanya dia beritahu kami dia tak dapat ikut ke Gn Batur kerana nak terus ambil feri ke Banyuwangi. Mulanya kami tak perasan apa yang dia bualkan, sampailah satu ketika dia tanya mana nak letak barang-barang saya malam ni?? Sebab kitakan tak tidur di bilik aku pun tanya, Engko nak kemana pulak malam ni??, Kitakan naik Gn Agung malam nikata Faizul..Alamak ni dah kes miscommunication la ni..Hahaha? Naya sungguh Faizul, Wakenabeb!!! Hahaha

Balik kebilik ramai yang dah pewai tapi aku tetap juga nak keluar malam tu menghirup udara segar di Pantai Kuta. Arey dan Paei awal-awal dah tinggalkan aku..Nasib baik waktu nak keluar bilik Sifu rela hati nak ikut aku. Jam dah pukul 2am. Sementara nak tunggu Champion League; Chelsea vs Liverpool best jugak jalan-jalan kat pantai Kuta. Di Kuta aku dan Sifu melepak di McD 24hr. Layan borak tentang diri masing-masing sambil layan bola. Lepas 1st half terus saja berjalan menyusuri jalan di tepi Pantai Kuta. Malang sungguh pagi tu, dah 30minit berjalan aku dan Sifu tersasar dari kawasan hotel. Naya sungguh! Nak tak nak terpaksa ambil teksi?jam dah pukul 4.30am. Mau kemana pak?? tanya supir..Terus saja ke monumen bombing..kata aku Hahaha..Lebur jugak Rp15k

2hb Mei 2007 (Catatan sumbangan Arry)

Pagi yang damai bangun pagi, breakfast roti bakar seterusnya mutar-mutar ke destinasi menarik sekitar Bali. Pagi itu yang jadi bahan pastinya Fairos dan Ramli yang dah mula bertukar rupa. Kulit mengelupas kesan sunburn di Rinjani. Pagi itu juga Abg Dafi mula gembira bila kasutnya dipulangkan kembali..Hehehe



Tempat pertama kami tuju pagi ini ialah Dreamland Beach yang terletak di Jimbaran. Tempat ini bakal dibangunkan sebagai Kuta II sedikit masa lagi. Pembinaannya sedang rancak berjalan. Pantai ini terkenal sebagai destinasi sukan luncur untuk penggemar luncur air atau surfng. Ombaknya yang besar serta airnya yang hijau kebiruan memang memukau mata yang memandang. Selesai berfoto terus saja kami menuju ke destinasi seterusnya; toko Eiger. Abg Deeno yang mendapat kiriman dari rakan-rakan semenanjung memang tak menang tangan membeli disini. Semua dia nak capai..

Selesai di toko-toko outdoor terus saja kami menuju ke Tanah Lot untuk menikmati sunset disana. Pura pemujaan leluhur untuk penganut agama Hindu Kuno ini terletak betul-betul di tepi laut dan terdapat tempat menikmati pemandangan indah dari atas tebing yang menghadap matahari terbenam.. very nice! Sambil mengunyah kerepek ubi dan menghirup air kelapa muda jari tidak putus-putus mengklik kamera. Tidak kurang juga yang giat berposing di hadapan lensa. Yelah..bukan selalu dapat merakam permandangan seperti ini.




tanah lot


Setelah tepat jam 7.30, kami berkumpul semula dihadapan pintu masuk Tanah Lot. Perut masing-masing sudah mula berkeroncong minta diisi. Hanya satu warung yang kelihatan masih terang benderang. Kami menikmati makan malam kami seperti kebanyakan hari2 lain iaitu sajian nasik padang. Tapi mataku terbeliak setelah bil diberi. Hampir Rp 21,000 (RM 8++) setiap orang untuk sepinggan nasi padang dan lauk pauk. Mak aihhh! Boleh tahan mahal!.

Hati berdebar-debar sepanjang perjalanan pulang ke Kuta. Satu lagi misi besar masih perlu dicapai. Satu lagi cabaran masih menanti. Kami dinasihati guide Triman agar merehatkan diri selagi masih boleh kerana kurang dari 3 jam kami akan memulakan perjalanan ke Gunung Agung pula. Yaaa..gunung kedua yang bakal ditawan oleh pendaki-pendaki degil OGKL pada ekspedisi kali ini. Gunung Agung yang terletak di timur Pulau Bali mempunyai ketinggian 3014m dikatakan gunung yang sangat suci bagi kepercayaan masyarakat Hindu di Bali.

Gunung yang menempatkan ibu segala pura di Besakih. Kekerapan upacara keagamaan yang diadakan di puncak itu membuatkan gunung itu begitu dipelihara oleh masyarakat setempat. Setelah mengadakan survey, hanya seramai 20 orang pendaki yang masih mampu meneruskan perjuangan walaupun seharian suntuk penat bershopping tetapi itu bukanlah satu halangan untuk tidak meneruskan misi. Ada yang berkata, Gng Agung ni tak sesusah Gng Rinjani sekitar 4 jam je dah boleh sampai ke puncak. Dalam hati sempat la nak tengok sunrise kali ni. Wahhhh gumbira sungguh hati ini!!! Kami tiba di Besakih, sekitar jam 11.50 malam daripada Kuta.

3hb Mei 2007 (Catatan sumbangan Arry)

Setelah mendengar briefing daripada pegawai bertugas yang menjaga pos masuk dan juga guide Triman, tepat jam 12.30 am, kami pun memulakan pendakian. Kumpulan kami disambut dengan salakan achong (anjing2) yang ada disekitar pura selama 10 minit di awal perjalanan. Kasik ucapan good luck kot. Walaupun keadaan gelap pada malam itu tapi kami masih mampu melihat samar-samar keadaan sekeliling kerana malam tu bulan agak terang. Suasana sunyi,, hanya kedengaran tapak-tapak kaki yang melangkah yang seiring dengan bunyi nafas yang macam Seladang. Sunyi sangat seolah-olah setiap orang takut nak bersuara pulak. Mungkin jugak sebab sebelum gerak tu kami dah kena warning kononnya Gng Agung ni keras.

taklimat pagi 

Senyap punya senyap, rupa-rupanya sudah sejam kami berjalan tanpa henti. Laju pulak tu. Takde sapa pun mintak nak rehat, takde sapa pun yang mengeluh penat. Sehinggalah Arey yang pada masa itu berada dihadapan sekali mintak semua berhenti ambik nafas kejap. Nampaknya Pak Arey pun tau penat.. Masa tu barulah ada suara yang berbunyi dah sejam kita jalan ni, takde sapa yang berani mintak take five. barulah peserta lain turut ketawa. Eddie Oh memang ketawa paling tak puashati.. hahaha.. 

Akan tetapi kederat Uncle Appa seperti di recharge 100% maksimum apabila dia tetap meneruskan perjalanannya. Bukan setakat peserta paling depan, bahkan guide Triman pun ditinggalkannya! Setelah hampir 10 minit berhenti, kami pun meneruskan perjalanan. Bayang atau cahaya headlamp Uncle Appa langsung sudah tidak kelihatan. Power betul uncle nih... Rungut aku dalam hati. Trek setakat ini tidak ada langsung yang datar atau menurun. Memang dia bagi kaw-kaw punya. Mencanak sampai sudah. Dan trek nya setakat ini seperti hutan di Malaysia, berakar dan masih mempunyai banyak pohon yang jarang-jarang terdiri dari pokok pine.

Setelah hampir ke pukul 3am, terngiang-ngiang pesanan AJK, kita makan tepat pukul 3am sewaktu memberikan bekalan nasik padang kepada setiap pendaki sebelum bertolak. Perut dah makin menyanyi. Kesejukan pun dah macam terkurung kat dalam tulang. dahhh..nak berenti jugak..nak makan! aku bersuara. Carik dulu port best. Oleh kerana keadaan trek yang mencanak itu, kami terpaksa duduk berderet sepanjang trek. Pada masa itu juga, barisan pendaki sudah terpecah. Di belakang sekali ada Abg Dafi, Hairul.

Nasik padang dengan lauk sayur rebus dan ayam goreng jadi sarapan dinihari kami. Selesai sudah sarapan kami, perjalanan harus diteruskan. Aduh, makin canak jalan ni. Tak kasik chance langsung! Ketika itu pokok-pokok disekeliling sudah mula jarang-jarang dan kecil (bonsai). Pemandangan waktu malam Pulau Bali sudah bisa dilihat di sebelah kanan kami. Cantik sungguh, sayup-sayup kelihatan lampu-lampu kecil di celahan ranting-ranting pokok. Kami bernasib baik kerana angin tak begitu kencang. Tapi sejuknya ya ampun!




Tiba-tiba kami dikejutkan melalui W/T dari Abg Dafi yang memberitahu berita kurang gembira daripada orang belakang. Hairul terjatuh! Jatuh dalam gaung pulak tu. Nasib baik gaung tak dalam sangat. Tapi dek kerana semangat kental lagi waja..(Wira Benom lah katakan).  Hairol merangkak semula kembali ke trek. Mungkin kerana terlalu mengantuk. Syukur tiada kecederaan yang serius.





Perjalanan terhenti seketika bagi mengerjakan solat subuh. Nasib baik ada kawasan yang agak lapang dan tak begitu mencanak. Ada yang mengambil peluang ini untuk terbongkang kejap. Hehh siapa tu? Kalau tak silap Kak Gabby.. Mungkin mimpi sesuatu yang indah kot.. hehehe.. Tapi bukan boleh tidur lama pun sejuuuuuuuuuuk.


Kami meneruskan lagi perjalanan. Tanah sudah mula berpasir dan berbatu besar. Panjat dan terus panjat lagi seperti tiada kesudahan jer.. asyik-asyik kene tipu dengan permatang. Sampai jer atas sikit, ada lagi yang tinggi,. Wakenabeb betul!! Dah la kena tipu kata 4 jam..ni dah nak masuk 5 jam setengah dah nih. Tak nampak bayang puncak langsung. Langit sudah mula kelihatan sedikit cerah. Tona Merah oren biru putih yang begitu menawan. Confirm tak sempat tengok sunrise. Hmmm takpela janji sampai puncak.


Kami tiba di kawasan batu-batu besar yang kelihatan seperti dinding graffiti. Dipenuhi dengan artwork-artwork yang agak mencemar keaslian batu itu sendiri. Setiap lima langkah, pasti kepala mendongak keatas dengan harapan puncak semakin hampir. Kami terserempak dengan beberapa pendaki lain yang dalam perjalanan turun. Kata mereka, sudah ada 3 pendaki yang hampir ke puncak. Wahh pastinya Uncle Appa salah seorang itu. Tapi ada juga seorang pendaki mat salleh yang tak sampai ke puncak sebab tak lagi berdaya meneruskan perjalanan.Aduh mental pulak.




Kaki terus melangkah. Setiap langkah yang itu sangat berharga. Setapak demi setapak bagaikan begitu berat sekali. Keadaan muka bumi yang berbatu kini membuatkan tenaga digunakan berlipat ganda demi melawan graviti dan mendaki dengan ketinggian 45 darjah. Pada ketika ini, mata mudah sekali terasa mengantuk. Perjalanan melepasi batu-batu beralur itu terasa macam forever. Bila ternampak puncak dihadapan, jangan sekali terpedaya. Itu adalah puncak tipu semata-mata.


Video di puncak Agung dan sekitar

Bila aku tiba di satu puncak yang agak tinggi, puncak sebenar Gunung Agung sudah bisa dilihat. Terdapat 3 figure sedang berdiri di puncak itu. Tetapi sebelum boleh sampai ke puncak tu, terdapat hampir 4 puncak tipu. Aduh, mencanak sungguh nak sampai ke puncak ni. Jalan sudah mula licin dan berpasir. Kiri kanan kini cerun yang tinggi. Perjalanan harus diteruskan. Biarlah lambat pun. 50 meter sebelum puncak kedengaran teman-teman lain menjerit-jerit memberi sokongan. Tepat pada pukul 8.30 pagi, kaki ini berjaya menapak di puncak Gng Agung. Alhamdulillah. 

Sampai juga akhirnya walaupun perjalanan naik memakan masa hampir 8.5jam. Segala keletihan pada masa itu bagai hilang bila terlihat betapa indahnya keadaan disekeliling apabila berada di puncak tertinggi Pulau Bali. Gunung Batur dan Gng Abang yang berada di sebelah kiri boleh dilihat dengan jelasnya. Alhamdulillah sekali lagi bagi peluang yang diberi untuk melihat keindahan yang tidak terkata ini. Awan yang cerah, cuaca yang sempurna, a simple yet perfect combination. Aku di sua air kemenangan. Nikmatnya tak terkata! 

Bermula lah sessi fotografi. Macam-macam pose yang kami buat. risau jugak sebab puncak Agung tu tak besar mana. Takut nanti ada yang jadi mangsa sacrifice je. Eddie Oh dan Pak Ali juga sibuk merakam video untuk kenang-kenangan. Dah macam nak masuk dokumentari Cina bila Eddie beri komen. Dari jauh terlihat beberapa lagi peserta lain yang asyik melayan trek ke puncak. Abg Dafi sampai dengan muka yang betul-betul kepenatan. Siap sujud syukur tuu. 

Sebelum tu dengar jugak dari peserta lain mengatakan Abg Dafi cuba ajak yang lain untuk berpatah balik. Tapi semua tak makan saman dan pujukan. Hati batu, jiwa keras, memang degil! ..Kira-kira, peserta yang sampai sudah 19orang maknanya ada sorang lagi di belakang. Dari jauh nampak baju kuning, siapa lagi kalau bukan hero Maybank. Sorakan diberi kepada Hairul yang berjaya juga sampai walaupun dah tergolek dalam semak masa di kaki Agung. Memang hati degil betul. Selamat sudah kesemua peserta tiba di puncak. Sesuatu yang patut dibanggakan.

Setelah beberapa lama berposing dan beratus-ratus kali ambik gambar, tepat jam 10.45am tiba masanya untuk merempuh rintangan terakhir. Going back down. Yang best nya sebab kita seiring dengan gravity. Yang tak bestnya sebab lutut kita kena kerja extra keras. Mukabumi yang sangat cerun, berpasir dan licin menyebabkan kami terpaksa berhati-hati agar tidak tergelincir. Penurunan kali ini lebih licin daripada Gng Rinjani. Walaupun banyak alur tetapi tetap asyik nak terjatuh. Perjalanan turun amat-amat meletihkan. Tambahan pula bila tengok kawan-kawan lain dan aku sendiri dengan kuku dan lutut yang dah menjerit-jerit minta berhenti. Psycho jugak bila dah lihat dengan jelas trek yang kita lalu masa nak naik. Masa malam tak nampak apa, ni dah cerah ya Allah, macam ni ke kita naik tadi?

Bekalan air dah makin sikit. Lutut dah macam nak terburai.. perut pun serabut. bila berhenti rehat je, mata mesti nak tertutup. Mana taknya, semalaman tak tidur. Balik-balik shopping jer pegi naik gunung. Tak ke kerja gila namanya? Tapi perjalanan harus diteruskan. Aku berada dibelakang dah mula risau bila menjadi peserta terakhir sekali. Namun Guide Triman dan Pak Presiden setia menjadi sweeper di belakang. Kecederaan kuku menambahkan kelambatan pada pace yang sudah sememangnya lambat. 

Hati girang bila nampak ada lagi yang sedang berehat. Achong dan Hairul kata Kak Gabby ada dihadapan. Dalam hati terdetik heheh..kalau dapat potong dia pun ok gak ni memang betul dia tak jauh dari kami. Mungkin dia pun tengah sakit kuku kot. The moment Kak Gabby and the gang nampak kelibat kami, dia memecut selagi mau. Macam baru makan 4 ketul Powerbar! Ni bukan slow sebab sakit ni. slow sebab memang sengaja rupanya. Hampa hatiku nampaknya kena la tulis report untuk gunung Agung ni.

Aduh! jauh sungguh perjalanan balik ni. Dah sengal-sengal satu badan. Beberapa kali dah terjatuh dan tergelincir. tapi tak nampak pun Pura-pura yang ada kat bawah tu. Jalaaaaaaaaan lagi..aduhh.

candi di besakih

Pada pukul 4.40, kami tiba juga akhirnya. Macam nak melompat bila dah start nampak pura yang tinggi tu. Sempat juga ambik gambar dua tiga snap walaupun penat nya Tuhan saja yang tau. Kami kumpulan terakhir yang tiba. Yang lain ada yang dah siap mandi dah. Bagi kumpulan yang tidak mendaki, mereka dah ada di Besakih daripada 12.30 pm lagi. Yela, mula-mula ingat 4 jam naik, 4 jam turun. Ini dah double ni! Tapi apa2 pun kami semua selamat naik dan turun gunung Agung. MISI TERCAPAI! YESSSS! Akhirnya aku telah menjadi sebahagian daripada sejarah OGKL di Ekspedisi Rinjani-Agung!!!

Tiba masanya untuk mengisi perut. Perut yang dibiar menyanyi daripada pagi tadi lagi. Santapan terakhir kami pada 14 jam yang lalu sudah tidak ada makna lagi. kata Pak Presiden, nak makan besar malam ni. Setelah semua nya selesai membersihkan diri, kami pun bertolak dari Besakih. Bestnya dapat rehatkan kaki. Masing-masing terlena kepenatan, yang tinggal cuma gelak ketawa kumpulan yang tidak mendaki. Yelah, kudrat kami dah tinggal 0.5% je.

Sementelah semua letih dan penat termasuk AJK, kami tak sedar bila kami sampai di sebuah restoran, kalau tak silap Restoran Natrabu (restoran mahal tu..). Disitu berlaku sedikit kekeliruan, kerana semua supir mengangkakan kami akan makan di situ sedangkan mereka di beritahu untuk mencari restoran berhampiran hotel kami menginap. 

Apapun setelah berjaya mengatasi masalah kekeliruan yang timbul, kami makan malam dengan penuh semangat di sebuah restoran Nasi Padang berhampiran airport. Di depan hidangan superb malam tu membuatkan kami makan macam tak ingat dunia. Lauk padang yang mantap dengan paru goreng, sambal lada hijau, rendang daging dan ayam, ayam goreng dan banyak lagi. Selera sungguh malam tu. Maklumlah, setelah penat mendaki, mesti la nak recharge tenaga.Makan malam ditaja oleh kelab pulak tu..hehehe


Kami pulang ke hotel setelah selesai menjamu selera. Mata automatic tertutup bila kepala menyentuh bantal.zzzzzzzzzzz

4hb Mei 2007 (kembali semula ke catatan aku..:)



Suatu pagi yang indah..misi dah selesai setelah hampir 8 hari bertarung dengan perasaan, sakit, seronok, bengang, semuanya ada. Kaki meronta-ronta minta dibelai. Mungkin spa tempat terbaik untuk dikunjungi hari ni..  Mana mungkin dong!!

Seperti dirancang, pagi ini kami akan pergi membeli-belah di Pasar Sukawati sebelum bertolak ke airport Denpasar. Awal pagi kami semua sedia menunggu di depan monumen pengeboman Bali. Sambil menunggu kenderaan sempat jugak bergambar kenang-kenangan beramai-ramai.


wakenebeb di pasar sukawati

Selesai memuatkan semua barangan dalam kenderaan kami terus menuju ke Pasar Galuh yang lebih awal dibuka. Menurut pak supir Pasar Sukawati buka sekitar jam 9.30pm dan tempatnya tidak berapa jauh dari Pasar Galuh. Di Galuh berbagai pakaian serta cenderahati dijual disitu. Walau harganya agak mahal namun setiap seorang dari kami diberikan sticker untuk mendapatkan 50% diskaun untuk setiap barang yang dijual. Sempat la membeli kain ela buat isteri tercinta untuk buat baju raya nanti..

Di Pasar Sukawati AJK menetapkan masa dalam 1jam sahaja untuk ber shopping. Dalam hati aku merungut jugak kerana singkat sangat namun demi mengejar flight yang dijadualkan pada jam 2.25pm kami terpaksa jugak menurut perintah!. Memang menarik shopping disini, segala macam jenis barang ada.Murah bangat! Tapi yang tak berapa bestnya bila ramai sangat peminta sedekah serta penjual bergerak yang asyik memaksa kami membeli jam, spek dan lain-lain barangan dengan tak pernah jemu.

Selesai ber shopping kami meneruskan perjalanan menuju ke airport. Jangkaan dalam 1.5jam baru sampai ke sana. Dalam perjalanan 2 buah angkutan terpisah dengan angkutan yang kami naiki. Menurut kata pak supir kami, 2 angkutan lain singgah untuk makan sate kambing di gerai tepi jalan. Sampai di airport sekitar jam 1.15pm. Nak check-in tak boleh lagi kerana rakan-rakan lain masih belum sampai. Nak tak nak terpaksa tunggu sehingga kumpulan lain sampai sekitar jam 1.45pm. Aku dah mula membebel kerana kelewatan ini.Semuanya gara-gara peserta yang tak mengikut arahan. Apapun yang lain terselamat.

Bila semua dah sampai terus bergegas ke kaunter check-in. Semuanya gara-gara  sate kambing.. Di kaunter Airasia kami bernasib baik kerana untuk penyimpanan bagasi dah hampir ditutup. Setelah petugas Airasia selesai check-in untuk semua 22 orang kami terpaksa berlari-lari anak ke kaunter imigresen dan seterusnya berlari masuk ke dalam flight. Fuhhhh!! Syukur semuanya selamat masuk ke dalam dan kami merupakan kumpulan terakhir masuk.. Disebabkan kelam-kabut juga aku tak sempat nak melambai rakan-rakan yang masih tinggal di Bali untuk menaiki flight sebelah malam dan keesokkan hari; Arey, Pak Alie, Faizul, Arry, Mia dan Fid.

Selamat tinggal Bali, selamat tinggal Lombok, selamat tinggal Puncak Agung & Rinjani InsyaAllah panjang umur & murah rezeki aku pasti akan kesana lagi!


Hampir 3 jam penerbangan kami sampai di LCCT. Syukur alhamdulillah.. Disini kami mengadakan majlis penutup dan pemberian sijil Gng Rinjani kepada peserta. Semua peserta juga diberi peluang untuk memberikan ucapan ringkas yang menggambarkan tentang perasaan, pandangan serta komen untuk ekpedisi kali ini. Disini kami bersalaman, bermaafan serta belajar untuk menghargai setiap kenangan pahit dan manis sepanjang berada diperantauan! Tiba masanya bergerak kedestinasi masing-masing! Kita jumpa di lain ekspedisi ya

  - deeno -

1 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete