Sambut Raya di Gunung Chabang

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 12 Nov 2007 – 2007/Gambar/Aktiviti/GunungChabang/XPDCPlanBBersamaOGKL.doc

Saya tiba di Teratai pukul 2200 malam. Laluan ke Teratai melalui Dataran Merdeka ditutup pula sebab ade aktiviti perarakan BERSIH akan berlangsung esok nye … melilau jugakla nak mencarik jalan alternatif ….

Bila sampai semua sudah siap sedia berkumpul… Man yg biase dengan MPAJ pun ade, Wan yg istimewa pun ade….Ramli membawa Fikri serta Faizal, kawan lame yg dah lame tak jumpa serta kengkawan pengiring yg tak ikut sempat turut serta memeriahkan suasana. Ikut senarai , saya akan naik kereta bersama Che Din, Ona dan Spy Nina.

Kami bergerak pukul 2300 malam dengan disertai 7 buah kereta. Perjalanan agak tidak teratur dimana masing2 berenti ikut driver masing2… Saya berenti di Rawang dan membiarkan Che Din memandu sambil saya terlena. Kami sampai di Tapah pula untuk take 5 lagi… Saya kemudian memandu semula dan tiba di tol simpang pulai esok mye pukul 0230 pagi … di sana Abg Zaini sudah parking siap2. Ade 4 peserta menyambut kami di sini iatu Najib, Mer mer,Q dan Zaid. Mer mer adelah adik Deeno yg pernah ikut ke TransTT pada hujung tahun 2005.


Dari sini kami bergerak ke balai polis untuk lapor diri dan terus menuju ke check point. Suasana gelap menyebabkan kami terbabas sikit…. Kami pun sampai dan meletakkan kereta beramai2 bersebelah jambatan … AJK kemudian mendirikan ground dan khemah sambil menjadikan bas sekolah yg berdekatan sebagai mangsa untuk mengikat tali fly kami …. Saya yg membawa kereta tidur di dalam kereta…. 0400 pagi saya dikejutkan pula ole Che Din yg mahu mengambil barang keluar dari kereta. Oleh kerana kereta saya lock dan tingkap terbuka… maka malam ni meriah la sikit  dengan bunyi kereta saya yg sedang menjajau mencarik kunci kereta. Selepas selesai, saya pun sambung tidur. Kemudian datang pulak Ona ketuk2 nak mintak plastik … maka saya pun terjaga lagi dan memberi barang yg di mintak …. Saya sambung lagi tidur …lepas tu Spy pulak mintak barang … jadi pagi tu tidur2 ayam aje la jawapnye …

0630 pagi bangun, solat dan siap untuk trekking. Sarapan pagi kami adalah macaroni goreng. Seperti biase, acara memanas badan diketuai oleh Amad pun bermula… ramai la yg tergeliat tulang sebab penuh lemang, nasi impit kat badan. Deeno selaku presiden memberi sedikit ucapan selamat datang sambil memberi satu dua kata tentang trip ni. Che Din selaku ketua xpdc menceritakan pulak tentang trekking ni. Sebelum mula, Ramli membaca doa selamat agar semua selamat la … tak de la crem2, tunduk2 dll(ye ke).Deeno kemudian memberi isyarat yg dia akan menjadi sweeper manakala Fairuz atau Acong tak de can nak OT macam biasa.


Kami mula bergerak pukul 0830 pagi melalui jembatan. Selepas jembatan terdapat satu pondok bertulis Pondok Pos Slim dan banyak rumah2 serta anak org asli yg bermain2 dan memberi pelbagai reaksi semasa kami melalui kawasan rumah mereka. Sedang trekking bermula dalam 15-20 minit … peserta di depan menghulurkan isyarat berenti. Ini kerana tiada terdapat kesan trekking di depan … Juz dan Che Din serta Arey mula mencari trek sambil mula menebas. Seorang bergerak di kiri dan lelain ke kanan. Kami berada dalam 20 minit di sini menanti keputusan untuk terus mara atau undur ke belakang. Setelah meninjau2 kawasan, akhirnya mereka memutuskan untuk patah balik sebab bukan trek tu. Kami patah balik dan mendapati laluan kami telah tersasar … Perjalanan diteruskan dengan aktiviti memacak … Sepanjang perjalanan memacak ni , terdapat bunyi laluan air di sebelah kanan kami. Perjalanan memacak tiba2 menurun di mana kami perlu merentasi satu laluan sungai. Sepanjang laluan, terdapat banyak pokok buloh yg tidak tegak .  Ape yg menariknye di setiap 5 meter sepanjang trekking ni, pasti ade satu pokok buloh tumbang dan melintang di laluan kami… ade juga batang pokok bersaiz sederhana jika bukan pokok buloh ini. Suasana ini berterusan sepanjang 1 kilometer laluan kami … di samping itu ade jugak balak tumbang. Pada badan balak tumbang ni ade kesan berbentuk selinder. Bentuk ini lain sekiranye kite terjumpa balak tumbang di tempat lain …   

Saya tiba di 2nd water point pukul 1030 pagi di ketinggian 850 meter …Sambil menikmati view sungai … kami take 5 dan mengambil beberapa keping gambar.



Selepas rehat, perjalanan diteruskan. Cuma 2 minit aje, kami tiba ke satu lagi sungai. Di hujung sungai tersebut ada air terjun yg sangat deras dan cantik … Saya, Acong, Najib dan Julie mengabadikan gambar air terjun tersebut dalam kamera masing2. Tiba2 semua telah bergerak meninggalkan Deeno, Azmin dan Amad di belakang menunggu kami. Jadi tinggallah saya dan Julie di belakang. Sedang saya melangkah mencari trek sehingga memacak dalam 5 meter, tiba2 Azmin menjerit2 memanggil. Bukan ni laluannya… Jadi saya pun turun sambil memerhatikan kesan trekking yg ade … Rupa2 nye trek yg sepatutnye ada tapi agak terlindung. Julie pulak menyasar ke trek sebelah … Saya meneruskan perjalanan sambil merasa ade bala nak datang. Kaki mula merasa gawat.


Trekking yg memacak sejak dari mula tadi telah mula memberi kesan pada lutut ..   Namun, I don’t care lah… jalan jek…. Perjalanan mula slow sambil mengharapkan peserta di depan take 5. Satu ketika apabila take 5, Saya jumpa Ramli, Fikri, Zaid, Acong dan Faizal. Faizal menyatakan yg dia telah ditipu oleh Ramli yg mengatakan trek ni santai aje.. Ramli pula bertanye pada Fikri ok ke sebab Fikri masih baru dalam dunia mendaki ni. Dalam hati Faizal berkata kembalikan wang kami. Manakala Zaid pula mengeluarkan kotak Milo untuk membasahkan tekak.

Setelah menyambung perjalanan, saya bersama Faizal bergerak saing. Faizal mula bagi tau yg dia agak penat … Zaid yg kelihatan konsisten di belakang mula kelihatan mau memotong. Namun trek memacak dan licin menyukarkan sikit … Pada satu ketika trek memacat tiada pemegang untuk berpaut. Di sini la tongkat memainkan peranan … Selain meminum Milo setiap 15-30 minit, Zaid jugak memiliki senarai tongkat segera. Ade yg panjang, lebar dan macam2 saiz … kadang2 apabila Zaid terlupa tongkat dia, saya datang mencuri tongkat dia… manakala Zaid bersedia membuat tongkat baru ..

Memandangkan acara pacak tak henti2 dan tak de maaf untuk para peserta, maka ramai la take 5 belas2 kali … Satu ketika Julie yg di belakang saya dan Ramli memberi isyarat beg dah berat … Jadi Julie pun menghulurkan 2 botol air pada Ramli … Saya pulak sudah memperlahankan rentak dan mula ikut suka hati nak berenti di mana2.. Apabila merasa tertinggal, saya bergerak laju sedikit … namun apabila sampai untuk take 5 pada kelompok peserta yg ramai, mereka pulak jalan … maka take 5 sensorang lagi…  Kemudian saya berjalan dan merasa ade kumpulan take 5 di depan. Saya take 5 dulu … Bila selesai, saya jalan sambil memotong peserta take 5 tadi ( ambik balik )…
Satu ketika, Julie jalan dengan lajunye … hehehehe… melenggang nampak….

Saya tiba di last water point tepat pukul 1500 petang pada ketinggian 1500 meter. Sambil makan macaroni, hujan mula turun namun berenti …  kami berehat dalam satu jam sambil AJK menyediakan air. Ketika sedang ambik wuduk, hujan turun balik menyebabkan saya cepat2 carik beg untuk tutup. 

Tepat pukul 1600 petang, kami mula bergerak… Keadaan trek yg memacak memang betullah… wakenebeb la …  namun kami bergerak tak berenti sehinggalah sampai di Bukit Botak yg pertama pukul 1705 petang pada ketinggian 1645 meter. Suasana view gunung mula nye dijangka tidak kelihatan akibat kabus … namun kami dapat melihat view tersebut … memang dasat la lu beb….Di depan kami kelihatan satu bukit yg penuh kehijauan, namun mengikut kata Che Din yg dah 3 kali gi Chabang ni … lepas bukit ni baru puncak.

Selang 10 minit kemudian, Deeno sampai. Sambil berborak2, Deeno calling rakan2 di depan. Suara jeritan dan suara dari walkie-takie kelihatan sama … Ikut itinerary, kami akan sampai puncak dalam 15 minit aje …yahoo dah nak sampai … tak yah susah2 hati lagi…Namun Deeno memberi isyarat tanda menjangkakan kami semua tak kan ade OT malam ni dan dijangka sampai dalam 1830 petang paling lewat.  

Saya kemudian mula bergerak ke atas semula … Selang 10 minit saya berjumpa pula Bukit Botak 2 … kali ni lagi luas sikit… Saya bergerak lagi dan jumpe pulak Bukit Botak 3 …di belakang saya Ramli … So tinggal kami berdua aje untuk bergerak ke puncak. 

Saya sambung perjalanan ke puncak namun keletihan menghantui pulak. Setelah melalui Bukit Botak yg lapang, kami melalui pula laluan trek dalam hutan. Tiba trek menjadi menurun pulak ….ketinggian sudah menjadi 1630 meter …. Seketika kemudian, trekking memacak semula….. Satu ketika saya terjatuh ketika menurun ala2 tangkap biawak…saya pun memberi isyarat pada Ramli untuk take 2… Perjalanan trek yg berliku2 dan makin naik makin turun menyebabkan saya teringat pada Gunung Tangga. 
  
Akhirnya kami tiba di puncak pukul 1835 petang ….Puncak nye tidak la besar mane … 
Hanye ade Berut dan satu kawasan sekadar 2 fly leh muat. Saya yg memikul khemah dari bawah kalau tak guna ..bawak aje merasa buat penat aje kalau bawak tapi tak pasang.

Semua peserta confirm sampai puncak sebelum gelap. Sambil mengemas saya menukar pakaian… Saya plan tidur bawah khemah aje..namun Ramli berjaya jugak mencarik satu pot untuk pasang khemah …

Selesai khemah, kami lepak2 bawak berut sambil masing2 mengeluarkan barang memasing … Muzammil mengeluarkan lampu, manakala Q memasang dapur masak meggi, dan macam biase Ramli keluar dapur masak air dan makan meggi…

Pukul 2100 malam, makanan mula siap dan kami mula makan. Acara suai kenal bermula sejam lepas tu sambil masing2 menceritakan pengalaman masing2 sepanjang trekking. Kali ni cara memperkenalkan diri adalah secara rawak … ramai yg berdegup jantung, lepas ni aku ke??Ade juga yg di tanya antara usaha dan tawakal mane dulu …. Ade juge yg tertipu dengan trek ni … Slogan “Pulangkan Wang Kami” ade kedengaran jugak. Dan yg pasti kami semua telah dinodai dengan kata2 Che Din yg katanye dari Bukit Botak ke puncak cuma 15 minit aje …padahal separuh nyawa nak sampai puncak ni….nasib tak de geng sebak dengan geng kilat … kalau tak OT base rendah la jawap nye.

Saya tidur sebaik selesai acara suai kenal akibat keletihan. Khemah yg didirikan di sebelah Berut mampu bagi saya, Ramli, Fikri dan Faizal untuk tidur. Faizal yg tidur hujung menyebabkan sentiase rasa terhimpit atau tertekan.


Saya bangun seawal 0710 pagi untuk melihat matahari terbit dan view gunung dalam kabus yg kurang tebal.  Perjalanan turun cuma 2 minit ke lokasi untuk menikmati view. Banyak juga bentuk2 gunung yg ade dengan bermacam2 bentuk dan rupa …Saya berada hampir 30 minit sebelum naik semula untuk mengemas dan acara seterusnya… sarapan pagi dan bergambar. Rata2 sarapan pagi sekadar berkongsi macam semalam akibat tak mau buang air besar dan dah sarapan pagi awal.


Saya mula mengemas dan tukar baju melayu. Cuma saya, Ramli dan Juz kelihatan memakai baju melayu… Kami semua bergambar kenang2an dan bersiap untuk turun. Sambil mengemas, Deeno dan geng2 lain turun dahulu katanye ade kenduri nak pergi…





Saya mula turun pukul 1020 pagi sebagai group paling belakang. Sambil menikmati view di setiap Bukit Botak …saya bergambar kenang2an. Di bahagian belakang ni cuma saya, Ramli , Acong dan Juz … Hujan semalam menyebabkan trek licin dan saya mula hilang kawalan. Entah berapa kali jatuh ala tangkap biawak dah tak terbilang namun saya gagah kan jugak…Ade satu masa sebelah kaki terangkat ke langit namun masih mengawal keadaan… Ramai yg tak tau azab turun lebih teruk seksa nya dan masa ni la tanda kene duri walaupun cuba dielak akan mula kelihatan. Setiap kali saya jatuh terduduk, sure take 5 dan mereka yg dibelakang menunggu sama.

Ade sekali ketika turun kaki kanan saya tersangkut pada kayu melintang menyebabkan saya terus take 5 sambil kaki masih tersangkut. Mujur lah ada Acong yg menyangka saya cuma take 5 aje.

Kami sampai ke last water point kira2 1200 tgh hari… Keadaan last water point yg kurang jelas menyebabkan Ramli mengambil 2 botol lalu meletakkan ke ranting pokok supaya isyarat tempat water point bila sampai waktu malam akan kelihatan.


Kami meneruskan perjalanan untuk makan tengahari dan tiba di 2nd last water point utk makan meggi. Rata2 ramai yg dah jalan dulu. 

Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke rumah orang asli pukul 1600 petang. Setelah selesai mandi dan siap2 kami bergerak ke R&R Tapah untuk makan. Saya naik bersama Wan dan menghantarnye ke Stesyen Segambut. Saya tiba di rumah pukul 2000 malam.  

Sekian untuk XPDC kali ni. Jumpe lai di lain XPDC.

0 comments:

Post a Comment