Jakarta-Puncak-Bandung

Assalamualaikum,

Batu Caves, 27 Nov 2007 – 2007/Gambar/Aktiviti/Percutian/Jakarta-Puncak-Bandung.doc

Perjalanan ke Jakarta dah lame di rancang sejak 6 bulan yg lalu. Namun memikirkan perbelanjaan yg tinggi ade kemungkinan saya akan membawa keluarga ke Singapura aje Namun saya menukar fikiran dan hanya saya dan isteri aje yg akan ke Jakarta. Sejak 2 minggu lepas saya telah confirm untuk booking flight dan package agent serta persiapan passport untuk isteri. Bayangan Gunung Tangkuban Perahu bermain2 di minda sambil terbawa2 dalam mimpi. 

23 November 2007

Dari rumah di Batu Caves, kami bergerak ke rumah abang saya ke Greenwood pukul 0335 pagi. Sampai di Sentral, kami naik bas dan tiba di LCCT pukul 0530 pagi. Memandangkan terdapat kesilapan pada nama dan IC saya, saya terus bergerak ke kaunter R5 untuk check in … Namun katanye Booking no ade masalah. Jadi saya pergi pula ke kaunter R16 untuk pengesahan. Akhirnye kami dapat juga naik kapal terbang menggunakan tiket biru. Mula di tempat pemeriksaan, Penjaga kaunter.seakan terkejut juga kerana tiket biru adalah cara lame …saya kemudian menerangkan semula dan kami dibenarkan masuk ….

Kapal terbang Airbus yg dinaiki mula bergerak pukul 0705 pagi. Ini merupakan kali ke-2 isteri saya naik kapal terbang sejak pergi Langkawi pada November 2004 dulu …manakala saya last bila pergi ke Miri masa merdeka dan luar negara pula di Bali April tahun ni.

Mula2 saya menyangka perjalanan cuma sejam aje … rupa2nya 2 jam sebab tiket biase nye adalah berdasarkan waktu tempatan tempat mendarat. Kami tiba 10 minit awal dari jadual.


Bandar Jakarta mempunyai penduduk seramai 25 juta orang manakala sebelah malam nye cuma 12 juta orang kerana rata2 ramai penduduk nye tinggal di luar Bandar waktu pulang dari kerja.

Setelah mendarat dan selesai urusan di kaunter imigresen, kami keluar mencari tour guide kami… Suasana lapang terbang Suekarno-Hatta yg terletak di barat Jakarta ini tidak la sesibuk seperti yg dijangkakan… namun kami diekori oleh seorang ulat yg sentiasa bertanye ke mana mau pergi … dia tak henti bertanye itu ini dan menyebabkan saya rase agak rimas… Saya kemudian cuba menelefon travel agent melalui kertas yg dah siap2 saya print tapi mendapat maklum balas tidak dapat dihubungi… Saya kemudian menggunakan telepon isteri yg sudah diupgrade untuk terima panggilan antarabangsa… namun juga bermasalah…. Setelah sudah lama mencuba dan menunggu, manakala ulat tersebut masih berada di sebelah saya, maka terpaksalah saya menggunakan teleponnye … Saya menelepon ofis travel agensi di Jakarta ni dan memberitau kehadiran saya. Kami kemudian menunggu di A&W dan akhirnya tour guide pun datang. Dia memperkenalkan dirinye sebagai Hendra. Dia menyuruh saya ke seberang jalan untuk menunggu mobilnye sampai manakala ulat tersebut meminta bayaran. Oleh kerana saya tiada wang kecil sebab pertukaran wang besar aje yg ade maka saya memberinye RM5 untuk satu panggilan tempatan yg tak sampai 15 saat!!!.

Tiba di seberang jalan, saya terus mencuba telepon saya. Tetiba mobil jenis Suzuki APV sampai. Sedang saya masih leka dengan telepon, tau2 beg2 telah diangkat ke mobil oleh 2 org tempatan dan seorang dari nye meminta tips nye dari saya. Saya dengan berat hati memberi seorang RM5. Jadi saya sudah belanja RM20 ~ 48,000 Rupiah hanye kerana perkara yg mampu saya uruskan. Tak pe la nak buat macam mana. Isteri saya cuma mengomel bila melihat keadaan begini sambil menyumpah2 mereka.

Dari sini kami bergerak ke Kota Jakarta yg dianggarkan dalam 45 minit dan dijangka sampai pukul 1050 pagi (waktu Indonesia). Semasa dalam perjalanan, isteri saya cuba membuat panggilan ke rumah namun gagal. Prepaid 013 nye kemudian hanye membenarkannya membuat SMS saje. Perjalananan kami melalui beberapa tol tapi tiada touch&go atau smart tag. 

Kenderaan berbaris melalui 2 hala menandakan bahawa jem akan berlaku kejap lagi …Terdapat juga suasana sawah pagi dan sungai yg sudah dibuat benteng di kiri dan kanan jalan raya.

Setibanye di bandar, kelihatan banyak bendera2 kuning di sepanjang laluan kami ….terdapat juga bendera lain yg diletakkan bersama bendera kuning ini. Ini menunjukkan sokongan kepada parti masing2 tidak berbelah bagi. 


Oleh kerana hari ini adalah hari Jumaat, dijangka kenderaan akan bertambah banyak lebih dari hari biase … perjalanan kami hari ni dimulakan dengan ke Taman Miniator yg sepatutnye dilakukan pada hari ke-3. Ini bersesuaian dengan laluan nye yg mane kami akan bermalam di Puncak akan melalui Taman Miniator ini. Kami tiba di Taman Miniator Indonesia pukul 1130 pagi. Taman Miniator atau Taman Mini Indonesia Indah(TMII) ini merupakan suatu kawasan wisata budaya di Jakarta yang menggambarkan wilayah Indonesia yang besar dalam bentuknya yang kecil. TMII mulai dibangunkan pada tahun 1972 dan dirasmikan pada 20 April 1975.



Di sini, kami di bawa ke sekeliling kawasan. Seperti di terangkan di atas, berbagai bentuk rumah ada di sini. Terdapat juga satu kawasan tasik di mana ditengah tasik tersebut di bina pulau bentuk keluasan Negara Indonesia tapi dikecilkan. Di pulau kecil ini, terdapat banyak bentuk gunung2 berapi yg ditandakan mengikut kedudukan nye dalam peta. 

Kami kemudian meronda ke tempat lain dan terdapat rumah yg seakan rumah Disneyland. Kami bergambar dan meneruskan perjalanan lalu singgah pula di rumah Bali dan bergambar. Di kiri nye pula terdapat kapal terbang dan kapal lame di simpan disini. Terdapat jugak laluan keretapi dan kereta kabel di sepanjang taman ini.

Kami tiba di satu tempat di mana ade permainan lompatan tertinggi di dalam sebuah ruangan berbentuk sfera. Tali yg meregang di ikat pada badan membolehkan lompatan tersebut mampu mencapai di paras atas sfera tersebut. 

Jadi antara daya tarikan di TMII ini adalah Istana Anak-anak Indonesia, kereta kabel, Perahu Angsa Arsipel Indonesia, Taman Among Putro, Taman Ria Atmaja, Taman Renang Ambar Tirta, Teater Imax Keong Emas, Desa Wisata  dan Teater Tanah Airku .

Di TMII terdapat berbagai bentuk objek seperti yg diterangkan tadi. Antaranya  taman yang menunjukkan keindahan flora dan fauna Indonesia seperti taman anggrek, taman melati, kolam akuarium air tawar dan taman burung.
Muzium yang ada diperuntukkan untuk mempamerkan sejarah, budaya dan teknologi seperti Muzium Indonesia, Muzium Pusaka, Muzium Transportasi dan Pusat Peragaan IPTEK.

Kami kemudian keluar dan meneruskan perjalanan ke timur. Perjalanan diteruskan dengan melalui Highway. Di sini cuma kereta dan kenderaan berat sahaja dibenarkan manakala motosikal hanye dibenarkan menggunakan jalan lame untuk ke timur.

Highway ni dilapurkan siap pada tahun 1995 dengan perjalanan ke Bandung cuma 2 setengah jam sahaja manakala jalan lame adalah 5 setengah jam sama seperti perjalanan dari KL ke Kuantan. Cuma Highway nye tidak la macam di Malaysia yg dipenuhi pokok2 hijau disekeliling. Kami diberitahu bahawa terdapat Highway baru akan dibina sehingga ke Suraya dengan anggaran 23 jam perjalanan dan dijangkakan siap lagi 2 tahun lagi.


Perjalanan kami ke Puncak akan melalui Taman Safari Indonesia yg terletak di Desa Cibeureum Kecamatan Cisarua, Kabupaten Bogor. Ia dibangunkan pada tahun 1980. Sebenarnya terdapat satu lagi Taman Safari 2 iaitu di lereng Gunung Arjuna, Prigen, Jawa Timur. Namun kami sempat ke taman safari di sini aje. Kami diberi peluang untuk singgah di sana. Dari keluar tol, kami lalu di laluan satu lorong 2 hala. Di negara ni terdapat banyak laluan 1 lorong manakala kenderaan sentiasa bertali arus. Oleh itu banyak kali mobil kami memintas laluan bertentangan dan kadang2 dipintas. Namun yg pasti pemandu di negara ini pasti lebih cekap mencilok dan tahu selok-belok jalan.

Kami masuk ke simpang ke kanan untuk ke Taman Safari yg terletak cuma 2 kilometer dari simpang ini. Di sepanjang laluan terdapat gerai menjual lobak yg disusun cantik untuk memberi arnab makan. Kami cuma bergambar di Gerbang sahaja memandangkan tiket berharga 100,000 Rupiah ~ RM40 seorang. 

Perjalanan diteruskan pula ke Puncak. Di sepanjang perjalanan terdapat view menarik seperti perjalanan ke Cameron Highland atau ke Ranau, Kinabalu di mana terdapat ladang2 teh yg menghijau. Keadaan tempat ini dikenali sebagai Taman Bunga. Terdapat jugak bangunan berwarna putih di sekitar dan laluan bengkak-bengkok. Diwaktu ini ketinggian sudah melebihi 1000 meter dan semakin mendaki. Terdapat juga strawberry dijual di sini. Kami bercadang untuk singgah kemudian namun diberitau yg kami cuma lalu sahaja dan terus ke Bandung menggunakan jalan yg sama. Kami kemudian tiba di Restoran Rindu Alam untuk bergambar dan makan tengahari. Oleh kerana hari ini hari Jumaat maka ramai la yg pergi solat dan tiada orang di restoran.



Kami sepakat meneruskan perjalanan sambil memerhatikan keadaan sekeliling.  Buah2an segar serta pisang yg nampak sedap banyak di jual di sepanjang laluan. Kami tiba di Rindu Alam II pula. Mungkin ade banyak Rindu Alam di sini. Kami perhatiankan tiada orang sampai dan rasenye kami la yg terawal. Di sini kami memesan masakan tempatan iaitu Bakso dan sup campur serta kentang goreng. Kami minum air soda campur susu dan air kelapa muda. Di sini yg sedap cuma air nye aje … Semua dalam anggaran 60,000 Rupiah.


Selesai makan, kami dibawa ke Hotel Surya Indah dan check in pukul 1500 petang. Kami berehat sambil menonton TV Indonesia yg tidak kurang banyaknye. Seingat saya ade rangkaian seperti RCTI, Metro TV, Global TV, Trans TV, Lativi, Indosiar, Jak TV dll serta ESPN dan saluran kartun.

Saya keluar dalam pukul 1830 petang untuk bersiar2 dan mengambil gambar. Terdapat Masjid di sebelah Hotel dan banyak kedengaran bacaaan surah ayat Al’quran di merata2 tempat. Saya kemudian sempat bersembahyang jamak takdim waktu Maghrib dan Isyak di masjid tersebut. 

Pukul 2000 malam, kami kemudian bergerak untuk makan malam di Restoran Simpang Raya di Bandar Cipanas. Makanan adalah hidangan cara masak padang dan under package. Di tv kedai terdapat siaran langsung perlawanan bola sepak tempatan yg bermula 1900 malam tadi.

Selesai makan, kami pulang dan rehat sementara menunggu esok untuk ke Bandung.


24 November 2007





Kami bersarapan pukul 0730 pagi dan bergerak ke Bandung sebaik selesai sarapan. Tempoh perjalanan dijangka 2 setengah jam bergantung kepada traffic. Kali ini laluan cuma menurun sahaja sambil memerhatikan keadaan di kiri. Kami kemudian melalui Bandar Cipanas. Terdapat banyak van2 tumpang dan kenderaan berkuda yg di panggil ojek di dalam bandar kecil ini. Kenderaan berkuda hanya terdapat di pusat bandar yg kecil sahaja di Indonesia ni dan jarang2 keluar ke luar kawasan bandar2 kecil ini. Kenderaan berkuda ini juga mempunyai bermacam2 nama seperti bendi dll. Kami kemudian meneruskan perjalanan lagi. Saya kemudian diberitahu di kanan kami adalah Gunung Gede dan Pangrango. Gunung Pangrango adalah gunung berbentuk kecil sikit manakala Gunung Gede berganda lebih besar. Kami dapat melihat view gunung2 ini di sepanjang perjalanan ini selama 30 minit dan saya sempat merakamkan gambar serta view.

Gunung Gede dan Pangrango yang bakal didaki tak lama lagi

Di tengah perjalanan, Hendra memberitahu ade Factory Outlet di mana ade rumah kedai menjual makanan2 segera yg kurang didapati di negara kami. Harga nye agak mahal sikit namun kami membeli juga sekadar keperluan aje.


Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Bandung. Terdapat pemandangan sawah padi serta bentuk2 bukit di kiri dan kanan. Terdapat juga satu gunung yg di beritahu oleh Hendra namun saya lupa untuk mengingatinye. Kami juga melalui kawasan bukit tarahan di kiri kami seperti mana gondolan2 yg berlaku di Cameron Highland.

Di sepanjang laluan ini, terdapat van berkepala kuning dan berbadan hijau yg berfungsi mengambil penumpang untuk ke sesuatu destinasi. Yg peliknye pintu belakang dibiarkan sentiasa terbuka.  Kami juga melalu sebatang sungai yg terpanjang di Jawa Barat ini dan terletak di Cianjur. Perjalanan kami melalui beberapa bandar sebelum sampai ke Bandung.

sampah merata-rata

Kota Bandung sebenarnya adalah ibu negeri Jawa Barat. Kota ini pada zaman dahulu dikenal sebagai Parijs van Java atau sama dengan Kota Paris tapi terletak di Jawa. Kota Bandung dikenal sebagai tempat yang berhawa sejuk sama seperti Genting Highland, Cameron Highland dan sebagainye. Kota Bandung merupakan Bandar ke-4 terbesar di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya dan Medan.

Kami tiba di Bandung pukul 1030 pagi. Terdapat banyak sampah yg dilonggok2kan disekitar laluan kami. Kami kemudian singgah di suatu Factory Outlet dan Rumah Batik namun mendapati harga nye agak mahal. Hendra sering memberitahu tempat2 tersebut murah2 namun kami rasakan ia tidak la murah.

Setelah berbincang dengan Hendra untuk ke Gunung Tangkuban Perahu, kami kemudian tiba di Restoran Sangkuriang untuk makan tengahari pada pukul 1148 pagi.  Kami memilih untuk duduk bersila dari duduk di meja. Hidangannye sama iaitu makanan Padang yg dihidangkan. Pelik nye kami tetap yg terawal sama seperti di Restoran Rindu Alam II. Namun hidang ikan bakar dan sup sayur adalah yg paling sedap buat masa ini. Cuma air nye aje sekadar air suam. 






Selesai makan, kami terus ke Tangkuban Perahu. Namun seperti semalam, jem sebab satu lorong masih menjadi penghalang. Di sepanjang laluan kami terdapat Universiti Pendidikan Indonesia serta pemandangan bukit2 di kiri dan kanan.

Sebagai salah satu gunung api di Jawa Barat, Gunung Tangkuban Perahu memang sangat dikenali. Letaknya sekitar 30 kilometer di sebelah utara Kota Bandung dalam anggaran sejam perjalanan, dengan ketinggian 2.084 meter dari permukaan laut. Gunung tersebut mempunyai identiti dengan legenda tanah Sunda yang terkenal, yaitu Sangkuriang. Bentuk gunung yang seperti trapesium terpancung tersebut merupakan perwujudan dari perahu terbalik yang ditendang Sangkuriang. Mitos ini ada kaitannya dengan nama Tangkuban Perahu tersebut.

Gunung Tangkuban Perahu sebenarnye boleh di lihat di Bandar Bandung tapi di tempat2 tertentu aje… Di sepanjang perjalanan, Terdapat banyak jualan Hamock atau buaian tapi berbentuk tali berharga antara 50,000 Rupiah. Saya pun membeli satu. Kami tiba di pondok pengawal pukul 1400 petang. Hendra membayar dalam 40,000 Rupiah untuk masuk. Sebenar nye dalam agenda diberitahu kami perlu ke Hot Spring Ciater iaitu sebuah kolam berbentuk segi empat yg mempunyai air panas di dalam nye dan terletak cuma 2 minit perjalanan dari pondok pengawal ni… tapi saya mengarahkan supaya dia meneruskan ke puncak gunung. Kami tiba dalam masa 10 minit dari pondok pengawal.

Terdapat juga kuda2 untuk disewa dan bergambar. Terdapat juga penjual2 yg berkeliaran. Kadang2 rimas juga dengan mereka yg ramai ni yg sentiasa mengikuti pengunjung yg ade. Pantang ade tawar menawar maka mereka akan tawar jugak. Sekiranye tak berjaya tawar, mereka akan tawar dan mengikut pengunjung sehingga ke kenderaan. Saya juga terus diikuti mereka dari mula sampai lagi. Isteri saya berasa sangat rimas diekori dan berasa tidak selesa. 

Di suatu tempat dan signboard, saya mengabadikan gambar kenang2an bersama isteri serta diri sendiri sambil memandang pemandangan kawah yg sangat indah di depan mata. Saya juga membawa bendera negeri Selangor dan Malaysia untuk mengibarkan nye di puncak. 

Di keliling hujung sana terdapat sekumpulan pengunjung yg melihat view menarik. Untuk ke sana memerlukan guide lain dan jarak nye dalam satu kilometer melalui hutan2. 

Di sana nanti terdapat air panas yg dikatakan mampu memasak telor rebus. Terdapat gerai2 di sekitar perjalanan ke tempat tersebut …Di sini kami tawar menawar untuk membeli baju kenang2an Tangkuban Perahu.

Kami mula bergerak turun setelah sejam berada di puncak. Kenangan di puncak Gunung Tangkuban Perahu menyebabkan saya bertanye pada diri sendiri bilakah lagi mahu ke sini lagi namun tempat2 lain juga masih belum diterokai.






Kami kemudian menurun menuju ke jalan Cihampelas. Kami tiba di sana sekitar pukul 1640 petang… Kami bergambar di tempat watak2 hero kanak2 popular seperti Ultraman, Wolverine, Batman, Superman, Flash Gordon, Spiderman dll.

Dan saya juga dapat juga membeli 2-3 kain pelekat dan batik sambil menikmati view kesibukan di jalanraya dan membeli belah.

Kami kemudian bergerak ke bandar untuk check in di Hotel Mutiara. 

Malam nye pukul 2000 malam, kami bergerak ke tempat makan untuk makan malam berhampiran Masjid Raya Bandung. Namun malangnye tiada parking dan jalan yg sibuk menyebabkan kami berpindah ke tempat di mana kami makan tengahari tadi. Kami sampai sekitar sejam dari masa keluar hotel tadi. Sambil menunggu makanan tiba, saya dapati terdapat individu yg saya kenali kebetulan makan di restoran yg sama… dan adalah abang Dollah Salleh yg melatih pasukan bolasepak Selangor FC.  Kami berbual seketika . Katanye dia bercuti sampai hari Rabu ni bersama keluarga sempena cuti sekolah ni dan tugas nye diambil oleh penolong.  Saya sempat bergambar dan mengucapkan selamat maju jaya.



Selesai makan pukul 2130 malam, kami pulang ke hotel. Kali ini kami lalu dijalan lain tapi tetap jem juga. Di sebelah kanan kami ade Sogo, Carrefour dll yg masih dibuka. Kami tiba di hotel 30 minit dari restoran. Sambil rehat, kami menonton tv lalu tidur untuk acara esok nye. 

25 November 2007

Seperti biase, kami bangun dan bersarapan. Kami bergerak agak lewat iaitu pukul 1000 pagi kerana kami akan ke Pasar Baru yg terletak tidak jauh dari hotel. Pasar Baru kata Hendra biase nye akan dibuka pukul 0930 pagi. Jadi kami pun sampai dan diberi satu setengah jam untuk shoping aje.



Banyak juga yg di borong seperti tudung2 dan kain2 lain. Di Pasar Baru agak sesak2 dengan kehadiran ramai orang di tingkat bawah. Ade juga mahu membeli kain cotton untuk anak2 namun rasa dan sulamannye agak berbeza dengan di Malaysia walaupun dari jenis cotton juga…



Kami kemudian bergerak untuk makan tengahari berhampiran Masjid Raya Bandung iaitu di tempat makan malam semalam yg tak jadi kami singgah. Kali ini lauk hidangan disediakan sebanyak 11 pinggan. Mane larat nak telan semua namun kami makan ape2 yg patut dan berpada2 aje. Setelah selesai makan tengahari di sana, kami pun bergerak untuk ke Kota Jakarta pula… Kami meninggalkan Kota Bandung ini dengan seribu kenangan sambil menatap view Gunung Tangkuban Perahu sehingga 1-2 kilometer selepas tol.

Perjalanan menuju ke Jakarta melalui Highway mengambil masa dalam 2 setengah jam. Kami tiba di Kota Jakarta Pukul 1630 petang dan menuju terus ke Mangga 2. Mangga 2 merupakan satu kawasan yg sibuk dan besar juga. Kami singgah di Pasar Mangga 2 iaitu pasar untuk masyarakat kelas bawahan. 

Sebelum tiba di mangga dua atau ditempat2 lain, kelihatan banyak sangat kenderaan beroda 3 atau dikenali sebagai BAJAJ atau disebut bajai disekeliling kami. Terdapat 2 bentuk bajaj. Satu yg mempunyai banyak termpat duduk dan satu lagi sekadar 2 orang leh muat. Harga biase nye sekitar 1000-10000 Rupiah juga bergantung kepada jarak dan jenis bajaj.  Bajaj biase nye berwarna oren. Beberapa tahun dulu Bajaj ini pernah dikatakan akan dimansuhkan dan ditukarkan ke kancil atau ringkasnye kenderaan mini kecil (bukan perodua kancil).

Pasar Mangga 2 ini sangat la luas dan kite mempunyai banyak pilihan untuk membuat tawar menawar. Apabila berada di dalam pasar, maka akan kelihatan ramai sekali manusia bergerak sana sini. Ade juga dijual mesin massage badan yg ditawarkan dengan harga 150,000 Rupiah. Kami naik sehingga tingkat 3 sambil membeli beberapa telekung dan kain. Di samping itu saya juga ade membeli beberapa mainan untuk anak2 yg mana mainan tersebut tidak terdapat di Malaysia.


Selesai di Pasar Mangga 2, Kami bergerak pula ke Monumen Nasioanal Indonesia atau Tugu Monas yg terletak di lapangan Monas. Luasnya adalah sekitar 80 hektar. Tugu ini dibina oleh Soedarsono dan Frederich Silaban, dan dirasmikan pada 17 Ogos 1961 oleh Presiden RI Soekarno. Namun Monas secara rasminya dibuka untuk umum pada 12 Julai 1975. Kepalanya diperbuat dari emas seberat 35 kilogram.

Perjalanan dari Mangga 2 tadi cuma setengah jam akibat jem walaupun dekat sahaja.  Berhampiran Monas ini ada istana Presiden yg sangat la besar berwarna putih. Sempat lah kami bergambar sekitar Monas dan istana ini. Rata2 ramai yg bersukan atau beriadah di tempat atau jalan2 yg disediakan. Terdapat 3-5 tandas van bergerak disediakan di tepi jalan di Monas ini.


Selesai bergambar, kami bergerak pula ke Hotel Bulevar untuk check in malam ni. Perjalanan selama 25 minit melalui Taman Anggerik iaitu antara shopping komplek terawal yg dibina disini serta jem macam biase.


Malam nye kami makan makan di sebuah restoran yg agak jauh juga. Seperti biase hidangan nasi berlaukkan ikan bakar dan sotong goreng serta sayur disediakan. Dan macam biase air suam disediakan. 

Kami kemudian pulang ke hotel dan rehat sambil menunggu esok. Sampai di hotel saya melepon rakan di Jakarta untuk membantu mencari barang outdoor namun tiada jawapan. Saya kemudian menelepon Kak Nita, rakan outdoor yg dah ditugaskan bekerja sejak 5 bulan yg lalu di Jakarta ni … Sambil berborak pasal hal masing2, kata nye dia mungkin sambung lagi 3 bulan di sini. Kak Nita juga ade pergi Bandung khasnye Tangkuban Perahu beberapa minggu yg lalu. Dan katanye dia tinggal agak jauh dari Jakarta ni…

Saya selesai menelepon dan berehat. Esok aktiviti mula lewat sekitar jam 1130 pagi.


26 November 2007


Kami bangun sarapan pukul 0900 pagi dan bergambar kemudian. Sekitar 1130 pagi, kami bergerak ke tempat lain memandangkan masih tiada jawapan dari rakan di Jakarta ni. Setelah berbincang dengan Hendra, Kami ke Pantai Taman Impian Jaya Ancol di Jakarta pula. Sini saya kene bayar sendiri sebab tak de dalam pakej.  Tiba di pondok pengawal, saya menghulurkan 40,000 Rupiah untuk masuk. Terdapat banyak tempat menarik di sini. Di sini ade feri untuk ke Pulau Bidadari atau pulau lain ... Terdapat banyak pulau dan hanya ada uang nye aje untuk ke sana… Sepanjang laluan terdapat permainan roller coaster, kereta kabel dll. View pantai mengadap laut dan bangunan2 sekitar pantai sangat la mengasyikan. Kami singgah di A&W untuk makan tengahari. Banyak juga gambar dan view sempat dirakamkan untuk disimpan sebagai kenangan nanti.




Sebenarnya banyak lagi yg ade di sini seperti Dunia Fantasi, Gelanggang Samudra, Atlantis Water Adventure iaitu kolam renang terbesar dan memiliki ombak,  pasar seni, Seaworld,  Marina, Pantai Carnaval, Pantai Festival, Hailai Mercure, Padang Golf Ancol dan Ice World.


Setelah berada lebih sejam di pantai, kami bergerak ke Bandar menuju ke kedai outdoor … Pada jangkaan saya kedai outdoor mungkin ade di Taman Anggerik dan kami terus ke sana. Untuk ke sana kami melalui lintasan keretapi dan jem yg panjang.

Apabila tiba, didapati cuma kedai outdoor Eiger yg kecil dan memang banyak terdapat di semua kedai buku atau dikenali sebagai toko.  Saya kemudian bergerak semula ke mobil dan meneruskan perjalanan ke lapangan terbang untuk balik ke Kuala Lumpur. 

Dalam perjalanan ke sana, kami telah menempuh jem yg sangat panjang… Diberitakan terdapat banjir di depan kami…. Sepanjang melalui kawasan banjir, saya sempat merakamkan view suasana banjir dan kapal terbang yg lalu diatas kepala berhampiran lapangan terbang.


Laluan kami melalui tugu 2 tugu tokoh Indonesia yg terkenal disamping dapat melihat kapal terbang lain seperti Adam Air, Emirates Airlines dan Singapore Airlines.


Tiba di lapangan terbang saya bergambar dengan Hendra dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian menemani kami selama 4 hari berada di sini. Kami tiba 2 jam awal dari masa check in. Kami kemudian berlepas dalam 2045 malam lewat 25 minit dari jadual penerbangan.

Kami tiba di LCCT pukul 2330 malam lalu dijemput oleh abang saya. Kami tiba di rumah pukul 0130 pagi dalam keadaan keletihan.

Sekian sahaja trip percutian saya kali ini. Sebenarnye banyak lagi tempat2 menarik yg boleh dilawati seperti Pasar Tanah Abang, Blok M, Candi Brobodor, litar Sentul dll di Jakarta dan Dago di Bandung serta muzium dan stesyen keretapi tapi atas kesuntukan masa dan jadual yg telah ditetapkan maka ini sahaja yg mampu kami pergi. Mungkin lain kali ade lagi trip yg seronok yg mungkin saya fikirkan sesuai dengan budgetnye.

Wasalam. 

  

0 comments:

Post a Comment