XPDC Gunung Bintang Bersama OGKL


Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 4 Disember 2007 – 2007/Gambar/Aktiviti/GunungBintanng/XPDCBersamaOGKL.doc


Saya tiba di Teratai pukul 2204 malam setelah mengambil Ramli di rumahnya di Puchong. Sebelum tu saya berjumpa dengan Cikong untuk mengambil ubat sakit sendi di kawasan rumah kami di Kg Nakhoda. Kecederaan di lutut kanan sudah makin baik dan sempat pulih tapi kurang cergas la jawabnya. Pada mulanya saya menjangka dalam 12-14 orang yang akan turut serta namun jumlahnya menjadi 29 orang. Ini termasuk Uncle Usop yg turut serta last minute confirm. Antara peserta2 lain adalah Paie yg baru dapat baby, Mie dan Geng Pandan nya, Man MPAJ, Shasha yg pertama kali naik gunung, Tok Gajah, Atok dan ramai lagi la… Ada dalam 6 orang rakan akan turut serta untuk buat WWR(white water wrafting), 3 orang memilih grade D iaitu santai bermaksud hanya datang untuk lepak aje. Antaranya Husin dan Uncle Usop serta seorang wanita yg mungkin baru lagi. 


Kami kemudian bergerak dalam 7 kereta. Masing2 dibenarkan berenti di mana2 R&R sepanjang highway utara tapi berjumpa semula di R&R Bukit Merah. Selain kami, 2 Hafiz termasuk baby besar turut serta dalam kereta saya.

Kami bergerak dalam pukul 2300 malam melalui Parlimen terus ke Jalan Duta…Perjalanan kami berhenti di Tapah untuk makan malam. Kami rehat selama 40 minit sebelum bergerak semula. Kali ni Ramli pulak pandu sambil saya ZzZzZzZ.

Selepas tol Juru kami berenti untuk kumpul semula sambil saya mengambil alih pemanduan kereta. Kami kemudian masuk ke simpang kanan ke Tol Kulim. Di suatu simpang 4 selepas melalui 2 tol, kami masuk kanan melalui hutan2 tebal sambil mememerhatikan beberapa signboard ke Sungai Sedim. Keadaan jalan agak kurang baik dengan jalan yg belum bertar lagi. Selepas melepas jambatan yg melintangi Sungai Sedim,kami kemudian tiba di kemsite pukul 0630 pagi dan parking kereta. Ketika ini saya sudah tak terdaya lagi sambil tertidur selama 15 minit akibat tak tahan mata mengantuk sangat.

Sampai aje, Spy dan rakan2 wanita bersedia untuk masak sarapan pagi. Ada yg mandi dan solat. Tapak yg luas serta pondok2 berbentuk segi tiga ade di sini. Epol yg mengetuai kami dan biasa mengelola acara2 WWR di sini memberitahu sewa bilik cuma sekitar RM20 yg mampu memuatkan 4 orang. Sekiranya tak de aktiviti maka bole la duduk di sini kalau sudah booking untuk sebarang aktiviti atau tiada booking untuk sewa bilik.



Kami siap dan sarapan pukul 0800 pagi. Taklimat dari Spy selalu ketua XPDC, sambil Epol menerangkan tentang keadaan Gunung Bintang. Kemudian seorang lagi rakan Epol yg arif tentang Gunung Bintang ini pula menerangkan serba sedikit tentang aktiviti ini. Kata mereka trek ini merupakan laluan binatang2 hutan lebih2 lagi gajah. Kebetulan kami membawa bersama cousin mereka iaitu Tok Gajah kalau terserempak dengan gajah tu nanti. Kami diberitahu terdapat juga maybank(harimau), badak dll berdasarkan kesan2 tapak yg besar. Kami kemudian membuat warm up diketuai oleh Epol sendiri dan doa selamat oleh Ramli.



Starting point sebenarnya jauh lagi… jadi Jip 4wd diperlukan untuk mengangkut peserta yg ramai … Selesai trip pertama kami bergerak ke jambatan sambil bergambar dan menikmati acara WWR dari team lain yg datang. Oleh kerana perjalanan 4wd agak lame untuk pergi balik dalam sejam, maka kami semua berjalan2 sekitar sungai sambil bergambar lagi.

Saya kemudian bergerak naik 4wd bersama rakan2 lain. Perjalanan menaiki 4wd selama 40 minit dengan kapasiti 16 orang termasuk beg membuatkan kami berhimpit macam sardin. Sekali sekala mana yg berdiri terpaksa mengelak dari terkena libasan di atas kepala dan kadang2 kanan dan kiri. Kami melalui sepanjang jalan tar sehingga di penghujungnya dan disambut oleh mereka2 yg tiba awal tadi.

Di sini kami berkumpul semula dalam 10 minit pada ketinggian 330 meter. Kami mula bergerak pukul 1115 pagi diketuai oleh guide kami. Epol rupanya tak ikut sekali. Mungkin ade hal kot. 10 minit pertama, terdapat balak tebal yg agak tinggi yg merentangi sungai. Perjalanan kami menurun sedikit buat masa ni… Cuma keadaan treknya tebal sikit serta panjang. Sepanjang perjalanan kami terpaksa mengelak banyak pokok atau ranting di atas. Terdapat juga gaung seperti tanah runtuh di sebelah trek.

Kami tiba di laluan air pukul 1248 tengahari dan makan tengahari iaitu mee hoon goreng yg sudah disiapkan pagi tadi sambil solat. Rata2 pacat sudah mula menunjukkan tanda2 akan menyerang. Cuma saya seorang aje yg pakai stoking pacat yg dah agak lusuh. Masa ni Spy mula masak air sambil kami pun masak air juga. Ade juga masing2 mengeluarkan resyen untuk kunyah2 sikit.

Selesai semua, kami bergerak lagi. Perjalanan tidak la memacak sangat sejak dari mula gerak …Cuma ade sikit yg sekali sekala kene turun dan naik… dari sini ke air terjun cuma sejam… seperti biasa banyak laluan semak. Sepanjang laluan kami ini, terdapat banyak kesan tapak gajah.



Saya kemudian tiba di air terjun yg sangat tinggi pukul 1500 petang dengan ketinggian 730 meter… Terdapat 2 laluan air terjun. Satu di depan dengan 2 jaluran air yg sangat deras manakala satu lagi di tapak tempat rehat … Cuma air nye kurang deras dan tiada tempat untuk mencapai air. Kami mengambil gambar sepuas2 nya. Saya kemudian menggunakan lensa 70-300 yg diambil dari Muzzamil sebab lensa dia tak mengeluarkan focus.


Di tempat ini terdapat juga tapak gajah dan tinggalan kayu2 pancang . Rata2 ramai yg sudah berada di tapak ini. Sambil rehat2, guide kami menceritakan hal2 perjalanan kami nanti ke kem bonsai atau kem bunian yg merupakan last water point dan juga tempat bermalam kami serta ke puncak … kata nya nak ke puncak … treknya di umpamakan  macam ke Korbu. Ye kee… acah aje.

Sambil menunggu rakan kami yg di belakang, datang seorang dari rakan kami mengatakan yg salah seorang dari geng belakang sudah tak leh jalan. 2 kaki nya tak leh gerak… Mereka sebenarnya tak jauh dari pot kami… cuma 10 minit… Kami kemudian berbincang samada nak teruskan dan bermalam di last water point di Kem Bonsai atau bermalam di sini … kalau tunggu sure OT nya manakala kalau gerak geng yg cedera tadi macam mana … dah la tak leh jalan .. beg dia pulak siape nak pikul. Walau macam manapun, view pagi waktu di puncak memang kami tak dapat tengok la. Ketika kami sedang tunggu, guide bercadang hendak pergi namun rombongan mengusung peserta yg cedera tersebut tiba diketuai Tok Gajah pada pukul 1515 petang.

Rakan yg sakit tersebut Atok iaitu salah seorang dari geng Pandan bukan kawan Tok Gajah yg dah biase kenal tu… dia kemudian diletakkan di tengah kami… Rawatan segera dilakukan. Kedua2 kaki nya di balutkan dengan plastik beg hitam… Ade yg mengurut di bahagian kaki sambil rakan2 dari Pandan macam biase tak bagi can punya… mulalah kutuk2 sambil kami ketawa gelak berdekah2 akibat tak tahan dengan lawak sepontan mereka… Kutuk kutuk gak … tolong tolong gak … mereka ni tinggal di Kg Pandan duduk di Flet yg dekat2… Mie yg pergi berakit di Sungai Pahang dulu mengetuai kumpulan Pandan ni ... katanya dia jual Burger kat kawasan rumah nya …


Akhirnya kata putus dibuat maka kami terpaksa bermalam di sini memandangkan air pun senang dan tapak pun luas tapi dengan syarat kene pasang unggu api sebab takut binatang lalu lebih2 lagi gajah. Kami kemudian mendirikan khemah manakala tapak gajah yg saya katakan tadi merupakan tempat tidur saya. Atok yg sakit tu kami alih kan ke hujung sikit.

Ade la yg mandi manakala Spy dan rakan menyediakan makan malam dan sarapan esok … Target kami adalah pukul 0700 pagi mesti gerak kalau tak lambat la …Lepas mandi ade yg tidur dan rehat …ada yg sembang2 sambil tunggu makan malam. Menjelang pukul 1830 petang, suasana mula sejuk akibat angin yg dibawa dari kederasan air terjun ini dan saya mulalah tak tahan. Saya kemudian mengambil kain pelekat dan baju sejuk untuk tutup satu badan.

Pukul 0820 malam, makan malam siap dan kami makan… rata2 ade yg kenyang makan maggi … so makan malam pun kurang … selesai aktiviti makan ...kami tanpa berlengah terus tidur…Kali ni ramai tidur awal ….rata2 pukul 2200 malam sudah tak de aktiviti lagi … Tapak tempat tidur tapak gajah ni memang selesa kalau baring free style. Tapi kalau mengiring memang tak sedap. Keadaan tempat tidur yg menurun sedikit menyebabkan kami bergerak sedikit. Disebelah kanan saya Yob manakala kiri ade kayu pacak tiang. Tidur saya pula tidur2 ayam dengan unggun api yg sudah terpadam… ade juga yg risau namun tak de bunyi yg kedengaran. Tempat tidur yg menurun dan tapak gajah yg tak selesa menyebabkan saya menurun jauh sikit … bila selesai dan nak kembali semula … tiba2 Yob ambik alih tapak gajah … so biar je lah…


Kami bangun awal pagi, sarapan dan solat…Selesai dan sedia, Spy pun mula bagi ucapan. Tok Gajah kemudian mula buat warm up dan doa. Kali ni warm up agak panjang sikit … lebih pada urat2 simpul. Atok yg cedera semalam ditinggalkan untuk menjadi hidangan gajah2 lapar.


Kami bergerak pukul 0740 pagi lalu menyeberangi laluan sungai air terjun. Di sepanjang laluan ini masih lagi terdapat banyak kesan2 tapak gajah serta najisnya. Terdapat juga laluan yg kelihatan di mana gajah tersebut terus lalu di sebelah trek.Terdapat juga tapak badak di sini. Keadaan mula mendaki tapi kurang pacak. Gunung ni nampak nya banyak halangan dari atas seperti ranting2 … alhamdullilah sejak dari mula belum ade tanda2 nak hujan dan cuaca pun sentiasa cerah.  


Kami sampai di Kem Bunian selepas 2 setengah jam bergerak pada ketinggian 1500 meter. View di sekeliling dengan pokok yg kurang daun serta pemandang gunung sangat mengasyikkan. Sempat saya bergambar sambil melihat bulan sabit masih di atas kepala sedangkan waktu sudah pukul 1030 pagi … Kelihatan bendera jalur gemilang ditempatkan di sini.

Kami pun meninggal barang seperti beg besar kami untuk masak makan tengahari tapi saya lupa untuk tinggalkan mess tin. Bawak terus naik ke puncak. Kami kemudian bergerak ke Kem Bonsai pula. Di sini kami bergambar lagi …Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kem Bintang Kecil.

Kami tiba pukul 1245 tengahari. Sambil rehat dan bergambar kami bergerak pula ke puncak.

Sewaktu dalam perjalanan ke puncak kami tiba di kawasan berpaya di mana kedalamannya menghampiri sebatang tongkat. Akhirnya dalam pukul 1315 tengahari saya tiba di puncak pada ketinggian 1810 meter. Puncak nya tidak la luas.




Puncak nya juga merupakan laluan gajah dan binatang lain dari trek di sebelah bertentangan sana. Kelihatan Beirut telah runtuh. Kata guide ia mungkin baru runtuh. Shasha yg baru tiba memilih satu pot lagi untuk duduk… Rata2 bunyi kegembiraan kelihatan pada rakan2 mendaki … Air kemenangan sebanyak 3 botol dikeluarkan. Kami berada dalam 20-25 minit di puncak sebelum turun. 

Turun kali ni mula rasa kesannya di ibu jari kaki. Perjalanan saya agak lambat untuk mengurangkan kesan pada lutut kanan. Untuk ke Kem Bunian perjalanannya agak mengelirukan. Terdapat banyak trek2 kecil yg ada yg menghubungkan juga ke trek yg sama dan sepatutnya. Saya yg turun seorang kadang2 terbabas dari trek dan kemudian patah balik mencari. 

Saya kemudian tiba di Kem Bunian pukul 1500 petang. Sebaik meletak beg, saya terus turun menuju ke sungai untuk ambik air wuduk. Jumlah masa turun naik adalah lebih kurang 10 minit walaupun nampak jauh … Selesai solat jamak takdim, saya makan maggi mee hoon tom yam. Memandangkan pergerakan kami dijangka lambat, maka kami perlu memberitau Epol yg kami akan sampai lewat kurang2 sampai pukul 2130 malam. Abang Rosmal kemudian dapat menghantar SMS ke Epol memberitau situasi kami.


Pukul 1625 petang saya, Ramli dan Yob bercadang untuk siap dan bergerak dahulu. Kami kemudian diarahkan membuka khemah dan menyiapkan barang2 untuk kami pulang nanti. Kami juga disertai oleh 2-3 rakan yg kemudiannya menjadi 8 orang semuanya. Namun kami bertiga turun dahulu dengan gerakan pantas menurun. Kadang2 banyak akar yg menjalar di atas trek. Saya banyak kali tersepak kayu2 kecik ini. Ade sekali saya tersepak dan tak lepas kayu tersebut lalu jatuh terbang ala superman atau ala Stevie Irvin tangkap buaya. Nasib tak jatuh gaung. Dipertengahan jalan, kami rehat 10 minit. 

Kami teruskan perjalanan dan tiba semula di air terjun dalam 1735 petang. Kami menurunkan fly dan membuka khemah serta membakar sampah … Atok kelihatan tido di khemah. Bila bangun dia kata dia dengar bunyi kucing hutan dan dengar pokok tumbang. Mungkin ade gajah kat sebelah sungai tu kot…Suspen gak dia … Kami terus packing dan kemudian kelihatan seorang demi seorang kelihatan muncul di air terjun kami.

Setelah siap kami pun bergerak ke start point selepas Maghrib. Perjalanan yg agak slow dengan guide yg sentiasa berenti kalau ada gap jauh antara rakan2. ade 3-4 kali juga kami berenti. Kadang2 saya berada di group depan dan berenti. Tiba kawan2 yg ramai lalu dan take 5, saya sudah berada di group pertengahan pula. 

Kali ini di belakang saya Paie dan di depan Man serta Shasha serta 2 rakan lagi di depan. Oleh kerana Shasha di depan maka pergerakan jadi slow sikit dan Shasha pulak sudah kelihatan penat dan dah nak sebak2.

Selepas melalui titian balak, kami cuma perlu 15 minit sahaja untuk mengakhiri trek ini. Saya akhirnya tiba pukul 2210 malam sambil menunggu 4wd untuk kutip kami … Sambil2 tu Spy keluarkan biskut dan buat air. Sedang kami menunggu Epol pun sampai. 

Saya dan Ramli merancang balik malam ni juga memandangkan esok keje … Jadi kami cadang gerak dulu … Namun sebaik aje 4wd sampai  … terus kene serbu jadi kami tinggal la kat luar …Kami lepak lagi dan tunggu … tapi beg kami dah hantar ke 4wd tadi …

Sejam kemudian 4wd sampai dan semua yg ade terus naik duduk dan berdiri himpit2. Mana yg berdiri sure kene rintangan atas tapi rupa nye duduk pun kene jugak. Hmm… nak wat cam ne …

Sedang kami on the way turun tiba2 4wd mati enjin… tak leh start … rupa2 nye minyak habih … adoi … akhirnya kami tersadai di pertengahan turun ke kemsite. Jam sudah pukul 1130 malam. Kadang2 duduk dalam 4wd ni lutut bole jem …tapi kat trek tak jem … Saya pun turun jugak la …sebab lutut pun nak jem sikit…Lame jugak kami menunggu, akhirnya minyak tiba. Enjin kereta cuba dihidupkan tapi masih tak bole gak … kami menggoyangkan 4wd supaya minyak masuk ke bawah … rupa2nya minyak setakat RM3 aje … mane cukup… agak malang la nasib kami malam ni… minyak tak cukup pulak… lepas cuba berkali2 …. Akhirnya mereka turun sekali lagi mencari minyak lagi … kali ini rata2 ramai yg dah tertidur ... letih nak tunggu masing2 tidur atas jalan … dekat 4-6 org tidur …Kami tunggu agak lame jugak memikirkan ada ke stesyen minyak tengah malam ni … takkan nak ketuk pintu rumah orang … nanti orang curah minyak kang habih kene bakar … tak pun jadi orang minyak lak …

Tunggu punye tunggu akhirnya sampai lagi minyak … kali ni minyak satu tong Rm10. 4wd kemudian dapat dihidupkan dan bergerak lalu membawa kami ke kemsite.

Kami tiba dan makan di kemsite. Kami salin baju dan siap2 untuk balik untuk meneruskan cabaran memandangkan kam tidak turut serta acara WWR. Selain kami, geng Pandan, Atok dan Hafiz pun balik juga. Jadi 3 kereta la balik pagi ni …

Kami keluar dari Sungai Sedim pukul 0240 pagi. Kali ni Ramli bawa … Selepas tol ke 2 di Kulim saya ambik alih dan bawa sehingga R&R Sungai Perak. Kami dan Geng Pandan take 5 di sini manakala Atok yg isi minyak di Kulim tadi terus tidak kelihatan. 

Kami kemudian bergerak pukul 0450 pagi.  Setelah tiba di tol Ipoh selatan, saya berehat di tempat rehat dan tidur selama 3 jam. Tau2 dah cerah aje… Kami bergerak ke R&R Ulu Bernam untuk sarapan. Saya kemudian menghantar Ramli ke rumahnya di Puchong pukul 1030 pagi manakala saya sampai di rumah pukul 1130 pagi.

Sekian sahaja laporan saya. Jumpe di gunung lain.
Wasalam.

  

0 comments:

Post a Comment