Gunung Nuang kali ke 2 dari Janda Baik

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 11 Januari 2008 –  Gambar/Aktiviti/GunungNuang/TrainingSessi1BersamaKaratz.doc

Permulaan tahun ni saya sudah ada rancangan untuk ke Gunung Tahan. Tapi untuk mendapatkan stamina ..maka kenalah gi buat training dulu. Training sessi pertama ni adalah ke Gunung Nuang melalui Janda Baik punya bak kata Roland sambil menunjuk isyarat tangan... hehehehee. Bersama saya salah seorang geng 3 stoogers ke Bukit Kutu dulu adalah Kerol dan Zuhara serta disertai oleh CEO Karatz iaitu Olan@Roland. Saya menapak dari rumah pukul 2140 malam ke Masjid Amaniah seperti yg dijanjikan. Saya sampai pukul 2200 dan menunggu selama 10 minit sebelum mereka tiba. Kami bergerak untuk konvoi bersama group lain. Rancangannya adalah menunggu di stesyen Petronas Taman Melati … Kadang2 terdapat kekeliruan jugak kerana terdapat 2 stesyen shell di laluan ke Tol Gombak ..

Kami kemudian membuat U turn ke Stesyen Shell. Namun sebab ketiadaan stesyen Petronas dan ade kekeliruan sikit maka kami meneruskan perjalanan ke R&R Genting Sempah yg cuma mengambil masa selama 25 minit perjalanan. 

Kami sampai selaku yg terawal danmenunggu sambil order minuman. Zuhara@Gaban memesan air suam sambil membuka Milo pek. Macam tak mampu je. Kemudian datang satu persatu geng2 kereta. Rata2 ramai yg saya kurang kenal sebab kurang bersama mereka. Ade la dalam 16 org yg ikut trip termasuk yg saje2 ikut. 

Lepas semua dah ada, kami masuk ke Janda Baik. Perjalanan sekitar setengah jam sebelum jumpa check point untuk kami bermalam. Kami siap2 untuk tido sambil mendengar bunyi laluan air di sebelah kami. Rata2 waktu tido adalah sekitar pukul 0200-0300 pagi sebab banyak masa berborak dan lame tak jumpe. Maka ramai la mengeluarkan kamera memasing untuk tayangan…tapi UNO nampaknya sudah diletakkan di situ tidak di layan.


Oleh kerana saya tak lena tido maka saya terjaga pukul 0630 pagi bersama Kerol lalu solat subuh. Kami kemudian siap2 dan sarapan Kuey Tiau dan Roti. Kami membawa nasi bungkus untuk dimakan di puncak nanti … Di kawasan sini, banyak pokok2 durian serta pulasan. Ada yg dikutip untuk dijual ke Kuala Lumpur. Durian2 tersebut di hantar ke peraih. 



Kami siap dan bergerak menaiki 4WD. Saya naik trip ke 2. Sepanjang perjalanan, saya diberitau terdapat rumah MB Selangor di sini. Perjalanan 4WD hanya sekitar 15 minit. Kami kemudian gerak dalam pukul 0915 pagi melalui kebun sayur di kanan.

banyak jugak durian rupanya


Di laluan trek kami, terdapat paip air yg panjang. Kami kemudian mendapati terdapat kumpulan yg menaiki 4WD trip yg memula telah melencong ke gunung lain berdasarkan tapak2 beserta kelajuan mereka yg tidak mampu kami dikejar. Namun setelah kami take 5 dan menunggu, mereka pun tiba sambil menuding jari pada guide di depan.

pintu masuk

Kami kemudian meneruskan perjalanan. Selang habih melalui kebun sayur kami terus menuju ke air terjun. Perjalanan permatang sambil laluan runtuh buluh yg banyak menyebabkan kami setiasa menunduk. Kami tiba dalam 45 minit ke air terjun sambil bergambar.

Kami kemudian bergerak lagi. Keadaan mula memacak. Masa ni la Zuhara@Gaban melakukan satu aksi terbang ala superman. Namun kamera yg biase saya gantung di leher sudah saya bawa masuk ke beg. Saya dan Kerol kemudian berpisah dengan group lain lalu kami jalan dahulu. Tiba di satu simpan, kami take 5. Di depan ada 3 org lain tengah carik trek. Kami kemudian meneruskan perjalanan. Keadaan redup tiba2 cerah kerana berlaku kawasan penebangan balak. Masa ni pukul 1200 tengahari. Di sini terdapat batu sempadan Selangor dan Pahang. Kumpulan belakang mula sampai seorang demi seorang. 


Oleh kerana tak tahan berjemur, maka kami mencari tempat yg agak redung. Kumpulan yg mencari trek tadi kemudian gagal mencari tempat trek seterusnya. Mereka kemudian patah balik dan berjaya menjumpai trek. Terdapat sedikit kekeliruan dengan rebet merah pada pokok telah menandakan laluan yg salah tadi. Kami kemudian meneruskan perjalanan.




Hujan mula turun agak lebat dan saya terpaksa mengeluarkan baju hujan supaya dapat melindungi kamera yg bukan water resistant. Kami tiba di 2 batu besar. Di batu besar ke 2 kami perlu naik atas batu tersebut. Keadaan batu yg tinggi dan licin menyebabkan kami mengambil masa untuk naik. Setelah semua naik, hanya 2 minit kemudian kami tiba ke puncak Gunung Nuang pada pukul 1430 petang. Ketinggian Gunung Nuang adalah 1493 meter sepert yg ada pada signboard di puncak ini bersama beirut nya.  Kumpulan pertama tiba sampai pukul 1300 tengahari. Hujan masih turun mencurah2. Kami kemudian makan tengahari dalam keadaan yg agak kurang selesa.



Kumpulan pertama tiba sampai pukul 1300 tengahari. Hujan masih turun mencurah2. Kami kemudian makan tengahari dalam keadaan yg agak kurang selesa. 

Selesai hujan reda dalam 1515 petang, kami siap untuk bergambar dan turun semula. Kali ini hujan yg lebat menyebabkan trek lecak dan selut mula menebal. Perjalanan saya mula agak perlahan. Saya kemudian turun dan tiba di air terjun pukul 1800 petang. Abang Rashid, Nadia dan Rambo berada di belakang saya.

5 minit kemudian kami bergerak sebab bunyi guruh dan hujan akan turun semula serta keadaan yg sudah mahu gelap. Keadan trek yg lecak menyebabkan kaki sentiasa tergelincir dan mula ada yg nak jatuh dan memang jatuh. 

Kami kemudian tiba di laluan sungai sambil membasuh kasut dan membersihkan apa yg patut. Group pertama naiki 4WD sudah sampai pukul 1830 tadi manakala kami akan menaiki 4WD kemudian. Kami kemudian tiba di check point kami sambil azan maghrib berkumandang. Kami kemudian siap2 untuk pulang.

Sedang kami menunggu Abang Rashid untuk balik dan makan, kumpulan kereta kami sebulat suara melantik saya sebagai Driver dan dipersetujui oleh CEO dan tuan punya kereta serta org luar yg tiada kena mengena. Kami kemudian singgap di R&R  Genting Sempah untuk makan malam sambil membuat pembayaran. Masa ni ramai yg dah kebuluran sambil ada yg makan 2 pinggan. 

Kami kemudian bersalaman dan bergerak pulang sekitar 2240 malam. Saya tiba di rumah pukul 1120 malam.

Sekian sahaja untuk trekking sessi 1 ini. Sessi 2 kemudian ke Bukit Kutu tidak dapat saya ikuti atas faktor keluarga. Ada kemungkinan saya akan ke Gunung Bunga Buah untuk sessi terakhir sebelum menyahut cabaran ke Gunung Tahan pada musim Tahun Baru Cina nanti.

Sekian  

0 comments:

Post a Comment