Training Gunung Bunga Buah Sessi 3 Bersama Karatz

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 20 Januari 2008 – 
2008/Gambar/Aktiviti/GunungBungaBuah/TrainingSessi3BersamaKaratz.doc

Selepas sessi 3 ke Bukit Kutu minggu lepas yg tak jadi ikut, saya teruskan pulak ke Gunung Bunga Buah. Saya bangun dengan malasnya pada pagi Ahad. Saya bergerak ke rumah Zuhara@Gaban untuk mengambil semua penumpang. Setibanya di rumah Gaban pada pukul 0730 pagi, saya menunggu pula Pak Lie dan Fid sambil memerhatikan Gaban menyidai kain. Pak Lie yg lambat sampai kemudian memberitau yg kami semua akan menumpang kereta dia. Pak Lie tiba pukul 0745 pagi sambil saya memindahkan barang saya ke kereta Pak Lie. Kami kemudian bergerak ke Kota Damansara mengambil CEO pulak. Err CEO kat sini maksudnya Olan@Roland. Olan kelihatan duduk di tangga jejantas sambil menunggu kami. 

Selesai mengambil Olan, kami terus bergerak ke R&R Genting Sempah. Kami tiba awal memandangkan Pak Lie mahu mencipta rekod baru ke R&R Genting Sempah. Perjalanan yg biase nya 40 minit dikurangkan kepada 25 minit. 

Kami tiba di R&R Genting Sempah pada pukul 0845 pagi sambil sarapan pagi. Sedang kami sampai, kami disambut oleh beberapa geng Cina seramai 5 orang. Antara nya Goh dan kawan2 yg saya namakanGoh 1, Goh 2, Goh 3 dll. Trip kali ada macam2 orang yg ganjil2 macam binatang2 ganjil yg pernah di bende oleh sorang Dukun kat Indonesia tu. Antaranya kawan Goh tu la terdapat sorang lelaki yg tak boleh beranak(maintain macam tu aje dan kuat melantak), sorang awek cina yg cute namanya Siew Foong, uncle Fong yg sangat tua kalau tengok badan dia kalau betul dia la orang nya serta seorang lagi Uncle Appa palsu. Terdapat seorang lagi geng cina tapi dia bukan cina. Nama dia Mie bekerja di Bernas, Kuala Lumpur. Antara muka2 lama Karatz yg tak pernah dilihat atau dah tak ingat adalah Lees atau Fazli, Tie yg baru balik oversea, Ikin dan Ikin 1, Cipoi@Delaila (betul ke ni) dan Yana@Gaban1 atau kawan Gaban,  


Kami siap2 beli makanan tengahari dan air sambil ada yg cuma membeli roti Blueberry double size. Selesai selepas tu kami bergerak pula menuju ke Hotel Sri Malaysia dan berenti untuk menunggu rakan2 lain. Kami kemudian siap2  dan bergerak sedikit menuju ke belakang kebun sayur dan parking. Kami kemudian mula bergerak ke trek Gunung Bunga Buah pada pukul 1040 pagi melalui kebun sayur tersebut.

Pada awalnya terdapat 3 simpang selepas kebun sayur. Target kami adalah ke tapak Kuari. Fazli dan Olan kemudian mencari trek yg hilang dan jumpa. Saya kemudian bergerak bersama 3-4 lagi sambil melalui lalui air. Kami menaiki tali dan menunggu rakan2 lain tiba. Selesai mendaki melalui tali, tetiba2 rakan pulak dah sampai dulu melalui jalan lain.


Kami kemudian melalui trek memacak berselut selama 20-25 minit sebelum tiba di jalan tar. Di sana kami di sambut oleh Yunus dan Esir dari GO serta rakan2 mereka. Kami meneruskan perjalanan ke Rock Garden. Sedang laluan menuju ke kanan, kami diterpa supaya berpatah balik sebab tersasar yg sepatutnya laluan ke kiri yg agak kecil. Susah kalau tak de rakan yg tunggu di simpang tersebut sambil kami memberitahu yg kami telah melawan kebun sayur tadi tu.


Laluan berbatu di kanan nampak sangat menarik tapi tak lame cuma 2-3 minit sambil menurun sedikit… Perjalanan kami tidak la banyak berenti. Kami tiba di Kem Pewai pada pukul 1130 pagi sambil menunggu geng Goh yg tak beranak2 tu … Rupanya tengah mengadap makanan. 


Perjalanan menurun yg agak menurun kemudian menaik agak memenatkan. Kami melalui sekali lagi menurun tapi tak lama sambil naik semula. Kami kemudian tiba di satu kawasan lapang sambil take 5 lagi. Disini terdapat view gunung yg menarik.

Sebelum bergerak naik, kami menerima satu lagi kejutan. Terdapat sekumpulan geng Karatz palsu turun dari puncak Gunung Bunga Buah. Mereka memakai cover bag Karatz seorang demi seorang. Tu yg disangkakan geng Karatz. Tapi rupanya Geng Karisma. Mereka turun sekerat2 sambil membawa beg besar2.

puncak bunga buah

Selepas bergerak dari kem Botak, cuma 20 langkah lagi untuk sampai ke puncak. Saya tiba di puncak Gunung Bunga Buah pada pukul 1400 petang. Saya kemudian makan roti Blueberry sambil menunggu rakan2 lagi terutama Goh yg nak beranak tu manakala seorang uncle yg sangat tua tu bersama Uncle Appa palsu sudah lama tiba di puncak. Setelah semua sampai, tiba2 kami dikejutkan oleh hujan yg agak lebat. Kami turun sejam kemudian sambil hujan baru berenti tapi tidak mengambil gambar beramai2 di puncak.


Perjalanan menurun selepas hujan menyebabkan kaki mula mahu membrek. Nampak gaya cuba control macho tapi akhirnya jatuh tangkap biawak juga. Adalah 2-3 kali jatuh. Namun semasa perjalanan turun ini, terdapat view Genting Highland dan bulan sedang kelihatan bersebelahan memandangkan hari hampir gelap. Saya tiba di kebun sayur pada pukul 1850 petang.

Kami bersiap untuk makan malam dan singgah ke R&R Genting Sempah semula memandangkan Yana telah meletakkan keretanya di sana. Ketika di simpang antara ke Kuantan atau ke Kuala Lumpur, kami menjadi kalot sekejap kerana lupa mana satu nak masuk, Kami kemudian terus ke Kuala Lumpur. Namun kami baru perasan yg kami salah simpang. Nampak gayanya dah terlajak la. 

tak jauh dari genting

Macam biasa Pak Lie memecut mencari simpang tapi tak de. Kami kemudian terus ke Tol Gombak. Keluar tol dan pusing masuk tol semula. Nampak nya malam ni 2 kali la saya ke Genting Highland. Kami sampai semula ke R&R Genting Sempah pukul 2000 malam. Kami kemudian mendapati Ikin dan Ikin1 juga terlajak nak ke Kuantan tapi tinggal di area Lembah Klang.

Kami makan2 sambil berbincang rancangan ke Gunung Tahan nanti. Rata2 rakan2 yg merancang perjalanan ke Gunung Tahan nanti akan berkurang memandangkan masalah cuti dan masalah lain yg menghalang. 

Kami kemudian bersurai pada pukul 2130 malam. Sekian sahaja trip kali ini. Persediaan ke Gunung Tahan dari segi fizikal sudah selesai. Hanya perkara2 kecil yg lain yg belum lagi saya laksanakan. 

Saya tiba di rumah pada pukul 2330 malam dengan agak keletihan.

Wasalam

0 comments:

Post a Comment