Gunung Tahan dengan Karat Adv

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 8 April 2008 – 2007/Gambar/Aktiviti/GunungTahan /XPDCBersamaKarat.doc

2 bulan lalu selepas turun dari puncak Tahan …cerita dia macam ni …



1 Februari 2008 Jumaat

Hari ni adalah ulangtahun hari penubuhan Kuala Lumpur ke-34. Saya balik ofis awal untuk persiapan terakhir dan untuk bertemu keluarga sebelum bertolak. Saya meninggalkan kereta di tepi rumah sepaya senang isteriku menjaga. Menjelang pukul 2105 malam, saya mula bergerak keluar dari rumah. Selalunya saya akan berjalan sampai ke Jalan Ipoh depan Warta tapi kali ini saya cuma menunggu di bas stand depan kedai Haji Kayat sahaja. Saya dapat menaiki bas RapidKL dengan bayaran RM2/- sehari dengan satu tiket ke mana2. Bas kemudian berhenti di Flat pekeliling sambil saya menaiki LRT menuju ke PWTC pulak. Saya sampai dan menunggu pula di bas stand di depan Pan pacific kira2 pukul 2210 malam dan menyangka sayalah yg terawal …. Di tempat ini memang la saya awal sebab bukan sini tempat menunggu. Saya kemudian menelefon Olan memberitahu tempat saya berenti. Olan kemudian memberitahu supaya saya kene bergerak ke sebelah Hentian Putra dan disitu barulah ramai geng2 Karat menunggu. Ada yg baru sampai sambil parking di tepi jalan. Memandangkan masih baru dengan Geng Karat maka saya masih kurang mengenali mereka walaupun sudah 2-3 kali  mengikuti mereka. Gaban kemudian sampai bersama Arry dan Fiza sebagai rombongan menghantar.

Kalau ikutkan jadual, Arry akan menyertai OGKL pada 6 haribulan nanti untuk expedisi Gunung Chamah Ulu Sepah manakala Man MPAj akan melakukan pendakian ke Trans V2 pada masa yg sama. Jadi kami semua akan mendaki gunung G7 pada Hari Raya Cina ini.

Pukul 2230 malam, kami mula masuk ke dalam Hentian Putra di tempat bas menunggu. Kira2 20 minit kemudian bas mula bergerak tapi berhenti di depan Hospital Besar untuk mengambil penumpang. Dalam keadaan tak selesa kami cuba tidur tapi tidur2 ayam aje. Di sebelah saya kosong jadi dapat la saya meletakkan kepala.

2 Februari 2008 Sabtu

Ramai yg dah tertidur tapi ramai juga yg tak perasan keadaan bas yg di pandu laju menyebabkan ada yg terjaga. Sedar tak sedar kami sampai di stesyen keretapi Merapoh pada 0345 pagi. Keadaan jalan yg gelap hanya diterangi lampu jalan yg agak silau2 di depan. Selepas menurunkan beg, kami semua bergerak ke kanan jalan menuju gerai2 yg terletak cuma 30 meter sahaja. Ada yg sambung sembang2 manakala ada yg memilih pot untuk melelapkan mata sekali lagi maklum la tak cukup tidur. Selang tak lama kemudian, tiba2 kedengaran azan subuh. Ramai yg tiada di tempat kerana nak cuci muka sambil menunggu 4wd sampai. Pada pukul 0605 pagi kelihatan keretapi berenti di stesyen Merapoh ini. Kemudian terdapat seorang yg tinggi lampai sambil membawa beg galas sedang menuju ke tempat kami tidur. Rupe nya Andre iaitu rakan kami dari Singapura baru sahaja sampai. Nasib tak terbabas ke Bandar.

Tak lame selepas Andre sampai, 4wd tiba2 muncul dan mengangkut sebahagian kami ke Sungai Relau untuk check-in. Kami bergerak pukul 0625 pagi dan tiba 20 minit kemudian di pejabat lapor diri.

Sungai Relau

Setelah tiba di sana saya terus melakukan solat subuh. Sambil bersiap, kami dikejutkan dengan serangan seekor babi yg berlari tak tentu ke hala ke arah betul2 depan kami. Itu lah satu dari sebahagian gambar binatang yg terdapat di dinding pejabat lapor diri tersebut.

Di dalam surau terdapat sorang rakan yg rupa2 nya abang Amin yg juga akan bersama kami dalam mendaki Gunung Tahan ni. Ingatkan orang sini maklum lah pertama kali pertama jejak kaki ke sini. Selesai semua, kami telah diberitahu akan syarat2 bahawa kami perlu mengeluarkan barang2 untuk pengesahan barang mana yg perlu dibawa ke Kuala Tahan nanti. Tujuan pemeriksaan ini sebenarnya adalah memelihara kawasan hutan supaya tidak tercemar dengan kekotoran. Kawasan hutan Taman Negara ini juga akan ditutup pada setiap bulan Disember pada setiap tahun untuk melakukan aktiviti pembersihan demi menjaga status Taman Negara yg terkenal sebagai tempat pelancungan di sebelah Kuala Tahan.


Sambil menunggu pemeriksaan, sarapan pagi iaitu nasi impit dan kuah kacang pun siap. Kami pun makan. Abang Aziz yg kali-2 ke Gunung Tahan ni katanya tak bawa tupperware kononnya hadiah dari Kak Aishah padahal kami guna tupperware utk bungkus makan malam dan makan tengahari kami sepanjang trip ni. Abg Aziz juga kata nya tak bawa Kamera Nikon DLSR dia. Apa yg dia bawa dalam beg dia ni ? Kami kemudian di beri sehelai kertas A4 yg mengandungi catatan, ketinggian dan tempat kemsite kami pada waktu pergi dari Sungai Relau ke puncak Gunung Tahan sehingga dari puncak turun terus ke Kuala Tahan. Jarak perjalanan 44 Km dari sini ke puncak dan puncak ke Kuala Tahan adalah 56 Km. Ambik nkau. Baru tau … rasa la barang yg nak dipikul selama 5 hari tu nanti.


Pukul 0930 pagi pemeriksaan dari beg ke beg siap dan sebahagian kami bergerak naik 4WD untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Juram. Laluan dalam perjalanan ke sana sangatlah dahsyatnya. Kami bagai menaiki Roller Coaster dengan keadaan turun dan naik. Selepas menikmati suasana tegang di 4wd, kami tiba di Kuala Juram pada pukul 1015 pagi. Kami tiba awal maka dapat la bergambar di sungai cetek jambatan gantung dan sekitar kawasan. Di sini ramai la mula beraksi dengan gaya2 manja. Balik2 suruh kite ambik gambar dari kamera mereka. Sambil2 tu kami yg sampai awal ni ada juga membuat aktiviti senaman ringkas.


Dalam setengah jam kemudian 4wd pun mengangkut kengkawan yg tinggal dari ofis tadi. Kami kemudian melakukan aktiviti memanas badan sekali lagi sambil diberi taklimat oleh guide serta sedikit kata2 ringkas dari Olan dan Uncle. Kami diberitahu yg kami perlu cross sungai sebanyak 4 kali sebelum take 5. Turut bersama kami adalah kumpulan dari Geng Rymba Adventure  dari Taman Koperasi.



Kami kemudian memulakan perjalanan pertama kami pada pukul 1115 pagi. Dalam masa kurang 5 minit, kami perlu cross sungai pertama. Ketika di tengah sungai secara tidak disangka saya pun terjatuh … alamak …petanda awal malang akan menimpa kejap lagi atau sepanjang2 trip ni ke ? Saya dapati Yana dan Andre juga jatuh gak. Kami pun menyusuri trek. Sebelum sampai ke Kuala Luis, kami perlu cross sungai ke-4. Di sini terdapat tali yg dipasang untuk rakan pendaki supaya arus deras sungai yg kuat tidak membawa mereka sekali. Sedang saya mencuba melepaskan diri dengan batu besar, saya terjatuh lagi. Kali ini kamera Nikon DLSR saya tenggelam ke sungai bersama kamera Olympus. Aduh jatuh lagi … namun dapat juga saya ke seberang cuma berkeadaan basah bersama beg cuma tidaklah menghanyutkan kamera2 saya tu. Saya sampai di Lata Luis pukul 1310 tengahari dan makan tengahari. Keadaan cuaca agak mendung tapi belum lagi hujan.


Selesai makan, kami bergerak pada pukul 1420 petang menuju ke Kem Kor. Suasana mula nak hujan maka saya pun memakai jaket hujan. Kadang2 hujan dan kadang2 berenti menyebabkan perjalanan kurang teratur. Kami kemudian tiba di sungai seawal pukul 1715 petang. Kami perlu cross sungai untuk ke Kem Kor namun keadaan sungai sangat deras. Kami menunggu sambil Olan dan rakan2 berbincang dengan guide bagai mana hendak menyeberang. Rambo kemudian mengambil tali dan mereka mula memasang tali supaya rakan2 dapat cross sungai dengan segala kepayahan dapat dikurangkan.


Pukul 1830 petang saya berjaya cross sungai dengan selamatnya. Perjalanan cuma 25 minit ke Kem Kor tidak lah dirasai sangat. Semua rakan2 pendaki tiba di Kem Kor sebelum gelap sambil berkira2 memasang khemah dan menyediakan sarapan. Menurut kata2 mereka yg dah pergi ke sini hampir setiap tahun, tempat ini nampaknya sudah berada dalam keadaan terang sikit. Mungkin ada ramai group yg turun naik jadi acara menebas sikit lama2 Kem Kor ni pun terang la. Kami makan malam pukul 2110 malam. Selesai makan saya tidur. Ini malam pertama kami tidur jadi saya tidur di hujung sekali sebelah pamek.
P

Kem Kor

3 Februari 2008 Ahad


Hari ini hari Ahad… kalau hari hujung minggu macam ni saya lepak aje kat rumah. Selalu nya saya rehat2 sambil tengok tv tapi hari ni saya macam dah berada dalam hutan. Bangun, solat dan sarapan saya  bergerak pukul 0840 pagi menuju perhentian seterusnya iaitu Permatang. Pukul 1300 tengahari saya sampai ke Kem Permatang dan terus makan tengahari. Sambil2 makan dalam kepala terbayang macam mana la laluan ke puncak ini. Selesai makan saya bergerak ke Kem Kubang tepat pukul 1410 petang. Hujan nak mula turun dan saya pun mula membuka jaket. Kat sini ramai la rakan2 yg kelihatan seperti unta padang pasir  kerana ditutup terus dari kepala sampai ke belakang beg galas.

Perjalanan saya yg agak perlahan maka saya sampai ke Kem Kubang pukul 1530 petang. Selepas bergambar 2-3 keping, saya bergerak ke Kem Belumut dan sampai kurang 2 jam kemudian. Keadaan pada masa ini adalah hujan lebat sepanjang jalan. Keadaan perjalanan mulai semakin gelap. Saya sempat tiba di Kem Bonzai 2 jam kemudian. Saya kemudian sedar saya antara yg terbelakang sekali. Antara yg menjadi sweeper adalah Uncle, Rambo, Cipoi, Pak Lee dan Ijam. Saya kemudian meratah meggi cup akibat kelaparan. Ketika ini saya sudah mula merasa kurang tumpuan akibat dari hujan dan kepewaian yg tinggi. Rancangan nak gerak pukul 1930 malam tergendala kerana waktu Maghrib. Kata mereka yg arif waktu ni adalah waktu makhluk ghaib bergerak. Mereka menggunakan laluan termasuk laluan trek kami untuk bergerak. Waulahualam

Pukul 2000 malam kami bergerak menuju ke Bukit Botak. Hujan sudah berenti dan akibatnya banyak lah selut2 di sepanjang perjalanan. Saya sudah tidak mengetahui ke mana laluan di depan kerana keletihan. Saya cuma bergerak mengikut aliran trek yg ke depan sahaja. Hanya sinaran lampu head lamp yg menerangi laluan yg gelap gelita itu 

Selesai melalui kawasan hutan, saya memandang ke atas. Kelihatan dalam kegelapan ada bentuk2 kilauan lampu di atas sana dalam keadaan tersusun. Ada pulak lampu2 kecil tersebut bergerak2 menuju ke arah sekumpulan lampu2 tersebut.. Saya sebenarnya sudah banyak kali berenti sebab terlalu pewai. Nasib Pak Lie dan Ijam temankan dan memberi kata2 semangat. Laluan trek kami juga merupakan laluan air akibat hujan tadi. Ketika saya hampir sampai, kelihatan Uncle dan Rambo menunggu kami untuk memberitahu yg kami cuma 5 minit untuk sampai ke kemsite di Bukit Botak.

Saya akhirnya tiba di kemsite Bukit Botak pukul 2215 malam. Terdapat satu Fly telah didirikan. Kami kemudian dihidangkan dengan mee hun sup. Lega sikit sebab dah dapat makan setelah mengharungi perjalanan yg panjang. Sambil makan, kami bercerita tentang trek yg mencabar ini. Kata rakan2 pendaki, Azul dan Abg Aziz dah shot terus ke puncak. Olan rupanya gagal mengejar mereka untuk memberitahu supaya kami patut berenti di Bukit Botak sahaja. Berada di ketinggian 2000 meter sambil sudah lama berada di Bukit Botak dengan kadar kesejukan yg tinggi menyebabkan Andre yg kesejukan menggigil dan terkena hipotermia. Bila dah reda sikit, Ijam pulak meminta tolong Andre untuk menyalakan rokoknya. Andre menyalakan rokok menggunakan dapur yg apinya belum ditutup. Ketika sedang menyala rokok Andre tak perasan janggutnya yg panjang dah terbakar separuh. Maka malam tu kecoh kejap kejadian Andre terbakar janggutnya. Malam tu saya tidur sebelah pamek pukul 0120 pagi. Besok nak sampai puncak awal.
4 Februari 2008 Isnin

Bukit botak

Saya bangun pukul 0700 pagi. Suasana pagi yg sejuk dah tentu liat nak bangun. Mandi dan solat sambil menunggu sarapan, saya ambil gambar di sekitar Bukit Botak. Di sini banyak gambar boleh diambil. Dari atas bukit sampai ke kawasan sekitar semuanya cantik2 belaka. Kami masih lagi bersama Team Rymba yg memilih pot yg tidak jauh dari kami.


di puncak tahan

Selesai bersiap, saya bergerak ke puncak tahan seawal 0940 pagi. Laluan 2-3 bukit dengan lorong yg luas tapi sikit berkabus. Sebelum tiba di puncak saya tiba di satu lagi Bukit Botak. Di situ la Abg Aziz dan Azul duduk sambil mengunyah ape yg ada. Nak turun malas lak. Tunggu aje la.

Video di puncak tahan

Saya kemudian bergerak ke puncak yg hanya 2-3 minit dari sini. Saya sampai puncak pukul 1145 tengahari. Kamera saya yg satu ni agak kabur lalu dibiar berjemur sambil saya menggunakan satu lagi kamera. Saya mengambil gambar puas2 sambil banyak menggayakann pelbagai aksi. Yang ada ketika itu Abg Amin, Gaban, Yana, Abg Zul dan Andre yg baru sampai.  

Masing2 bergambar manakala Abg Amin memasak meggi dan air sampai kengkawan membelanda sikit2. Selesai bergambar saya memeriksa pulak kamera yg lagi satu dan mendapati boleh digunakan. Ape lagi. Bergambar lagi la puas2. Setengah jam kemudian, kengkawan lelain sampai bersama team Rymba. Kami masing2 bergambar kenangan dan memasang bena memasing.

Pukul 1310 tengahari saya mula bergerak turun. Simpang ke Kuala Tahan hanya turun dari bukit di puncak ini dan jarak perjalanan adalah 56 Km lagi. Saya bergerak dahulu dan melalui kawasan padang luas. Kawasan yg tadinya padang kemudian bertukar menjadi laluan sempit. 2 jam berjalan saya take 5 sambil menunggu kengkawan yg lain. Andre dan Cipoi yg telah memotong saya tadi kemudian menunggu sama memandangkan terdapat kekeliruan pada trek. Kami kemudian di pintas oleh Shuk yg memberitahu yg kengkawan2 lain telah take 5.

Saya kemudian berjalan dan take 5 sambil makan tengahari pada waktu petang. Rakan2 sudah mula memintas dan saya mula mendapati saya di belakang lagi. Saya kemudian tiba di suatu bukit batu yg kelihatan semuanya berwarna putih. Masa ini pewai dah tak hingat. Dalam keadaan yg tak balance di sana sini dan terdapat kecederaan lain termasuklah jatuh dah banyak lagi kes tak bicara lagi dan take 5, saya gagahkan jugak berjalan. Geng Rymba yg tadi paling belakang sudah mula memintas. Saya ditemani oleh Olan dan Fazli Pang yg memberi kata2 semangat. 

Memandangkan saya sudah teramat letih, Olan memberi isyarat untuk membawak beg kecil saya. Saya tiba di  kawasan bangkai helikopter pukul 1830 petang. Macam biase geng belakang saya Gaban dan Yana turun serta. Gambar bangkai helikopter tak de nampak nye sebab Olan dan pegang beg kecil saya. 45 minit kemudian saya sampai di Kem Gedung. Nasib tiba sebelum gelap. Ketika ini suasananya sangatlah sejuk dan hujan turun sikit2.

bangkai kapal terbang

Untuk mendapat air dalam sejuk2 ini, kami perlu menakung dari laluan air dari atas. Ada juga kawasan air tapi tempat nya jauh pulak. Susah2 ambil je air yg lalu dan tunggu aje lah. Sambil menunggu makanan siap, saya kemudian secara sengaja terjebak dengan geng krew JR yg terdiri dari Andre, Amrin, Abg Aziz dan Abg Man serta Azul yg duduk di khemah yg sama. Masak air and meggi dan sambung2 lagi sambil terlupa nak book tempat tidur. Jam 2100 malam, makan malam telah siap. Kami makan dengan kenyangnya dalam suasana sejuk dan berangin di luar.  


Selesai makan, saya bercadang pindah ke khemah dapur seperti yg diberitahu oleh Uncle semasa taim memasak tadi tapi dah penuh. Lambat nak hantar barang sebab dok layan Krew JR yg sentiasa ade air dan kuaci… Kemudian saya pindah ke khemah Olan and the geng. Jadi saya dapat la diterima masuk dan tidur sebelah Rambo.

5 Februari 2008 Selasa

Pagi di Gedung


Hari ni bangun seawal 0640 pagi tapi Uncle tak bangun lagi. Bunyi macam ade bising2 kat khemah dapur dia org tapi rupa dia org layan tidur lagi. Kejap bangun duduk kejap baring balik masih tak de sesapa yg gerak pun. Tiba2 ada bunyi dari khemah kami lalu Uncle pun mula bangun dan kejut kat kengkawan2 lain. “Bangun..bangun..bangun..” ayat standard Uncle taim pagi. Akhirnya kami bangun termasuklah Geng Rymba tapi sebelah kami tu tak bangun lagi …


Siap sarapan, saya bergerak pukul 0950 pagi. Kali ini jarak perjalanan dan trek agak sukar dan lama. Baru bermula 10 minit perjalanan trek melalui satu kawasan laluan yg muat2 aje dicelah2 pokok. Jadi saya terpaksa melepaskan beg kerana tak muat. Selepas melalui trek yg paling mencabar setakat ini, trek menuju ke laluan bertangga. Keadaan tangga yg menurun dan ada masanya melalui 2-3 ikatan tangga. Sebelum tangga terakhir, saya sampai di satu tempat rehat. Cadang untuk take 5 di sini sambil makan tengahari, tapi perjalanan seterusnya adalah menurun dan menaik yg tinggi. Kalau ikutkan, jarak dari satu hujung ke satu hujung cuma 10 langkah aje. Tapi saya terpaksa turun melalui tangga dalam keadaan yg sangat curam. Kemudian saya naik semula tangga yg terlalu tinggi.   


Selesai tangga ini, baru la sampai ke puncak Gunung Tangga 15 pukul 1310 tengahari sambil makan tengahari dengan hidangan nasi, sambal dan telur goreng. Saya sampai awal sikit dan ramai la kengkawan yg take 5 bersama saya.


Pukul 1420 petang, saya mula bergerak ke Pangkin. Perjalanan sejam kemudian saya  sampai di puncak Pangkin. Saya take 5 sekejap sambil menanti kengkawan lagi dari belakang sampai. Waktu ini lutut sudah mula terasa sangat sakit tapi ditahan juga.


Saya meneruskan perjalanan lagi. Kami ini turun memegang akar2 pokok. Oleh kerana sudah tak tahan sakit, saya kemudian menurun secara menaik iaitu menurun ke belakang. Perjalanan yg agak lama lalu saya sampai pukul 1555 petang di Kem Pangkin. Kami kemudian berbincang samada nak terus bergerak atau tidur di sini. Keadaan air yg agak jauh dan keadaan yg kurang selesa menyebabkan Olan menyuruh kami terus bergerak sambil diberitahu perjalanan menurun untuk sampai ke Teku dalam 5 jam. Nak tak nak kami teruskan jugalah.


Sedang saya yg bergerak paling didepan akhirnya dipotong seorang demi seorang. Akhirnya cuma saya Olan, Fazli Pang, Abg Zul, Yana serta guide di belakang. Kami take 5 beberapa kali sehingga pukul 1800 malam kami sampai di gunung pondok 2. Kami tunggu selama setengah jam untuk memberi laluan waktu maghrib. 

Kami bergerak semula untuk ke Kem Terbakar namun masih lagi agak jauh. Tiba di suatu tempat yg agak sesuai untuk take 5, kami berhenti. Di sini Olan menyediakan mee hun sup dan membuka laici. Pukul 2100 malam kami bergerak turun selepas perut kembali kenyang. 25 minit kemudian kami sampai ke kem terbakar. Kami join semula dgn kengkawan lain yg tunggu di sini. Sekali lagi saya tertinggal di belakang tapi tidak lah jauh.  Pukul 2245 malam saya tiba di kawasan trek menurun yg licin. Ada masa nya saya terduduk di suatu tempat. Ketika kami hampir sampai, trek yg licin menyebabkan sukar saya untuk berdiri. Beg saya kemudian diseret oleh Olan sebelum sampai ke kensite. Kami akhirnya tiba di Kem Teku pada pukul 2315 malam.

Sampai2 aje, minuman telah tersedia ada sambil kami rehat. Kem Teku yg terletak sebelah sungai jadi bole la mereka yg sampai awal mandi dan basuh serta jemur pakaian. Selesai mandi saya makan. Selesai makan saya lepak dengan Krew Jr lagi dari malam yg dah larut malam ni pun diteruskan dengan cerita trek tadi sambil mai secawan lagi. Rata2 cerita adalah berkisar semasa on trek ke Teku ini. Antara ceritanya Abg Zul dan guide bercerita mereka nampak ade bende lalu kat atas kami semasa makan tadi sebelum menghampiri Kem terbakar tadi. Manakala sebelum sampai Teku tadi kabarnya Andre jatuh dan trek jadi licin lepas tu abg mat noor sambung menyambung pula. Tempat yg saya terduduk tadi pulak kabarnya tempat seseorang telah meninggal dunia akibat kepenatan. Jadi panjang la cerita nya sampai ke pagi.

Oleh kerana sudah malas nak layan mereka, saya pun masuk tidur pukul 0200 pagi dan tidur sebelah pamek. Kali ini tempat luas dan suka hati nak pilih mana.

06 Februari 2008 Rabu

Kem teku

Keesokannya saya bangun 0630 pagi. Selepas bersarapan, saya bergerak pukul 0940 pagi menuju ke Kem Tengah. Kali ini perjalanannya melalui 7 buah sungai dan tetap ada rintangan baru. Seperti biasa saya antara peserta terawal. Sungai yg pada mulanya tenang sahaja mula berubah menjadi agak mencemaskan. Kali ini mungkin factor kasut pulak sebab licin sambil mencari tapak2 yg sesuai. Itulah menyebabkan pergerakan saya sangat perlahan. Melintasi sungai dengan tali serta kederasan air juga antara factor melambatkan pergerakan. Ada sekali saya terbabas ke trek lain bila tiada kesan trek namun saya patah balik dan kembali ke trek semula.   


Apapun saya selesai melalui sungai ke-5 dan dapat makan tengahari pukul 1300 tengahari. Selepas dapat melalui sungai terakhir saya tiba dan berehat di Kem Putih selepas 2 jam perjalanan. Kami dijangka bergerak pukul 1600 petang. Memandangkan saya sentiasa di kedudukan terkebelakang sekali maka saya diberi perhatian VIP oleh Uncle. Uncle menberi saya satu pil macam ponstan tapi bukan postan serta biskut dan menyuruh saya menukar kasut semula selepas mengharungi 7 sungai tersebut. Kata guide perjalanan hanya 2 jam lagi ke Kem Tengah.

.  
Tepat pada masanya saya bergerak lagi. Kali ini trek memacak ke atas. Perjalanan trek agak membosankan. Saya antara terawal lagi sudah mula dipintas balik. Agaknya mereka2 ni yg laju bukan saya yg perlahan. Setelah beberapa kali berhenti, saya akhirnya sampai ke Gunung Rajah yg berketinggain 571 meter sahaja dan tersasar sejam 40 minit dari sejam target kami. Suasana puncak2 yg ada saya abadikan di sini.

Gunung Rajah

Sebelum pukul 1900 malam saya bergerak ke Kem Tengah. Kami kemudian take 5 untuk waktu maghrib dan bergerak semula pukul 1935 malam.

Pukul 2015 malam saya dan geng belakang yg terdiri daripada Olan dan Guide serta Abg Amin, Abg Zul dan Azul sampai ke Kem Tengah.




Makan malam siap disediakan pukul 2140 malam. Kali ini nasik, sambal ikan bilis dan sup jadi hidangan kami. Sessi pengalaman naik tahan pun bermula. Rata2 ramai yg menceritakan kisah masing2 tentang pengalaman naik ke Gunung Tahan ini. Ada yg setiap tahun ke sini. Ada otai yg baru grade G7 dan macam2 lagi. Pukul 2330 malam pun saya tidur sekali lagi sebelah Pahmek.


07 Februari 2008 Khamis

hari terakhir

Pukul 0700 pagi saya bangun. Sarapan pagi  bee hun sup sangatlah sedap di sediakan leh Kak Aisyah. Pukul 1000 pagi saya bergerak dan dijangka melalui 27 bukit untuk sampai ke Kem Melantai Sepanjang perjalanan 27 bukit tersebutlah dipanggil Bukit Malang. Memang malang la nasib kami terpaksa turun naik bukit. Kali ini saya bersama group di depan. Satu ketika Abg Aziz berhenti dan memberi isyarat bahawa terdapat ular sedang lalu di depan kami. Dan kalau nak tau ini la pertama kali saya di depan dengan Abg Aziz yg sentiasa di depan.  

tangan dah teruk

Setelah ular tersebut lalu maka kami pun bergerak. Mak iaa… lajunya dia org sampai saya tertinggal lagi buat kali ke berapa ntah. Saya kemudian take 5 ketika sudah hampir sampai. 40 minit selepas take 5 saya bergerak dan sampai di Kem Melantai pukul 1310 tengahari. Saya makan tengahari dengan nasik goreng pedas bersama kengkawan lain. Kem Melantai sangat la besar sama seperti Kem Teku yg terletak di tepi sungai. Pukul 1420 petang saya bergerak ke destinasi trekking terakhir iatu ke Kuala Tahan. Menurut signboard lagi 12 Km untuk ke sana. Asalnya cuma mendaki dalam 30 minit pertama. Hari tidak hujan sudah 2 hari tapi trek ade kesan hujan dan balak tumbang. Ada satu masa trek perlu meniti balak besar merentangi sungai.

Kali ini saya banyak berjalan bersendirian yg pada mula saya berjalan bersama kengkawan. Andre yg mulanya bertaruh di kalangan kengkawan yg siapa sampai dulu dia belanja akhirnya tertinggal juga dan berjalan sama dengan saya sert Abg Zul. Kebetulan Gaban yg jalan tak berhenti sudah mula perlahan ketika sudah mula hampir sampai di jeti. Ketika sudah hampir sampai, ada pulak banyak simpang dan signboard. Ada yg naik ke air terjun la dan banyak lagi tempat2 lain.


Jeti Kuala Tahan



Pukul 1730 petang saya sampai di jeti dan tinggal 3 Kilometer lagi untuk sampai ke ofis Kuala Tahan. Di sini ada Andre, Abg Zul, Pak Lee serta Cipoi sedang berehat dan menunggu bot yg tak sampai2. Sedang kami rehat, tiba2 Gaban muncul dan kami bergerak semula pukul 1755 petang. Laluan kami melalui 2-3 titian papan, simpang ke air terjun lagi dan tempat2 lain. Terdapat 7 anak tangga serta 1 jambatan gantung untuk sampai. Lepas kami bergerak, kedengaran 2 bot sampai di jeti.

Ketika dalam perjalanan kami, terdapat 2 org putih yg datang mungkin pelancong tapi cuma sekitar sahaja. Saya akhirnya sampai pukul 1910 petang di pejabat Kuala Tahan dan menamatkan perjalanan yg panjang penuh kecederaan dan kekecewaan ini.



Seketika kemudian, Uncle dan Yana pun sampai. Kami semua kemudian bergambar di pejabat dan cepat bergerak ke jeti untuk cross sungai ke seberang kerana waktu dah nak gelap. Pukul 2030 malam kami check in di Liana chalet yg agak murah juga. Saya satu bilik dgn Abg Mat Noor, Abg Amin dan Andre.


Saya kemudian bergerak makan malam di atas bot dgn  Abg Mat Noor, Syuk, Azul, Abg Zul dan Andre memandangkan masa makan semakin suntuk.

Selesai makan, saya lepak di bawah.. Kak Aisyah kemudian mendapat perkenan supaya mengoreng cekodok dan apa yg dapat dihabiskan malam tu. Memandangkan malam ni acara bebas maka kami pun berborak2 dan kebetulan ketua guide Hamdan pun ada. Kami diberitahu yg terdapat seorang rakan pendaki telah hilang dari kumpulan dia di sebelah Kem Bonsai untuk turun. Usaha sedang giat mencari manakala rakan2 guide telah diarah masuk semula ke hutan. Pengalaman guide Hamdan banyak juga antara yg diceritakan kisah 24 jam tak tidur akibat masalah kumpulan yg dibawa mengalami kecederaan dan kisah dia berdepan dengan harimau serta hidupan alam ghaib yg terdapat di sini. Pukul 0130 pagi saya pun masuk tidur.

08 Februari 2008 Jumaat


Di Kuala Tahan


Pukul 0700 pagi saya bangun dan bercadang untuk bersarapan di kawasan berhampiran. Sebelum sampai, saya beli nasik lemak tapi kedai tidak buka pagi ni. Saya pun bergerak ke sungai pulak untuk sarapan dgn Pamek, Syuk, Abg Aziz, Abg Mat Noor, Andre dan Abg Zul di atas bot.


Pukul 0945 pagi saya  bersiap untuk balik.15 minit kemudian kami bergegas bergerak ke Jerantut memandangkan hanya satu bas menunggu untuk bergerak bila2 masa. Kami sampai pukul 1115 pagi. Sambil menunggu tiket bas, saya makan tengahari. Ada yg melilau2 di sepanjang Bandar ini. Kami diberitahu ada 2 bas ke Kuala Lumpur. Jadi saya diberi tiket pukul 1445 petang bergerak ke Kuala Lumpur. 2 geng kami iaitu Azul dan Amrin tidak ikut serta dan mereka masih lagi berada di Kuala Tahan.

Tiba masanya saya naik bas dan gerak. Bas sampai ke Temerloh pukul 1630 petang. Pukul 1800 petang bas sampai ke Pekeliling. Saya naik bas U6 ke Batu Cavesdan  tiba di rumah pukul 1930 malam.

Sekian perjalanan saya untuk kali ini dan perjalanan seterusnya adalah …..  

0 comments:

Post a Comment