Gagal menawan di puncak Gunung Lebah

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 16 April 2008 – 2008/Gambar/Aktiviti/Gunung Lebah /XPDCBersamaOGKL.doc


11 April 2008


Petang ni lepas sembahyang Jumaat saya pergi ke Mutiara Damansara pasal hal kerja. Sebalik masa menunjukkan pukul 1730 petang, saya bergegas balik ke rumah untuk bersiap.

Barang2 yg perlu dibawa sempat disiapkan semalam sambil memikirkan apa lagi yg tertinggal. Saya sempat solat Isyak sbelum bergerak bergerak ke restoran YZ pukul 2050 malam.

Pukul 2300 malam kami semua berkumpul. Taklimat d mulakan oleh Deeno dan Acong selaku ketua xpdc. Pada awalnya ada 38 org bersamaan 7 buah kereta dan 3 bijik 4wd yg dketuai oleh SYed dan rakan2. Terdapat seorang lagi rakan kami yg tiba agak lewat iaitu abg Rosmal yg diberitahu oleh isteri yg dia akan lambat sampai. Akhirnya kami berpecah dan saya bergerak lagi 15 minit ke tengah malam menuju ke Petronas Sungai Tua sebagai check point pertama.


12 April 2008

Setelah ramai yg berkumpul di sana kami bergerak lagi ke check point seterusnya. Pukul 0030 pagi kami sampai di Petronas Batang Kali tapi kami mendapati tiada kedai disitu. Maka kami pun patah balik ke Petronas Batang Kali2 yg merupakan laluan kami tadi. Abang Murdafi telepon Nina yg dia sudah terlajak jugak di tempat yg sama tapi bercadang untuk terus bergerak ke balai polis untuk tunggu disana. Kami yg tiba bersama kereta lain mula memesan makanan mana yg lapar.

Selesai makan, kami bergerak ke balai polis pada pukul 0210 pagi. Perjalanan kami di ketuai oleh 4wd. Suasana gelap malam dan lampu neon yg berputar2 menyebabkan mata saya agak besar dan kecil. Kami tiba di Tanjung Malim dan mengambil simpang kanan menuju Ulu Slim.

Perjalanan kami melalui satu lagi simpang ke kanan dengan signboard ke Ulu Slim kelihatan sebelum simpang. Selepas simpang, jarak perjalanan dalam 25 Km melalui jalan kampong. Pukul 0315 pagi kami tiba di balai polis Kg Slim. Selepas menyusun kereta dan mengemas barang, kami siap sambil menunggu rakan2 yg belum sampai. Di balai polis ada lokap sementara dan satu bilik air. Jadi ramai yg bersiap di luar kawasan balai.


Kami semua berkumpul di luar balai dan setelah proses lapur diri oleh Acong dan Nina selesai. Nadir dari penang pun sampai jugak menaiki 4wd. Nadir membawa bersama barang beg plastik outdoor yg berkualiti. Beg plastik ini banyak guna nya dan berbagai2 saiz dan harga. Sekejap kemudian Goh iaitu pendaki bebas yg pernah ke Gunung Lebah setahun lalu sampai dan akan mendahului kumpulan.

Kami kemudian bergerak menaiki 4wd selepas menyusun beg. Perjalanan kami melalui kawasan kelapa sawit. Di tengah perjalanan, kami sampai kawasan buat wrafting. Amad ada memberitahu bahawa sia pernah ke sini untuk acara wrafting. Perjalanan tidak la mencabar seperti di Yong Yap. Selepas meniti jambatan terakhir, kami tiba di kemsite pukul 0545 pagi.  Setelah beg selesai dipunggah dan ground dibentang, saya menunggu subuh dan solat. Makcik Kantin pula sudah bersiap untuk menyediakan sarapan.  Kami kemudian mendapati 4wd Nadir rosak bersama rakan2 kami. Maka Nadir mengambil keputusan tidak menyertai xpdc ini untuk membaiki 4wd nya.
Pukul 0745 pagi saya bangun dan bersiap. Selesai bersarapan pagi, kami mula latihan meregang otot yg diketuai oleh Amad. Acong kemudian membuat taklimat ringkas dan Goh menusul kemudian. Beg kami kemudian disusun lagi dan kami naik 4wd lagi untuk bergerak ke atas pukul 0900 pagi. Kali ini laluan trek agak ganas dan menyeksakan. Jenuh kami mengadjust sana sini.

Kami tiba di kawasan starting point pukul 0930 pagi. Pak Syeikh dan Goh memastikan ini la starting point kami. Kami mula bergerak dari sini pukul 1000 pagi. Bari seminit perjalanan kami dikehendaki melalui satu titian balak merentangi sungai. Satu lagi pilihan ialah menyeberang sungai tapi sungai tersebut adalah separuh pinggan kam!!!

Kami menghabiskan masa sini sahaja selama satu jam. Selesai di sini kami bergerak perlahan2. Permulaan trek ini Cuma satu laluan yg kecil sahaja. Rakan di depan banyak menghabiskan masa menebas trek akibat buluh runtuh. Mereka yg ada parang seperti Pak Syeikh dan Amad telah mula bekerja membuka trek. Pada masa yg sama mereka juga mencari laluan balak. Sebenarnya kami sepatutnya lalu di trek balak tapi sentiasa di laluan trek yg tidak kelihatan. Ada satu ketika kami take 5 memandangkan tiada tanda2 ada laluan di depan. Saya turut serta dalam meriki trek baru. Goh yg paling di depan sudah jauh meninggalkan kami di belakang untuk mencari trek yg hilang manakala Pak Syeikh dan Amad masih mencari trek di sekitar kawasan kami take 5 tadi. Apabila dah jumpa trek, saya kembali ke tempat rakan2 yg tunggu untuk mengambil beg. Kemudian mereka kata tunggu dulu. Saya dan rakan belakang menunggu. Kemudian dengar di depan suruh jalan pula. Saya pun take seketika memandangkan dah 2-3 kali laluan di tempat yg same. Memandangkan lama kami tunggu, salah seorang dari kami pun mula memasak air. Kami sudah tahu di depan nanti memandangkan sebelum tadi banyak kali berenti dan sudah pasti mereka di depan tidak jauh. 

Selepas kami siap berjalan dalam 5 minit, kami dikejutkan pula dengan trek kami terpisah dari kumpulan di depan. Apa yg diperlukan hanya mencari trek sebenarnya kemudian bergerak ke kiri untuk ke air terjun. Kami tersesat dalam 5-10 minit sebelum kami berjumpa dengan salah seorang rakan kami yg menunggu di sebuah batu besar di sebelah kanan. Perjalanan kami lebih banyak berenti namun apa yg baik nya hari ini ada masa hujan tak sikit dan kadang sahaja turun. 

Kami tiba di satu kawasan dan makan tengahari on trek kat tempat yg tak rata pukul 1310 tengahari. Pukul 1430 petang, kami mula bergerak. Kami melalui  laluan buloh tumbang. Di sini trek mula memacak dan kami sentiasa berhenti agak di satu2 kawasan.

1700 sampai di rumah orang asli. Goh, Amad dan Pak Syeikh berbincang di manakan seterusnya trek ini menuju. Rasa mungkin ke depan lagi manakala Amad mengatakan mungkin ada trek yg tidak kelihatan di sebelah kanan.

Ketika kemsite masih lagi jauh dan waktu sudah hampir gelap, ramai yg mula gelisah. Ramai yg bertanya Acong adakan mahu meneruskan ke kemsite atau bermalam di tempat yg berhampiran air. Acong kemudian mengarahkan kami meneruskan perjalanan ke kemsite.

Pukul 1730 petang laluan trek mula memacak. Tiba2 kami berenti lagi dan menunggu. Di depan hanya ada balak tumbang dan ada kemungkinan kami akan tersasar memandangkan tiada bunyi menebas. Setelah agak lama berbincang, kami diarah untuk turun semula ke menuju ke sungai untuk bermalam. Dalam perjalanan menebas yg tak de la perlu menebas sangat, Ramli telah tercucuk jari pada buloh. Darah menitik2 di kawasan berhampiran. Rawatan segera dengan memberi ubat, tisu, dan iodin. Darah masih keluar dalam 10 minit.


Kami kemudian menjadi geng belakang. Setelah bergerak semula, kami tiba di sungai pukul 1820 petang. Acara menebas kawasan dan memasang khemah serta fly bermula. Dalam sejam seluruh kawasan kami sudah terangkan. Makcik kantin pun mula menyediakan makan malam.

Jam 2010 malam sedang kami bersiap dan menunggu sambil berborak2 sesama kami, hujan pun mula turun. Asalnya biasa sahaja tiba2 mula menjadi lebat menyebabkan ground mula basah. Makin lama air mula meresap ground dan kawasan yg saya duduk sudah hampir dimasuki air dan basah. Hujan lebat dan petir bagai memberi isyarat yg malam ini akan menjadi malam gelisah buat kami semua. 

Makcik2 kantin pula sibuk mengalihkan kawasan memasak. Pukul 2120 malam sambil menunggu nasi siap masak manakala lauk sudah siap, Acong pun memanggil semua orang untuk acara suai kenal. Cuma Abg Murdafi dan Sifu je yg tak bersama sebab dah hanyut dalam hujan atau lebih tepat lagi dan lelap. Acara suai kenal cuma diadakan secara ringkas sebab ramai sgt org dan bunyi hujan jadi kurang jelas apa dan siapa nama mereka.

10 minit kemudian Amad mengumumkan nasi sudah masak dan kami makan dalam suasana becak. Menu yg dihidangkan sangat sedap sampai saya makan dan tambah satu setengah kali manakala baby meratah 3 ketul ayam.

Selesai makan kami siap untuk tidur. Masing2 kelam kabut mencari port untuk tidur. Saya yg lambat cari port akhirnya dapat tapi duduk kat tepi fly di sebelah beg Baby dan Najib. Hujan yg dalam skala sederhana mula lebat semula. Air yg terkumpul di atas fly mula menjadi bunjut dan berat menunggu masa untuk meluahkan perasaan yg terpendam. Suasana mula tegang bila air mula memasuki kawasan tempat tidur kami. Yg mungkin selamat hanya yg tidur dalam khemah itu pun kalau air tak meresap. Azad yg sudah tidur berdengkur di sebelah atas kepala saya sudah lari mencari port lain. Tiba2 air dari fly melimpah dan mengena beg Baby dan Najib. Kelam kabut saya membetulkan beg mereka dan meletakkan kasut supaya air tak lalu tapi air tetap lalu di tempat lain pula. Najib pula sudah bangun tak boleh tidur.    

Karimat dan Sleeping bag saya sudah dipenuhi air tapi saya sudah malas nak bangun dan alih. Jadi saya pekakkan telinga dan butakan hati untuk terus tidur di sini.

13 April 2008

                                      

Saya bangun pagi sambil dengar suara2 tempat mereka basah dan bila nak masak sarapan pagi. Masing2 liat nak bangun dan mandi air hujan semalam kira mandi pagi ini. Kawasan kemsite menjadi lecak dan selut yg tak perlu la dibasuh lagi. Kawasan turun mengambil air pun licin yg mampu menjatuhkan kami kalau tidak berhati2. Kami siap sambil AJK mula menjatuhkan fly dan rakan yg tidur di khemah mula membuka satu per satu khemah masing2. Beg kami susun di fly tengah. Rancangan membawa beg tidak jadi sebab kemsite yg sebenar belum tentu jumpa dan mungkin jauh dari jangkaan. 


Acong menerangkan had masa hanya pukul 1200 atau 1300 tengahari kalau tak jumpa puncak maka kami akan turun semula memandangkan kami sudah janji pada 4wd yg kami akan tiba di starting point pukul 1600 petang.

Perjalanan diteruskan dengan menyeberangi anak sungai. 20 minit pertama perjalanan kami memanjat 2 buah bukit. Dari semalam sehingga sekarang acara menebas masih lagi tak habis2. 

Perjalanan hari ini menaik sedikit tapi tidak pacak. Kami ternampak satu puncak  di sebelah kiri yg dikatakan puncak Lebah. Tiba di satu kawasan terdapat batu besar. Sebelum tiba di satu trek pacak, rakan2 di depan kami mula merasa pening sebab di depan trek agak tinggi dan di atas nya ada batu besar. Kat sini ramai rakan2 membuat trek sendiri di mana ada 3 trek. Ada 2-3 org yg ikut kiri, ada yg meredah ke kanan manakala yg tak tau nak buat apa terus jalan aje. Kami semua berjaya naik dah bertembung di sebelah kanan. 

Dari sini waktu sudah pukul 1230 tengahari dan perjalanan semakin tak menentu di mana trek menebas masih lagi perlu diteruskan.




Tiba2 sebelum pukul 1300 tengahari, kami tiba di satu pokok dan kawasan yg tidaklah besar lalu kami mengisytiharkan yg hanya di sini sahaja kami mampu pergi. Acara memetik gambar dan membuka botol gas sebagai air kemenangan pun menjadi acara kemuncak kami. Untuk acara memakai baju kelawar, hanya Wak Jan dan Yob yg masih bersemangat bergambar. Saya pun bawak juga tapi malas nak pakai sebab tak sampai puncak … hanya puncak bayangan sahaja. 

Kami kemudian turun setelah selesai bergambar. Harapan untuk ke puncak Gunung Lebah musnah sambil Goh menunjukkan puncaknya ada di kanan. Kami kene turun bukit dan menaik semula yg entah kene menebas berapa lama lagi serta masa yg tidak mengizinkan kami.

Perjalanan menurun yg cuma mengambil masa kurang 2 jam ke kemsite tidaklah sesusah mana. Saya mulanya rasa agak risau memandangkan keadaan lutut yg agak terasa bila menurun nanti tapi hilang setelah merasa tiada masalah kerana bergantung penuh pada tongkat.

Saya sampai di kemsite pukul 1545 petang. Sampai aje solat jamak dan makan meggi sup. AJK kemudian menyusun barang untuk pulang.

Saya bergerak pukul 1620 petang untuk ke starting point kami. Ketika ini trek sangat la lecak nya dan sukar untuk berpijak dengan betul atau melakukan speeding. Kami melalui kawasan buloh semalam dengan perasaan inilah laluan kami yg kene tebas. Perjalanan pulang sepanjang turun sangat berlainan di mana kami bergerak mengikuti permatang terus sampai ke penghujung balak. Saya tiba pukul 1850 petang dimana cuma 2 setengah jam perjalanan berbanding 8 setengah jam dari sini ke kemsite semalam.

Dalam keadaan pewai saya terpaksa jugak meniti balak tumbang merentangi sungai dengan perlahan dan berhati2. Sesiapa yg lalu sudah pasti perlu focus kalau tak sudah tentu jatuh dan panjang lagi cerita. Ni Feng yg di depan saya sekadar duduk di atas balak dan bergerak perlahan asalkan sampai di starting point.

Saya kemudian mandi menggunakan baju trekking sebab baju bersih ada di kereta. Sebelum 4wd bergerak dalam pukul 1940 malam, saya sempa solat jamak lagi.

Kami bergerak ke balai polis dalam keadaan letih dan merempat dalam 4wd.  Dalam perjalanan ke balai polis, tayar belakang 4wd yg kami naiki telah pancit dan angin tayar semakin kurang. Pemandu 4wd kemudian berenti dan mula mengepam angin sambil disambung oleh Wak Jan selaku pembantu. 

Kami kemudian sampai dalam sejam 40 minit. Selepas menurunkan beg, ada yg pergi ke surau berhampiran. Pemandu2 4wd ada memberitahu yg ada geng ke Gunung Nuang terkena petir. Begitu juga geng dari Bukit Kutu …. Mereka bergegas balik untuk membantu geng pendaki tersebut.

Saya kemudian pakat dengan pemandu kereta untuk makan malam di Hentian Ulu Bernam. Dalam perjalanan keluar ada yg terbabas jalan keluar termasuk saya sendiri. Namun setiba di highway Plus exit Rawang, kami tak jumpa hentian terebut lalu saya terus bergerak menghantar mereka balik ke rumah masing2.

Sekian trip Gunung Lebah kali ini. Sungguh pun gagal ke puncak, kami menganggap ini sekadar latihan semata2 untuk persediaan menghadapi BSAW hujung bulan nanti. 
  




   


0 comments:

Post a Comment