Gunung Bromo-Semeru-Arjuno-Welirang di Surabaya

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 11 May 2008 – 2008/Gambar/Aktiviti/Gunung Bromo-Semeru-Arjuno-Walirang/XPDCBersamaOGKL.doc


Penantian XPDC terhebat di Indonesia bakal berakhir malam ini. Acara terhebat OGKL yg biasa nya berlaku pada bulan April/May memang ditunggu2 ramai pendaki terlibat. Perancangan dari setahun selepas XPDC Rinjani-Agong bagai menantikan kedatangan kami di puncak utama di Gunung Semeru, Surabaya. Bermula awal Januari selepas dicanang2kan di mailist, saya membuka langkah. Hampir setiap Jumaat saya mengikuti perkembangan untuk trip ni. Saya selaku antara peserta awal berjaya melengkapkan senarai seramai 20 org. 

Sepanjang masa itu, banyak gambar dan video telah saya kutip dalam internet untuk mengetahui keadaan serta gambaran sebenar tempat kejadian. Cuma Arjuno dan Walirang sahaja kurang promosi.

Semenjak bulan Mac, team Bromo-Semeru-Arjuno-Walirang atau lebih dikenali dengan singkatan BSAW telah menjalani latihan sebelah petang Ahad. Salah satu Ahad yg lain pula telah berlaku hari hujan yg agak lebat. Ada juga yg menyertai XPDC lain atau support team OGKL untuk syarikat yg ingin mendaki bersama OGKL.

Untuk tidak menghampakan peserta2 yg tidak pergi tapi sudah membeli tiket serta  permintaan yg tinggi untuk XPDC BSAW ini menyebabkan kapasiti bilangan peserta ditambah kepada 30 org. Kuasa wang, tenaga dan masa(WTM) bukan halangan mereka asalkan berjaya mengikuti dan sampai ke semua puncak dengan jayanya walau pun mengambil masa.

2 minggu sebelum XPDC ini bermula, OGKL ada membuat XPDC ke Gunung Lebah. Tapi tiada seorang pun mempunyai pengalaman ke sana dan mengharapkan bantuan Mr Goh seorang pendaki bebas. Namun trip tersebut gagal ke puncak. 

30 April 2008 ( Rabu )

Hari yg ditunggu2 telah tiba. Persiapan demi persiapan telah dilakukan. Pada asalnya saya akan singgah ke pejabat dah pukul 11 pagi akan pulang tapi tetiba ada jem di jalan maka saya tak jadi ke sana. Jawabnya ponteng kerja la. Sempat lagi untuk singgah ke Giant, jumpa anak2 di sekolah masing2, makan bersama mereka dan isteri akhirnya saya bergerak ke rumah Ramli pukul 1310 petang.

Saya sampai ke rumah Ramli dan diberitahu yg Arryazua juga akan bersama menumpang. Arry kemudian sampai di bawa oleh ibubapa dia dan kami bergerak ke LCCT menaiki kereta Ramli dibawa oleh Ida isteri Ramli. 

Kami tiba di LCCT beberapa minit seperti yg dijanjikan. Namun masih ramai yg belum muncul. Selepas solat, kami berkumpul. Tetiba muncul Tahar yg menaiki penerbangan dari Kelantan serta Uncle Appa dari Kluang yg terkenal dengan ayam2 nya. Antara muka2 baru XPDC luar negara ini adalah Sobri iaitu rakan Adzmin dan geng Karisma, bendahari Spy Nina, Nie Feng, Faizal geng Kalapatar serta Amy geng Desa Pandan. Seorang lagi peserta veteran iaitu Uncle Usop yg berjaya menjumpai passportnya yg hilang itu beberapa hari sebelum XPDC ini turut serta bersama. Namun ape yg dibimbangkan bukanlah keupayaan dia tapi barang yg dibawanya. 

Jam sudah 1730 di mana penerbangan cuma tinggal 20 minit lagi untuk check in namun masih ade peserta yg belum tiba. Nampak nya sejarah akan berulang lagi dimana kite terpaksa melalui adegan mengejar kapal terbang yg akan bergerak tidak lame selepas itu. 

Selang beberapa minit kemudian ada yg sudah bergerak ke kaunter sambil menunggu yg lain. Passport mula dikumpulkan. AKhirnya semua peserta tiba. Peserta2 dan rakan2 lain turut memeriahkan suasana sambil bergambar. Kami diberitakan yg Mia pada mulakan tidak turut serta akhirnya bersama juga tapi akan pulang setelah turun di puncak Semeru nanti. Antara peserta yg turut gagal mendapat pelepasan penuh termasuk Presiden OGKL iaitu Deeno, Amad dan Ain. Cuma seorang peserta yg gagal mencapai status WTM diakhir XPDC ini iaitu Zuhara kerana lambat untuk membeli tiket balik.

Kami siap daftar masuk dan menunggu di kaunter pelepasan. Ada yg membeli barangan bebas cukai. Saya yg tiba di kaunter pemeriksaan tiba2 diberitahu yg jeli2 yg dibawa tidak boleh masuk kerana cecair yg melebihi 100 gram. Sepatutnya jeli2 tersebut dibawa masuk dalam beg galas sahaja.

Kami menaiki penerbangan dan berada di dalam kapal terbang selama 2 setengah jam. Perjalanan yg mulanya ceria menjadi membosankan akibat terlalu lama di sana. Percubaan untuk tidur juga gagal kerana gelombang yg tinggi akibat hujan diluar sana. Kami mendarat di lapangan terbang Juanda, Surabaya dengan selamat pada pukul 2140 malam waktu tempatan. 

Sejarah Kota Surabaya juga sangat berkaitan dengan revolusi kemerdekaan Republik Indonesia. Sejak penjajahan Belanda dan Jepun, Arek Sroboyo berjuang habis2an untuk merebut kemerdekaan. Akhirnya pada 10 November 1945, beliau berjaya menakluk Hotel Oranye (sekarang Hotel Mojopahit) Pada setiap 10 November, Indonesia memperingatinya sebagai Hari Pahlawan. Selain itu terdapat juga lukisan ikan Sura dan Baya yang bermaksud Sura Ing Baya melambangkan sifat keberanian putra-putri Surabaya yang tidak gentar menghadapi sesuatu bahaya.  Warna2 biru, hitam, perak (putih) dan emas (kuning) dibuat sejernih dan secemerlang mungkin, agar dengan demikian menghasilkan suatu lambang yang memuaskan. 

Sambil menanti barang2 kami serta beg kargo yg besar gedabak, kami bergerak keluar. Paei yg tiba awal turut serta menyertai untuk kali kedua bersama Arrey. Kami kemudian diperkenalkan dengan Bambang Pamungkas atau panggilan manja Ebenk selaku ketua guide kami beserta pembantunya Maini dan Sinchu.

Deeno kemudian memberi ucapan ringkas dan taklimat dari Fahmi selaku ketua XPDC. Tok Gajah bertindak membaca doa selamat sampai. Setelah mengemas beg kami ke Bas yg sederhana kecil dan bergerak untuk makan malam. Kami ditunjukkan oleh perkara menarik oleh Sifu yg pernah ke sini dahulu. Kami tiba di kedai makan yg dipanggil Pondok Tempo Doeloe yg terkenal dengan masakan ala Indonesia di sana. Oleh kerana gelap, ramai yg tidak perasan yg di sebelahnya adalah sawah padi.

Terpesan tahu tek

Kami yg tiba lalu mengambil pesanan mendapati menunya agak pelik sungguh. Rata2 ada yg memesan makanan yg pelik2 tapi tak tau apakah yg dipesan. Ramai yg menganggap makanannya sama sahaja di tanah air sendiri. Antara yg memesan lain dapat lain adalah Acong yg menjawap makan nasi berlaukkan tauhu tek atau ringkas panggillannya totek sahaja. Isi Totek pula adalah nasi impit dan tauhu sahaja. Maka Acong telah makan nasi berlaukkan nasik impit. Sampai sekarang kami panggil Acong Totek akibat tersalah pesan dan menjadi bahan kami. Sebenarnya ade seorang lagi yg pesan totek tapi taklah se-gah Acong.

Satu lagi pesanan yg diminta adalah lauk ayam. Pelayan mereka mengatakan hanya ayam kosong sahaja. Akhirnya ada yg meminta ayam kosong. Ditunggu2 tidak sampai, maka mereka makan apa yg dipesan sambil bertanya lagi tentang ayam yg diminta. Setelah lama mencari jawapan akhirnya kami memahami yg ayam kosong maksudnya ayam dah habih dan tiada dalam simpanan lagi. Kami pun terkejut dan terkedu sambil suara ketawa akibat salah faham lagi.

1 May 2008 (Khamis - Selamat Hari Buruh)

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Taman Nasional Bromo Tengger di mana kami mula singgah di Gunung Penanjakan untuk melihat pemandangan. Di dalam bas yg sempit ini, ada yg mengambil kesempatan untuk tidur dan masih ada lagi yg terkejut kerana tiba2 sudah berada di Surabaya. Keadaan yg sempit menyebabkan saya sukar tidur dan kalau berjaya pun cuma setengah jam sahaja. Sebelum tiba, kami sampai di satu lokasi dan aktiviti memunggah beg2 bermula rancak di pagi hari. Kami kemudian berpindah dari bas ke jip kerana dijangka melalui perjalanan mendaki yg menghampiri ketinggian 2000 meter. Sebanyak 4 buah jip disediakan untuk kami. Rata2 di belakang seramai 7-8 org perlu berdiri manakala di dalam hanya ada 2 tempat untuk duduk. Suhu di pagi hari ini pun sudah amat sejuk. Saya yg terlupa hendak mengambil baju sejuk Adidas memilih untuk duduk di dalam sahaja.

Selang beberapa minit perjalanan, kami berhenti untuk pembayaran tiket. Sambil2 berhenti ada penjual yg menjual cenderahati seperti mafela dan penutup kepala yg tebal tapi murah. Di bawah tadi ada yg sudah membeli dengan harga 20000 IDR. Tapi di sini dijual Cuma 15000 IDR sahaja. Apa lagi saya dan beberapa rakan pun mengambil satu.  

Perjalanan kami sudah menghampiri subuh. Pendakian jip melalui rumah yg tersergah cantik di depan mata begitu melekakan. Bentuk2 gunung kelihatan di kiri yg agak kabur dilitupi kabus pagi yg dingin. Perjalanan dan bayangan untuk melihat keindahan alam di pagi ini sudah semakin hampir.

Kami sampai ketika waktu sudah mula hendak terang. Perlahan2 rakan kami berlari mengejar waktu solat subuh. Kami tiba di kawasan yg dibarisi kedai dan gerai. Di depan ada satu bilik khas dan ada bilik air di sebelah. Untuk ke bilik air harga yg dibayar adalah 2000 IDR. Selesai solat, saya bergegas ke jip untuk mengambil baju sejuk Adidas kerana sejuk sudah mula tak dapat ditanggung lagi.

Kami bergerak ke atas dalam 20 meter perjalanan. Di hujung sana ada ramai pengunjung. Ramai yg bergambar bersama rakan masing2 sambil memandang ke arah gunung2 terutama Gunung Semeru yg sayup2 kelihatan. 

Puncak Penanjakan 

Suatu ketika dulu iaitu sejuta tahun lalu, terdapat hanya satu kawasan gunung berapi di sini yg dipanggil pergunungan Jampangan. Disini terdapat 2 gunung kembar sempit yg berketinggian lebih 4000 meter yg merupakan gunung tertinggi di Pulau Jawa pada masa itu. Apabila berlaku 2 letusan gunung berapi yg amat dahsyat, gunung2 tersebut pecah lalu membentuk beberapa gunung lain seluas 8 kilometer persegi pada sisi timur laut dan 11 kilometer persegi pada sisi tenggara. Pada satu masa aktiviti gunung berapi ini menyebabkan munculnya beberapa gunung rendah di tengah yg mengelilingi kawasan tersebut. Di pinggir pembentukan gunung tersebut terdapat gunung yg diberi nama Gunung Penanjakan di utara manakala pergunungan Jampangan di selatan. Di pergunungan Jampangan inilah munculnya Gunung Semeru yg paling akhir terbentuk. 


Penanjakan 1



#30
Pada ketinggian 2770 meter, Gunung Penanjakan memberi kejutan dengan pemandangan alam semula jadi menyebabkan rakan2 kami bagai terlepas dari sangkar. Panggilan untuk bergambar oleh Fahmi di satu kawasan berlatarbelakang panorama gunung2 tidak dihiraukan. Masing2 sibuk bergambar sambil melayan hari santai pertama tanpa memikirkan azab yg bakal tiba pada hari mendatang.




Penanjakan 2

Kami di sini tidaklah lama sekadar melayan pemandangan yg sebelum ini hanya didengar dari rakan2 yg pernah ke sini dan melihat melalui video dari rakan2 lain. Di sini sahaja kenangan bergambar dan pemandangan sukar dibayangkan untuk dibawa balik ke tanah air. Apa yg ada cuma menangkap gambar dan merakam video yg tidak cukup rasanya. Apa pun perjalanan seterusnya lebih teruja.

ke bromo

Kami bergerak turun sambil melihat pemandangan gunung berjalur melewati perjalanan kami. Perjalanan menurun selama 30 minit dirasakan agak sekejap.  Selesai menurun masih lagi kelihatan gunung berjalur di sebelah kami sambil melalui satu kawasan savannah yg luas. Perjalanan kami seterusnya adalah melalui laluan trek 4wd untuk ke Gunung Bromo pula.

Kami tiba di kawasan lapang dipenuhi kuda2 yg banyak dan sedia untuk disewa. Ada berwarna putih, hitam, coklat dan kelabu. Pada permulaan sewa kuda adalah dalam 30000 IDR. Di sini menurut kata tuan punya kuda ada 300 ekor dan apabila selesai kerja mereka akan ditempatkan di satu kawasan khas tidak jauh dari sini. Ada juga rakan kami yg menyewa pada permulaan ini. Di kejauhan sana, kelihatan tangga hampir sama tangga yg terdapat di Batu Caves. Saya memilih untuk berjalan. 

Kuil lama

Dalam perjalanan ke kaki tangga Gunung Bromo, kelihatan Kuil berusia 600 tahun didirikan. Sejarah membuktikan pada zaman penguasaan Majapahit terdapat beberapa golongan manusia yg memberontak lalu melarikan diri ke kawasan ini lalu membentuk menjadi satu kaum dan tinggal serta membina kuli tersebut. 

tangga bromo

Saya sampai ke kaki tangga Gunung Bromo dalam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Bromo. Sebaik sampai ke anak tangga terakhir Gunung Bromo, pemandangan kawah di depan bersama asap kelihatan di dalamnya sambil di belakang kelihatan tempat kami mula berjalan. Kelihatan dari jauh kuil tadi sangat besar. Perjalanan kami perlu ke puncak sebenar yg kelihatan di kejauhan tapi mampu didaki. Oleh kerana terdapat penggambaran di atas puncak, maka kami terpaksa menunggu sambil ada yg sudah terlepas ke sana. 

kawah bromo

puncak bromo
#31
Video di puncak Bromo


Kami kemudian bergerak sedikit demi sedikit dan akhirnya sampai ke puncak Gunung Bromo pada ketinggian 2329 meter. Kami bergambar bersama rakan2 yg juga sempat naik ke atas. Dalam perjalanan turun, kami diberitahu yg Pak Am dan Amad sudah bergerak ke gunung sebelah nya iaitu Gunung Batuk yg berketinggian 2370 meter. Mereka sudah bergerak awal kerana mereka tiba awal dari kami. Namun menurut sejarah, Gunung Batuk bukanlah yg tertinggi di kawasan ini dimana terdapat Gunung Kursi, Gunung Watangan dan Gunung Widodaren yg berketinggian lebih 2500 meter. 


Sesampai sahaja di kaki tangga Gunung Bromo, saya merancang menaiki kuda. Harga yg ditetapkan sebanyak 20000 IDR boleh dikira berbaloi. Perjalanan cuma 20 minit dirasakan sesuai dengan harganya.

Kami tiba di tempat letak kenderaan kami sambil penjual barang cenderahati mula menjaja barangan mereka. Terdapat juga beberapa penjaja makanan lalu kami beli makanan dan ada yg bungkus untuk makan semasa dalam perjalanan nanti. Secawan teh dijual 2000 IDR manakala makan nya pula sekitar 6000 IDR. Baju yg belatarbelakangkan tangga di Gunung Bromo serta pemandangan dari Gunung Penanjakan juga dijual dalam 15000-20000 IDR. Tidak jauh dari sini juga disediakan tandas. Seperti yg diketahui betapa luas nya kawasan savannah ini di mana kami dapat melihat seluas 360 darjah.  Sedang kami menjamu selera, rakan yg mendaki di Gunung Batuk iaitu Amad dan Pak Am kelihatan dari jauh dan akan tiba beberapa minit lagi. Mereka melalui satu laluan berjalur serta puncak nya yg tidak diketahui.     

Setelah semua selesai, kami dengan 4 buah jip mula bergerak ke perkampungan Ranupane iaitu permulaan ke Gunung Semeru. Gunung Bromo dan Penanjakan kami tinggalkan dengan seribu kenangan bahawasanya alam cipta Allah ini tidak mampu memadamkan ingatan yg akan kekal sampai bila2.

Perjalanan yg melalui kesan2 letusan gunung berapi tidak berapa dulu menimbulkan asap2 tebal tapi pemandangan mengasyikkan tetap kekal cantik. Lensa kami tidak pernah berhenti di Gunung Penanjakan bahkan sehingga kini masih lagi berbunyi. 

Laluan tiba2 berubah kepada kawasan tanpa asap tebal. Jip2 mula mendaki dan menurun lalu menuju ke sebuah perkampungan. Perjalanan menaiki jip berakhir di sini apabila sampai di pejabat Taman Negara Bromo Tengger Semeru.


Kami diberi satu jam untuk bersiap. Dalam satu jam tersebut sempat lagi kami makan, solat sambil pembahagian ration. Oleh kerana perjalanan ini dijangka mendatar, saya, Ramli dan Arryazua merancang berkongsi menggunakan khidmat porter di mana beg saya bersaiz 75 + 10 akan diberikan pada porter. Kami mengisi barang2 seperti khemah, ration sambil kami mengubah suai supaya dapat menggunakan seberapa ruang yg ada. Saya kemudian membawa beg Arryazua yg agak ringan. Terdapat 2 lagi porter yg dikongsi oleh Mia dan Nie Feng serta Uncle Appa dan juga 3 orang lagi untuk peralatan kami yg perlu di bawa.

Selesai semua, kami bersiap sambil mendengar taklimat oleh Deeno, ketua pejabat perhilitan, Fahmi dan doa perjalanan oleh Tok Gajah. Perjalanan bermula lebih kurang pukul 2 petang dengan melalui jalan potong untuk bermalam di Ranu Kumbolo iaitu sebuah tasik seluas 8 hektar dan tinggalan gunung berapi. Di kanan terdapat kebun sayur yg belum masak. Kami memasuki satu kawasan bukit tinggi dengan keadaan mendaki. 

Perjalanan menurun kemudian singgah di satu laluan batu yg dibuat sepanjang perjalanan ke Pos 1. Sedang kami tiba di Pos 1, hujan sudah mula turun. Di belakang kami ada 2-3 rakan yg sudah menunjukkan tanda kurang upaya. Kasut Uncle Usop kata rakan di belakang sudah mula menunjukkan tanda akan rosak. 

Perjalanan kami seterusnya melalui trek yg seolah2 tidak dilalui agak lama dengan ada masa ketinggian lalang melebihi 5 kaki. Perjalanan ke Pos 2 tidaklah jauh tapi perjalanan ke Pos 3 memakan masa yg lama. Satu ketika kami mampu melihat dari jauh kedudukan Pos 3 dalam sayup2 perjalanan yg tidak henti2 ini. Sepanjang perjalanan ini terdapat banyak papantanda dan antaranya satu yg meragukan ianya tulisan yg bermula “Beberapa saat lagi anda akan tiba di Ranu Kumbolo” padahal perjalanan masih jauh lagi. Sebelum sampai ke Pos 3 kami berhenti di satu2 nya jambatan yg ada. Di sini ada Juz, Ina serta Acong[]. Kemudian Arryazua dan Mia sampai serta disusuli Pak Am dan Tok Gajah. Kami berehat tidak lame dan bergerak ke Pos 3. Sampai di Pos 3 kami take 2. Di sini trek mendaki selama 15 minit beserta lalang yg makin lama makin tinggi. 

Ranu Kombolo ke Tanjakan Cinta

Memandangkan hari sudah makin gelap maka kabus sudah mula kelihatan. Penantian untuk melihat tasik Ranu Kumbolo sebelum gelap mungkin tidak kesampaian. Namun ketika saya tiba di Pos 4, di depan sebenarnya kelihatan tasik Ranu Kumbolo. Ketika sampai di Pos 4, Ramli pun sudah memotong peserta2 lain dan sampai bersama saya. Kami mula memasang head lamp namun saya terlupa untuk mengeluarkan head lamp kerana beg yg dibawa oleh porter rasanya sudah sampai ke tempat bermalam kami. Kami kemudian bergerak menurun ke tempat bermalam dalam keadaan yg gelap maka sukar untuk menentukan ke manakan hala tuju kami. Semakin saya ke kiri, saya merasa kasut saya semakin berair dan perjalanan laluan trek akan menuju masuk ke tasik.  Kami kemudian menukar arah sambil mendengar suara walkie-talkie dari Amad yg tiba awal memberitahu perlu bergerak mencari trek yg tinggi dan melalui nya sampai ke tempat bermalam. Agaknya mungkin sudah terjumpa trek yg dimaksudkan, maka kami bergerak dan tidak lama kemudian akhirnya sampai di tempat bermalam bersebelah tasik Ranu Kumbolo.          

Mujur juga Amad dan rakan2 tiba awal kerana kami perlu bersaing dengan pendaki2 tempatan lain yg juga akan ke puncak Gunung Semeru. Kumpulan kami yg ramai ini mampu memuatkan kami bermalam sambil terdapat satu lagi bilik untuk tidur semalam. 

Acara seterusnya adalah memasak makan malam sambil menunggu rakan yg dibelakang tiba. Sambil makan malam hampir dihidangkan, peserta terakhir iaitu Uncle Usop tiba sambil menggelengkan kepala akibat trek yg tidak disangka ini.  

Selepas makan malam, acara suai kenal pun bermula. Masing2 menceritakan tentang perjalanan hari ini yg agak sedikit teruja. Suasana tasik pada 7-15 darjah celcius dan pada ketinggian 2500 meter menyebabkan kami cepat sejuk dan ingin segera tidur.  

2 May 2008 ( Jumaat )

Saya bangun pukul 0615 pagi dalam keadaan semua sudah terang. Sarapan pagi sudah mula disediakan. Masalah yg timbul pula adalah bagaimana nak membuang air besar setelah selesai makan. Untuk melakukannya, kami perlu berjalan ke kanan dalam jarak 150 meter di mana terdapat satu kawasan yg agak sesuai untuk melepaskan hajat.


Suasana pagi agak berbeza dalam beberapa minit lagi kerana pemandangan sekitar tasik serta perjalanan menaik nanti sangat indah dan hanya memetik beberapa gambar belum mampu mencukupi untuk dibawa pulang. Tasik yg terkenal ini juga terdapat satu memorial yg terdapat di sebelah pondok. 



Memandangkan masa untuk sampai ke Kalimati sekitar 3-4 jam sahaja maka kami mula agak lewat. Selesai bergambar, kami menuju ke puncak tinggi tersebut yg dipanggil Tanjakan Cinta dan berhenti di atas nya sambil memerhati pemandangan sekitar tasik. 

Tanjakan Cinta

Tanpa disedari di sebalik tasik Ranu Kumbolo ini, perjalanan seterusnya yg dipanggil Jalur Oro2 Ombo terbentang luas satu kawasan Savanah yg memiliki keluasan lebih kurang 100 hektar tanah. Kawasan ini juga bersambung dengan hutan tertutup yg dipanggil Cemoro Kandang di ketinggian 3095 meter dan ia juga merupakan laluan pendaki. Kawasan ini dipenuhi tumbuh2an casaurina , paku-pakis serta bentuk bunga yg sangat cantik. Di sini juga terdapat satu tumbuhan yg dipanggil ciplu’an dan ianya bole dimakan terus.

Di sini sudah kelihatan puncak Gunung Semeru dengan letusan asap yg berlaku setiap 15-30 minit. Kami bergerak dan sampai ke Jambangan iaitu kem terakhir sebelum sampai ke Kalimati. Di sini la terdapat 2 pokok yg bertanda Deno dan Pon. 

Oro2 ombo

Perjalanan diteruskan dengan saya berseorangan menuju ke Kalimati. Tiba2 saya melalui satu kawasan yg sangat cantik berlatar belakangkan Gunung Semeru di depan. Cuma di puncak gunung terdapat kabus tebal. Tidak lama dari Jambangan saya sampai ke Kalimati pada pukul 1430 petang. Susana ketika itu hujan sudah mula turun. Saya dan Ramli mula memasang khemah untuk berehat kerana tempat berehat amat terhad. Ada juga rakan2 yg mula turun ke kawasan air yg di panggil Sumber Mani tapi perjalanannya sekitar 30 minit pergi balik. 

Ketika kami berehat di tepi pondok, seorang pendaki dari Singapura tiba dan berehat dengan kami. Katanya masih terdapat lagi rakan2 yg belum sampai dan masih lagi jauh. Ini menyebabkan kami merasa ragu2 apakah perkara sama akan terjai pada kami. Pada rakan2 kami yg tiba lewat dan berjalan perlahan maka perlu berehat kerana perjalanan akan bermula lebih awal. Saya mengambil keputusan untuk berehat di khemah. Kami kemudian didatangi oleh Sobri yg memang kaki pewai sejak semalam lagi. Sobri kemudian tidur sambil mengeluarkan bunyi keretapi yg mengganggu kami semua. 

Sedang saya tidur, tiba2 terkejut apabila mendapat panggilan untuk makan malam pada waktu petang. Diberitakan kami akan bergerak seawal 2230 malam dan bukan 2400 tengah malam atau 0200 pagi. Tapi perancangan tersebut berbaloi kerana terdapat rakan2 yg bergerak perlahan. Sobri yg bangun semula untuk makan telah sambung semula untuk tidur.

Selesai makan, saya berehat dan sambung tidur. Waktu berjalan dengan pantas di mana kami bangun pada pukul 2130 malam untuk bersiap. Kami perlu memakai baju sejuk, sarung tangan, sediakan tongkat serta gaiter untuk mengelak batu masuk pada kasut.

Tiba masa nya kami semua berkumpul. Sambil mendengar taklimat dan doa selamat, kami bersiap sedia untuk bergerak. Perjalanan sudah mula banyak mendaki dan memacak. Kami melalui beberapa fasa bermula dengan bergerak ke depan lagi sebelum melalui laluan hutan. Suasana ketinggian yg semakin berkurangnya oksigen menyebabkan saya berhenti dan makin banyak berhenti. Saya kemudian diberi satu ubat khas untuk mengurangkan tekanan dan meneruskan perjalanan. Satu ketika terdapat pemandangan bandar yg sayup dan kelihatan di sebelah kanan kami. Penghuninya mungkin sedang tidur tapi kami bertungkus lumus untuk ke puncak Gunung Semeru sambil membayangkan adalah perjalanan ini berbaloi.

3 May 2008 ( Sabtu )

Masa sudah pagi dan hari sudah bertukar. Saya kemudian tiba di fasa lain untuk kawasan mendaki trek laluan berbatu yg akan terus sampai ke puncak.  Di kedudukan ini tapak berpijak semakin menurun ke separuh akibat gelongsoran pada batu yg menurun. Adakala saya tidak dapat memijak di tempat sebenarnya kerana terlalu curam atau tersalah tempat dipijak. 

Satu ketika saya sudah tidak mampu menahan perut yg mahu mengeluarkan aktiviti buang air besar. Di kegelapan pagi dan tempat menurun ini maka hajat termakbul juga tanpa mempedulikan rakan2 di bawah.

Saya tiba di Arcopodo iaitu tempat persinggah terakhir sebelum sampai di puncak. Dengan tidak menunggu lama, saya bergerak semula. Suasana sudah mula terang sambil diiringi oleh Amy dan Nie Feng kelihatan jauh di depan serta Fahmi di belakang. Banyak bentuk batu di kanan amat cantik sekali. Di kanan juga kelihatan pelangi dan bentuk kon bayang2 puncak kelihatan. Saya kemudian tiba juga bersama Amy di puncak Gunung Semeru pada pukul 0700 pagi dan pada waktu yg sangat sesuai di ketinggian 3676 meter. 

Sampai sudah di puncak semeru
#32
Kredit Arrey : gambar di puncak semeru

Suasana puncak yg luas memberi peluang kepada kami bergambar di mana2. Di depan terdapat letusan asap yg berkepul bergerak ke atas. Setelah sampai di atas asap2 tersebut mengeluarkan hujan debu dan sini kami perlu menutup mata dan hidung. 
     
Kredit Arrey : gambar di puncak semeru

Dengan suasana yg indah, aksi2 melompat serta lari2 anak kelihatan antara rakan kami. Di mana2 pemandangan 360 darjah pasti cantik. Tiba masa kami akan bergambar secara berkumpulan untuk kenangan di bawa pulang. OGKL membawa bersama Banner Lafuma, bendera Malaysia serta bendera OGKL. Untuk lebih real, kami perlu tunggu letusan berikutnya dan bergambar. Kami menunggu dengan sabar di mana ade yg terlelap atau termenung menunggu waktu letusan berikutnya. Tiba2 kedengaran letusan dan kami bersiap untuk bergambar namun rupa2nya Uncle Appa telah membaling batu ke bawah yg disangkakan permulaan pada letusan tersebut. 

Kredit Arrey : gambar di puncak semeru lagi

Agak menghairankan apabila menunggu lama detik tersebut tapi tiada letusan setelah 30 minit menunggu. Setelah lama menunggu akhirnya muncul juga letusan yg berlaku 2 kali berturutan. Kami sempatmengabadikan diri pada gambar di kamera masing2 . Setelah selesai bergambar. Kami mula bergerak turun sambil meninggalkan kenangan untuk dibawa pulang.

Video ucapan Deeno di puncak Semeru

Perjalanan menurun pula tidaklah seteruk mendaki. Ada yg  terus menggelongsor dengan menggunakan kasut dan dijangka kasut akan rosak dan akan diganti kemudian. Cara ini lebih cepat dari menahan sakit pada jari kaki.

Perjalanan menurun kelihatan sedikit bahagian atas pondok di Kalimati tempat kami tidur tadi. Rasa amatlah jauh untuk sampai di sana. Ketika hampir sampai di bawah, Uncle Usop kelihatan menunjukkan kakinya yg agak teruk melecet. 

Kami tiba semula di Kalimati sambil mula mengemas. Di sini kami dihidangkan sup serta mee hon goreng untuk alas perut. Kami perlu segera bergerak turun terus ke Ranupane supaya tidak lambat tiba untuk perjalanan singgah bermalam di bandar nanti. 

Sebaik selesai mengemas dan memberi beg kepada porter, saya bergerak pantas ke depan. Saya sudah tahu masa tiba nanti sudah pasti gelap. Ketika di depan tadi kelihatan Uncle Usop patah balik untuk meminta disediakan kopi tapi malangnya rakan2 lain sudah bersiap mengemas.

Baru 5 minit berjalan, kelihatan Sobri dtemani oleh rakan lama iaitu Azmin serta Amad dan Ain mengatakan yg dia sudah makin kurang upaya dan meminta rehat seketika. Saya terus berjalan dan berjumpa pula Sifu. Atas alasan sakit badan, Sifu mengatakan dia tak mampu untuk menyambung perjalanan ke Gunung Arjuno dan Walirang. Saya kemudian bersama Juz dan Ina di depan. Ketika melintasi Cemoro Kandang, mereka take 5 dan terus meneruskan perjalanan melalui Oro oro Ombo. Sambil menjangka ingin meneruskan perjalanan selepas menurun di Tanjakan Cinta, rupa2 nya Deeno, Pak Am, Tok Gajah serta Pak Lie berehat seketika.  

Pak Lie yg berehat lama telah berjalan dahulu sambil berharap dapat mengejar Spy Nina dan rakan di depan lain. Kami take 5 sekejap dan meneruskan perjalanan meninggalkan Deeno menunggu rakan2 lain. Ketika menghampiri Pos 4 jalan sudah berubah dimana saya Pak Am dan Tok Gajah bergerak jauh mencari trek mula sedangkan trek yg senang hanya turun melalui tepi tasik dan panjat semula. Kami melepasi satu longkang untuk mencarik trek tersebut. Juz dan Ina yg dibelakang sudah memotong kami di depan. Apabila menoleh ke belakang kelihatan sekumpulan pendaki tempatan juga mengikuti laluan kami dan mula hilang arah. Mereka kemudian bergerak ke tempat mendaki terus tadi. 

Pak Am, Tok Gajah, Juz dan Ina kemudian take 5 di Pos 4 sambil menunggu saya sampai. Kami kemudian berbincang memandangkan hari akan gelap, kami merancang untuk tidak melalui bukit tinggi yg menjadi laluan masuk beberapa hari lepas. 

Perjalanan kami kemudian bersambung melalui lalang2 tinggi dan terasa amat berlainan ketika mula sampai beberapa hari lepas. Tiba2 terasa makin menaik dan tiba2 merasa makin menurun. Laluan di lereng bukit dengan sudut penglihatan terhad memang menyukarkan perjalanan. Beberapa lama kemudian kami sampai di Pos 1 ketika hari sudah gelap. Masing2 sudah bersiap memasang head lamp. Perjalanan trek lalang tinggi berubah menjadi trek batu khas. Ketika ini perjalanan sudah menjadi agak mudah sikit walaupun agak lama. Ketika trek memusing ke kanan pada sudut 180 darjah kami di sapa oleh Amad dan Ain yg dapat mengejar dari belakang. Kami kemudian menjumpai trek mendaki bukit yg merupakan jalan pintas yg membolehkan masa selama 2 jam dapat dikurangkan. Namun kami meneruskan perjalanan untuk terus ke hujung trek batu ini. Apabila kami take 5 muncul Amad memberitahu bahawa jika melalui kawasan ini akan mengambil masa manakala perjalanan mendaki bukit pula akan menyebabkan kami mengharungi lagi laluan lalang tinggi. Kami akhirnya mengambil keputusan mendaki bukit tersebut. 

Setelah mendaki bukit tersebut, timbul masalah lain pula. Trek yg dilalui sudah hilang. Tok Gajah, Amad dan Pak Am bergilir2 mencari trek dan kami berjaya menjumpai jalan keluar dari kawasan bukit tersebut. Agak malang apabila rain cover untuk beg Arryazua yg dipikul oleh saya telah jatuh dan tanpa sedar sudah hilang semasa mencari trek.

Kami kemudian bergerak perlahan dan tiba di pejabat perhilitan pada pukul 2100 malam. Perjalanan yg panjang selama 22 setengah jam merupakan yg paling lama sejak kali terakhir di Gunung Murud selama 17 jam. Kami menunggu rakan2 lain sambil diberitahu makanan sudah tersedia di kedai berhampiran. Saya makan mee sedapp sambil melayan 4 cawan teh. Ada yg mandi sambil berehat2. Sambil makan terdengan yg Spy sudah bergerak bersama porter mencari nasi untuk rakan dibelakang.


Menurut cerita Pak Lie yg di depan rupanya dia berjalan berseorangan kerana rakan di depan lebih laju dari yg dijangkakan. Tak tau la macam mana dia boleh lepas di kawasan bukit tersebut secara berseorangan memandangkan kami yg ramai ini sukar mencari trek yg dipenuhi lalang2 tinggi. 

Semasa sedang makan, geng2 lain secara berkumpulan pun mula sampai. Deeno, Ramli, Arryazua dan Mia juga sampai selepas kami. Mia memberitahu bahawa dia tertidur semasa berjalan manakala Deeno sendiri merasa trek yg amat berbeza semasa pergi dan balik tadi. Ramli pula mengatakan ada mendengar bunyi bang semasa gelap dan dia nampak kelibat Arryazua dan Mia pada satu2 masa di mana mereka belum bergerak bersama. Kemudian sampai pula Paie, Acong dan Azmin yg sudah meninggal rakan lama iaitu Sobri. Mereka memberitahu yg rakan2 lain sudah mula memasang dapur di Pos 1 sambil terdapat rakan2 yg sudah makin kurang upaya lalu ditinggalkan bersama rakan dibelakang. Masing2 sampai menceritakan yg mereka sudah kurang sabar dengan trek yg tidak memberi ruang untuk berehat. 

Ketika kami menunggu rakan2 lain, jip2 sudah siap untuk mengangkut kami ke bandar. Oleh kerana terdapat rakan yg makin belum sampai, maka salah satu jip mula bergerak mengambil mereka.

Mereka tiba di pejabat sambil mengeluh dan mula diarah pergi mencari makanan. Keadaan suasana hiruk pikuk sambil ada yg kata tidak mau meneruskan perjalanan ke gunung seterusnya.

Kami kemudian menaiki jip untuk mengharungi satu lagi penyiksaan. Dalam berhimpit2 seperti pekerja buruh kami terhoyong-hayang melayan jip yg melalui kawasan jalan yg banyak lubang. Perjalanan kami selama 2 jam singgah di kedai seperti seven eleven. Kami membeli makanan dan minuman. Di depan kedai ada bakso. Ada yg memesan sambil jip2 mengemas beg2 kami yg agak kurang tersusun semasa melalui jalan tadi.

Kami kemudian bergerak ke bandar Tumpang dan bermalam di salah satu rumah rehat. Waktu sudah 3 pagi ketika kami sampai. Menurut kata Sifu dia mungkin akan ke Surabaya kerana sukar untuknya bergerak esok memandangkan diri sudah tidak mampu meneruskan cabaran.  

4 May 2008 ( Ahad )

Kami bangun awal sambil mula bersiap. Sambil menunggu sarapan, ada yg mula membasuh baju. Tetiba ada panggilan mengatakan rumah tumpangan kami ada menyediakan khidmat dobi dengan bayaran 5000 IDR per kilogram. Maka ramailah yg menghantar pakaian. 

Bergambar beramai2

Perjalanan seterusnya adalah ke Taman Wisata Tretes iaitu di pos mendaftar untuk ke Gunung Arjuno-Walirang. Oleh kerana ada masih ada yg capek dan melalui malam yg panjang maka hari ini kami diberi rehat yg tidaklah cukup tapi meneruskan aktiviti seterusnya. Kami merancang ke toko outdoor yg menjadi sebahagian dari agenda santai kami. 

Bas yg ditunggu2 telah tiba. Kami akan meninggalkan rakan2 kami iaitu Presiden Deeno yg bertungkus lumus menjayakan XPDC ini bersama Mia, Amad dan Ain yg akan mempunyai tiket pulang pada pukul 1730 nanti.

Bas bergerak pada pukul 1100 pagi dengan diiringi lambaian ratu mengiringi kepulangan mereka dan pemergian kami. Bas kemudian berhenti di klinik berhampiran untuk menghantar Uncle Usop yg sudah mengalami kecederaan kaki yg teruk. Uncle kemudian di papah ke Unit Gawat Darurat yg memang darurat untuk pemeriksaan lanjutan.

Uncle usop di rawat

Rakan2 lain yg menunggu di luar sudah mula bergerak bersepah2 mencari haluan seketika. Saya bergerak mencari kedai telekomunikasi untuk membeli sim kad Matahari supaya dapat membuat panggilan ke tanah air dengan kadar terendah. Namun wang 15000 IDR tidak berbaloi kerana gagal membuat panggilan mungkin kreditnya sangat kecil. 

Setelah lama menunggu, Uncle Usop kemudian dilihat diangkat keluar oleh rakan2 kami menuju ke bas. Kami kemudian meneruskan ke bandar Malang dengan harapan dapat singgah ke kedai outdoor. Namun laluan terus menuju ke satu kawasan tanah tinggi yg kelihatan sebuah bandar seolah berada di Ringlet, Cameron Highland. 

Perjalanan diteruskan menyusuri jalan dan disebelahnya kelihatan sungai keruh yg agak deras dan ganas. Ada masa nya terdapat pembaikan pada jalan di mana laluan di kawal di setiap arah. Kami menaiki bas selama hampir 2-3 jam sebelum sampai di  Taman Wisata Selorejo.

Ada kes orang lemas di sana ... tu yang pandang satu arah

TAMAN Wisata Selorejo terletak di daerah Kabupaten Malang Jawa Timur yang dikelola oleh Perum Jasa Tirta I. Ia dikelilingi oleh perbukitan gunung Anjasmoro, Gunung Kelud dan Gunung Kawi dengan suasana kesejukan udara yang dapat dirasakan pada suhu yang sejuk 22 Celcius. Namun kami tiba di waktu tengah dan tidak terasa suasana tersebut. Kalau di letak pada peta, ia terletak di selatan Jawa timur menghampiri pantai.

Di sini kami bergerak ke tepi tasik sambil memesan makanan tengahari.  Ada yg memesan Bakso disamping nasi dan memilih lauk. Di satu sudut lain Acong kelihatan meratah ikan yg dihidangkan percuma. Di sini kami kalut sekali lagu dengan masalah bahasa yg masih menjadi halangan utama. Adakala kami memesan kopi tambah susu akhirnya diberi kopi susu dan datang sekali air susu. Bukan satu tapi banyak pesanan yg serupa berlaku. Namun hidangannya yg ternyata sedap membuka selera kami. Terdapat rakan2 yg sudah mula mahu menaiki bot dengan bayaran berdasarkan tempat. Mereka yg cepat dapatlah bergerak awal.


Kami yg lambat cuma bergerak di sekitarnya. Terdapat durian yg kebetulan ada musim dan kami beramai2 makan. Ada rakan2 kami yg membeli kayu urut 3 mata dengan harga 7000 IDR sambil dengan bangganya menyediakan perkhidmatan untuk mereka yg mahu urut.

Sewaktu menaiki bas kami disertai oleh kumpulan nyanyi tempatan yg datang untuk memungut derma ehsan. Ada yg khayal mendengar lalu menjemput diri sendiri membantu sebagai back-up artis. Kami kemudian bergerak ke tempat lain pula. Tempat tersebut merupakan Air Terjun Coban Londo.

Sejarah Coban Rondo bermula dari sepasang pengantin yang baru berkahwin. Pengantin wanita bernama Dewi Anjarwati dari Gunung Kawi manakala pasangannya bernama Raden Baron Kusumo dari Gunung Anjasmoro. Baru 36 hari berkahwin, Dewi Anjarwati mengajak suaminya berkunjung ke tempat asal suaminya namun dilarang oleh orang tua Anjarwati. Mereka pergi dan di tengah perjalanan keduanya bertemu dengan Joko Lelono. Dia terpesona dengan kecantikan Dewi Anjarwati dan berlaku pergaduhan. Raden Baron Kusumo berpesan agar Dewi Anjarwati bersembunyi di tempat yang terdapat di Coban atau air terjun. Pergaduhan tersebut  menyebabkan kedua2nya mati. Akibatnya Dewi Anjarwati menjadi janda yang dalam bahasa jawa disebut Rondo. Sejak itulah Coban atau air terjun tempat bersembunyi Dewi Anjarwati dikenal dengan Coban Rondo. Konon batu besar di bawah air terjun merupakan tempat duduk sang putri yang merenungi nasibnya.


Kami berjalan menuju ke air terjun sambil memesan jagung bakar. Kelihatan dari jauh air terjun pada ketinggian 84 meter menurun jatuh ke tanah dengan kederasan tinggi.

Ketika mahu pulang ke bas, kami singgah ke kedai menjual barangan cenderahati. Kayu urut yg dibeli oleh rakan kami tadi kini mampu dibeli dengan harga 4000 IDR kayu biasa dan 5000 IDR dengan kayu yg tahan. Ada yg yg membeli banyak di tasik tadi mula rasa tak sedap hati kerana rakan2 lain mampu membeli lebih dari mereka. Di sini perumpamaan siapa cepat dia dapat bukan ayat yg sesuai tapi siapa lambat dapat murah amatlah sesuai bagi kami yg terlewat beli. 

Shopping outdoor

Kami bergerak pula ke Bandar Batu ketika hari sudah malam untuk mencari toko outdoor. Sampai di sana pada jam 0800 malam dalam keadaan hujan renyai tapi pencarian barangan outdoor masih diteruskan. Di sini ada rakan2 kami yg senyap2 bergerak ke toko di seberang jalan dan satu lagi bersebelahan bas kami. Rata2 sudah ramai yg membeli barang2 termasuk pada rakan2 yg telah mengirim.  

Kami kemudian meneruskan perjalanan pulang dengan hati berbelah bagi kerana masih ada barang yg belum di beli sambil mengharapkan keajaiban pada hari terakhir nanti. Di rumah tumpangan, bilik yg saya tidur semalam telah ditukar kerana rakan wanita tinggal beberapa orang dan kami dapat bilik yg lebih besar. 

Di bilik sebelah kelihatan tongkang pecah sambil rakan2 ada yg belum tidur menyusun barang untuk permulaan ke Gunung Arjuno-Walirang.  

5 May 2008

Kami bangun seawal pagi seperti yg diberitahu oleh Fahmi supaya bersiap awal dan sarapan. Sambil beg di susun di tengah jalan, kami menunggu masa untuk bergerak. 

ada kenduri kat sebelah

Disebelah rumah rehat ini ada acara perkahwinan. Ada rakan2 kami yg berjalan ke sana dan mengambil gambar pengantin dan keluarga. Tiba2 semakin ramai rakan2 kami ke sana dan kami pun mula membelandakan majlis mereka. Ada makanan kuih disediakan untuk tetamu. Ada rakan2 kami menghulurkan beberapa keping wang sebagai tanda penghargaan. 

Bas yg tiba lewat akibat ketiadaan tempat untuk mengundur akhirnya bergerak dalam lebih kurang 1100 pagi. Kami tiba di di Taman Wisata Tretes selepas 3 jam perjalanan. Sambil bersiap, saya makan dan solat di surau berdekatan. 


Uncle Usop yg mendapat kecederaan kaki dan tidak mungkin mendaki semula telah ditempatkan di Hotel berdekatan untuk memudahkan perjalanan kami apabila turun nanti. Sifu yg berkata tidak mahu turut serta juga sudah bersedia kerana takut cuma dalam separuh sahaja sijil. Sebelum bergerak, saya sempat membeli baju Gunung Arjuno-Walirang kerana berpendapat masa sentiasa akan membataskan pergerakan kami.

Kami bergerak pukul 1545 petang dengan memasuki kawasan rumah orang. Perancangan kami adalah bermalam di Pos 3 yg memang jauh dari yg disangka. Dari awal sehingga ke puncak rupa2nya perjalanannya sangat pacak. Apabila sampai di Pos 1 , jalan sudah bertukar menjadi jalan berbatu. Pada keadaan mendaki jalan berbatu ini memang mudah cuma ketika menurun nanti mungkin akan terasa keazaban pada kaki.  Hujan sudah mula turun dan mula lebat. Perjalanan ke Pos 2 mengambil masa yg panjang. Suhu di persekitaran sudah mula sejuk. Kelihatan Gunung Penanjakan di sebelah kanan melambai2 perjalanan kami. Setibanya di Pos 2, hujan sudah mula berhenti dalam 5 minit selepas itu. Di Pos 2 terdapat gerai2 kecil yg menjual keropok2 namun tidak lama kemudian tutup. Ada juga rakan2 kami yg sempat tiba tanpa melalui suasana hujan. 

Ketika rakan2 sedang mengambil gambar, terdapat sebuah jip turun dari atas. Keadaan jip tersebut terhoyong hayang dengan muatan belirang yg di kutip di suatu tempat dan merupakan antara pekerjaan penduduk di sini. 

Kami meneruskan perjalanan ke Pos 3 ketika hari sudah malam. Keadaan trek yg berkembar 2 dan adakala terdapat satu lagi jalan yg sama. Selepas melalui kawasan rumah pekerja pengangkut belirang, kelihatan ramai rakan2 mereka sedang mandi. Ada yg kelihatan mandi dalam keadaan berbogel tanpa menghiraukan rakan2 kami yg sedang lalu. Ketika waktu sudah senja, saya berehat bersama Pak Am, Tok Gajah, Ebenk serta Fahmi untuk mengisi perut yg sudah lama tidak merasa makanan berat. Kami tidak boleh lama kerana suasana akan bertambah sejuk. Dengan cara berjalan sahaja, suhu badan akan kekal biasa dan badan mudah berasa selesa kerana perjalanan sebelum ini sudah melalikan badan kami. Ketika perjalanan menghampiri ke trek rata, kami diberitahu oleh Ebenk yg Pos 3 cuma 20 minit dari sini. 

Saya akhirnya tiba di Pos 3 pada jam 0900 malam. Disini terdapat satu bilik besar dan satu tempat yg dipanggil Reban Ayam oleh rakan kami memandangkan keadaannya memang begitu. Punca airnya cuma disebelah. Keadaan sejuk pada ketinggian 2000 meter menyebabkan saya agak kurang selesa. Keadaan badan yg menggigil dan hampir terkena Hipertomia menyebabkan saya berbaring tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Di sebelah saya Ramli sudah menyediakan barangannya. Tetiba kami didatangi oleh Sobri yg baru sampai dan memilih tempat disebelah untuk duduk berehat.  

Hasil perbincangan dengan salah seorang guide kami, ada kemungkinan kami akan meneroka Gunung Kembar 1 dan 2 kerana perjalanannya adalah melalui kawasan yg sama tapi bergantung pada masa. Bezanya adalah dari kawasan yg tinggi di Gunung Arjuno kami perlu turun ke gunung2 tersebut lalu singgah ke Gunung Walirang.

  

6 May 2008

Saya bangun pukul 0330 pagi sambil terdengar rakan2 sudah siap untuk bergerak. Ada yg baru bangun tadi masih duduk akibat masa tidur yg singkat. Ketika saya sudah hampir siap, kelihatan ramai rakan yg sudah bergerak. Saya kemudian bergerak selepas 45 minit bangun. Perjalanan mendaki mula kembali seperti biasa Ketika suasana sudah melepasi Subuh, kelihatan ada rakan2 melakukan solat Subuh. 


Pagi di Welirang

Suasana pagi dengan pandangan ke arah gunung amat mengasyikkan. Kami mengambil gambar pemandangan lereng2 bukit berlatar belakang langit. Di kejauhan sana kelihatan Gunung Semeru mengeluarkan asap nya. Semasa berjalan terdapat seorang pekerja belirang sedang lalu sambil membawa penyorong untuk membawa belirang turun. 

Trek ini kelihatan akan berakhir di depan namun kami mendapati ia adalah puncak tipu. Ada rakan2 kami sudah hampir sampai di puncak Gunung Walirang. Kelewatan semalam semasa di Pos 3 menyebabkan kami beralih arah ke Gunung Walirang kerana masa tidak mengizinkan kami ke Gunung Arjuno.

Kami tiba di satu kawasan yg luas dengan ruang gaung di sebelah kanan namun perjalanan kami diteruskan ke depan lagi. Di sini sudah kelihatan dalam bentuk kecil rakan2 kami sudah berada di puncak tertinggi di tempat ini. Perlahan2 kami bergerak sambil ada yg merakamkan gambar yg sangat cantik dalam suasana matahari sudah mula bergerak ke atas. 
puncak welirang
#33
Saya sampai ke permukaan berbatu cuma beberapa meter lagi sampai ke puncak. Rata rakan2 yg sudah sampai menyanyikan lagu kebangsaan memberi penghormatan pada negara sendiri. Ketika sampai, bendera OGKL dan bendera Malaysia sudah berkibar dengan megahnya di bumi Indonesia ini. Gambar demi gambar di petik. Tiada pemandangan yg cantik melainkan kamera yg rosak sahaja. Ketika Sifu yg terakhir sampai, kami sudah mula bersiap untuk bergambar secara berkumpulan. Setelah agak lama, kami bergerak pula ke kawasan belirang yg tidak jauh tapi melalui perjalanan berbatu. Kami tiba dalam 20 minit dan ada rakan2 sudah berada betul2 di tempat asap2 belirang. Ketika saya menghampiri ke kawasan belirang, asap tebal sudah mula memenuhi kawasan. Bau2 asap yg kurang menyenangkan menyebabkan saya lari semula ke kawasan selamat. Pak Lie pula katanya mengecam salah seorang dari pekerja belirang tersebut merupakan porter yg membawa barang kami.

Belerang 

Kami bergerak ke lereng2 bukit. Kelihatan banyak penyorong dan pekerja sedang beroperasi di sini. Kami bergerak turun naik dan semasa hampir ke tempat kembar 1 kami melalui satu kawasan trek yg tidak kelihatan. Di kejauhan sana kelihatan rakan2 sudah berhenti rehat sambil menunggu kami. Di sini kelihatan Spy telah diusik oleh Amy dan Nie Feng sambil menggayakan ala Pengantin. Kami berehat tanpa makan tengahari dan saya cuma makan roti serta sedikit alas perut. Perjalanan ke Gunung Kembar 2 tidak dapat diteruskan kerana masa tidak mengizinkan. Kami meneruskan perjalanan melalui lereng bukit. Tiba disatu kawasan kami mendaki dengan kadar perlahan. Salah seorang guide kami sudah merasa kekejangan pada kaki lalu kami berhenti rehat. Perjalanan menaik tiba kami menjumpai simpang yg akan ke Pos 3 nanti manakala menaik akan ke puncak.

Kami ke puncak lagi dengan keadaan memacak. Setiba di puncak tipu terdapat banyak monumen yg dibina. Saya bergerak semula tapi kelihatan kabus di depan saya yg menghalang penglihatan. Ketika menurun, kabus pun hilang dan saya bersama Wak Jan nampak di depan adalah puncak. Kami mengambil gambar rakan2 yg baru sampai dan rakan2 yg sudah berada di puncak.

Puncak Arjuno

#34


Puncak Arjuno

Saya meneruskan perjalanan ke puncak yg agak penuh batu2 besar. Kami menunggu Sifu dan Ramli yg menemani untuk bergambar berkumpulan. Ketika mereka sampai, maka lengkapkan perjalanan kami untuk XPDC ini. 

Ketika masa tinggal sejam untuk gelap, kami turun menuju ke simpang ke Pos 3. Rakan2 yg sampai awal sudah menyediakan  maggi untuk kami yg kelaparan. Perjalanan di tanah rata dalam 2 jam selepas gelap akhirnya sampai juga. Disini kami berbincang dengan kata sepakat samada untuk meneruskan perjalanan atau tinggal satu malam dan esok turun. Setelah lama berfikir, kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan. Masing di beri sejam untuk bersiap dan membuka khemah. Perjalanan pergi dan balik di Pos 3 menyebabkan tiada gambar dia antara rakan2 kami.

Kami bergerak turun pada pukul 2300 malam dengan melalui satu jalan potong. Jalan potong yg dimaksudkan tidaklah rata cuma agak menurun sedikit. Kami bergerak satu pasukan supaya tidak putus2. 

7 May 2008

Kini sudah masuk hari berikutnya kami berjalan. Tiba di satu kawasan, saya, Pak Am. Ramli, Azmin serta Acong di belakang. Ada masa tiba2 kami melalui jalan yg licin menyebabkan saya terjatuh beberapa kali. Dalam perjalanan yg gelap pagi telah menyebabkan kami tersasar ke rumah pekerja2 belirang. Acong memberitahu yg trek sebenarnya terdapat di sebelah kiri. Maka kami terpaksa ke belakang dan melalui semula trek yg sepatutnya. Perjalanan pagi yg berbatu dan sangat sejuk lalu kami tiba di Pos 2. 

Rata2 sudah ada yg mula terasa penat dan tertidur. Ada yg sudah mencapai tahap kurang upaya tapi masih perlu menghabiskan sisa2 perjalanan. Saya, Ramli dan Paei memilih satu tempat untuk tidur. Cukup 10 minit akhirnya saya bangun semula akibat sejuk. Terasa mimpi2 yg dihidangkan ini tidak cukup untuk dinikmati. Didepan kelihatan pemandangan bandar dengan penghuninya sedang tidur lena. Ada rakan2 yg sudah bergerak turun. Saya akhirnya memilih untuk bergerak semula kerana semua sudah bergerak. Ketika saya mencari beg depan, saya dapati ianya tiada. Puas mencari di depan, di pondok dan dimana2 akhirnya Acong yg bersama mendapati beg air Fahmi sudah tertinggal dan rasanya memang dia sudah tertukar beg. 

Saya dan Ramli bergerak di belakang sekali dan cuba memperbetulkan beg air Namun sukar bergerak sambil melayan batu2 kasar di trek. Saya kemudian menukar beg galas di depan manakala beg air di belakang dan mendapati agak luar biasa berjalan seperti memandu kereta dengan bonet depan yg tinggi.  

Ketika hampir sampai ke Pos 1, perut sudah rasa memulas. Maka selesai membuang, kami bergerak dalam suasana pagi yg sudah semakin cerah. Kami sampai ke Pos 1 dan kelihatan Acong, Amy Nie Feng, Sobri, Ebenk, Maini dan Sincu.

Saya dan Ramli bergerak terus menurun. Selepas melepasi pondok pengawal, terdapat sebuah motor yg akan naik. Mereka mungkin pekerja pengangkut belirang. 

Apabila sedang berjalan menurun, kelihatan motor tersebut turun membawa seseorang. Rupa2nya Acong yg duduk dibelakang sambil saya merasa agak kurang gembira melihat dia akan sampai ke bawah.

Saya kemudian sampai, mandi dan mengemas barang. Selepas itu saya dan rakan2 bersarapan sambil menunggu kenderaan kami tiba untuk kami menerus akitiviti seterusnya iaitu ke toko outdoor. Kami bergerak melalui kawasan sawah padi yg kurang menjadi. Kami tiba di kedai makan pula tapi memandangkan waktu masih belum tengahari, kami bergerak ke toko outdoor dan berhampiran di sana. Kami tiba dan mula mencari barang2 yg belum dijumpai lagi. Kami di sana cuma sejam.

Selesai di toko outdoor, kami bergerak makan sambil mengelilingi bandar Surabaya. Kami singgah di Antika Jaya iaitu kedai nasi padang sambil menjamu selera yg agak besar. 

Perjalanan kami berpecah samada hanya ke toko outdoor sahaja atau ke pasar di bandar Surabaya. Saya akan ke pasar kerana sudah memesan barang2 yg tiada semasa di toko outdoor pada memula datang. 

Dalam kapal terbang

Kami kemudian tiba dengan masa sangat membataskan pergerakan. Barang2 yg terdapat di sini tidak lah banyak dan tiada yg istimewa seperti barangan baju yg melambangkan gunung2 di sini. 


Kami kemudian bergegas ke lapangan terbang Juanda memandangkan sekarang adalah waktu penduduk pulang kerja. Setibanya di lapangan terbang, rakan2 dari toko outdoor masih belum pulang dan ada kemungkinan kami akan berlari mengejar kapal terbang. Namun mereka tiba tepat pada masanya. Kalau semasa naik jeli tidak dibenarkan , kali ini pemetik api sebanyak 5 biji telah diambil pulak dari saya.

Nak balik dah 

Kami selamat menaiki kapal terbang dan tiba semula di LCCT pada pukul 2200 malam. Sampai di pintu, kami diberi sambutan wira oleh rakan2 yg menunggu siap dengan kain rentang. Ucapan penghargaan dari Presiden Deeno dan ketua projek Fahmi serta penasihat iaitu Hajjah Zaleha. Kami kemudian bergilir2 memberi ucapan terima kasih pada mereka yg terlibat. Sijil untuk peserta yg mengikuti XPDC BSAW ini di beri pada hari jumaat di restoran YZ. 

Sekian sahaja XPDC kali ini dengan harapan dapat lagi menyertai aktiviti seterusnya dan semoga silaturrahim dapat dikekalkan sesame rakan2 kami.

Baca juga di sini Kisah kami.

   

0 comments:

Post a Comment