Candat Sotong di Pulau Kapas bersama Karat

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 10 Jun 2008 – 2008/Gambar/Aktiviti/CandatSotongBersamaKarat.doc





Saya tiba di KL Sentral pukul 8.30 malam sambil menunggu rakan2 lain. Perjalanan kami seramai 40 org menaiki basbergerak pada pukul 11.30 malam menuju ke R&R Temerloh untuk berhenti makan. Sampai di sana, saya terjumpa geng OGKL untuk XPDC Air Terjun Berkelah-Jerangkang. Antaranya Wak Jan, Muzammil, Cuna, Apip dan beberapa lagi.


Kami tiba di Kuala Terengganu seawal 8 pagi dan terus bergerak ke Pasar Payang. Kami diberi sehingga pukul 12 tengahari dan dah tak tau ak buat apa2. Selesai di Pasar Payang , kami bergerak ke Taman Tamadun Islam(TTI) dan singgah di Masjid Kristal untuk sessi bergambar. 


Selesai bergambar kami bergerak pula untuk makan tengahari. Kami tiba dan mendapati rakan OGKL iaitu Arrey, Seman dan Ahad juga makan di restoran yg sama dan melakukan aktiviti mencandat sotong dan scuba diviing.

Kami kemudian bergerak ke Kuala Ibai untuk berhenti makan lempeng dan sup sotong. Terdapat minuman air tuak vs ais krim dijual di sini. Salah seorang peserta di Kelantan iaitu Awin juga baru tiba untuk bersama kami.

Kami kemudian singgah ke Masjid sebelah jeti untuk bersiap. Kami bergerak ke jeti pukul 5 petang sambil dibahagikan kepada 4 kumpulan dan menaiki bot masing2. Bot bergerak menuju melepasi Pulau Kapas. Kami menghampiri satu tempat dan dikelilingi bot2 kecil. Di sini aktiviti mencandat kami bermula pada pukul 6 petang. Kami di ajar oleh tekong Abang Ali cara2 mencandat sotong. 

Seawal 5 minit, 2 org rakan iaitu Olan dan seorang kakak telah berjaya menaikkan sotong sepanjang satu lengan. Terdengar dari bot2 rakan kami suara kegembiraan berjaya menaikkan sotong berhampiran bot kami. Percubaan saya yg duduk di belakang pada awalnya tidak berhasil. Ketika hari sudah malam barulah dapat seekor.


Ombak sudah mula beralun dan ada rakan2 yg sudah pengsan terutama yg didepan. Kami di belakang cuma dapat 2 ekor sahaja. Ketika seorang demi seorang sudah mula menunjukkan tanda loya dan hendak tidur, saya pun hamper sama ingin mengundur diri dan terakhir untuk menaikkan kail, tiba2 terdapat seekor sotong maka saya dapat 2 ekor semuanya pada malam itu.


Kami kemudian bergerak ke Pulau Kapas meninggalkan bot2 lain kerana merasa tangkapan kami sudah cukup. Selesai ke Pulau Kapas kami bergerak ke Jeti. Di jeti kami bergerak ke restoran berhampiran kerana ada yg sudah lapar. Kami makan sotong yg Berjaya dinaikkan. Selesai makan kami bergerak ke Masjid untuk rehat.


Esok pagi kami bangun dan bersedia lalu menunggu rakan2 dari bot2 lain tiba. Kaim kemudian bergerak pasar berhampiran untuk sarapan pagi sambil pekena keropok leko. Kami kemudian bergerak meninggalkan Awin yg akan pulang semula ke Kelantan. Kami singgah di Kuala Abang untuk bergambar. Di Kemaman kam berhenti lagi untuk bergambar dan makan tengahari. Kami kemudian bergerak ke Mak Nik iaitu tempat penjualan otak2, satar dan keropok leko yg sedap. 

Selesai di sini kami terus bergerak pulang. Kami singgah pula di R&R Genting Sempah untuk rehat. Di sini saya jumpa pula Che Din iaitu bekas bendahari OGKL.

Kami bergerak dan saya minta untuk turun di Gombak untuk mengambil kereta di Greenwood. Sampai sahaja saya dapati tertukar beg. Kemudian saya mendapati beg tersebut adalah kepunyaan Pahmek. Saya bergegas ke KL Sentral untuk tukar beg. Saya tiba di rumah sekitar pukul 11 malam.

Sekian aktiviti mencandat sotong.



0 comments:

Post a Comment