Gunung Peninjau

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 7 Julai 2008 – 
2008/Gambar/Aktiviti/XPDCGunungPeninjauBersamaOGKL.doc

“Gunung Peninjau bukanlah asing bagi masyarakat Ulu Chepor, Chemor. Ada generasi lama memanggil gunung ini Gunung Kecil, mungkin keadaan gunung ini tidak sebesar gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa yang jelas kelihatan dari Ulu Chepor. Gunung Peninjau berada dalam Hutan Sinpan Keladang Saiong (sebut Siong) menjadi sebahagian dari Banjaran Keledang. 

Hutan sekunder ini atau hutan yang tumbuh selepas aktiviti pembalakan kini, telah kembali ditutupi pokok-pokok hutan hinggakan kebanyakan lantai hutan tidak ditumbuhi tumbuhan renek. Walaupun mukabumi bekas jalan balak masih boleh kelihatan, pendaki seperti tidak akan terasa berjalan di jalan balak. Mungkin sebahagian hutan di sepanjang trail Gunung Peninjau tidak akan menjadi kawasan pembalakan lagi memandangkan kaki gunung ini telah dijadikan kawasan perkelahan. Disebelah nya pula terletak gunung2 lain yg antaranya Gunung Pari yg belum lagi diterokai“

Begitulah petikan dari laman web rasmi OGKL berkenaan pendakian kami kali ini.

Saya tiba di Restoran Teratai lewat sejam dari jadual. Rakan2 xpdc sudah mula ramai berkumpul. Rata2 muka2 baru sentiasa ada. Kami disertai oleh Encik VJ dan isteri Celine yg telah menyertai aktiviti air terjun bulan lepas juga anjuran OGKL. Pengalaman Apip yg sudah pergi ke Gunung Peninjau di Ipoh, Perak beberapa bulan lalu memberi laluan kepada kami untuk meneroka gunung yg jarang didengar. Apip dibantu oleh isterinya Erin serta rakan2 AJK seperti Wak Jan, Juz, Nina serta Amy. 


Kami bergerak dan dipecahkan mengikut kereta dan penumpang masing2. Kereta saya dinaiki oleh Amy, Awin dan Nisa. Saya yg terakhir bergerak dan menuju ke tol Jalan Duta lalu terus memandu sampai ke keluar tol Jelapang untuk menunggu rakan2 lain.


Waktu berlalu dengan pantas dan satu persatu rakan2 lain sampai. Ketika waktu tengahari, masih ada yg belum sampai disebabkan masalah terlupa kunci dan menghantar kereta dan sebagainya. Di depan kami kelihatan samar2 Gunung Peninjau di sebalik gunung di depannya.

Setelah semua tiba, kami bergerak dalam satu kumpulan untuk makan tengahari. 10 kereta kami tiba di satu kedai. Kami makan dan terlebih memesan telur dadar lalu di bungkus untuk dibawa makan di kemsite nanti. Suasana riuh seketika dan perjalanan diteruskan dengan berpatah balik cuma satu simpang didepan. Kami memasuk kawasan Air Terjun Ulu Chepor iaitu kawasan mandi manda. Kami kemudian membayar RM1.00 untuk letak kereta. 

Kami semua tiba di tempat letak kereta pada pukul 1445 petang dan diberi masa 50 minit untuk siapkan diri. Sesudah semua siap, kami kemudian melakukan senaman ringkas yg diketuai oleh Amad dan doa oleh Shukri. Taklimat ringkas oleh Apip yg kami akan berhenti di satu laluan air terjun dalam sejam perjalanan.


Perjalanan kami melalui kawasan mandi manda serta air terjun di sebelah kanan. Perjalanan belum lagi mendaki dan sekadar warm up sahaja. Kami menemui air terjun sambil berehat seketika sambil menunggu rakan2 dibelakang tiba. 

Setelah lama berehat, perjalanan diteruskan dengan trek yg mula memacak 90 darjah. Kali ini peserta2 di belakang sudah mula menjauhkan diri. Kami yg di depan tiba di satu tempat di mana ke kanan akan terus ke kawasan air. Kami bergerak dalam 70 meter untuk membuat kemsite yg merupakan laluan trek. Di sini terdapat satu tempat yg di panggil HUT Everest di mana rakan2 yg pernah menjejaki ke puncak Everest iaitu puncak tertinggi di dunia akan berkumpul di sini setiap tahun.


Jam kami tiba adalah pukul 1800 petang. Pada rakan yg sudah sampai, khemah dan fly telah mula didirikan. Ramli pula mencuba hamok yg baru di beli. Apabila hari sudah mula gelap, rakan2 lelaki yg sudah lama menunggu mengambil giliran turun ke kawasan sudah mula akan turun. Kami rakan lelaki sampai setelah semua naik.


Makan malam disediakan pada pukul 2100 malam. Lauk nasi minyak bersama telur  dan tidak lupa telur dadar yg dibungkus dari Restoran semasa makan tengahari tadi. Selepas makan kami semua berpeluang mengenali peserta melalui acara suai kenal yg bukan diterajui oleh Apip sebaliknya lebih banyak pertanyaan dari Amy.


Kami semua selesai dan peserta wanita mula memasuki khemah untuk tidur. Rakan yg belum tidur ada yg berbual2 dan ada yg bermain terup. Kasino royale kemudian ditutup pada pukul 0230 pagi.


Kami semua bangun awal seawal 0600 pagi seolah2 tiada cabaran bangun. Makcik kantin sudah mula memasak sarapan. Sarapan kali ini ada mee goreng. Dalam pukul 0900 pagi para peserta mula bergerak. Saya bergerak lewat sikit. Perjalanan menaik adalah seperti memacak biasa dan saya tiba di puncak dalam pukul 1115 pagi lebih kurang 2 jam perjalanan.



suasana di puncak peninjau

Suasana di puncak dengan Beirut yg besar. Di penghujung trek, kelihatan Bandar Ipoh dengan pemandangan kilang2. Kami mula bergambar sebelum peserta yg lewat sampai kemudian. Oleh kerana bulan julai ramai peserta menyambut hari kelahiran maka acara makan2 diadakan yg antara yg dibawa adalah wafel. Acara seterusnya bergambar kenangan di mana gambar pasangan sudah kahwin, yg bercouple dan lain2 sebelum bergambar secara berkumpulan.

Kami bergerak turun dah tiba di kemsite dalam sejam lebih. Selepas khemah  diturunkan dan kemsite di kemas, peserta mula bergerak turun lagi. Kali ini jem sikit kerana kami turun serentak.


Saya tiba di kawasan letak kereta pada pukul 1630 petang. Saya dan rakan2 yg tiba sama mula siap2 untuk mandi di sebelah jambatan. Suasana air yg sejuk dan arus yg agak laju seperti terasa duduk di spa. Kami kemudian perlahan2 meninggalkan Air Terjun Ulu Chepor dan menuju ke R&R Tapah.

Sampai di R&R Tapah, kami makan dan minum sambil Seman mula menyusun strategi pembahagian kereta kerana terdapat pelajar Uitm yg perlu pulang ke kem sebelum pagar tutup. Susun punya susun selama setengah jam akhirnya keputusan kembali ke asal. Kami bergerak semula menuju ke Teratai. Di Teratai, peserta berkumpul semula dan barang2 diserahkan kepada Wak Jan. Saya kemudian pulang ke rumah dan tiba pukul 2300 malam.

Sekian untuk XPDC kali ini. Jumpe lagi di lain XPDC.

0 comments:

Post a Comment