Gunung Trusmadi dan Tambuyukon di Sabah

Assalamualaikum & Salam sejahtera ….

Batu Caves, 15 Ogos 2008 – Gambar/Aktiviti/Gunung Trusmadi&Tambuyukon.doc

Masa untuk menakhluk gunung di Sabah bermula lagi. Selepas 2 kali menjelajah Gunung Kinabalu kali ini gunung2 ke-2 dan ke-3 tertinggi di Malaysia menjadi pilihan peserta underground OGKL. Tahun lepas kumpulan yang hampir sama sudah menawan puncak Gunung Murud di Sarawak. Rakan2 yang terlibat sudah diminta berlatih untuk menghadapi tekanan mental yang hanya dihadapi oleh ketua xpdc bersama iaitu Deeno. 

05 Ogos 2008

Saya bergerak bersama beberapa rakan yang turut serta menuju ke LCCT, Sepang seperti yang dijanjikan. Tiba di LCCT, rakan dari Pulau Mutiara iaitu Nadir yang menaiki bas sudah menunggu disamping Muzammil, Cuna dan Shuk yang sampai awal. Antara yang turut serta adalah Zuhara, Arry, Ramli, Tok Gajoh, Azad, Dr Mahfeit, Faizal, Amad, Ain, Kak Fazid serta Fahmi. Kami berkumpul di Mc Donald. Peserta seramai 17 orang tiba sejam sebelum penerbangan tapi hanya Pak Am yang pada mulanya akan ke Gunung Trusmadi sahaja akhirnya memilih untuk tidak ikut sekali. 

Kami bergerak dengan pantas kerana masa semakin suntuk untuk sampai ke kapal terbang. Semasa di kaunter terdapat pula masalah muatan berlebihan. Muatan yang berlebihan terpaksa dibayar lebih Rm200. Beg yang terakhir pula adalah beg Shuk yang kemudian kami terpaksa dikorbankan dengan membawa keluar sedikit barangnya. Nampak gayanya acara lari ke kapal terbang bagaikan tak boleh dipisahkan lagi. Sampai dalam kapal terbang terdapat ramai penumpang maka kami bergerak masing2 mengikut tempat duduk di mana2 yang kosong.

Perjalanan yang biasa nya sekitar 2 jam 45 minit sudah dipendekkan ke 2 jam sahaja kerana sekarang Airasia sudah bertukar menggunakan kidmat Airbus yang lebih laju tapi masih tak selesa.

Kami tiba di Kota Kinabalu sekitar 11.45 malam. Sampai di pintu terakhir kami disambut oleh Abg Juli yang sudah biasa kenal dengan Deeno dan beberapa rakan kami. Abg Juli disertai oleh rakannya untuk membawa kumpulan kami yang ramai.

Kami singgah di Restoran Taufik 2 untuk makan malam setelah berlapar di dalam perut kapal terbang. Selesai makan, kami sambung perjalanan ke Tambunan. Perjalanan yang membelok dan melalui jalan yang tidak diturap sungguh tidak memberi keselesaan pada kami. Deeno dan Juli rancak berbual di depan duduk depan khasnya isu semasa. Lama2 mereka semua tidur meninggalkan saya dan Juli yang masih memandu.

06 Ogos 2008

TVRC kami berehat di sini

Tepat pukul 2.56 pagi, kami tiba di Tambunan Resort(TVRC). Kami tidur di sebuah dewan yang besar di sebelah Sungai Pegalan. Kak Fazid dan beberapa yang lain menyediakan barang2 untuk sarapan manakal aselebihnya bentang karimat dan terus hilang dipandang,

Saya bangun pukul 6.30 pagi untuk solat subuh. Persiapan awal untuk mandi lalu bersiap dan sarapan nasi lemak menjadi hidangan sebelum semua bergerak sejam kemudian menaiki 4wd. Kami singgah di kedai berhampiran membeli beberapa barang sebelum meneruskan perjalanan ke titik permulaan. Perjalanan yg berbatu2 dan berdebu dengan pemandangan puncak gunung mengasyikkan kami yg duduk di belakang.

starting point trusmadi

Kami tiba di pintu masuk gunung Trusmadi selepas sejam lebih perjalanan. Di sini disediakan satu bilik air kecil yang menjadi rebutan rakan2. Kami juga dikehendaki mendaftar kemasukan kami ke sini dan meletakkan status kami sebagai student (pelajar). Kami memasuki kawasan hutan simpan ini yang merupakan kawasan pelancongan kecil sejak 1984 lagi. 

Keadaan yang mendaki cuma tidak lama sebelum 4wd berhenti di penghujung jalan. Setelah bersiap dengan pakaian dan peralatan masing2, Deeno kemudian memberi sedikit taklimat dan doa selamat selain membuat sedikit regangan badan.


Dalam 9.30 pagi kami semua sudah mula bergerak. Perjalanan awal ada kesan lecak yang agak teruk di trek balak. Kami melalui 3 kali laluan sungai termasuk jeram yang jernih dan mendaki bukit sebelum berhenti rehat. Selepas rehat, saya bersama rakan2 di depan mula bergerak sebelum berehat lagi di satu kawasan yang mempunyai tanda aras 4.9 Km untuk ke puncak. Pada masa ini trek mula mendaki dan rata biasanya trek adalah sepanjang permatang hingga ke puncak. Pada satu ketika jarak antara rakan2 belakang sudah ditinggalkan jauh. Rakan2 di depan sudah berhenti rehat pada pukul 12.00 tengahari. Mereka berehat selama 20 minit sambil berkira2 berapa lama lagi geng belakang akan sampai. Ternyata sangkaan Deeno meleset bila mereka memang masih jauh lagi. Ketika rakan2 di depan mula bergerak, saya masih menunggu dan rakan2 belakang muncul selepas 10 minit. 

Saya kemudian bersama Zuhara, Arry, Cuna, Ramli, Muzammil, Fahmi dan Kak Fazid jalan bersama2. Kayuhan Kak Fazid yang ternyata agak perlahan masih bersemangat. manakala Fahmi berkira2 untuk menukar kasut kepada sandal. Kami bergerak sebelum mencapai kata putus berenti untuk makan tengahari. Namun makan tengahari diganggu oleh nasik impit yang sudah beku. Dari 3 yang diberi cuma satu yang dapat dimakan. Rakan2 lain pun sama di mana ada yang lagi teruk iaitu tiada yang dapat dimakan. Makanan yang tidak dapat dimakan akhirnya menjadi bahan atau topik kami sepanjang expedisi ini.

kem bunga

Saya dan Ramli meneruskan perjalanan ke Kem Bunga pada papan tanda tinggal 2 Km. Walaupun namanya Kem Bunga tapi tempat ini tidak kelihatan banyak bunga. Di sini terdapat satu kabin serta beberapa papan tanda. Hujan sudah mula turun rintik2 dan perlahan2 kami bergerak. Semasa dalam perjalanan, kami didatangi oleh Deeno yang meneliti perkembangan rakan2 dibelakang. Kami kemudian sampai ke satu kabin. Terdapat satu bilik air bersarung untuk memudahkan kami berurusan masalah sendiri. Kami bersama rakan yang tiba awal menunggu rakan dibelakang untuk membuat keputusan samada terus ke puncak atau berehat di sini. Akhirnya kata putus dimaklumkan kami berehat sambil makan malam dihidangkan.

Makan malam menu ayam masak merah dan sayur goreng dihidangkan sambil melayan suasana sejuk. Kami tidur awal supaya dapat bangun awal pagi. 

07 Ogos 2008


Pagi pukul 2 kami bangun dan bergerak ke puncak. Penanda 1.5 Km memberitahu kami akan sampai tapi dengan trek yang licin akibat hujan mungkin ada yang lewat. Apabila memandang ke atas kelihatan kilauan lampu2 malap dari rakan2 kami yg sudah bergerak ke hadapan. Saya sampai di rumah pencawang TNB bersama rakan didepan. Boleh tahan laju kerana puncak cuma di sebelah sahaja. Terdapat satu lagi kabin kecil lalu saya dan Azad singgah untuk memanaskan badan. Beberapa rakan dibelakang turut memasuki kabin kecil kerana suasana sejuk dan puncak Cuma disebelah manakala suasana masih gelap lagi.

Sebelum matahari mula naik, kami semua selamat tiba di puncak Trusmadi pada ketinggian 2642 meter. Alangkan indahnya di puncak Trusmadi di mana pemandangan gunung2 berkabus menghiasi ruang langit. Di depan sikit kelihatan tempat kami sepatutnya bermalam. Keluasannya mampu memuatkan seramai 40 pendaki. Di depan pula adalah pandangan sisi gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.

puncak trusmadi
gunung kinabalu berdiri teguh dari arah trusmadi

#36
Suasana di puncak Trusmadi amat meriah. Ada juga rakan2 kami yang menarikan rentak Poco2 yang diketuai oleh Tok Gajoh. Dalam kemeriahan tersebut, air kemenangan yang biasa dihidang sewaktu dipuncak seperti tidak laku. Mungkin sebab suasana pagi yang sejuk.

banyak periuk kera

stesyen pencawang TNB

Setelah bergambar secara berkumpulan, kami semua turun perlahan2. Sebelum turun, saya sempat bergambar di pencawang TNB dan meneruskan perjalanan semula. Kami dapat melihat suasana trek setelah melaluinya dalam keadaan gelap tadi. Suasana terang pagi pada ketika ini menyebabkan kelihatan banyak periuk kera pelbagai saiz tumbuh meliar di sepanjang laluan. Paling banyak ada yang berwarna merah dan hijau terang. Saya tiba di kabin dalam sejam dari puncak. Setelah pantas bersiap, saya terus turun supaya dapat menjimatkan masa untuk sampai nanti.

Perjalanan yang panjang kelihatan akan berakhir namun hujan agak lebat sebelum sampai ke tempat 4wd menunggu. Ramli yang pada mulanya dibelakang sudah mula bergerak laju sebab dia akan pulang malam ini juga. Perjalanan ke 4wd terasa lama kerana suasana berbeza sewaktu masa pergi.

Setelah sampai ke tempat 4wd berhenti, kelihatan Dr Mahfeit dan Azad sedang menunggu kami kerana 4wd yang pertama sudah bergerak. Kami bersama Fahmi di belakang berdindingkan langit cuma mengharapkan hari tidak hujan.

Kami tiba di TVRC pukul 4.20 petang. Sambil Deeno menberi arahan seterusnya kepada Fahmi selaku ketua yang baru, kami pun siap2 untuk mandi dan solat. Saya berehat dalam 20 minit sebelum mandi. Sejam kemudian kami semua bergerak menuju ke Ranau. Di Ranau kami makan malam di Restoran Tanjung Putri. Diberitakan kenderaan untuk membawa Deeno dan Ramli yang pulang awal telah rosak dan mereka terpaksa menunggu 4wd lain dengan masa yang semakin suntuk.


rehat dulu

Dalam pukul 7.00 malam kami bergerak manakala Deeno dan Ramli akan singgah di Kota Kinabalu di untuk membeli tiket kapal terbang baru untuk pulang keesokannya. Perjalanan sejam dengan 2 4wd sambil hujan yang sangat lebat menambah keazaban kami. Satu ketika kami bertukar 4wd kerana ada 4wd yang akan ke haluan lain. Perjalanan diteruskan dengan kami menyeberangi sungai. Kami kemudian tiba di Pos Station Monggis. Setelah selesai memunggah barang masing2, kami berehat sambil menguruskan barang2 untuk esok. Sebelum tidur kami diberi taklimat oleh juru pemandu yang akan bersama kami ke puncak Tambuyukon esok. 


briefing

08 Ogos 2008

pagi kat dapur

Hari ini seluruh dunia tertumpu pada acara di Sukan Olimpik di Beijing manakala kami harus meneruskan perjuangan untuk menggapai puncak Tambuyukon pula. Di Pos Station Monggis ini terdapat sungai di dengan disamping pemandang kehijauan pagi yang mengasyikkan mata memandang. Dengan jarak 14 km iaitu kurang separuh dari Gunung Trusmadi, kami memulakan perjalanan diiringi juru pemandu dan pengangkut barang yang terdiri dari 10 orang. Baru2 ini kerajaan ada mengumumkan yang Gunung Tambuyukon akan menjadi gunung yang menjadi setaraf Gunung Kinabalu dengan segala kemudahan bakal dinaiktarafkan dan menjadi laluan umum.

14 km lagi

Stesyen monggis

Dalam sejam perjalanan kami sampai ke pondok Kulat yang ditanda 2.2 km. Pada rakan2 yang pernah pergi ke sini pondok tersebut masih baru didirikan. Kami diberitahu bahawa pada setiap kilometer ada diletak penanda perjalanan. Perjalanan buat masa ini adalah biasa sahaja dan tiada pacak tegak. Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Apabila sampai pada tanda 4km, serangan pacat sudah mula memberi tanda2. Pacat datang tidak kira masa dan kalau lama berada di suatu tempat, pacat sangat mudah masuk dan duduk tak kira di mana2 di anggota badan kita.    

Kami semua rakan di depan tiba di Kem Wuluh yang merentasi sungai dan makan tengahari di sana. Ada yang memilih makan di tepi sungai manakala rakan2 jurupandu dan pengangkut barang memilih di seberang sungai. Setelah semua selesai makan dan solat, kami bergerak lagi dengan suasana trek yang curam. Kali ini jarak kami dengan rakan2 di belakang semakin jauh. Laluan kami banyak tersasar iaitu melalui jalan potong terus memacak sedang terdapat trek yg sudah sedia ada. Sebelum tiba di kem seterusnya kami berhenti dan berbincang untuk meneruskan perjalanan atau berhenti lama untuk bermalam. Perjalanan seterusnya adalah menurun sahaja selama 20 minit sebelum sampai ke Kem Kapuakan yang juga terdapat Sungai Kapuakan di sebelahnya.

Sambil menunggu Fahmi sampai untuk keputusan seterusnya ada rakan2 mengambil kesempatan bergambar. Setelah bergambar keputusan adalah kami akan berhenti makan malam sebelum meneruskan perjalanan ke seawal 2 pagi esok untuk ke puncak Tambuyukon yang ternyata masih lagi jauh dari jangkaan. 

09 Ogos 2008

Seawal 1.30 pagi saya bangun untuk meneruskan perjalanan ke puncak Tambuyukon. 3 jam perjalanan gelap pagi, saya sampai berseorangan di Kem2 atau Kem Musang. Sejuk memang tidak boleh diperkatakan buat masa ini. Di sini untuk mengambil air agak jauh. Kami berehat seketika untuk menunggu suasana pagi mula terang. Kata jurupandu di sini terdapat satu lagi laluan ke Gunung Nambuyukong yang jarang2 diterokai oleh pendaki.







Antara spesis yang ditemui haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan

Seawal 6.30 pagi kami semua bergerak semula. Kali ini kami tidak diberi peluang untuk berehat lama kerana trek mula pacak demi pacak di hadapan yang perlu di harungi. Suasana trek yang sentiasa sama dan panjang agak membosankan. Beberapa rakan kami sudah mula bergerak laju di depan manakala saya ditemani oleh Muzammil bersama juru pemandu. Kami kemudian bertemu dengan Dr Mahfeit dalam perjalanan bersama dengan Nadir dan Tok Gajah. Satu ketika kami sempat berehat bersama rakan2 di depan sebelum mereka laju meninggalkan kami semula.


Kami tiba di Kem General tanpa sedar yang terletak pada penanda 12 km dan 13 km. Seakan saya terasa sudah sampai di puncak apabila jalan sudah mula rata. Di depan sana terdapat batu2 yang terpaksa kami lalui. Dalam pukul 10 pagi kami sampai di Kem Rajah sambil bergambar berlatarbelakangkan pemandangan gunung manakala di depan sebelah kanan kelihatan satu puncak yang dirasakan puncak Tambuyukon. Setelah puas bergambar, kami bergerak semula. Nadir dan Muzammil sudah 5 minit bergerak meninggalkan saya, Tok Gajah dan Dr Mahfeit di belakang. Di sini periuk kera sangat banyak dan besar2 malah ada yang sebesar satu botol 1.5 liter sepanjang laluan kami.


Sedang kami bergerak, terdengar suara Azad memanggil kerana dia sudah kehabisan air minuman. Dr Mahfeit yang berada berhampiran kemudian mengiring Azad. Saya meneruskan perjalanan yang azab dan tidak2 henti2 pacak ini untuk ke puncak dengan penanda jarak tinggal kurang satu km lagi. 

Gunung Tambuyukon mendapat nama sempena kisah seorang berbangsa Dusun yang bernama Tam pada zaman dahulukala. Tam telah mengetuai pendakian ke puncak gunung ini. Tam sering mengatakan pada kumpulannya, mereka sudah hampir sampai ke puncak. Tapi langkah demi langkah mereka masih belum tiba di puncak. Ahli kumpulan dia kemudian menyebut gunung ini Tam Buyon (tipu dalam bahasa dusun) kerana sering tertipu dengan kata-kata Tam. Zaman berlalu dan Gunung Tam Buyon mengalami perubahan prosa kata dan disebut Gunung Tambuyukon. Nama ini kekal hingga ke hari ini.

batu tanda 14 km yang terdapat di puncak tambuyukon 
dari sini kelihatan gunung kinabalu jika cuaca mengizinkan
puncak tambuyukon
#37
Setelah melalui akar2 pokok akhirnya saya sampai juga ke puncak Tambuyukon yang ditanda 14 km pada ketinggian 2579 meter. Di sini seakan tiada puncak kerana dirasakan puncak masih jauh lagi. Di depan sikit terdapat satu tempat yang membolehkan kami melihat Gunung Kinabalu di sebelah sisi namun pemandang berkabus menyebabkan ia tidak kelihatan pada masa ini tapi berjaya diambil gambar oleh rakan2 yang tiba awal tadi. Disini juga mungkin kelihatan Gunung Nambuyukong yang terletak di sebelah. Jarak rakan2 dibelakang adalah sejam demi sejam kumpulan yang sampai. Kami menjamah apa yang ada dihidangkan oleh Amad yang rajin memanaskan makanan. Azabnya trek Tambuyukon dan atas faktor2 kekurangan air menyebabkan seorang rakan kami sudah meneguk air dari periuk kera. Sesuatu yang agak janggal dan kurang akal apabila terjumpa air periuk kera maka Azad terus meminumnya. Satu lagi kebanyakan rakan2 kami ada yang sentiasa terlupa atau tertinggal samada barang berharga atau barang yang biasa di bawa. 

Dalam perjalanan ini terdapat seorang peserta iaitu Kak Fazid seperti yang diberitahu oleh juru pemandu kami sudah mula hilang semangat kerana kesakitan pada kaki dan dikatakan sudah turun semula ke Kem Musang. 

Setelah bergambar beramai2 kami semua turun. Namun beberapa minit kemudian Kak Fazid muncul di antara kami yang turun lalu disambut oleh Fahmi di puncak. Saya kemudian berjalan bersama Tok Gajah dan juru pemandu yang dipanggil Kapten. Kadang2 saya sering ditinggalkan jauh oleh mereka. Pada kedudukan penanda 3 km turun dan 11 km naik, saya mula rasa agak sangsi dengan jaraknya dan merasakan sudah hampir sampai ke Kem Musang.

Beberapa ratus meter selepas saya sampai ke Kem Musang, Muzammil, Dr Mahfeit dan Azad sampai. Mereka menceritakan terserempak dengan beberapa lembaga di satu kem yang tidak disedari oleh rakan2 kami samada yang sudah sampai atau dibelakang mereka. Amad mula memasakkan bihun maggi dan kopi sambil menunggu waktu Maghrib. Kami mula siap2 untuk berjalan waktu malam. Perjalanan kami tidak sama sewaktu naik pagi subuh tadi walaupun juga semasa waktu gelap. Perjalanan menurun hampir 3 jam lebih dan agak perlahan kerana ada rakan2 yang mengalami kecederaan lutut dan keletihan.


Kami sampai semula di Kem Kapuakan pukul 10.10 malam sambil khemah sudah sedia terpasang. Ada yang mandi, solat dan tidur manakala Kak Fazid memasak makanan pada rakan2 yang agak lapar. 

10 Ogos 2008

Saya bangun subuh dan solat. Suasana ceria dengan masa untuk pulang sudah semakin hampir. Seawal 9.30 pagi, semua bersiap sambil khemah dikemaskan untuk meneruskan perjalanan keluar dari hutan ini. Perjalanan menaik dan menurun semula dan melalui 4 buah sungai termasuk di Kem Wuluh. Saya tiba di Kem Kulat pukul 12.40 tengahari dan makan tengahari. 20 minit kemudian, Saya bersama Azad, Amad dan Ain bergerak ke Pos Station Monggis dan sampai cuma sejam. Kami yang sampai awal sangat gembira dapat menghabiskan gunung2 di Sabah ini dengan cukup puasa hati tanpa hujan sejak dari mula berbanding di Gunung Trusmadi.

dah sampai pos monggis mandi kat sungai

Setelah mandi di sungai dan bersiap, kami bergerak keluar dengan 2 4wd menuju ke Kota Kinabalu untuk bermalam di sana. Oleh kerana waktu sudah malam. kelihatan kelibat Gunung Kinabalu di sebelah kanan kami dengan jelasnya.

geng porter

Kami tiba di Kota Kinabalu untuk check in di rumah backpackers namun sudah penuh. Setelah berbincang panjang, Fahmi menelepon Kondominium Promenade dan kami akan ke sana untuk bermalam.


lapar semua

Setelah berehat sambil melihat keputusan Olimpik di Beijing, saya bersama rakan2 lain bersiar2 ke pasar malam di sebelah pasar Filipina. Kami membeli kepak ayam, ABC dan beberapa makanan lain untuk dibawa ke hostel.    

melabuhkan penat

11 Ogos 2008

Saya tidur lambat dan bangun awal. Beberapa rakan sudah mencadangkan untuk singgah ke kedai outdoor dan ronda2 ke Centrepoint dan membeli belah di Pasar Filipina. Petang kemudian kami bergerak ke Lapang Terbang Kota Kinabalu untuk pulang semula. Pukul 12.00 tengah malam kami sampai ke LCCT lalu di sambut oleh Deeno. Ramli datang menjemput saya lalu saya sampai di rumah pukul 3 pagi.


Kenangan mendaki Gunung Trusmadi dan Tambuyukon tidak mungkin dilupakan. Rata2 ada rakan2 sudah mencanang untuk ke gunung2 lain yang belum lagi dikunjungi dengan memasang impian masanya akan tiba tak lama lagi.

Sekian ekspedisi saya kali ini.

0 comments:

Post a Comment