Gunung Mulu di Sarawak

Salam,

Menamatkan siri gunung ke 5 tertinggi di Pulau Borneo Malaysia 

4 Mac 2009 Rabu


Mulu merupakan satu lagi destinasi yg menjanjikan pengalaman terindah. Bukan sahaja mendaki puncak ke-4 tertinggi tapi terdapat banyak gua yg telah diteroka dan menjadi destinasi pelancong asing.



Dari miri ke mulu

Tiket seawal 7.25 pagi melalui Airasia dari LCCT menanti 12 orang peserta. Setelah 4 orang tarik diri atas sebab2 tak dapat dielakkan serta seorang lagi rakan kami yg memberitahu juga tak dapat turut serta kami disertai oleh 7 rakan dari Lembah Klang iaitu Deeno sebagai ketua, Ramli, Adzmin, Dr Mahfeit serta Abg Mazlan dari Kluang, Johor dan  Tahar dari Kelantan.


Kami tiba di Miri pukul 10 pagi dengan masa perjalanan kapal terbang selama 2 jam 10 min Masa yang panjang kami meronda ke bandar Miri membeli barang makanan basah dan keperluan lain.


Pukul 3.45 petang, kami  menaiki Mas Wing Fokker dan tiba di Mulu selama 25 minit perjalanan. Apabila semua selesai,kami terus menaiki 4wd lama dengan bayaran Rm5 seorang untuk mendaftar masuk ke Taman Negara Mulu. 

Pada permulaan ini, kami makan malam dengan perbelanjaan sendiri. Untuk menikmati sepinggan nasi goreng harganya adalah bersamaan bermalam di Pulau Redang atau Restoran Laban Rata di Gunung Kinabalu dan sememang mahal hampir 3x ganda.

sekitar taman negara mulu

persiapan untuk mendaki

5 Mac 2009 Khamis



bersiap sedia dengan guide
Sebaik suasana terang kami bersiap sarapan dan mula bergerak seawal 8.45 pagi ke Kem 1 sejauh 5.6 km... Kami melalui plank seperti yg terdapat di Kem Gereja di Gunung Murud dulu. Plank tersebut akan sampai ke laluan Gua Lang dan Gua Rusa. Separuh perjalanan terdapat simpang ke kiri dengan penanda jalan lagi 24km ke puncak mulu.






tiba ke kem 1
Di perjalanan trek terdapat batu2 yg disusun cantik, terdapat air terjun dan kami perlu melalui 2 sungai. Disini juga terletak simpang ke Gua Chamber iaitu gua yg terbesar di dunia dan untuk melihatnya masuk ke dalam website jenal.multiply.com kerana beliau pernah melawat kawasan tersebut tahun lepas. Stakat ini perjalanan masih lagi rata.

bermalam di kem 3


Pukul 11 pagi kami sampai di Kem1 dengan pacat sudah mula memasuki ruang2 pada kasut. Perjalanan diteruskan dengan kami tiba Kem 2 pada pukul 1.05 tengahari. Terdapat penanda 7.5km pada Kem 2 yg tiada rumah khemah. Kami menjamu makan tengahari dan bergerak lagi pukul 2.20 petang. tarak lagi santai Wong .... peluh jantan sudah basah- basahan... hujan kejap2 Pukul 5.20 petang tepat ...tiba2 aje sampai ke Kem 3 ...tarak angin tarak ribut ..
.
sediakan makan malam

Kami seterusnya menunggu porter dan tunggu abg Lan....(ingat lagi abg Lan 3P). Malam nya kami makan malam dan bersedia untuk esok.

6 Mac 2009 Jumaat 

Bersedia menamatkan Big 5 dan ade yg nak habiskan G12 iaitu melengkapkan kesemua puncak 12 gunung tertinggi di Malaysia. Bermula pukul 8 pagi hayun ke Kem 4 iaitu lagi 6 km.

Baru sejam jenuh trek sudah memacak aje. Lepas satu simpang jalan mula permatang selama 3 jam sampai la ke Kem 4. Dalam sekitar pukul 12.20 tgh hari saya sampai ke Kem 4 dan baru nak hujan. Sebelum bergerak semula, kami makan tengahari serta solat tetapi hujan masih lebat.







gambar-gambar di sekitar puncak mulu

Pukul 3.30 petang kami target gerak ke Puncak Mulu tapi jalan 15 minit awal. Jalan pacak lagi .... 5 minit awal ade satu tangga ...20 minit sebelum sampai ade tangga 90 darjah. Saya tiba di permatang iaitu 5-10 minit sebelum sampai puncak.... akhirnya pukul 5.45 petang sampai puncak...Horeyyyy habih big 5.

Kami kemudian bergambar matahari terbenam tapi tiada pemandangan kerana kabus tebal. Setelah bergambar kumpulan pukul  7.10 malam kami bergerak turun ... Masa turun ini lah lutut cam biasa terasa sakit. Turun sepatutnya 2 jam ke tapi jadi lebih dan akhirnya pukul  9.45 malam baru sampai.

malam malam lagi

Pukul 10.30 malam makan malam sudah siap, Kami pun lena menunggu hari berikutnya.

7 Mac 2009 Sabtu

Pukul 8 pagi kami mula turun dari Kem 4. Pukul 11 pagi kami sampai ke Kem 3 dan berehat 30 minit. Apabila tiba pukul 1 tengahari baru kami sampai Kem 2 dan berehat selama 15 minit. Pukul 2 petang kami baru tiba ke Kem 1. Setelah solat, saya tidur sambil menunggu Abg Lan 3P. Sehingga pukul 4 petang barulah dia tiba bersama Deeno.

pokok yang bole dimasuki 

Kami terus bergerak ke Taman Negara Mulu. Agak lama lepak di simpang plank hujan pun turun tiba-tiba. Kami tiada tempat bermalam sebab sampai awal dari jangkaan iaitu 3 hari je dimana selalunya 4 hari. Kami kemudian berpindah ke luar. Kami naik 4wd ke homestay tapi rupa-rupanya kalau nak pergi makan ke Taman Negara jalan kaki pun bole ke Restoran Taman Negara Harga bagi homestay 2 hari sorang RM20 tiada tawar menawar.

8 Mac 2009 Ahad

Hari ini adalah hari di mana mengadap pagi yang membosankan. 


tak tau apa nak buat

jemur kasut

kepala berdarah rupanya 

Pukul 2 petang kami ke Gua Lang dan Gua Rusa sejauh 3.4 Km selama 45 min berjalan kaki. Kami bergambar dgn pemandangan Abraham Lincoln dan Garden of Eden.

















bentuk abraham lincoln






Pukul 6.45 petang kami balik semula.

9 Mac 2009 Isnin

Pukul 8 pagi kami siap sedia untuk naik bot panjang ke Kem 5. Awal pagi hujan turun lebat sehingga sejam baru kami bergerak. 




Kami singgah ke Pasar Penan, Gua Angin dan Gua Air Jernih. Pukul 11.10 pagi kami sampai ke Kuala Litut 0.8 kam ke Kuala Berar. Lepas berhenti di Kuala Berar kami berjalan ke Kem 5 sejauh 8 Km dalam 2 jam 10 minit.














Bila tiba di Kem 5 pemandangannya sangat cantik termasuk bentuk gunung. Di sini terdapat calet dan tidak perlu bawa carry mat. Gas dan sebagainya disediakan serta boleh masak. Adalah lebih baik masak kerana makanan di sini mahal Ade kumpulan yg cuma makan maggi sahaja.



berkenalan dengan yap may lin

10 Mac 2009 Selasa



Pukul 7.30 pagi kami gerak ke Gunung Api untuk melihat pemandangan Pinnacles sejauh 2.4 Km. 



Trek berbatu-batu maka elok pakai kasut trekking dari sandal. Setiap seratus meter ade palang meter. Ada kawasan rehat di ketinggian 700 dan 900 meter. Di ketinggian 1800- 2000 meter laluan agak permatang.






suasana di puncak api 

turun dari pinnacles

Pada ketinggian 2000 meter kami menghayun menaiki tangga. Terdapat 16 semua nya. Pukul 10.30 pagi pada ketinggian 2400 meter kami sampai di puncak sambil melihat pemandangan pinnacles... Boleh tahan cantiknya di sini.

Pukul 11.40 pagi kaim turun dan saya agak perlahan seperti biasa. Sehingga pukul 3.45 petang baru saya sampai lepas 3-4 kali berhenti. Keadaan trek agak panas dan perlu berhati-hati. Terdapat banyak batu dan sudah pasti tidak boleh laju.


Kami bercadang melalui Trail Gorge tapi petang tersebut hujan.

11 Mac 2009 Rabu


Kami akan kembali semula ke Taman Negara. Pukul 9.25 pagi kami bergerak tetapi hujan turun selebat-lebatnya. Pukul 11.30 pagi saya sampai di Kuala Litut. Pukul 12.45 tengahari kami sampai ke Taman Negara. Pukul 3.45 petang kami menaik penerbangan ke Miri. Ada rakan-rakan yang pergi meronda-ronda membeli barang.  Keadaan petang di bandar Miri seakan tiada apa-apa sehingga teksi pun tiada.


Pukul 9.40 malam kami menaik penerbangan untuk ke LCCT.

Sekian

** Bila nak ke sane ... ??? Mulu best dgn Pinnacles dan Gua2 dan kalau ade view di puncak lagi best....
Kos semua dalam RM1300  /- bergantung harga minyak di pasaran ....

Kalau guna porter dalam RM70 sehari 17 kg min ..

0 comments:

Post a Comment