Gunung Sumbing, Sekunir dan Sindoro di Jawa Tengah

Salam,

Perjalanan ke Surakarta atau Solo iaitu di Jawa Tengah, Indonesia memang tiada rancangan ke sana apatah lagi kuota pendaki sudah dipenuhi. Namun saya menerima SMS dari Apip selaku ketua XPDC menyatakan ade kekosongan. Maka terpaksa la saya membuat pengesahan di tempat baru yang saya akan melewatkan seminggu lagi untuk mula bekerja. 

13 Mei 2009

Selepas bangun pada pukul 5 pagi, kami berkumpul berhampiran kaunter. Bersama Apip dan Eryn, lain2 peserta adalah Husin, Suraya, Shuk, Zuhara dan Cikgu Rosli yang pertama kali akan mendaki ke luar Negara. Kami tiada masalah dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sumarmo Wiryokusumo. Bilangan peserta kecil seramai 8 orang maka mudah diuruskan dengan segera. Kami menaiki teksi sambil menikmati pemandangan gunung2 terutama Gunung Merapi dan Merbabu yang entah bila akan diterokai nanti. Sebelum tiba di Temanggung, kami singgah di satu stesyen minyak Pertamina untuk mengisi gas dan sarapan di Boyolali sambil memesan Bakso yang sudah setahun tidak dirasai. 

Bakso … Dah setahun tak rasa….SEDAPPP!!!

Suasana di pekan ini tidak ubah seperti berada di mana2 bahagian di Indonesia berdasarkan pengalaman sebelum ini. Antara tarikannya adalah papan tanda Daging Sehat. Kami meneruskan perjalanan selama 3 jam lagi sambil melelapkan mata dan tiba di destinasi iaitu di Basecamp Sumbing untuk lapor diri. Gunung Sumbing adalah gunung ke-2 tertinggi di Jawa Tengah selepas Gunung Slamet dengan ketinggian mencapai 3,371 meter di atas permukaan laut. Gunung ini berhadapan dengan Gn.Sundoro sebagai gunung kembarnya. Gunung ini dapat didaki melalui dua cara iaitu dari BaseCamp Garung yang berada di desa Garung tempat kami sekarang, kecamatan Kalikajar, kabupaten Wonosobo dan dari BaseCamp Cepit, yang berada di desa Pagergunung, kecamatan Bulu, kabupaten Temanggung. Di sini kelihatan cuaca yang tidak beberapa baik dan dilaporkan sudah beberapa hari hujan melanda. Kami meninggalkan barang2 yang tidak perlu dan makan sebelum mula berjalan. Selepas makan hujan sudah mula turun dan kami mula lewat 15 minit. Terdapat 2 laluan yang dikenali sebagai jalur lama dan baru yang bermula di tempat sama. Dengan jarak penglihatan yang agak kurang, rakan2 di belakang tertinggal jauh dan memasuki lorong yang salah. Lorong2 yang hampir sama menyebabkan kami keliru. Rakan di depan cuba mencari dan berlaku cari dan hilang selama 20 minit lagi. 

BaseCamp Sumbing di Desa Garung
Belakang ni puncak Gunung Sumbing

Selepas kami bersatu semula dan hujan berenti, maka Apip memulakan langkah. Kami tidak menggunakan orang tempatan untuk penunjuk jalan kerana sudah mendapat gambaran semasa di balai dan kertas sebagai rujukan. Perjalanan awal mendaki melewati lereng2 kebun sayur dan tembakau sambil memandang ke belakang menikmati pemandangan Gunung Sindoro di sebalik kabus tebal waktu petang. Walaupun sudah dinyatakan supaya tidak merosakkan tanaman, kami tiada pilihan kerana ruang sempit dan kurang penunjuk kedudukan perjalanan yang sebenar dan kami tersasar beberapa kami. Dengan perjalanan yang tidak menentu dan tiada penunjuk untuk berkhemah di tepi sungai, maka Apip mengambil keputusan berehat di kawasan laluan sambil Cikgu Rosli dan Husin meneruskan ke depan sekiranya terdapat sungai dalam 30 minit.

Trek gunung sumbing

14 Mei 2009 

Kami tidur tanpa khemah dan mengharapkan hujan tidak turun sambil ada yang tidak mengeluarkan beg tidur. Pukul 2 pagi kami meneruskan perjalanan sambil mengharapkan dapat meletakkan beg. Sukur kerana terdapat laluan air dalam 45 minit perjalanan. Kami meneruskan perjalanan dan melihat satu penanda bahawa terdapat seorang pendaki telah hilang semasa pendakian beberapa tahun dahulu. Ketika melepasi waktu subuh, kami tiba di simpang antara jalur lama dan baru sambil meletakkan beg galas dan menggunakan beg kecil. Semakin tinggi kami mendaki kelihatan langit2 merah dan bentuk Gunung Sindoro sangat jelas di sekitar. Kami menyangka sudah sampai di puncak seakan2 gambaran gunung2 terdahulu tetapi diperdaya oleh beberapa puncak tipu.

Dalamm perjalanan ke puncak sumbing

Di suatu simpang terdapat satu laluan ke atas dan kami bergerak ke puncak Buntu. Kami turun semula ke arah bertentangan dan mendapat halangan dari batu2 untuk turun. Langkah turun yang sukar menyebabkan salah seorang rakan kami menjawab “Tak Boleh…tak boleh” disebabkan ketiadaan kawasan memijak yang sesuai namun kami semua selamat juga turun. Perjalanan mendaki berbatu2 lagi 2 jam ke puncak terasa amat jauh. Namun tiada tanda akan menjumpai puncak namun pada ketinggian yang sepatutnya kami sampai di puncak sebenar.

Berada di puncak Gunung Sumbing

#50
video apip di puncak sumbing

Puncak Gunung Sumbing memiliki satu laluan yang tidak besar. Apabila tiba di puncak kelihatan kumpulan batu2. Berjalan sedikit kelihatan tanda2 plat diletakkan di satu pokok. Berjalan di depan sikit kelihatan masih terdapat satu lagi bentuk batu namun tidak semua dari kami yang ke sana. Apa yang pasti di depan kelihatan pemandangan 2 kawah kiri dan kanan. Kami mengambil masa satu jam untuk bergambar. Kami turun mengambil beg, makan tengahari dengan roti pita dan menggunakan jalur baru untuk sampai ke Basecamp Sumbing. Dalam perjalanan turun kelihatan pekerja2 mengangkut balak laju memintas kami dan memberi jangkamasa ikut langkahan mereka apabila sampai ke bawah.

Pekerja membawa balak turun   

Saya bersama Husin dan Shuk tiba di Basecamp Sumbing hampir waktu Maghrib dan bersiap sedia untuk ke Tanah Tinggi Dieng atau Dieng Plateau. Jadual sebenar adalah ke Sindoro namun keletihan memaksa jadual dipinda. Kami bergerak menaiki Unser atau Kijang selepas penduduk tempatan selesai tahlil dengan mata yang sangat mengantuk. Tanpa disedari, kami semua tidur dan tiba Bu Jono Hotel pada pukul 2 pagi untuk menginap satu malam. Tanpa berlengah saya terus ke bilik dan terus sambung tidur. 

15 Mei 2009

Di puncak Gunung Sekunir 
Tasik yang dilalui kelihatan dari puncak 
Di puncak paling atas
#51
Video di puncak skunir

Seawal subuh kami solat dan bergerak ke puncak seterusnya tanpa Husin yang belum pulih dari kecergasan. Kami menaiki motorsikal ke kaki Gunung Sekunir dan bergerak selama 10-15 minit untuk ke puncak pertama. Pada ketinggian 2605 meter, pemandangan Gunung Sindoro dan gunung2 sekitar memberi gambaran ada kemungkinan ada yang kembali ke sini kerana ada lagi banyak gunung yang akan didaki. Kami bergambar dan rakan2 lelaki meneruskan ke puncak seterusnya cuma 15-20 minit. Di sini kelihatan jelas Gunung Sindoro. Selesai bergambar kami ke puncak paling tinggi dimana kelihatan tasik yang kami lalui tadi. Setelah berada dalam 15-20 minit kami turun dan pulang ke hotel untuk meneruskan perjelajah seterusnya iaitu ke Candi di Bukit Pangonan. Hanya Candi Gatotkaca yang bertahan manakala 6 yang lain semakin terhakis akibat perubahan suasana sekitar. Kami meneruskan perjalanan ke Kawah Sikidang yang terletak berhampiran. Kawah Sikidang merupakan tinggalan kawah yang akan membentuk kawah lain di sekitar setiap 8 tahun. 

Bergambar di candi

Salah satu Candi
video di candi

Kami kemudian ke Telaga Warna. Terdapat bermacam2 nama telaga namun ini merupakan yang paling cantik. Laluan menaki bukit dan apabila tiba di puncak kelihatan satu tasik bersebelahan dengan satu lagi tasik kawah. Pemandangan akan menjadi kabur apabila melihat warna biru dan kelabu di kedua2 tasik sebelah. Selesai ke Telaga Warna, kami bergegas solat jumaat berhampiran Hotel yang kami tinggal. Kami kemudian bergerak ke kolam mandi sulfur yang agak jauh dari sini. Terdapat suasana panas dalam dan luar pada kolam mandi. Kami semua tidak mengambil masa untuk mula mandi. Selesai mandi kami ke Kawah Sileri yang terletakdi Kabupaten Banjarnegara. Ia merupakan kawah paling merbahaya diantara kawah2 yang ada di Dieng. Semasa mendaki bukit berlaku kemalangan kecil antara kami. 

Di Kawah Sikidang
Video di kawah sikidang
Telaga Warna

Di Kawah Sileri

Kami pulang semula dan bersiap untuk ke kaki Gunung Sindoro yang terletak di daerah Temanggung di barat dan Wonosobo di timur. Peluang merasai Bakso tidak dilepaskan begitu sahaja. Selesai bergambar kami menuruni bukit dan tiba di Pekan untuk mencari rumah Pak Amin yang dikatakan pemegang kunci ke Gunung Sindoro atau bahasa tempatan dipanggil Kepala Desa. Kami tiba sebaik waktu maghrib dan sempat solat. Selesai solat makan malam disediakan sebelum perjalanan ke Gunung Sindoro bermula pukul 11 malam. Semua bangun agak lambat dan hanya 2 jam sahaja untuk tidur. Selesai doa selamat, Pak Amin berpesan supaya menjaga tingkat laku dan kami bergerak diiringi 3 orang penunjuk jalan. Dari cerita2 yang didengar terdapat kejadian ribut di puncak dengan suhu yang sangat sejuk dan harapan kami supaya dijauhkan dari keadaan tersebut.

16 Mei 2009  

Pada awalnya, kami mendaki mengikuti jalan raya. Semasa mendaki, terdapat sebuah lori lalu kami menaiki lori tersebut. Maka dapat la kami mengurangkan masa setidak2nya 45 minit dari masa sebenar. Kami tiba di kem 1 dan kem 2 yang tidak jauh darinya. Sehingga ke kem terakhir iaitu kem 3 yang tidaklah sebaik kem2 terdahulu, perjalanan mendaki diteruskan dengan suasana gelap dan sejuk. Terdapat banyak jalur2 samada ade setentang atau selari untuk ke puncak. Kami sempat berehat untuk memperlahan masa kerana mungkin tiba awal dalam keadaan sejuk dan masih gelap.

Dari puncak Sindoro kelihatan Gunung Sumbing

Perjalanan selama 6 jam berjaya dipendekkan ke 4.5 jam untuk sampai ke puncak pertama. Malangnya seperti di Gunung Sumbing, cuaca tebal dan tiada pemandangan indah dengan suhu sekitar mencecah 19 darjah. Setelah selesai solat subuh dan memakan apa yang dibawa pada hari terakhir pendakian, kami bergerak selama 2 minit lagi ke puncak yang rata pada ketinggian 3136 meter. Gunung Sindoro jugak disebut Sundoro atau Sendoro oleh penduduk tempatan memiliki kawah2 seperti Kawah Segoro Wedi dan Segoro Banjaran. Di sini kami perlu berjalan ke sekeliling kawah. Sambil memandang ke kawah dibawah sebelah kanan permandangan di kiri juga mengasyikkan. Apabila tiba di satu tempat, satu lagi pemandangan gunung2 sambil melihat Gunung Sumbing pula di depan kami. Gambar dipetik dan amat jelas bahawa kami dihidangkan dengan pemandangan yang teramat indah. Di depan lagi kelihatan perlu menurun dan kami tiba di satu kawasan lapang yang tidak kurang cantiknya. Untuk ke sebelah kami perlu turun dan naik semula dan terdapat satu lagi kawasan lapang pada ketinggian 3000 meter.  Suasana sejuk semakin hampir berubah ke panas dengan matahari semakin ke atas. Kami tiba semula setelah membuat satu pusingan. Selesai ke puncak yang antara paling luas dan paling cantik dengan berbagai2 warna-warni, kami turun semula. Pandangan kami tertumpu pula pada kehijauan gunung didepan kami setelah tidak dapa melihatnya semasa mendaki. 

Bergambar di puncak Sindoro
Kawah di puncak Sindoro 
Gunung2 kelihatan dari puncak Sindoro. Antaranya Slamet, Merbabu, Lawu, Parahu, Merapi dan Sumbing yang paling depan
Lompatan dari satu tempat dari 3 sudut berbeza 
#51
video di puncak sindoro

hasil usaha mereka yang bekerja keras demi sesuap

Apabila tiba di kem 1 kelihatan terlalu ramai pekerja2 ladang berusaha untuk menghantar ke lori. Saya yang agak keletihan dan lemah merasa seperti terdapat orang menjual makan tapi hampa. Kami meneruskan perjalanan ke jalanraya dan bercadang menaiki lori sama seperti mendaki semalam. Maka berakhirnya acara mendaki dan kami tiba di rumah Pak Amin. Selesai bergambar bersama Pak Amin, kami bersiap sedia ke Wonosobo dengan menaiki lori tersebut. Sebelum tiba di Sana kami singgah di tasik yang kelihatan dari puncak tadi namun pemandangan biasa sahaja maka kami meneruskan perjalanan ke Wonosobo. 

Di rumah Pak Amin sebelum ke Wonosobo

Di Wonosobo rumah tumpangan banyak yang penuh. Kami mengambil masa lama untuk mendapatkan bilik untuk bermalam. Selesai solat Maghrib, kami bergerak ke restoran berhampiran dan menjamu selera nasi padang. Selepas makan kami bersiar2 ke padang untuk melihat sesuatu yang menarik. Namun tiada yang menarik disini. Kami pulang dan tiba awal untuk bersiap ke Jogjakarta yang merupakan destinasi terakhir kami. 

17 Mei 2009
Mercutanda di Wonosobo

Selesai sarapan pagi, kami menaiki van yang disewa. Kamisinggah ke satu kedai untuk membeli barang2 seperti the untuk dibawa pulang. Perjalanan yang panjang menyebabkan pemandu berhenti rehat di Magelan. Kami tiba di Jogjakarta pukul 1 tengahari dan mendari barangan outdoor. Mengikut orang disekitar, terdapat 5 kedai namun kami sempat singgah ke 2 kedai sahaja. Kami bergegas ke Lapang Terbang Adisucipto awal untuk mengelakkan masa beratur yang panjang. Kami makan nasi padang sekali lagi sebelum masuk ke dalam balai menunggu. Sebelum berlepas, Apip membuka bicara petang sambil rakan2 kami menberi tahu bahawa perjalanan kami ini amat seronok. Kami menaiki kapal terbang dan tiba di LCCT pada pukul 8.30 malam. Saya tiba di rumah pukul 11 malam. 

Kedai Eiger di Jogjakarta. Dalam 30 kilometer dari sini berlaku gempa beberapa tahun lepas.

Sekian sahaja catatan perjalanan saya untuk kali ini. Kenangan sepanjang expedisi ini menberi isyarat kepada kami bahawa terdapat beberapa lagi gunung yang akan kami tahkluki suatu masa nanti. Sekian.. 

0 comments:

Post a Comment