Jalan-jalan Langkawi

Salam,

13 Ogos 2009

Seminggu sebelum berpuasa, saya bersama keluarga sempat bercuti ke Langkawi. Percutian yg dirancang sebulan sebelum memang tiada dalam perancangan. Pendakian bersama latihan teknikal ke Gunung Cantik dan Centok terlepas dilepaskan kerana persamaan masa.

Penerbangan AK5332 ke Langkawi adalah pukul 9.30 malam dan kami tiba sejam kemudian. Saya sekadar merancang menyewa hotel tanpa menyewa kereta kerana mengetahui banyak kereta sewa di sini. Namun akibat kelewatan, maka saya cuma berjaya menyewa kereta Iswara pada harga RM150 selama 3 hari setelah tawar menawar. Apabila memasuki ke perkarangan AB Motel di Pantai Chenang, didapati kaunter tutup setengah awal dan terpaksa mencari hotel lain. Kami bernasib baik bila berjaya mendapatkan resort bersebelahan iaitu Laggura Baron Resort dengan kadar Rm130 sehari. Kami segera bersiap dan tidur untuk memulakan perjalanan esok yang juga tidak dirancang.




14 Ogos 2009


Hari ini saya bangun lewat. Kami sarapan sambil makan tengahari dan merancang ke UnderWater. Sebelum tiba kami sempat ke kedai bebas cukai membeli coklat.



Tiba di UnderWater, didapati tiket dewasa adalah RM38 manakala kanak2 RM28. Belanja yang besar menyebabkan kami terlepas ke destinasi seterusnya. Tetapi terdapat seseorang yang menjual tiket potongan harga dan membenarkan kanak2 masuk.



Kami akhirnya dapat masuk dengan harga keseluruhan RM68.


Tiba di dalam, terdapat binatang2 seperti burung, ikan dan lain2. Kami melalui laluan penguin dan anjing laut. Selepas turun tangga, terdapat terowong kaca yang didiami oleh beberapa ikan pari gergasi.



Kami sempat bergambar di sana. Selepas tu kami berjalan ke depan lagi dan kelihatan ikan dan bentuk binatang ganjil terletak di dalam akuarium. Pada pukul 1 tengahari terdapat tayangan wayang berkenaan haiwan2 yang terdapat di Malaysia. Sesungguhnya banyak pengalaman yang dikutip sepanjang memasuki Underwater ini.




video di underwater

Setelah keluar dari Underwater, kami bergegas ke Makam Mahsuri yang terletak di tengah pulau berpandukan peta yang diberikan. Kami masuk dengan bayaran keseluruhan RM16 dan melalui balai sejarah Mahsuri tetapi tidak dibenarkan bergambar.






Di sebelah balai ada persembahan irama Malaysia. Kami singgah bergambar di rumah, telaga serta mini zoo. Terdapat beberapa penambahan dan pembaikan di sini. Selesai di Makam Mahsuri, kami daftar masuk di Hotel AB Motel kerana pembayaran awal sudah di buat. Saya sempat membuka komputer riba jika ada kerja2 pejabat yang tertangguh untuk disiapkan.



Dalam 5.30 petang, kami bersiap untuk mandi di pantai yang tidak jauh dari bilik. Anak2 riang mandi manda dan bermain pasir. Sebelum malam menjelang, kami balik ke bilik dan bersiap untuk solat.



Selepas solat kami bergerak untuk makan malam. Kami makan oblong burger dan chicken cop di kedai berhampiran. Selesai makan, kami singgah ke Pekan Kuah untuk pertama kali sambil membeli sedikit coklat di salah satu Kedai Haji Ismail yang mempunyai banyak cawangan berhampiran. Kami pulang ke AB Motel dan rehat untuk perjalanan keesokannya.

15 Ogos 2009

Kami bergerak awal untuk sarapan dan menuju ke Pekan Kuah. Sebelum ke Kuah kami singah dahulu ke Beras Terbakar. Di sini terdapat banyak kedai dan kami membeli pakaian menarik terutama jenis Glow yang bercahaya pada waktu malam. 

Sejam di sana, kami singgah ke Makan Purba sebelum sampai ke Pekan Kuah. Tujuan utama ke sini adalah mengambil kupon untuk menaiki kereta kabel di Gunung Mat Chincang. Kalau ke kaunter sana harga mahal namun apabila mendapat kupon di SyahKawi Holiday di Jeti Kuah, harga adalah 60 peratus dan mendapat diskaun separuh harga untuk kanak2 apabila membeli tiket di sana. Dalam perjalanan kami singgah di Masjid untuk solat dan membeli coklat lagi di kedai bebas cukai.


Lebih kurang pukul 3.30 petang kami daftar masuk pula di Twin Peak Resort yang terletak satu kilometer  dari pekan Kuah di jalan utama. Kami sekadar meletakkan barang dan bergerak menuju kereta kabel melalui Pantai Chenang.




Sebelum sampai lapang terbang, kami singgah untuk saya bermain go-kart selama 10 pusingan dengan kadar RM37. Selesai go-kart kami teruskan perjalanan. Saya sempat mengambil gambar di kawasan bot sebelum sampai di bawah kaki kereta kable. Suasana persekitaran sangat menarik dengan terdapat beberapa jambatan, tasik , haiwan2 serta kedai cenderamata. Perjalanan menaiki kereta kabel tidak lama. Kami tidak berhenti di hentian pertengahan sebaliknya terus ke atas. Kelihatan di kanan laluan plank didirikan sementara di kiri pemandangan laut dan gunung serta kelihatan bot2 yang kami lalu tadi.


















video lalu di atas 

Sebaik sampai, untuk ke laluan plank tadi kami perlu turun ke bawah. Di sini agak memenatkan dan ada yang gayat untuk sampai ke penghujung plank. Kami bergambar di sekitarnya sebelum naik semula. Hanya saya dan Zulaikha naik ke atas pada ketinggian yang sudah tertulis iaitu 710 meter. Hari Jumaat sehingga Ahad, tempat ini ditutup pada pukul 7 malam dan kami turun 20 minit sebelum tutup.  

Sebaik sampai di Hotel, kami solat Maghrib sebelum keluar lagi ke pasar malam untuk membeli makan malam. Kami membeli putu mayong, pulut campur durian, nasi arab, dan keropok lekor.


Sebaik selesai, kami pulang ke hotel dan mandi kolam pula sampai pukul 10 malam. Anak2 mandi puas lagi dan di arah makan sedikit dan tidur awal memandangkan waktu pagi esok perlu ke Pantai Chenang lagi.

16 Ogos 2009

Kami bangun awal dan sarapan di hotel. Kami bergerak ke Panai Chenang menunggu bot sampai. Harga bot adalah RM30 dewasa dan kanak2 RM20 maka jumlahnya RM110. Kalau di Syahkawi Holiday harga adalah agak mahal. Sebaik sampai kami diarah ke jeti berhampiran Awana untuk pusing pulau atau Island Hopping. Kami kurang persediaan dan membawa banyak barang.






Di dalam bot terdapat beberapa orang Eropah dan orang tempatan termasuk 2 rakan melayu. Bot membawa kami ke Pulau Dayang Bunting, Di pertengahan jalan bot berhenti dan menunjukkan disebelah kiri terdapat bukit berbentuk seorang wanita yang sedang hamil. Maka yang berkamera mengambil gambar tersebut. Kami bergerak lagi dan tiba di jeti untuk mandi dan diberi masa selama sejam. Di sini berlaku perkara yang tidak diingini dimana isteri saya telah diragut beg tangan. Mujur cuma ubatan yang diambil dan saya berjaya merampas semula tapi peragut hanyalah seekor monyet dari beberapa ekor lagi. Terdapat banyak monyet yang agak agresif. Pernah diberitahu ada yang pernah kecurian barang terutama yang membawa plastik. Laluan kami perlu naik dan turun untuk sampai ke tasik.







video dari kolam air

Terdapat ramai manusia di sini dan kami sempat mandi. Terdapat kolam ikan keli dan kolam untuk kanak2. Di kolam ikan keli kami boleh meletakkan kaki sampai dikelilingi oleh ikan2 yang agak manja.


Sebaik naik bot kami, kami dibawa ke satu kawasan di mana terdapat banyak sekumpulan helang. Sekali sekala helang2 ini akan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah 10 minit, kami bergerak ke satu pulau dan berhenti di pantai yang diberi nama Beras Basah.

Di sini kami mandi sehingga pukul 1 tengahari. Ada masa hujan turun. Saya dan beberapa rakan sempat menjumpai seakan gamat yang berbentuk semi bulat berwarna hitam tetapi diberitahu gamat adalah berwarna kelabu. 



Kami kemudian pulang ke jeti. Di jeti terdapat gambar kami diambil pada awalnya dan diletak pada piring sebagai cenderahati lalu dijual satu RM10. Kami membeli dan terus ke masjid untuk menukar pakaian dan solat. Kami kemudian bergerak dan makan di sebelah Daratan Helang di Jeti Kuah. Habis makan kami bergambar di Dataran Helang yang mempamirkan patung helang yang terkenal di Langkawi. Oleh kerana terdapat masa yang banyak maka kami singgah di satu kompleks berhampirang Grand Continental Hotel dan membeli coklat lagi. 


Apabila petang kami pergi ke pantai di sebelah lapangan terbang untuk makan cendol dan menikmati pemandangan petang dan melihat kereta kabel. Kata orang tempat ni popular juga. Kami juga makan laksa yang juga sedap.




Sebelum ke lapangan terbang untuk balik, kami menyusun barang. Kereta yang kami sewa ditinggalkan di tempat letak kereta sementara menanti pemiliknya muncul. Kami tunggu lagi dan masuk ke kaunter. Di dapati penerbangan pulang telah ditunda sejam dan saya terpaksa menelefon abang saya untuk memberitahu kelewatan yang tidak diundang.



Sampai di LCCT anak2 sudah tidur dan terpaksa dipapah salah seorang. Kami tiba di rumah pada pukul 2 pagi. Sekian perjalanan saya kali ini. Percutian ke Langkawi ini adalah yang paling indah kerana kami mengelilingi pulau dan membuat bermacam2 aktiviti bersama. Di lain masa kami ingin pergi jauh lagi ke percutian yang lebih menarik dan menggembirakan. 

Sekian.     


0 comments:

Post a Comment