Trans Aceh Medan

Salam,

Gunung Burni Telong. Foto Arey

Ulasan Ketua Ekspedisi Harini baru berkesempatan nak menulis  berkenaan trip Trans Aceh-Medan ni... rasanya semua dah pun tengok gambar-gambar dari sana, dengar coretan-coretan dari kawan yang pergi separuh mahupun full...:)

Secara peribadinya, saya sebagai ketua ekspedisi nak ucapkan tahniah serta berbanyak terima kasih atas sokongan semua yang menjadikan xpdc ni satu kenyataan. Tahniah kepada semua peserta yang mampu mengikut rentak samba, rentak kalut, rentak techno, rentak dangdut, rentak rock & macam-macam lagi rentak ketika ekspedisi ini dijalankan. Tanpa anda semua pasti trip ini tak sukses seperti adanya! :)






Perjalanan TAM ini penuh dengan ujian... bermula hari berangkat yang dilewatkan oleh pembatalan penerbangan, ditambah lagi dengan flight delayed, semuanya menjadi rencah ekspedisi kali ini. Namun satu persatu ujian (?) dihadapi dengan tenang, & penuh bersedia oleh para peserta & organizer (mungkin semua ujian ini sekadar menguji pengalaman & tindakan...Wallahualam)



Sampai di Aceh di sambut team Gainpala yang pernah berhubungan dan mendampingi Kak Leha semasa lawatan yang lalu. Walau kenal tak berapa lama, namun cepat menjadi mesra. 4 orang peserta yang sampai sehari lebih awal via Penang (shobrie, uncle usop, adzmin & taha) bersama 3-4 anak-anak Gainpala arRaniry girang menyambut kami di Airport Iskandar Muda Banda Aceh.

Di Aceh kami menginsafi akan kebesaran yang Maha Esa... melihat kepada kesan kemusnahan Banda Aceh ketika  Tsunami 2004, menambahkan iman tentang kewujudan satu kuasa yang maha hebat dari Sang Pencipta planet ini. Melihat Masjid Raya (Baiturrahman) yang tetap utuh ketika tsunami meranapkan seluruh bandar, kapal kargo yang mendarat 5km dari pantai, serta bot nelayan yang tersangkut di bumbung rumah menghadirkan satu perasaan teruja yang amat sangat... Ya Allah! Hebatnya pukulan tsunami ini... sampai begini sekali jadinya... penghujungnya hanya kata-kata, ' Subhanallah'..'MasyaAllah'.."Allahuakbar".













Kesempatan yang kami ada begitu terhad, 1/2 hari naik memusing Banda Aceh pastinya tak cukup. Apapun tetap bersyukur, dapat jugak jejak kaki kesana & melihat sisa-sisa tsunami. Malam kami solat jamak taqdim di Masjid Raya sebelum pulang ke sekretariat Gainpala. Sempat jugak beli pack dinner + durian Aceh untuk santapan malam. 

Jam 22:00, van yang nak membawa kami ke Takengon sampai di Sekretariat. Selesai loading barang kami terus menuju ke terminal van di Banda Aceh. Disebabkan pak supir tak berani letakkan beg di atas bumbung van, kami terpaksa berhimpit-himpit. Tapi setakat setengah jam mungkin ok, lebih dari itu sure ada yang KO...hehehe...kat situ kami di uji lagi, team OGKL 27 orang, pak supir 6 orang (campur yang co pilot), team Gainpala pengiring 7 orang. Jumlah kesemuanya 40 orang... aduhhh... mana nak muat ni... kapasiti satu van =12org, 3 van = 36 orang, tak termasuk haversack yang kalau ditotalkan akan menjadi 20org! :)

Saranan dari rakan disana, satu row duduk 4 orang...atau tambah lagi satu van.....2-2 options terpaksa di reject memandangkan perjalanan yang akan mengambil masa sekitar 7 jam ini selain akan meningkatkan budget. Keputusan yang nampak mudah tetapi sukar terpaksa dibuat "saya tak kisah berapa ramai yang nak ikut ke Burni Telong, tapi tolong pastikan untuk team OGKL, 1 row = 3 orang bagi tujuan keselesaan. Noktah! " Bergelut dengan situasi sukar, 3 rakan disana terpaksa di rehatkan oleh ketua Gainpala, Mayoung Alfin Syah. Yang jadi co-pilot terpaksa tidur di atas haversack peserta...








Jam 23:30 kami mula perjalanan dari Aceh & tiba di Kabupaten Bener Meriah, 6 atau 7 jam kemudian. Berhenti di hot springs sementara menunggu siang untuk ke kaki Gunung Burni Telong. Kena air panas yang menyegarkan kami meneruskan perjalanan ke Kota Takengon kira2 sejam++ dari situ untuk melihat Laut Tawar... seumpama ke tasik kenyir, begitulah pemandangan indah yang ada di Takengon, bezanya di sini ditepi danaunya ada sebuah kota yang padat dengan bangunan & penduduk. Sempat kami melihat sekitar wisata di Laut Tawar (masuk gua pun ada..) sebelum kembali ke Lampahan untuk pendakian Gn Burni Telong. Dari jauh sudah terlihat Gn Burni Telong yang nampak tajam & bergigi2 bentuknya...memang nampak gunung itu seakan ada kesan terbakar dari jauh!sambung... Part II



Pendakian yang di dambakan...

Ketika kami sampai di Meunasah Tangsaran (surau lama), di Desa Rembune, iaitu permulaan masuk ke Gn Burni Telong matahari dah pun tegak di kepala. Selesai berjanji dengan supir untuk menjemput kami keesokan harinya kami langsung bergerak menuju ke rumah kebun milik rakan pendamping kami. Rumah ini hanya sekitar 5minit dari surau lama itu. Disini kami mula membuat persiapan untuk mendaki..ada yang solat jamak, susun semula muatan haversack, melepas hajat, di samping para ibu yang sibuk menyediakan menu tengahari - roti pita!.. barang-barang yang tak mahu dibawa langsung ditinggalkan saja di rumah pekebun sayur itu..(lupa pulak namanya..).selesai semuanya, "sedap?..lazat? ayuh kita mulakan trekking.." dengan sedikit senaman poco-poco pimpinan tok gajah serta doa dari Syuk Abemu kami mula mengorak langkah menuju ke pintu rimba.

Menjadi orang belakang selalunya ada dua kemungkinan, samada beruntung atau pun kerugian...aku berada dalam situasi yang kedua bila tiba-tiba jer terpandang ada 2 biji khemah lagi yang tak dibawa..masih berada dalam haversack. Aduhai...terpaksa la memikul khemah ni lagi..dah la beg penuh dengan berliter-liter air sebab kat kemsite & puncak tiada air. Sudahnya Amad ambil satu khemah, aku pun ambil satu..mulalah berjalan mengikuti jalur kebun sayur & ladang kopi menuju ke pintu rimba..aku, Amad, Toim serta Tengik..trek menarik, cuma bebanan tu yang tak menarik langsung..apapun, lawan tetap lawan...pelan-pelan kayuh...

Menurut Mayonk Alfinsyah selaku guide, perjalanan ke kemsite hanya kira-kira 3-4jam bergantung pada kelajuan..kiranya taklah jauh sangat dah aku optimis semua orang boleh sampai sebelum gelap. Benchmark aku untuk pendakian ke Burni Telong tentunya Shobrie..:))



Melewati pintu rimba, perjalanan semakin mencanak...kayuhan makin lama makin lemah..tapi bila terdengar sahutan dari kawan-kawan yang diatas menaikkan semula semangat. Dalam hati berkira-kira "jauh lagi ke ni..macam takde chance nak kejar Shobrie jer.." jalan je laaaa....kejap2 melepak ngan amad..take five..mata asyik tengok jam, dah berapa lama mendaki...kurang 10minit ke puncak nampak Arey turun nak membantu kot-kot ada yang dah pewai..atas pelawaan Arey aku lepaskan jugak pikulan haversack tu dari bahu...kalo tak bagi nanti takut Arey kecik hati pulak! (hahahhahaa)..dan sampai di campsite macam biasa la, seperti yang aku jangka Shorie bukan main ketawa lagi bila tengok beg aku orang lain yang tolong pikulkan....macam menang loteri gayanya...aku gelak jugak la tengok gelagat dia tu...takpe..takpe..perjalanan jauh lagi, macam2 boleh jadi!


Beringat sebelum kena bahan...berjimat sebelum habis tenaga...

Dari campsite pemandangan Burni Telong tersergam indah depan mata. Nampak jelas jalur untuk ke puncak dengan rimbunan pohon2 bonsai serta taman edelwiess liar yang tumbuh melata. Namun pemandangan indah itu seringkali terhalang dengan kabus yang seringkali menutupi puncak gunung pada ketinggian itu. Selesai mendirikan khemah, serta persiapan diri para ajk dapur mula memasak untuk makan malam nanti. Semestinya menu istimewa untuk malam ke dua di Aceh...Sekitar jam 1730, muncul 4orang pendaki Aceh yang mempunyai tujuan sama, selesai bertegur sapa cara rakan gunung, mereka melanjutkan perjalanan ke gua kira2 sejam dari puncak Burni Telong.


Selesai makan kami teruskan malam itu dengan sessi suaikenal seperti kebiasaannya..Yang membezakan malam ini seperti malam2 lain adalah kerana ianya malam istimewa untuk rakan2 berkenal lebih mesra selain dari mengetahui lebih lanjut tentang diri masing2. Fokus malam itu terarah kepada sessi 'dari hati ke hati' jejaka dari Temerloh serta seorang gadis dari Bandar Rahman Putra. Sessi malam ini bukan setakat sessi biasa, tetapi juga terdapat elemen2 kasih sayang, cinta, serta pengharapan! Sokongan dari kawan2 lama serta baru menambahkan lagi perisa malam ini. Shobrie yang pancit bermula dengan perlahan (tu la sapa suruh gelakkan aku..), tapi bila dah panas bukan main sakan hinggakan menjadi wakil pihak lelaki..hahahaha..bukan setakat itu, kak fazid & uncle usop pun dapat gelaran baru - veteran perang...sekitar jam 2200 kami mula bersiap untuk tidur kerana akan mula mendaki seawal jam 0300am.

Menuju puncak...........












Pagi itu semua bangun dengan bersemangat untuk menawan puncak pertama di Aceh. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 0415 pagi. Memang ada sedikit tentangan pada awalnya, namun kesemuanya kelihatan bersedia dan penuh yakin untuk menakluki Burni Telong. Ketika ini bila memandang ke atas nampak cahaya headlamp yang bersusun dalam satu barisan panjang seolah-olah mendaki Gn Kinabalu. Selepas hampir sejam setengah kami sampai di gua batu. Kelihatan rakan-rakan pendaki Aceh yang berempat itu masih lagi lena diulit mimpi. Sambil menantikan rakan-rakan yang jauh di belakang, kami mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah, makan snek serta melelapkan mata. Seperti dijangka langit tak selalunya cerah...giliran Shobrie termengah-mengah sambil diawasi oleh Tok Gajah untuk sampai ke gua (hahahahaa). Uncle Usop yang diam2 ubi diletakkan di bawah pengawasan Adzmin. Disitu semuanya menarik nafas panjang sebelum bertukar ke mode kayuhan terakhir atau summit attack! Menurut Mayonk hanya kira-kira sejam dari situ kami akan sampai ke puncak Burni Telong. Perjalanannya semakin curam, namun semuanya boleh diatasi berkat keazaman. Yang menjadi halangan hanya di satu kawasan berhampiran gua dimana semua peserta perlu memanjat dan menggunakan tulang empat kerat untuk ke atas. Yang tersangkut agak lama hanya Azreen..namun atas bantuan (???? hahaha) Acong halangan ini berjaya di atasi dengan sempurna!

Alhamdulillah, kumpulan pertama OGKL tiba di puncak Burni Telong sebelum terbit matahari. Hafez atau Baby Mod melaungkan azan disini seterusnya kami menunaikan kewajipan kepada Maha Pencipta. Sungguh, tanpa kekuatan serta kesempatan yang diberiNya, nescaya kami belum tentu akan sampai kesini. Aminnn..ya Rabbal Alaminnnn...Semua selamat sampai ke puncak sekitar jam 0700. Bagaimana pemandangan dari atas ini?? Memang indah, memang mengagumkan...kami melihat kepulan awan dan kabus di bawah kami, melihat gunung2 yang berbalam balam dari kejauhan, nampak Danau Laut Tawar di sebelah Takengon juga keseluruhan Kabupaten Bener Meriah! Mungkin boleh meminjam tagline Konsert Search disini..."Berbaloi-baloi" pemandangan 360darjah dari puncak Burni Telong. Suhu sekitar 12darjah Celsius dengan tiupan angin yang kencang membuatkan semua pendaki menggigil kesejukan. Namun itu bukan halangan untuk semua bergembira di puncak dengan sessi bergambar samada secara solo, berduet mahupun berkumpulan. Hanya selepas 2jam di puncak baru kami melanjutkan perjalanan turun. Masih ada 2 gunung lagi yang perlu kami tawan - Gn Sibayak & Gn Sinabung di Medan.

Perjalanan turun merbahaya dengan trek berbatu yang boleh mengelongsor bila- bila masa.Macam tak percaya beberapa jam sebelum itu kami naik melalui trek yang sebegitu curam dan berbahaya. Merasa jugak tergelincir 2-3kali...tak seperti semasa mendaki, perjalanan turun aku, Saf, Rabia serta cewek Gainpala (lupa lak nama dia..:)) mengambil alih tempat di hadapan. Semua peserta turun ke campsite dengan selamat seterusnya menurunkan khemah serta flysheet untuk persiapan pulang ke Desa Lampahan.

mula turun 
sampai di Medan





di berastagi pusat jualan terkenal


putri sibayak



kesah kehilangan barang masing-masing semasa tidur ... ada hilang kamera, kasut bah kan duit




Perjalanan melebihi kebiasaan......jauhnya Aceh nak ke Medan.....

Kami sampai di madrasah lama kira2 jam 1330 tengahari. Supir-supir van telahpun menunggu kami untuk menempuh perjalanan seterusnya ke Aceh. Sekitar jam 1400 kami mula bergerak meninggalkan Gn Burni Telong dengan perasaan puas. Aku terus menghubungi kenalan kami di Medan untuk mengatur pendakian berikutnya. Menurut supir, perjalanan kami ke Medan akan mengambil masa sekitar 10jam. Jesteru, selesai membayar permit atau karcis pendakian juga makan tengahari di Desa Lampahan kami meneruskan perjalanan ke Medan..sebelum itu sempat juga singgah mandi di sebuah jeram dalam perjalanan kesana. Jadi lah mandi koboi pun...asalkan tak berbau hapak dalam perjalanan 10jam!

Sampai di Lhoksuemawe sebelum gelap, kami singgah menurunkan Mayoung dan team Gainpala yang lain.Menurut Mayonk mereka akan bermalam dirumahnya sebelum kembali semula ke Banda Aceh. Walaupun kami hanya bersama mereka hanya 3hari 2malam, namun segala budi baik serta keramahan mereka membuatkan aku berazam untuk kesana lebih lama lagi satu hari nanti. :)..pendekata, orang-orang Aceh..BEST! Begitu juga pak supir yang bercerita tentang perihal dirinya masa Tsunami melanda Aceh, sungguh menyedihkan dan menginsafkan...

Perjalanan seterusnya melalui Aceh Utara, Aceh Timur sebelum memasuki Medan. Memang terasa sangat jauhnya perjalanan kami ke Medan. Boleh dikatakan semua peserta terjaga, tidur, terjaga, tidur dan terjaga namun destinasi masih lagi jauh dari yang disangka. Memang Trans Aceh-Medan ini bukan tantangan pada pendakian, namun lebih kepada perjalanan menaiki van. Tiada keraguan tentang itu - that's the journey beyond the limits! Yang pasti kami sampai di Kota Panton Labu, Aceh untuk makan malam sebelum meneruskan lagi perjalanan. Dek risau kena sembelih oleh tuan kedai/restoran yang curang dalam urusan, rata-rata mengambil keputusan untuk makan ikut selera serta berpecah dari kumpulan. Aku, Shobrie, Saf dan Adzmin sempat minum dan makan di sebuah restoran yang sama begitu juga Nisa dan Azreen yang nampak berselera berselang meja. Begitupun, tak sama enaknya dengan apa yang selalu kita makan disini....;)

Sedang asyik melayan laluan berliku, sempit mahupun lebar ke Medan, aku sempat bersms dengan kenalan di Medan untuk menguruskan penginapan kami disana yang dijangka sampai sekitar jam 0100 atau 0200 pagi. Dalam perjalanan juga beberapa kali van kami ditahan oleh pihak berkuasa memandangkan van itu datang dari Aceh dan dikatakan terkeluar dari laluan yang sepatutnya.. namun sekali lagi 'wang pelinciran' menjadikan perjalanan ini lancar...:)) Alhamdulillah setelah lebih 10jam berada dalam van kami sampai dengan selamat ke Labana Inn, Medan...


mandi dulu 
di kaki gunung sinabung 



puncak sinambung pukul 9 malam 


jalan-jalan ke danau toba 





melawat saudara sebelah mak... kata nya nenek mereka dan nenek kita adik beradik 



sessi penyerahan wang sebab banyak sangat tak tidur di homestay dan banyak tidur dalam bas 
kami pulang

p/s nama serta watak yang disebutkan adalah benar semata2...cuma mungkin berlaku sedikit kekeliruan dlm menamakan watak-watak tersebut..almaklumlah..dah dekat sebulan baru nak mengarang semula...
Salam mesra,-deeno-

0 comments:

Post a Comment