Gunung Gerah-Bilah-Bieh-Belatoh

Salam,

Ni catatan dari ketua program sendiri , Deeno dan kebanyakan gambar dari acong

Catatan pendakian extreme 4 puncak …Gn Gerah – Gn Bilah – Gn Bieh – Gn Belatoh 

Prolog: 

Aku dah banyak melalui trip-trip mendaki yang hardcore sebelum ni namun pendakian extreme ke Gn Gerah-Gn Bilah-Gn Bieh-Gn Belatoh baru-baru ini meninggalkan kesan yang amat mendalam buat aku, ianya tidak seperti pendakian-pendakian lain sebelum ini (tidak sehingga aku ke Apad Runan.). Terlalu banyak pengalaman berharga yang aku kutip samada secara langsung atau tidak langsung dalam trip ini.Bukan kerana namanya ekspedisi extreme, tetapi ianya kerana kesan yang timbul akibat ekspedisi itu sendiri. Antaranya melihat semangat kental semua peserta yang tak pernah kenal erti mengalah, semangat setiakawan yang utuh, kesungguhan dalam mencapai misi, serta ‘kegilaan’ terhadap gunung & cabaran itu sendiri. 

Dengan kekuatan seramai 20orang dengan 5 orang serikandi dan selebihnya hulubalang-hulubalang yang gagah & setia, diketuai oleh ketua hulubalang dari Kg Agik, ekspedisi ini sukses dalam mencapai tujuan & matlamatnya! 

Hari Pertama (11hb Feb 2010) 

Jam 7pm aku masih lagi di cybercaf√© Seksyen 2 Shah Alam menyiapkan tugasan yang diminta oleh bos aku. Sempat jugak la aku turun ke kedai printing di bawah tu untuk buat tag bagi trip kali ni.Sampai di rumah sebelum jam 8pm aku terus jer ambik Kasih dan pecut ke LCCT. Saf & adik ipar serta kawan dia dijangka sampai dari Bandung sekitar 8.30pm. Waktu aku tiba disana dia dahpun selesai urusan bagasi. Terus load semua barang dan meneruskan perjalanan ke KL Sentral. 

“Kita nak kemana ni bang?” Tanya Saf, “ala ikut jer laa…abg nak submit benda ni pada boss, sepatutnya jumpa dia petang tadi, tapi ada problem pulak, tu yang lambat” balas aku. Sekitar jam 9.30pm aku sampai di KL Sentral dan terus jer dropkan tugasan tu pada pak guard yang berkawal kat Condo boss aku tu..fuh lega! Walaupun sebelum tu boss aku dah bising-bising tak kasi cuti hari jumaat tu…arghhh! Apa-apahal pun aku jawab lepas trip ni ..desis hati aku.. 

On the way ke Shah Alam lepas sorang-sorang yang sms & call aku..aku Cuma bagitau berkumpul di YZ jam 10pm..bergerak ke Lasah paling awal jam 11pm.Jadi, paling lambat boleh jadi jam berapa sekalipun! Hehehe..sms dari Arey selaku ketua xpdc kali ni buat aku risau kejap..katanya anak dia dihospital jatuh tangga & gigi patah..tak tentu boleh pergi atau tak..aku balas, utamakan apa yang utama dulu..yang lain tu kemudian cerita..kita jumpa di YZ nanti… 

Hantar Saf & Kasih ke rumah mertua aku terus balik kerumah untuk last packing…semasa nak keluar rumah dah pukul 11 lebih Bulat sampai pass kan surat-surat untuk kelab. 

Bulat: “Aku call tak angkat pun…ko kemana tadi?” 
Aku : “aku kat atas tadi..hp tinggal bawah..tengah setelkan packing laa” 
Aku : “ Bul, Gerah punya pukulan teruk tak??” 
Bulat: “ Ala biasa jer..ko layankan jer trek tu….hehehe” 

Dari jawapan dia pun aku dah tau boleh tahan azab kat Gerah ni nanti…kalau tak takkan dalam trip 4tahun lepas ada yang muntah on trek! hahaha 

Singgah di umah mertua, ambil ayam & daging yang siap digoreng & direbus serta selesai bersalaman dengan isteri, anak-anak serta keluarga aku pun memulakan perjalanan ke YZ. Baru sampai di Petronas dekat umah tu, Saf dah call katanya nak tukar kereta, takut nanti trip ke Kuantan sempit kalau guna Kenari..terpaksa la tunggu dia datang tukar kereta.. 

Sudahnya sampai di YZ sekitar 1230am…ketika ni rakan-rakan yang mengantar pun dah ramai yang balik.Yang masih ada Kak Leha, Arey & family, muzammil serta 2-3 orang lagi yang aku tak berapa ingat malam tu. Arey confirm tak dapat turut serta, secara automatiknya aku jadi pengarah program kali ni…dah ada terdengar suara-suara yang mengeluh masa tu…hahaha…selesai aku, Arey, Kak Leha memberi taklimat serta dipanjangkan dengan doa untuk selamat perjalanan dari Yassir kami memulakan perjalanan ke Lasah pagi itu… 

Hari Kedua (12hb Feb 2010) 

Aku : “Pak Sheikh! Ko drive dulu boleh? Aku mengantuk laaa..tak cukup rehat arini” Yassir: “Uisshh! Aku pun mengantuk giler ni…bagi chance aku tidur dulu, kang ganti pulak” 
Aku : “Ok..kang sampai Sg Buloh ko drive pulak yer! Hahahaa” 

Berderai ketawa satu kereta dengar statement tu….leka bersembang, hilang rasa mengantuk Pak Sheikh dan aku…si Hadri & Rabia terlena macam kat umah jer…. 

Sampai di R&R Tapah seperti dijanjikan kami singgah untuk makan-makan serta tapau breakfast untuk pagi tu. 

Aku lebih dahulu bergerak meninggalkan R&R Tapah untuk ke Ipoh terlebih dahulu. Sepatutnya aku mengambil adik ipar yang bertugas di Maktab Tentera Udara, Ipoh sebab dia nak gunakan kereta semasa cuti CNY nanti. Dah keluar di Ipoh jumpa adik aku Meme yang kerja sementara di KFC..sempat jugak la Pak Sheikh tapau KFC untuk sarapan pagi tu. On the way ke Maktab Tentera Udara, jenuh call adik ipar tu tapi takde jawapan..hemmm..sah tidur mati ni! Aku ambil keputusan untuk terus ke Lasah..apa-apahal pun aku akan setelkan di Lasah nanti. 

Kami sampai di Masjid Kg Lasah sekitar 5am..ramai yang ambil kesempatan untuk meluruskan badan menempuh perjalanan jauh pagi tu. Kira-kira jam 6am terdengar bunyi 4WD masuk ke kawasan masjid, rupanya 4wd yang pertama dah pun sampai sebab janji sebelum tu nak masuk Pos Kermar jam 5.30am. 

Call Ah Hee, katanya dia masih di Pekan Sg Siput hantar isterinya. Dalam setengah jam baru sampai. 
Selesai solat subuh berjemaah kami mula pembahagian ration, packing serta bergerak ke kedai Ah Hee untuk parking kereta disana.Pagi ni adik ipar aku baru call & aku suruh dia datang ke Lasah untuk ambil kereta.Kuncinya awal-awal lagi diserahkan pada saudara Ah Hee yang menjaga kedai tu. 

Trip kali ni ngam-ngam 2 buah 4wd, jadi mudah kerja, satu 4wd 10 orang. Selesai load semua haversack kami memulakan perjalanan 3jam dari Lasah ke Pos Kermar sekitar jam 8am. 

Satu jam pertama menempuh perjalanan ke Pos Kermar memang meloyakan.Dengan pemanduan seakan-akan menyertai Rali Dakar oleh Ah Hee memang menambahkan rasa loya dan pening untuk semua yang duduk di belakang. Masuk je jam yang kedua dah ada yang mula muntah.Tapi seperti dijanjikan biarlah apa yang berlaku pada masa tu habis pada trip tu jer dan tidak dipanjangkan keluar sini! ;)…Cuma masa ni nama Shuk Abemu naik kembali mengenang kisah-kisah pendaki yang tertewas menggunakan 4wd sebelum ni. 

Kami sampai di Kg Lerlar ketika hampir tengahari. Hajat untuk masuk melalui Kg Selangit tak kesampaian kerana menurut Ah Hee takde orang lelaki di kampung Selangit pada waktu tu.Kebanyakkannya pergi berkebun dan berladang. Pilihan kedua, masuk melalui Kg Lerlar. Selesai unload semua barang dan berjanji dengan Ah Hee dan Lee untuk menjemput kami pada hari Rabu nanti, kami memulakan perjalanan ke Kg Agik diketuai oleh Angah yang merupakan kali ke2 beliau kesana. Aku mengarahkan agar berhenti di sungai terdekat untuk makan tengahari sebelum melanjutkan perjalanan ke Kg Agik. 

dalam perjalanan ... sikit lagi
Selesai solat, makan serta persiapan diri kami memulakan langkah perwira melalui trek yang sama untuk ke Gn Ulu Sepat. Laluan yang sedikit menaik, melalui lereng-lereng bukit, sungai dan kadangkala landai memang baik untuk warm up pendakian ini. Dalam hati aku awal-awal dah set kali ni nak trekking 2 jam baru nak take 5! Tak perlu laju-laju, pelan-pelan kayuh asal sampai ke tujuan..Dalam perjalanan kami turut terserempak dengan anak-anak muda orang asli yang bermotosikal baru keluar dari menembak ikan. Dalam hati rasa macam nak mintak diaorang hantarkan ke simpang Gerah jer…tapi apa barang trekking naik motor kan?? 

makan tengahari dulu

Sampai di Kem Simpang Gerah dah pun sekitar pukul 4pm. Kami berehat sebentar sambil Angah dan Yassir memastikan simpang sebenar ke Gn Gerah. Menurut pengamatan aku yang dah 2kali ke Ulu Sepat simpang tu masih lagi jauh di hadapan, namun dah lama tak kesana, boleh jadi ada jalan lain nak ke Kg Agik.Aku mula bergerak bersama Azroy menuju ke simpang lama melalui Bkt Bongok, beberapa ketika Yassir sampai dan meminta aku dan Roy berpatah balik ke Kem. 


Yassir : “Hoi! Patah balik!!, tadi aku tanya orang asli yang tinggal sebelah sungai tu, dia kata boleh naik ikut kem tu…ada trek terus jer naik ke bukit tu, habis bukit jer terus menurun ke Kg Agik” 
Aku : “Betul ke ni Pak Sheikh? Tak silap aku simpang tu depan lagi, tapi kalo ikut tu lagi dekat lagi bagus…dia kata berapa lama nak ke Kg Agik??” 


tengah buat keputusan
 

Yassir : “Kata orang asli tu kalau bergerak sekarang paling awal pun boleh sampai dalam 7 lebih…tapi tu kata dia la, kalo ko tak percaya boleh tanya lagi sekali” 
Aku : “Kalo dah gitu tak payah tanya la, aku percaya kat ko…kita layankan ajer trek tuu” 

Sampai jer di kem tadi masing-masing dok tolak-tolak sapa yang nak lead dulu.Arghhh! sapa-sapa pun boleh lah asalkan sampai ke Kg Agik. 

Untuk sejam yang pertama, trek tu memang mencanak dan takde bagi kesian langsung. Jenuh masing-masing mengayuh dah tu pulak yang depan mula menebas dan buat marking disebabkan trek yang dah tertutup.Mungkin dah lama orang tak gunakan trek ni kot..getus hati aku. Jam dah pun hampir pukul 7pm tanpa menunjukkan tanda-tanda kami akan sampai ke permatang. Kami berhenti seketika menghormati waktu maghrib sambil mengenang pukulan bukit (ke gunung?) nak ke Kg Agik tu. Kata Angah, “ini jalan lain bang, bukan trek melalui Bkt Bongok tu….” Aku check GPS memang bukan pun…tapi takpelah, mungkin ni laluan alternatif diaorang ke sana. Jadi, jawab je lah trek ni sama-sama! 

bukit bongok memang kejam

Meneruskan perjalanan yang makin curam sehingga 80-85darjah memang memeritkan.Dengan segala bebanan di belakang silap haribulan boleh terlentang ke belakang di buatnya. Sehinggalah sejam setengah berikutnya baru kami sampai di puncak bukit tu, barulah semuanya menarik nafas lega. Tapi satu masalah pulak timbul bila Pak Sheikh serta skuad penebas lain dah pun terlajak ke depan. Satu hal pulak nak memanggil semua berpatah balik ke puncak bukit yang aku katakan Bukit Tobat tuu… discuss dengan Sheikh tunjukkan dia map & bacaan GPS dia akur untuk mengikuti trek sebelah kiri menuju ke Bkt Bongok. Aku katakan pada Sheikh aku yakin jalan yang depan pun boleh membawa ke Kg Agik, namun mungkin kita terpaksa menebas lebih daripada kita melalui Bkt Bongok. Masing-masing akur dengan keputusan itu dan mula mengatur pergerakan memandangkan hari semakin malam. 
Yang lain masih lagi take five apabila skuad penebas mula bergerak ke Bkt Bongok. Dalam asyik bergurau senda muncul Aerol yang memikul 2 haversack, dengan penuh kepayahan. Rupanya Angah mengalami kecederaan di bahagian ‘ankle’nya semula. Namun menurut Aerol mereka berada tak jauh di belakang. Lega sikit mendengarnya. 

Aku mengarahkan yang lain utk terus bergerak manakala beberapa orang yang biasa menjadi sweeper menunggu rakan-rakan yang masih ketinggalan. Melalui permatang Bukit Tobat ke Bukit Bongok tak begitu sukar, namun sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai kami terpaksa melelapkan mata dalam keadaan bersepah di trek tu. Amir dan Pak Sheikh berpatah balik untuk melihat keadaan rakan-rakan di belakang. 



Hari Ketiga (13hb Feb 2010) 

Jam 12am perjalanan diteruskan, dan kami sampai di Bkt Bongok sejam kemudian..dari sini perjalanan mula menurun daripada sedikit landai ke semakin curam.Ketika ini aku, Pak Sheikh, Cikgu Rosli, Angah dan Rabia berada di barisan hadapan. Perjalanan menurun bukit ini boleh tahan menyiksakan, kami terpaksa bijak menggunakan brek dari masa ke semasa bagi mengelakkan tergelincir. Sampai satu ketika, trek semakin jelas namun marking semakin berkurangan. Rupanya Cikgu & Yassir dah pun mengambil keputusan untuk tidak meletakkan marking kerana trek yang semakin lebar serta jarak yang semakin hampir ke Kem Agik. 


Jam 3.30am kami sampai di kebun jagung bersebelahan Kem Agik. Kami perlu melintasi Sg Agik sebelum sampai ke kem tersebut.Sedang aku sibuk meninjau kem, terdengar jeritan wanita. Rupanya Rabia tergelincir kedalam sungai dan menjerit sandalnya hanyut. Itu dia! Hadiah dari Kg Agik di kala dinihari! 

dah pagi masih senyum lagi

Selesai set-up tempat untuk bermalam, team dapur halal yang diketuai Nina serta crew-crewnya, mula sibuk membuat persiapan untuk makan malam (?) serta sarapan pagi. Kami masih lagi menunggukan gerabak yang belakang sekali. Tapi aku tak berapa risau memandangkan semua yang pergi untuk trip ni semuanya berada dalam kelas tersendiri! Semuanya fit, tahan OT, tahan maki, tahan caci, tahan keji & segala tahan lagi dan lebih penting sentiasa bertindak mengikut arahan! 




kg agik

Sekitar 5am barulah kedengaran suara rakan-rakan yang di belakang, antara lena dan sedar, aku terdengar tentang ngomelan Ramli pada Nina; “apa la orang depan langsung tak marking dah dekat-dekat nak sampai tadi , kitaorang sampai konpius jalan yang mana, aku siap azan lagi tadi tau, aku tengok ada marking setakik-setakik je pada pokok, tapi rasanya bukan marking Cikgu Rosli sebab dia takik tiga!” 


Sempat jugak aku menyampuk “awal ko azan subuh pagi ni Ramli..orang depan dah malas nak marking laa..malas nak keluar parang..takik satu tu memang marking Cikgu Rosli pun..dia dah penattttt..hehehe” Walaubagaimanapun aku bersyukur semuanya selamat sampai ke Kg Agik walaupun melalui seribu kepayahan…kata nak trip extreme dan hardcore! Dapat habuan awal! :) 


Pagi tu memang damai di Kg Agik, matahari terbit dengan sinar yang terang, unggas-unggas rimba bersahutan menyambut riang kedatangan hari baru. Ramai yang masih berada dalam sleeping bag saat aku mula bangun untuk merancang perjalanan seterusnya pagi itu. Angah : Bang, nak ikut trek mana dulu? Trek Kem Sarsi ke trek Kem Nyamuk? Aku : “Mana yang bagus & senang?” Angah : “Kalau nak senang ikut Kem Sarsi, tak banyak pacak, tapi jauh…kalau Kem Nyamuk jalan semak sikit, kena tebas, trek pulak pacakkk” Aku : “Mana-manalah Angah, asalkan sampai sudah, tapi bagusnya kalau trek yang tak banyak kena tebas. Karang tengok-tengok kan kalau ada Pak Uda suruh dia jer bawak kita. Lagi senang kalau dia tebas” 

Sedang Angah sibuk meninjau trek dan yang lain-lain tengah membuat persiapan, muncul sorang orang tua yang aku tengok familiar (dalam gambar laa..) kat sebelah pagar buluh tu.Senyum jer dia tengok kami semua. 

Aku : “Ni Pak Uda ke?” 
Pak Uda: “Iye Pak Uda. Nak ke mana?” 
Aku : “Bagus Pak Uda datang sini, baru ingat nak ke rumah Pak Uda nak mintak jadi guide ke Gn Gerah. Boleh ke agaknya?” 
Pak Uda : “Boleh syajer kalo lutut ni kuat...dah lama tak naik ke sana..dengar pagi tadi bising-bising 2pg tadi..tu yang yek (saya) turun tengok ni….” 
Aku : “Owh, pagi tadi sampai 330pg la Pak Uda, yang belakang kul 5pg..tak tau la pulak jam Pak Uda tak sama dengan kami…hahaha” 

Selebihnya berkisar pada perbualan aku tentang trip Ogkl yang terdahulu serta misi kami yang terkini menakluki empat puncak. Katanya dia tak pernah ke Gn Bilah, aku kata bawa saja kami ke Gerah dulu, selebihnya kita usahakan bersama. Selepas mencapai persetujuan tentang harga serta perjalanan kami, Pak Uda terus minta diri untuk bersiap. Aku yang dah memang sedia dari pagi terus jer mengikut Pak Uda melewati kebun ubi kerumahnya di atas bukit tu. Melihat rumahnya yang di buat dari buluh serta jaraknya yang memang jauh terpencil mendatangkan rasa kagum dalam hati aku, betapa kentalnya hati dan jiwa sesetengah manusia yang masih memilih hidup terasing dari dunia luar. 

Memandangkan hari sebelum itu kami OT sehingga jam 5am, hari ini kami bermula lewat sekitar 11.45am. Menyusuri jalan Kg Agik melintasi beberapa sungai yang jernih airnya seakan satu terapi untuk jiwa pendaki seperti kami. Di Kg Agik ini hanya tinggal sekitar 5-6 buah rumah sahaja lagi yang masih ada disana yang rata-ratanya didiami orang tua yang sudah sebati dengan hidup terpencil. Hanya ada dua keluarga yang dilabelkan Pak Uda “orang short” atau tak berapa betul kerana tidak mahu tinggal berdekatan antara satu sama lain dengan penduduk Kg Agik.Namun demikian mereka masih lagi mempunyai ikatan persaudaraan. 



Sampai dihujung kampung, trek semakin semak serta banyak ranting-ranting serta dahan reput yang jatuh menghalang laluan. Kelihatannya Pak Uda dengan penuh selamba melibas parang ke kiri kanan membersihkan trek yang akan kami lalui.
Aku: Pak Uda, jangan laju sangat..pelan-pelan sikit..tapi kita target berjalan 2 jam baru berhenti makan..ok tak?
Pak Uda: Hemmmm…(sambil senyum sinis) J
Melalui lereng bukit memang membosankan, kalau tak hati-hati boleh jatuh ketebing curam. Jam yang pertama semuanya berjalan rapat-rapat, terdengar macam-macam yang dibualkan. Masuk ke jam yang kedua dah ada yang mintak take 5.. tapi tak dilayan.Aku cuma jalan ikut rentak Pak Uda, mana yang perlu marking aku markingkan bagi memudahkan orang belakang mengesan trek yang betul. Sampai 1jam 45minit, baru aku tengok pak Uda berhenti di tengah sungai kecil, ambil daun, lipat sikit mcm bekas air, sauk air terus minum. Dalam hati aku ‘Wah hebat orang tua ni, dah nak dua jam baru minum sikit…’ 
Aku: Pak Uda, depan ada tempat lapang tak? Boleh kita berhenti makan..
Pak Uda: Dah dekat dah..depan sana jer…dah 2jam ke kita berjalan?
Aku: Dah dekat la  2 jam, budak-budak pun ramai yang dah jauh di belakang
Pak Uda: Kita tunggu di syane jer la yer…
Adusss..pak Uda ni, sekali dia memang target 2jam jugak laaa….yang di belakang aku antaranya Nina, Rabia, Cikgu Rosli, Wan Pojie dah mula cari port nak landing..tak tahan woooo…J Ada jugak yang masa ni dah bukak pack lunch sebab tak tahan lapar. Tu diaaa….baru hari yang ke2 dah dapat habuan…hehehe.Sesuai dengan namanya,trip ni yang betul-betul kejam….jalan dah laju, berenti pun kurang, tp tak sampai2 ke destinasi! Hahaha. Apapun kami berhenti di satu kem ditepi sungai tu.  Kata Pak Uda, lepas ni landai sikit lepas t uterus naik, naik, naik…
Kami habiskan masa dalam 1jam untuk makan & solat di situ.Sempat juga Pak Uda dan aku mencabut sebatang pokok tongkat ali. Cuma yang ralatnya tentang tongkat ali ni aku tertinggal kat situ sebab tak jangka turun nanti tak melalui trek tu.. 
Langkahan bermula agak perlahan selepas itu..maklumlah selepas rehat serta makan nak panaskan enjin semula bukan senang. Masa tu yang mana slow semua dikerah kedepan.Tujuannya supaya diaorang ada masa untuk menjarakkan diri dari rakan-rakan yang lebih pantas. Sampai di bukit yang pertama ramai yang mula ‘sangkut’ bahkan ada yang sempat ‘memerut’. Setelah hampir 2jam berjalan naik dan naik, kami sampai di permatang yang merupakan border Perak – Kelantan.Menurut Pak Uda permatang ini merupakan tempat orang-orang asli menangkap burung hutan samada untuk dijual mahupun dimakan. Memang terdapat kesan-kesan tempat berlindung serta ‘tangga’ dibeberapa pokok yang terdapat disitu. Disini kami mengambil kesempatan untuk berehat sementara menanti rakan-rakan yang jauh di belakang.

Ketika inilah timbulnya cerita Geng Kura-Kura dan Geng Arnab dalam ekspedisi ini. Geng arnab biasanya akan bergerak pantas sebelum berhenti untuk menghisap rokok dan melepaskan lelah..manakala geng kura-kura ini walaupun perlahan pergerakannya konsisten tanpa banyak berhenti…J Apapun aku tak ambil peduli, lambat atau cepat tak kisah asalkan sampai ke destinasi! Hahaha
Nampaknya harapan untuk terus ke puncak semakin kabur memandangkan hari semakin gelap dan kami masih belum sampai ke Kem Sarsi. Waktu Maghrib, kumpulan kami telah pun terpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Disatu ‘port’ rehat aku duduk  ditemani Angah, Rabia, Adzmin & Yasir
Yassir: Sapa ada makanan?
Aku: Aku ada..buah ni jer lah! Nah! (sambil tunjukkan & lontar pada dia buah hutan yang sebijik macam buah lai tu)
Yassir: Pisau ada pisau??
Aku: Pisau takde la..dalam beg..
Yassir: Arghhhh! Kira halal jer lah…(sambil gosok-gosok buah tu kat baju..)
Masuk jer kemulut, baru gigit sikit, pak Sheikh dah meludah! Ptuihhhhhhhhh!!! Ptuihhh!  Masa ni aku, dan lain-lain memang dah tak boleh tahan dah..ketawa bagai nak rak!
Yassir: Buah apa ni??!! Masam giler!!!
Aku: Entahla, aku pun taktau…aku jumpa kat trek tadi..nampak macam buah lai jer saja aku ambil buat ‘umpan’ pada orang-orang yang lapar! Hahaha
Yassir: Takpe..takpe….korang gelak la…nanti tau laaa….(sambil senyum tak puashati)
Memikirkan tentang bahaya serta risiko berjalan malam, kami sepakat menunggu yang lain-lain untuk berjalan dalam satu kumpulan besar. Rupa-rupanya tak jauh dari tempat kami berhenti ada satu lagi kumpulan kecil disitu yang ditemani oleh Pak Uda. Ceh! Ingat dah sampai Kem Sarsi dah! J Dari sini kami meneruskan perjalanan dalam satu kumpulan besar. GPS aku menunjukkan Kem Sarsi dah semakin dekat dalam jangkauan. Dalam asyik menebas ranting dan dahan tiba-tiba kaki Pak Uda termasuk ke lubang akar lantas tersadung..kesian aku tengok dia yang kelam-kabut bangun mencari ruas buluh berisi air yang dibawanya sebagai bekas air.  Malang, hampir semua air tu tercurah ke tanah, cuma nasib baik parang yang di tangan Pak Uda terlepas dari tangan beliau.Kalau tidak, memang boleh ‘makan’ dek parang tangan otai tu….
Aku: Pak Uda ok tak??
Pak Uda: Ok..ok…dah dekat dah Kem Sarsi….
Aku: Ada lagi ke air Pak Uda tu?
Pak Uda: Takpe..syampai syaner karang ada air. Nanti Yek turun ambik lagi..

Sekitar 35minit kemudian kami yang berada didepan sampai di Kem Sarsi. Memandangkan yang lain masih lagi dibelakang , aku mengambil keputusan untuk bermalam di Kem Sarsi sahaja dan menyambung perjalanan ke puncak esok pagi. Selesai memasang flysheet &groundsheet beberapa orang mula turun mengambil air di sumber air berdekatan manakala yang lain mula memasak untuk makan malam. Pak Uda seperti biasa, mengambil sudut terpencil untuk menghidupkan api dan berdiang memanaskan badan.
Rata-rata yang baru sampai kemudiannya, merungut kerana tidak menjangkakan Kem Sarsi hanya sekitar 70meter dari tempat mereka berehat tadi!
Aku: Apasal lambat sangat sampai nya?
Nina: Ceh! Kitaorang ingatkan jauh lagi..tu yang lepak lama tu..sekali dengar bunyi mercun dah sampai..
Cikgu Rosli: So, macamana nih? Tidur sini ke terus ke puncak??
Aku: Kalau dah bukak fly & ground macam ni kena tidur sini jer la…esok sambung..
Ramai-ramai : Alhamdulillah……legaaaaaaaa…. 

Sementara menunggu skuad pengambil air turun mengambil air, rakan-rakan lain sibuk menyediakan juadah untuk makan malam. Sebelum selesai para AJK dapur masak aku dah tidur dulu selepas makan PowerBar. Malas la nak makan heavy2 nih..nanti dah makan pikir nak ‘membuang’ lagi…

Hari Keempat (14hb Feb 2010)

Malam di Kem Sarsi boleh tahan sejuknya. Namun begitu masih belum di tahap kritikal. sleeping bag aku masih lagi jadi bantal alas tidur. Maknanya masih boleh bertahan dengan fleece,jaket & seluar fleece ajer.. 


Selesai solat subuh, seperti biasa semuanya di kerah untuk bersiap seberapa segera yang boleh. Destinasi hari ini tentunya puncak Gerah dan juga puncakBilah. Jadi perlu bermula lebih awal dari biasa. Mana-mana yang masih belum mengambil air untuk kegunaan peribadi dan kumpulan diminta untuk segera ke sumber air terakhir untuk memenuhkan bekalan bagi kegunaan di puncak nanti. Boleh tahan jugak jauhnya tempat mengambil air ni. Menurut rakan-rakan yang turun pada malam sebelum tu, mereka juga hampir-hampir tak berjumpa sumber air jika Pak Uda tak turun serta malam itu. Terpaksa berjalan dilereng bukit sebelum sampai ke punca air dari tanah tersebut..menurut Pak Uda, itulah permulaan aliran air sebelum terbentuk menjadi sungai.



Selesai semuanya kami meneruskan langkah perwira untuk menawan Gn Gerah. Muatan air yang bertambah membuatkan pergerakan kami sedikit perlahan. Namun seperti cuba mendisiplinkan diri, semua peserta ‘melayan’ trek mencanak itu selama 1jam sebelum berhenti untuk ‘take 5’. Melepasi 2-3 puncak tipu kami sampai di puncak yang menjadi sempadan Perak – Kelantan. Sebelum puncak itu terdapat simpang di sebelah kanan  yang menuju ke puncak Gerah. Beberapa orang di antara kami naik ke puncak tersebut, untuk bergambar selain meninjau persekitaran  gunung dengan cara memanjat pokok. Disebalik kabus kelihatan puncak Gerah yang memanggil-manggil kami ke kemuncaknya!


Yang terawal sampai ke puncak sekitar jam 12.30pm. .sehinggalah jam 130pm lengkap tim OGKL di puncak Gerah. Masing-masing saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain serta bersyukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana sampai dipuncak ini. Selesai mendirikan khemah, masing-masing berehat di bawah flysheet berlindung dari rembang matahari. Satu puncak sudah berjaya di takluki...masih ada tiga lagi yang menanti…
Sekitar jam 3petang kami mula bersiap sedia untuk mara ke Gn Bilah.
Aku: Bangun! Bangun! Jom ke Bilah pulak! Kalo taknak ikut tido sini yer!
Acong: Ok bang! Ok bang! Tak pegi boleh yer?
Aku: Kalau rasa nak tido lagi tak payah ikut…
Menurut Pak Uda dia belum pernah sampai disana. Jesteru aku menawarkan diri untuk berada di depan dengan Yassir untuk membuka laluan. Berpandukan peta dan juga GPS, kami mula menyusuri laluan turun ke Gn Bilah. Dalam 3jam jugak la menebas rotan serta akar yang merentangi laluan. Wak Erwan yang teruja nak menebas mengambil giliran untuk menebas.Namun yang sadisnya bila dia menebas ikut ketinggian dia dan di buatnya lorong, alamat lah yang tinggi-tinggi di belakang terpaksa menunduk dan merangkak! J .mungkin kumpulan terakhir kesini si Mawi dan kumpulannya yang masuk dr Pos Dakoh 2-3thn lepas.  Sekitar pukul 6petang kami menakluki puncak Bilah yang dilapisi lumut yang tebal dan redup itu.. rata-ratanya  panjat pokok nak tengok view & beirut Gn Gerah! Bodoh kan…..dah naik Gerah, pastu naik Bilah tengok beirut dr jauh pulak..hahaha…
Pak Uda: Ni puncak gile….
Aku : Kenapa pak Uda kata macam tu?
Pak Uda: Semua org dah gila…panjat pokok….” Hahaha…
Dia pun sambung lagi..”Yek pun dah sama gila” … 


acong sampai puncak gerah tinggal sorang-sorang je

Ketika di puncak Bilah baru aku sedar tak cukup seorang. Rupa-rupanya Acong yang masih mengantuk selepas beberapa minit berjalan ke Gn Bilah berpatah balik ke puncak Gerah nak sambung tidur…adussss…macam ni punya olang pun ada looo… 


check peta



puncak bilah

Selesai bergambar dengan macam-macam gaya kami mula berpatah balik ke Gn Gerah.. Masing-masing berlumba-lumba untuk sampai dulu ke campsite..target aku dan Pak Uda taknak bukak headlamp! Sampai semula ke Gerah dah pukul 8pm.Acong duduk dalam khemah menikmati Maggi..ada kisah rupanya bila tinggal berseorangan..J Malam tu baru buat suaikenal..suhu memang sejuk wooo. Masing-masing memperkenalkan diri dengan cara dan gaya tersendiri. Bila tiba giliran Pak Uda, masing-masing senyap dan sunyi.
Aku: Pak Uda! Perkenalkan diri Pak Uda pulak..
Pak Uda: Nak tau apa?
Kami: Umur Pak Uda berapa?
Pak Uda: Yek dah tua.Umur tak tau berapa. Tapi  masa Tunku Abd Rahman sebut ‘Merdeka’Merdeka tu Yek dah buat kebun…
Kami: Ooooo..(dalam kepala buat kiraan sendiri..sekitar 70++ rupanya umur Pak Uda ni)….pak uda sambung lagi…
“Yek tak tau  keja..Yek tau bawak orang keluar masuk hutan..ada orang suruh Yek bawak cari batu sempadan Yek bawak, sempadan Perak-Kelantan Yek  biasa bawak….”
Selesai usik mengusik malam tu kami mula tidur. Namun krew dapur diketuai Nina serta pembantu masih tekun menyiapkan sarapan pagi dan pack lunch untuk perjalanan esok. Masih ada dua puncak lagi berbaki!
Malam itu pak Uda tidur sebelah aku diselimuti jaket aku & kain pelikat ..pukul 4pagi aku cari dia dah hilang..rupanya hidupkan api…”Yek tak tahan..sejukkkkkk…” katanya..

Hari Kelima (15hb Feb 2010)






pemandangan di puncak gerah






Perjalanan ke  Gn Bieh mmg buat aku separa geram…rotan punya la banyak melintang kat trek nun.Rotan Gerah yang durinya banyak & bisa tu dimana-mana saja…buahnya pun tak boleh dimakan. Mula-mula Pak Uda ajak pegi daypack jer kemudian balik ikut trek sama. Katanya trek tutup dah pasal last org ikut sana masa trip OGKL tahun 2006 dulu. Aku kata takpe…kita tebas sama2..nak turun ke Kem Nyamuk jugak!!! Hahaha…Dah dapat jaminan yang macam tu pun Pak Uda masih keberatan lagi. Katanya kalau tak turun trek sama nanti macamana aku nak ambik akar tongkat ali yang aku tinggalkan kat  laluan datang aritu.  Arghhh! Tongkat ali kat mana-mana pun ada Pak Uda..kita teruskan juga yer! Mahu tak mahu sekitar 8.30am kami mula meninggalkan puncak Gerah dengan segala macam muatan untuk ke Bieh. Aku berjalan di depan diikuti Pak Uda dan Yassir. Bila sangkut jer kat mana-mana disebabkan duri rotan dan pokok tumbang Pak Uda senyum perli kat aku…mungkin dalam hati dia kata “padan muka jenuh nak tebas..yek dah bagitau jalan tutup tak percaya!” hahahaa…aku agak jer laaa…. 


puncak bieh


Kurang dari sejam menuruni Gn Gerah kami sampai di simpang nak ke Gn Bieh, disini kami tinggalkan haversack dan mula menggalas beg kecil masing-masing kerana akan berpatah semula ke simpang tersebut untuk turun.
Di Bieh dlm topo mmg ada 2 puncak..(ala2 mcm LEW la…) tak puashati  selepas sampai di puncak pertama kami terus lg ke depan sampai ke hujung permatang tu. Cek semula ketinggian melalui GPS aku, mmg yg 1st tu yang tinggi sikit… 
Pak Uda: ”Yek kesini 3 kali….3 kali jugak lain puncaknya…Bieh tipu…Bieh tipu..” ngomel pak Uda! Hahaha…Tengahari tu Gn Bieh jadi puncak ke3 kami tawan.Alhamdulillah…so tinggal satu jer lagi – Belatoh!
Disebabkan trek dah ditebas macam highway masa naik, memudahkan perjalanan pulang kami.  Berbanding perjalanan pergi, masa balik begitu singkat dan tak sedar je kami dah sampai di simpang Gerah-Bieh.
Disini kami sempat makan packed lunch disamping berjemaah membaham baby carrot si Earol. Entah apa yang di letak di Earol pada carrottu masing-masing hilang kawalan pada mata – mengantuk habis…semua ahli geng arnab tersadai disini! 
Turun melalui kem Nyamuk memang jauh giler..turun..turun..turun jer. Kali ni pas baton pada Pak Sheikh pulak..biar dia yang tebas…aku dok tengah-tengah. Sambil-sambil berjalan tu untuk 2jam yang pertama langsung tak dengar suara geng arnab. Memang hebat penangan ration carrot si Earol! Sampai di satu tempat, Pak Uda mengarahkan kami berhenti dah tiba-tiba jer di panjat pokok.Rupa-rupanya dia nak ambil bunga yang ada kat pokok tu sebagai ole-ole untuk Mak Uda. Boleh tahan romantik jugak Pak Uda nih.Memang wangi bau bunga tu.. macam bau bunga Tanjung.
Sampai di Kem Nyamuk dah petang kepala pun dan mula biol, sini la bermulanya permainan ‘kepala beg’ - tunduk, elak, kena orang lain dan sebagainya.. Sekurang-kurangnya hilang jugak stress ye tak? Hehehe..Kem Nyamuk ni memang luas dan boleh memuatkan ratusan orang pada satu-satu masa.Pokok-pokok disitu ala-ala macam di FRIM pulak rasanya.Tapi sesuai dengan namanya – nyamuk memang banyak giler k!! Rehat kejap, refill air, solat terus jer jalan lagi…jalan dan jalan dan jalan…naik bukit turun bukit, lintas sungai, semua ada…pak Uda mmgchampion mengesan trek lama dia. 


ramai dah pengsan

Selepas Kem Nyamuk, trek mula hilang, Pak Uda suruh aku dan budak budak tunggu sementara dia merintis dan menjejak trek lama dia. Tunggu punya tunggu takde jugak dia patah balik..dah la dekat nak maghrib waktu tu..bila sorak dia jawab, sorak lagi jawab lagi..sudahnya suara Pak Uda makin jauh dan tak kedengaran. Dah tunggu dekat 15minit takde, aku dan Yassir terus jer menebas berpandukan GPS. Alih-alih dalam 80meter baru jumpa kesan takik baru Pak Uda. Kami terus jer ikut trek tu, tak berapa lama baru jumpa Pak Uda.
Aku: Pak Uda! Kenapa laju sangat? Saya panggil Pak Uda sahut tapi makin jauhhh!
Pak Uda: “Yek kata, Potong terus! Potong terus!
Lain-lain: Laaaaa patut la makin lama makin jauhhhh….
Aku: Dah nak gelap ni Pak Uda, kalau boleh kita jangan jalan pecah-pecah yer..bahaya..
Kami berhenti di satu tempat melepaskan waktu Maghrib sebelum meneruskan perjalanan malam ini. Sekitar pukul 8pm kami mula bergerak, masa tu hutan tu semuanya dah sama jer bagi aku. Trek dah tak macam trek.ikut je la Pak Uda dari belakang.Tengok GPS jauh lagi nak ke Kg Agik tuu…Entah berapa kali kami lintas sungai, naik bukit, turun bukit aku pun tak sempat kira. Masa  ni Wak dah berada belakang Pak Uda untuk menebas sama. Cuma bila sampai di satu sungai yang semak tu kami seberangi dengan berhati-hati, tiba-tiba;
Wak Bilah: “Ularrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!” (menjerit sekuat-kuat hati)
Pak Uda: “Warghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!” (menjerit terkejut sambil melompat dan hilang ke depan!)
Aku & Yassir: “Mana ular nya Wak? Besar ke?? Yang lain-lain stop dulu!”
Wak Bilah: “Kat sini tadi bang! Besar! Cantik coraknya bang macam batik..eiiiiii….gelinya akuu!!! Aku pijak terasa lembik jer suluh tengok ular sawa! Dia terus lari kesana!” Wak bercerita panjang lebar dengan loghat Sabahnya yang pekat tu ..
Aku: “Eh! Pak Uda mana??? Pak  Udaaaaa!!!!”
Pak Uda: “Oiiiiii!! Ada syini!” (rupanya Pak Uda dah naik ke bukit tepi sungai tu..sabor jer la.. J)
Selesai semua melintas dengan selamat kami singgah di satu kawasan lapang, masing-masing masih terkejut dengan peristiwa Wak terpijak ular. Dalam ketawa, masing-masing tetap waspada.
Aku: “Pak Uda pakai selipar pun boleh lompat dan lari laju yer!”
Pak Uda: “Yek pun takut ular…hehe…”
Aku:  “Hemmm…patut la… ”



Tau-tau dah tengah malam tak smpai-sampai jugak..cadangnya nak shoot terus ke Kg Agik dulu sblm naik ikut trek lain ke puncak Belatoh.Bila Pak Uda kasi cadangan untuk potong ikut permatang semua setuju…kata Pak Uda ”Ini cadangan Yek lah, nak ikut boleh ikut, tak ikut pun boleh” . Tapi dengan syarat, makanan kena catu!! Sebab ration lain ada kat Kg Agik konon-kononnya nak naik Belatoh dari sana…kitakenabeb!! Hahaha..hari ni dah masuk OT hari yang ke 4..lawan tetap lawan! J). Secara tak langsung Pak Uda terus merampas kuasa malam tu…hahahaa
Cuma bagusnya Pak Uda ni bila time take5, dia takkan jalan selagi aku tak suh jalan..sebabnya, “Pak Uda kena ikut arahan saya saja tau…sebab duit guide saya pegang…kalau tak ikut arahan potong gaji” tu yang aku bagitau Pak Uda dengan nada bergurau sebelum tu… 



Melepasi garis masa tengah malam, masing-masing dah mula pewai, tapi yang bagusnya takde pulak dengar komplen.Semua layan jer trek malam tu…yang tukar bateri headlamp ada, yang makan jajan, minum air, hisap rokok semua ada..sampai lah di satu tempat yang rata dan bersebelahan sungai Pak Uda panggil aku..
Pak Uda: Sheeno, yek ingat kita bermalam syini dulu la malam ni yer..yek dah penattt…mata yek dah tak boleh bukak…yek dah tua…(sedih je bunyinya..)
Aku: Kalo bermalam disini esok sempat tak nak ke Belatoh ni Pak Uda?
Pak Uda: Syempat…syebab syini dah tak jauh dengan syungai dari Gn Belatoh..kita potong dari permatang syitu…
Aku: Ooo…kalau macam tu ok lah kita bukak kem kat sini jer malam ni…
Tak buang masa aku terus jer mengarahkan semua untuk clearkan kawasan. Memang strategik sungguh kemsite tu, dah la rata bersebalahan sungai pulak tu…Selesai pasang flysheet & khemah, masing-masing mula mencari titik lelap…syukur…dah berbelas jam berjuang dapat juga melelapkan mata…..malam tu masing-masing mimpi sampai ke Belatoh!! 

Hari Keenam (16hb Feb 2010)


kemsite og

Pagi ni seperti yang dirancang, jam 8am dah mula bergerak meninggalkan kem yang kami namakan “OG Camp” ni..badan dah mula sengal-sengal..betis dan peha dah mula kerasss.. J  takpe kita pelan-pelan kayuh! Tinggal satu jer lagi puncak sebelum kita mengukir sejarah gemilang pendakian extreme ini.
Sejam pertama berjalan seperti tiada haluan, lintas sungai, main tebas dah redah jer , masuk ke jam yang kedua barulah nampak macam ada trek lama yang menganjur ke hutan yang tebal dan makin menaik tu. Kalau mengikut jarak lurus berdasarkan GPS, Kg Agik hanya kira-kira 2km lagi untuk sampai. Tapi dalam hutan biasa la, jarang ada rentis yang lurus…pasti ada banyak corner! 
Masa ni Wak sibuk mengayat Rabia dengan macam-macam cerita, aku dan Cikgu Rosli pun join sama mengapikan diaorang berdua. :)
Sekitar jam 1130am kami berhenti di sumber air terakhir. Menurut Pak Uda ini punca air terakhir dari Gn Belatoh dan dari situ perjalanan akan terus naik dan naik. Jadi kami mula memenuhkan botol-botol yang kosong sebagai bekalan untuk kami naik dan turun nanti. Menurutnya lagi, kami akan meninggalkanhaversack di persimpangan antara trek Kg Agik ke Gn Belatoh nanti. Bunyinya macam dekat jer simpang tu…walhal…dah masuk petang baru jumpa..adusssssss!
Kami mula potong start dr pertemuan sungai tu (Sg Belatoh & Sg Agik). Masa ni lah satu lagi ujian menimpa kumpulan kami. Bermula dengan kata-kata dari Wak yang berada di belakang aku;
Wak Bilah: Abang Deeno, ada penyengat lah!
Aku: Ye ke? Kat mana? Dia sengat tak?
Wak Bilah: Tak sempat, aku elak.. aku tepis dia lari….hehehe
Aku: Ok, jangan lari, jalan jer pelan-pelan k..kalau tak nanti dia attack!
Kami pun bergerak perlahan-lahan mendaki bukit tu diketuai Pak Uda,  tak berapa saat kemudian;
Wak Bilah: Abg Deeno!!!! Dia sengat!!!!
Aku: OK!OK! Jangan lari jalan jer terus ke depan!!!
Aku mempercepatkan langkah diikuti Pojie, Ayong, Nina dan beberapa orang lagi..Pak Uda macam biasa lah, bila dengar orang menjerit terus hilang ke atas..Dah kena penyengat, kalo tak lari tu memang power laa…sedar-sedar Wak dah terlajak lari ke tempat lain manakala kami dah jauh di atas. Bila cek rupanya yang lain-lain pun kena attack jugak! Dah jauh ke atas sikit baru check status masing-masing. Ayong dan Pojie pun kena jugak, aku, Nina dan Cikgu Rosli selamat…aku pikir mungkin penyengat tu attack orang muda jer kot! Hahaha.Masa tu kelam kabut keluarkan ubat dari 1st Aid.Mana yang kena sengat kelam kabut makan ‘ponstan’ dan letak minyak panas kat tempat gigitan penyengat tu.Tak lama lepas tu Jus dan Roy PTB yang berada jauh sedikit dari kami pun sampai jugak. Depa pun kena attack entah berapa liang.
Aku : Korang ada kena sengat tak??
Jus & Roy: Ada-ada!!  Rabia kat belakang lagi, dia pun kena jugak!!
Aku : Ok2! Korang makan ubat dulu pastu lepak sini dulu k! Aku turun tengok! Wak ko macam mana??
Wak : Aku kena sengat la Abg Deeno, tak sempat elak!
Masa tu jugak kami terdengar jeritan & tangisan mendayu-dayu Rabia kat bawah! Walawei macam kritikal jer nih! Tak buang masa aku terus jer turun kebawah bawak ubat sambil merintis laluan yang baru untuk mengelakkan penyengat tu. Aku sampai kat depan Rabia, dia masih lagi menangis even lalat nak hinggap pun dia menjerit!!! 
 Aku : Ko Ok tak Rabia?
Rabia : Huuuuuuhhuuuuuuhuuuuuhuuuuuu (lebih kurang gini la bunyinya..;)
Aku : Nah makan ubat nih cepat!
Rabia: Huuuuuhuhhhhhhuuuuuhuuuuuuuu
Pak Sheikh yang dok belakang kebetulan sampai jugak situ..
Yassir : Apasal ni?? Apasal??
Aku : Kena attack ngan penyengat laaa….yang lain kat atas dah ! ramai yang kena! Sarang dia kat banir pokok nun!
Rabia : Huhuuhuuuuuuuhuuuuuu….
Yassir :  Patut la aku dengar riuh jer dari bawah tadi! Ni ada kayu untuk hilangkan bisa penyengat! ( Yassir mula kikis keychain kayu yang dia beli dari Jelawang untuk diletakkan di tempat yang kena sengat tu)
Lepas suruh dia makan ponstan dan letak ubat, kami suruh dia bertenang dan rileks...Baru lah ok sikit..Banyak liang jugak kenanya, lengan, dahi, badan…adussssss! Nayaaaaa! Tu dia habuan penyengat Gn Belatoh! J



ayong kena sengat

Aku suruh Yassir tutup laluan yang berpenyengat tu, sambil mengarahkan yang lain-lain mengikuti lencongan yang aku buat sebelum tu. Bila semua dah berkumpul kami meneruskan perjalanan yang mencanak jer tu..memang tak kasi chance langsung. Sampai di permatang yang pertama kami berehat seketika untuk R&R (Rehat&Rawat). Semua mangsa penyengat, rata-ratanya stabil kecuali Rabia yang nampak pening. Mungkin dia yang paling banyak kena membuatkan kesan bisa tu lebih dari yang lain. Si Yassir bila tengok Rabia jer dia sengih..mungkin sebab sebelum tu Rabia paling lantang ketawakan dia masa tragedi ‘buah lai hutan’ aritu.So, sekarang dia dah ada modal la nak kenakan balik! Hahaha.. Sekitar 15minit berehat kami meneruskan perjalanan, puncak Belatoh dah mula kelihatan di sudut sebelah kiri permatang. Nampak dekat, tapi perlu mengikuti permatang yang berpusing. Menurut Pak Uda, di atas bukit yang terakhir ini kami akan bertemu dengan simpang ke Kg Agik dan akan meletakkan haversack kami disitu. Alhamdulillah sejam lebih mendaki kami sampai di simpang tersebut dan melabuhkan punggung masing-masing. Wah memang ‘tantangan’ sungguh nak menyampaikan ke gunung yang terakhir ni. Teringat kata-kata Pak Uda semalam “Naik naik ke puncak beg kita tinggal kat simpang DEPAN TU…” cehhh..bunyi macam sepelaung jer jaraknya..padahal sampai 5-6jam trekking baru sampai simpang!!!


simpang ke belatoh
 tgk pemandangan

tunggu orang depan menebas

Sekitar jam 2pm kami meneruskan perjalanan, pukul 3pm smpai puncak view! Memang cantik gilerr! Nampak puncak Belatoh depan mata. Pemandangan 360° memang memukau pandangan. Selain melihat Puncak Belatoh sebagai puncak terhampir kami juga melihat Puncak Gerah, Bieh serta Gn Chamah dan Ulu Sepat. Selesai sessi bergambar kami meneruskan perjalanan. Mengikut jarak dlm GPS, untuk ke puncak Belatoh sekitar 1.2km jer lagi. Pak Sheikh dan Pak Uda mengambil giliran di depan. Jalan punya jalan, kesan trek dah takde langsung..apalagi mula la menebas…kalo pokok biasa ok lagi..bila nak tebas pokok resam yang tinggi dalam 2meter memang penat tak hingat!
Yassir : Deeno!!! Naik atas kejap!
Aku : Ok2..kejap..Apasal Yassir?
Yassir : Trek dah hilang langsung la! Semua resam jer sini! Macam mana??
Aku : Alamak! Resam tebal laaa….argghhhh! tebas jer laaa..lagi 1km jer!
Yassir : Nah ko tebas la pulak! Aku tak larat!!
Pak Uda : Dulu masa Yek kesini, ada trek, takde semak macam ni..mungkin sebab ada terbakar, itu yang resam tumbuh tu…
Aku : Dulu tu masa tahun bila Pak Uda??
Pak Uda : Masa Yek muda-muda dulu…. (muka tak bersalah jer ni bagitau tu..)
Aduhai…malangnya nasib, dah la trek hilang, kecuraman 60°-70° pulak tu, pokok paku resam pulak tebal,  kena menebas lagi. Nak taknak kena teruskan, kalau nak tunggu lain kali tu entah bila-bila la nak kesananya!  Bak kata pepatah ‘Lawan tetap lawan!!” hahaha
Plan aku masa tu, disebabkan di kiri dan kanan memang curam dan jurang, jadi kami perlu menebas dan mensasarkan pokok yang terhampir. Mulalah kisah penebasan resam paling kejam dalam sejarah aku ber ‘outdoor’! Sambil menebas, mata sentiasa berwaspada..maklumlah, paku resam ni berlapis-lapis dibawahnya.Ikut pengalaman dan pembacaan aku, bahagian bawah yang redup dan sejuk tu merupakan tempat paling ideal untuk ular, kala jengking dan segala macam binatang yang berbisa. Dalam hati dok berdoa agar selamat dan terhindar dari sebarang sengatan dan patukan!
Kami bertukar-tukar menebas, ibarat larian baton, lepas aku, Yassir pulak, lepas Yassir Pak Uda pulak. Target nak sampai puncak sebelum malam macam tak kesampaian jer. Memandang kesebelah kiri, nampak jelas bayang puncak Belatoh di suluh mentari petang. Argggghhhh! Macam mana pun mesti nak sampai jugakk! Desis hati aku..
Sampai separuh jalan, Pak Uda berhenti dan mencangkung sambil hisap rokok daun. Masa tu Yassir, Wak, dah lead di depan.
Pak Uda : Deeno,  Yek ingat kita balik jer lah..lain kali kita datang..jauh lagi ni..parang Yek pun dah tumpul.
Alamak! Dia dah ajak balik la pulak! Nayaaaa!…Terpancar jelas di wajah Pak Uda sengsara yang diharunginya dalam 5hari ni..dia kata dtg lain kali je la ke Belatoh…aku kasi semangat sikit kat dia…
Aku : Tinggal lagi sikit jer ni Pak Uda! Kalo Pak Uda tak larat, Pak Uda duduk belakang dulu yer..
Pak Uda : Nak naik puncak juga ke?
Aku : Mesti la Pak Uda..dah datang dari jauh, naik powil, jalan 4-5hari, tinggal 500meter jer lagi nih..mesti boleh punya..(aku cuba apikan semangat Pak Uda). Aku sambung lagi, “Kita menebas ni kena ada perasaan geram Pak Uda, geram kenapa tak sampai-sampai lagi, geram kenapa jauh sangat..kena GERAMMM!”
Pak Uda : Kena geram yer….oooo…
Bila dah ada tenaga balik pak Uda nak dok depan semula. Masa ni aku pun dah betul-betul geram….apa pasal la tak sampai-sampai lagi ni. Check ketinggian dah macam tak jauh lagi, tapi kawasan lumut pun tak jumpa lagi. Nampaknya semangat geram yang aku tiupkan pada pak Uda dah mula mendatangkan kesan….dia mula menebas  sambil membebel “gerammm…gerammm..gerammmm” Hahaaa…dah masuk hantu geram la tuuuu…Yesss!!. J
Kawan-kawan lain yang di belakang pun dah mula merasakan tersiksa dengan perjalanan yang slow ke puncak. Masing-masing mula menawarkan diri untuk menebas sama. Roy PTB, Jus, Hadri pulak ambik giliran. Siap repair trek macam nak buat highway la pulak! Wak yang dah di depan dengan Pak Uda dan Yassir dah mula main sandar-sandar kat trek dengan tujuan nak bagi trek lebar. Nampak dari belakang bergoyang-goyang pokok buluh-buluh kecil sepanjang trek tu.
Hampir masuk waktu Maghrib baru kami memasuki zon berlumut..Syukur..akhirnya, sampai jugak kawasan berlumut. Berhenti seketika disini, kami saling meniupkan kata-kata semangat antara satu sama lain. Masa ni semua dah tak pikir view cantik ke tak kat puncak..semua pikir nak SAMPAI JER!!! Melalui zon berlumut ini pun tak seindah yang dijangkakan. Kami terpaksa bergayut, merangkak, menyelit dan bermacam-macam aksi lagi sebelum bertemu dengan laluan lama yang membawa kami ke puncak!



puncak belatoh

Alhamdulillah!!! Kami sampai di puncak Belatoh sekitar 9.30pm. Berjumpa dengan besi penanda puncak yang tertulis ‘Belatoh’ memang menimbulkan emosi yang amat istimewa dan sukar nak di gambarkan dengan kata-kata. Gembira, sedih, sakit, teruja, geram, berdenyut, lapar, semuanya ada! Sementara kami menebas kawasan puncak, rakan-rakan lain berkumpul di satu kawasan lapang untuk sama-sama menjamah makanan yang masih berbaki. Disini semangat setiakawan terpancar jelas, masing-masing mengeluarkan ration peribadi untuk di kongsikan dengan rakan-rakan lain. Makan la apa yang ada sama-sama..sorang secubit buat alas perut. Kedengaran suara Ramli mengumumkan “ dan makanan seterusnya, disumbangkan oleh bla..bla..bla….” sambil diikuti tepukan rakan-rakan lain! Hahaaa..memang layannnn!
Di puncak, aku, Yassir dan Pak Uda leka menebas untuk memastikan puncak tersebut dapat menampung kapasiti 20 orang untuk sessi bergambar nanti.
Aku : Pak Uda, terima kasih bawak kami semua sampai ke puncak! Bukan satu tapi empat! 
Pak Uda : Sama-sama…kalo Yek sorang jer tebas tak syampai juga. Semua pun tolong..
Selesai bergambar di puncak serta meraikan dengan air kemenangan kami beransur-ansur turun ke tempat kami meninggalkan haversack sebelum tu. Perjalanan turun walaupun kadangkala tersasar diantara pokok-pokok berlumut namun lebih mudah dan kami sampai di puncak view sementara menantikan rakan-rakan yang lain. Di sini kami disajikan dengan pertunjukan cahaya headlamp oleh Jus meraikan kejayaan kami menawan Belatoh! Masing-masing menghalakan headlamp kearah puncak Belatoh yang samar-samar di bawah cahaya bulan.  Dalam masa yang sama, Jus mula membuka tempahan  untukheadlamp zoom yang di jualnya pada harga kawan-kawan! “Jumaat nanti boleh ambik di YZ” katanya..hahaha
Sampai di simpang Kg Agik, berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan turun. Macam mana pun kena turun malam ni jugak, kalau tidak esok tak sempat nak kejar 4WD. Dari Kg Agik ke luar dah tentu makan sehari lagi. Itu pun kalau takde yang injured atau pewai. Melewati jam 12am kami mula turun dengan hati yang berat – antara sedar & jaga! 

Hari Ketujuh (17hb Feb 2010)

Pak Uda, dengan headlamp sebesar penumbuk terus mengesan jejak lama ke kampungnya. Ada saja halangan di depan, dengan dahan pokok tumbang la, trek yang semak la. Kami yang memegang parang sibuk menakik mana-mana yang perlu untuk memudahkan rakan-rakan di belakang. Sekitar jam 2am kami berhenti. Masing-masing dah jem. Kalau kaki boleh bercakap, dah pasti dia mintak berhenti. Begitu juga dengan mata, dah tentu mintak lelap. J Semasa take5 masing-masing terlena, sedangkan Pak Uda aku tengok membuat pusingan besar di dalam hutan yang tebal dan curam tu. Mungkin sangsi dengan trek yang dah lama dia tak gunakan tu. Entah berapa lama disitu kami yang ‘tidur-tidur monyet’ (istilah Pak Uda) terjaga bila Nina dok komplen sejuk dan ajak semua jalan.
Aku : Pak Uda! Pak Uda!
Pak Uda : Wohoooooo!!!! Kat atas ni! Yek tengah cari jalan!
Pak Uda mula turun menghampiri kami bila semuanya dah sedia untuk terus berjalan. GPS aku tunjukkan Kg Agik hanya kira-kira 1.5KM lagi, tapi itu jarak lurus la…belum tau kalo ada banyak belok-belok! 
Pak Uda mara ke depan, takik pokok sikit, cium kulit pokok tu, kutip buah yang ada ditepi tu, hidu bau….pastu dia kata “Ngam…jalan terus jer” Memang hebat GPS yang dah di implan kedalam kepala Pak Uda masa tu. Dengan hanya cium kulit pokok dan buah hutan dia boleh tahu jalan tu betul ke tak betul dalam hutan tebal macam tu…Hebat! Hebat! Sini aku memang respek habis kat dia! Dalam hati..“U r da man! “ hehehe
Dari situ perjalanan terus menerus turun, turun dan terus turun. Ibarat turun dari Gn Korbu melalui Sg Temin. Hinggalah kami mula bertemu dengan trek kampung yang biasa digunakan oleh penduduk Kg Agik mencari rezeki. Ketika itu jam dah pun melewati pukul 5am. Wah sampai ke subuh nampak gayanya ni. Memang jenuh la nak bayar OT Pak Uda nanti ni…hehehe
Kira-kira 500meter dari Kg Agik kami bertemu kijang yang tersangkut pada jerat. Kata Pak Uda, ambik jer kalau nak sebab tu jerat yang Pak Anjang (abang dia) pasang. Sempat jugak la kami bergambar dengan kijang tu, boleh tahan besarnya. Tapi aku rasa was-was nak ambik kijang tu takut la kot ada benda-benda mistik yang ikut aku nanti. Faham-faham jelah kadang-kadang binatang dalam hutan ni pun ada ‘penjaganya’. Aku kata tunggu siang jer la, nanti datang ambik. Lagi pun sapa nak pikul?? Dengan haversacknya, dengan penat dan mengantuknya..semua cukup! J
Dalam pukul 6am kami sampai dengan selamat di Kg Agik atau lebih tepat lagi di halaman rumah Pak Uda. Dia dah pun ada di atas rumah, berdiang tepi api sambil membakar ubi kayu. Kami kemudiannya bergerak ke Kem Agik yang terletak ditepi sungai untuk berehat, solat serta menyediakan sarapan.
Kat sini boleh dikatakan majoriti tumbang kecuali krew dapur yang masih lagi mampu bertugas atas dasar tanggungjawab yang tinggi! Bravo! J Paling ketara Serikandi (Seri) yang tersandar kat pokok. Macam tak tidur seminggu gayanya! Hahahaha..Kawan baiknya Suzi, still maintain walaupun sebelum tu merungut macam-macam sepanjang perjalanan! )






Pagi tu kami bersarapan mewah.Macam-macam adaaaa...cuma kalau dah trekking sampai tahap ‘mati selera’ macam mana nak makan? Hehehe..Rata-rata ambil kesempatan melelapkan mata dan ada juga yang mula berkemas untuk menempuh perjalanan seterusnya. Kami sebelum itu telah meminta Pak Uda untuk membawa kami ke Pos Kermar melalui trek Kg Selangit – dengan harapan trek ni lagi mudah dari trek Bukit Bongok & Bukit Tobat! 
Bila hari semakin cerah aku mula terfikir nak ambik kijang yang kena jerat tu. Bagus jugak kalau boleh disembelih dan buat buah tangan untuk keluarga kat rumah.
Aku : Yassir! Ko pandai sembelih binatang tak? Jom kita ambik kijang tadi nak?
Yassir : Boleh jer..ko ada parang yang tajam tak?? Kalo ada ok jer..jom la!
Tengah kami baru berkira-kira nak pergi, Pak Anjang pun sampai.
Pak Anjang : Sapa yang nak kijang tadi?
Aku : Kalo Pak Anjang bagi boleh juga! Kata aku..
Pak Anjang : Tadi dah pegi sana tengok kijang dah mati, ada bawak balik sini.Kalo nak boleh la sorang sikit.
Aku : Hah! Dah mati?? Rugi mampuihhh…..kalo dah mati tak boleh makan dah Pak Anjang..
Pak Anjang : Macam mana nak ke?
Aku dan lain-lain : Tak apa la Pak Anjang..ingat hidup lagi sempat pegi sembelih…
Punya la hampa masa tu…kalau tidak lauk tuuuu….apa nak buat takde rezeki nampaknya. Redha je laa… J
Sekitar jam 830am Pak Uda turun ke kemsite dengan sebekas ubi bakar. Sebagai tukarannya kami mempelawa dia untuk makan sama dengan kami. Dengan segera kami sediakan bekas dan makanan untuk Pak Uda. Selera sungguh dia makan, almaklumlah, OT kaw-kaw punya. Hehehe. Ubi bakar yang di bawaknya pun tak kurang hebatnya, lebih-lebih lagi ubi keledek tu. Dah la rapuh & empuk, panas pulak tu…memang terbaikkkkkk kena dengan kopi!
Acong : Pak Uda! Kalau lepas ni ada budak-budak gila ni datang lagi nak ke Gerah-Bilah-Bieh-Belatoh Pak Uda nak bawak tak? Tanya Acong sambil senyum-senyum..
Pak Uda : Tanya ni..(sambil tunjuk ke lutut dia) Kalo ini ok lagi boleh laa… giliran dia pulak senyum sinis. Tambahnya lagi “kalau Tuhan nak bagi, pakai selipar pun boleh naik empat puncak!”
Tu dia melopong kitaorang yang dengar statement Pak Uda ni..Gila aaa….Macam  ni la baru betul legend! Hahaha Memang betul pun kata dia, walaupun banyak duri rotan, tunggul dan selumbar, satu pun tak sangkat kat kaki dia walaupun berselipar! Sebagai menghargai jasa Pak Uda, aku mewakili yang lain-lain menghadiahkan dia dengan sebilah parang Sarawak sebagai kenang-kenangan. Supaya dia terus boleh menebas selagi hayat dikandung badan! J
Selesai semuanya, jam 10am kami mula meninggalkan Kg Agik. Menurut Pak Uda perjalanan melalui Kg Selangit tak banyak bezanya dibandingkan melalui trek Bukit Bongok. Apapun trauma di permulaan ekspedisi membuatkan kami memilih untuk menggunakan laluan balik yang berbeza. Pak Anjang juga turut menemani kami untuk keluar ke Pos Kermar.


Perjalanan melalui Kg Selangit memang tak seindah yang dijangkakan. Untuk beberapa jam yang pertama laluannya banyak menyeberang sungai serta ditepi-tepi sungai. Namun begitu treknya lebih lebar dan terjaga berbanding trek sebelum ini. Menjelang tengahari baru kami tiba di penhujung Bukit Paloi yang takde bezanya dengan bukit Bongok! Selesai makan packed lunch kami meneruskan perjalanan naik dan turun ke Kg Selangit.
Sebelum bertemu trek balak lama membawa ke kampung, kami bertemu dengan seorang wanita orang asli pertengahan umur yang memikul muatan dengan menggunakan kain batik. Wah! Kental sungguh makcik ni. Jalan dalam hutan sorang-sorang bawak muatan pulak tu..bisik hati aku. Sempat la beramah mesra di samping dia sempat minta ubat sakit lutut. Katanya dia baru pulang dari Pos Kermar beli barangan keperluan harian, malam nanti bermalam di pondok hutan sekitar Bukit Paloi sebelum menyambung perjalanan ke Kg Agik keesokkan harinya. Gila berani. J  Menurut Pak Uda, wanita tersebut pun ada hubungan kekeluargaan dengan dia, tapi ‘short’ sikit. Hahahaha
Menjelang pukul 4petang barulah kami sampai di kampung orang asli yang pertama, bila tanya mereka ni Kg Selangit ke? Bukan jawab mereka…depan lagi..dia punya DEPAN TU, terpaksa menempuh trek balak, melintasi kebun getah yang entah berapa kilometer luasnya. Ramai jugak la yang mental sampai berhenti dan take5 dulu sambil makan bekal ubi rebus Pak Uda!
Aku sampai di Kg Selangit sekitar jam 5++pm. Menurut orang kampung situ, mereka ada terjumpa Ah Hee & Lee 4WD yang menunggu di Kg Rantau. Nasib la ada orang yang pergi panggilkan. Kalau tak boleh tahan jugak nak menapak kesana tu. Ah Hee seperti kebiasaannya, mengomel pasal kami lambat keluar. Walaupun begitu, Ah Hee yang aku kenal dia bising jer lebih, tapi .kalau lambat pun dia tunggu jugak! Cuma kalo tak keluar juga sampai malam, esok pagi la baru dia datang semula ke Pos Kermar. 




Selesai memuatkan semua peserta, kami singgah sebentar di kg Pak Uda berhampiran Kg Selangit serta berbual dengan penduduk setempat. Sayu wajah Pak Uda ketika kami bersalaman dan memberitahu dia kami akan pulang ke KL. Yang mungkin membuatkan dia tersenyum selepas itu mungkin sebab, bayaran upah dia yang aku dah UP kan sekali ganda sebelum tu! Sesuai dengan pengorbanan dan titik peluh dia sepanjang menjayakan ekspedisi extreme kami ini.
Keluar dari hutan dan terpaksa melayan trek 4WD yang hardcore selama tiga jam bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Rata-ratanya tidak segirang ketika menaiki 4WD masa memulakan ekspedisi dulu. Bukan sahaja memikirkan tentang laluan yang berbonggol-bonggol tetapi juga memikirkan bagaimana untuk mengharungi perjalanan berkereta dari Lasah ke KL malam itu juga!
Sampai di Lasah sekitar jam 9pm kami mula memaklumkan situasi terkini kepada AJK OGKL yang lain. Setelah seminggu tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar kini kami kembali semula ke civilization.  Kami turut mendapat perkabaran tentang isteri Arey (Along) yang keguguran dalam waktu kami di hutan. Mungkin itu hikmahnya bila Arey tak dapat turut serta dengan kami melayani trip ini. Kalo tak tak tau nak kata apa la kan….
Perjalanan pulang ke KL memang menguji tahap ketahanan yang tinggi. Macam-macam insiden lucu diberitakan berlaku sepanjang perjalanan pulang. Ada yang tidur dalam kereta sampai siang la (Hadri), ada yang parking belakang lori, tidur, pastu bila terjaga tekan brek pasal ingatkan kereta nak hentam lori tu..hahaha (ni Jus laaa). Selesai mengambil kereta dari adik ipar aku di Kem Tentera Udara di Ipoh kami meneruskan perjalanan ke KL. Aku entah berapa kali berhenti di R&R pun tak ingat. Yang aku tau, bila nampak R&R atau Hentian Rehat jer pasti aku masuk parking dan lelap dulu. Nak harapkan yang laindrive memang takde la..semua dah tak boleh bukak mata dah! Itulah antara perjalanan Ipoh-KL paling lama dalam sejarah pemanduan aku! hahaha
Syukur Alhamdulillah, sekitar pukul 630am, semua driver memaklumkan mereka dah sampai ke rumah dengan selamat! Maka berakhirlah satu ekspedisiextreme yang akan dikenang sepanjang hayat kami! Tahniah pada semua!!! Berjumpa lagi dalam edisi pendakian hardcore yang akan datang!!!

Penutup
Setinggi tahniah dan syabas kepada barisan pendaki di bawah ini (diatur mengikut perbezaan usia – tua ke muda, main agak2 je laa.. J). Tanpa anda semua, tiadalah ekspedisi extreme GBBB. Anda semua telah menjadi sebahagian dari sejarah kelab OGKL. Moga silaturrahim antara kita akan terus berkekalan sampai bila-bila!! InsyaAllah…

1.     Pak Uda – u r da man! Seriously u r damn legend k! J
2.     Cikgu Rosli Zakaria – takik 3 tukar jadi 1
3.     Ramli – azan subuh kul 4am, perokok tegar!
4.     Amir – Berjaya hilangkan badi CNY di GBBB!
5.     Seri – practice makes perfect! Training di LEWTB, kat GBBB rileks jer!
6.     Suzi – apa punya trek la ni..bla..bla..@#$%^&*()_...sampai jugakkan! J
7.     Deeno – ketua xpdc bidan terjun + penglipurlara hikayat GBBB
8.     Yassir – “pokok resam ni lagi teruk dari Gn Panggang Paku laaaaa”
9.     Earol – supplier baby corn perisa ubat tido! J
10.   Hafiz – belajar dari pengalaman LEWTB..layankan jer laaa…J
11.   Wak Bilah – ularrrrrrrr!! Elakkkkkkk!!! Sengattttt!!! Opssss! Hehe
12.   Fairos – tido itu lebih baik dari puncak Bilah! J
13.   Angah – si kura-kura yang bersemangat kental! Hehehe
14.   Adzmin – layan kan jer bang! More action No talk! J
15.   Nina – chef unggul tahan maki, tahan caci, kengkadang jer emosi..hehehe
16.   Jus – anggota skuad kura-kura, towkay headlamp! J
17.   Roy PTB – ringan tulang, tido di dapur,  bukak studio kat Gerah! J
18.   Rabia – crew dapur,kena sengat, pendaki harapan ’09, huuuuuhuuuuhuuuu
19.   Wan Pojie – katil&tilam bergerak..pantang take5 tido..hahaha
20.    Hadri – “semua benda ko letak sarsi daa..adusss” mata kena agas lak tu! J
21.   Ayong – catwomen yang alah dengan agas..bibir A.Jolie la pulak! Hahahaa

“Kesakitan itu bersifat sementara, kejayaan itu kekal selamanya!”

-deeno-

0 comments:

Post a Comment