Gunung Kerinci merupakan gunung
tertinggi di Indonesia terletak di Kabupaten Kerinci Provinsi Jambi Sumatera mempunyai keluasan 4,200 km persegi dengan kepadatan penduduk 72.17 per kilometer dan terdiri dari 278 desa serta berada pada lo41.5' LS - 101o16' BT. Sungai Penuh merupakan bandar yang
terdekat. Bersama Ramli B Abd Majid(Ramli), Fahmi B Tauhid(Fahmi), Norzuhara Bt
Dzazali(Zuhara), Azlia Bt Ahmad(Azlia) dan Hafiz b Ismail(Apis), kami merentasi
seberang untuk merasai kehebatan gunung yg sudah dirancang 7 bulan lepas.
25 Mei 2010
Kami tiba di Lapangan Terbang
Minangkabau pada pukul 8 pagi waktu tempatan. Kami disambut oleh Pak Sony yng
merupakan pemandu atau Pak Supir sepanjang 6 hari kami di sini.
Selesai sarapan
pagi dan membeli keperluan lain, kami menuju terus ke Kayu Aro. Perjalanan yang
dilalui selama 7 jam dengan jalan yang tidak rata tapi kurang jem atau macet
sehingga tayar kenderaan kami pancit.
Hujan turun sekali sekala dan kelihatan dari jauh Gunung Tujuh terpampang di depan kami.
Kami tiba di destinasi dan bermalam di Homestay Family dengan harga yang berpatutan. Semasa makan malam, kami bersama Pak Ali iaitu tuan punya homestay memperkenalkan juru pandu berlesen iaitu PakMad. Kami berbincang
dan bersetuju untuk ke Gunung Tujuh dahulu.
tayar kijang pancit
Hujan turun sekali sekala dan kelihatan dari jauh Gunung Tujuh terpampang di depan kami.
Kami tiba di destinasi dan bermalam di Homestay Family dengan harga yang berpatutan. Semasa makan malam, kami bersama Pak Ali iaitu tuan punya homestay memperkenalkan juru pandu berlesen iaitu Pak
26 Mei 2010
Sebaik kami bersedia selepas
sarapan pagi, kami keluar dan melihat keindahan Gunung Kerinci yang berdiri gagah
mengadap selautan padang
.
Perjalanan 30 minit diperlukan untuk sampai ke gerbang Gunung Tujuh.
pagi sarapan dulu
Perjalanan 30 minit diperlukan untuk sampai ke gerbang Gunung Tujuh.
Perjalanan dari gerbang pendakian
menuju ke puncak memakan masa dua jam.
Ada
dua jalur pendakian. Jalur lama yang lebih landai dan jauh atau melalui jalur
baru yang lebih curam hingga lebih dari 60 darjah namun lebih cepat dan inilah
laluan kami.
pemandangan gunung kerinci mengasyikkan
tiba di puncak gunung tujuh
Di puncak Gunung Tujuh, terdapat
besi yang sudah runtuh. Kami jalan menurun selama 15 minit untuk tiba di tepi
Danau Gunung Tujuh. Di tempat inilah keindahan boleh dilihat. Sebuah danau yang
di panggil Danau Sakti dengan panjang sekitar empat kilometer dan lebar tiga
kilometer membentang di depan mata. Danau Sakti di kelilingi oleh 6 lagi puncak
yang berbagai nama. Danau yang terbentuk dari kawah ini merupakan yang
tertinggi di Asia Tenggara.
Dalam perjalanan turun, kami bertembung dengan rakan-rakan pendaki yang juga akan mendaki ke Gunung Kerinci beberapa hari lagi. Kata mereka, ade ramai lagi rakan-rakan yang akan melakukan aktivti pembersihan di sekitarnya. Selepas turun dan makan tengahari, kami pulang ke homestay untuk rehat.
turun ke tasik pula
pemandangan sekitar tasik
Dalam perjalanan turun, kami bertembung dengan rakan-rakan pendaki yang juga akan mendaki ke Gunung Kerinci beberapa hari lagi. Kata mereka, ade ramai lagi rakan-rakan yang akan melakukan aktivti pembersihan di sekitarnya. Selepas turun dan makan tengahari, kami pulang ke homestay untuk rehat.
Sebaik memasuki pintu rimba, terdapat 2 pondok berhampiran. Perjalanan ke Pos 1 mengambil masa 3 jam lebih yang pada ada awalnya masih landai.
27 Mei 2010
Kami tiba di Pos 3 di tempat terbuka. Matahari mula terbit dan kelihatan dari jauh Danau Gunung Tujuh yang sangat cantik. Kelihatan khemah berjenama Lafuma terbentand di tapak Pos 3. Puncak Kerinci masih belum kelihatan dan pada masa ini sarung kaki atau gaiters diperlukan. Sebaik melangkah ke satu bukit, batu-batu pelbagai saiz mula kelihatan. Jalur-jalur yang terbuka dan menegak melambatkan kayuhan kami. Kami mengharapkan supaya kabus dan hujan tidak mengganggu perjalanan atau tidak memaksa kami turun. Kami bertemu seorang pendaki dari Belanda dan tidak jauh kemudian sekumpulan pendaki-pendaki tempatan. Selepas bergambar bersama mereka, kami meneruskan perjalanan yang sudah kelihatan puncaknya. Di sini juda terdapat monumen dan batu-batu bagi memperingati teman sependakian yang tewas.
malam baru jalan
dari kem 1 ke kem 2 memang jauh ... tidur dulu
bayang-bayang gunung
ambik angin dulu
ini la la tent yang kami duduk tadi
bersama petualang tempatan
kawah gunung kerinci ... setahun lepas pak mad ada tunjuk kawah ni menggelegak kepansan
Di puncak yang tidak besar kelihatan di hujung jalur memandang ke bawah terdapat satu kawah yang pada tahun lepas memancarkan percikan api.
puncak kerinci
turun semula .... kelihatan puncak kerinci dari bawah
kami turun dengan perlahan
Selepas bergambar kami turun ke
Pos 3. Ada
rakan-rakan yang sudah turun manakala saya, Ramli dan Hafiz di belakang
melelapkan mata seketika. Sampai di Pos 2, kami makan sedikit tapi hujan sudah
mula membasahi bumi. Pukul 2.45 petang
kami bergerak keluar dan sampai di pintu
gerbang semula pada pukul 6.30 malam.
Setelah bersiap mandi, solat dan
menyusun barang, kami bersiap makan malam. Kami mengucapkan terima kasih pada
Pak Mad dan anaknya yang memberi komitmen yang baik sepanjang perjalanan. Kedai
makan malam di sini agak murah harganya dan mempunyai sesuatu tarikan kepada
kami.
Pukul 10 malam kami bergerak ke
Bukit Tinggi dan tidur semalaman di kenderaan selepas melalui pendakian 22 jam
di Gunung Kerinci. Melihat dari kegelapan bayang-bayang gunung, kami
meninggalkan kenangan manis mendaki puncak Kerinci dan Danau Gunung Tujuh.
28 Mei 2010
Kami tiba di Toko Baru, Bukit
Tinggi sebaik solat subuh di salah satu madrasah selepas meredah 7 jam
perjalanan. Selepas solat kami sarapan lontong iaitu makanan pertama kami
selepas sentiasa makan nasi minang sepanjang tiba di sini. Kami menuju ke
laluan kaki Gunung Singgalang. Selepas mendaftar di kantor dan berjumpa
Al-Badri yang merupakan juru arah kami, kami terus ke pencawang RCTI terakhir.
Jalan yang agak teruk maka kami turun sambil berjalan kaki.
Selesai persiapan terakhir, kami
bergerak pukul 8.30 pagi. Satu jam pertama pergerakan sekali sekala melalui
buloh di atas kepala sambil menunduk dan ada kalanya merangkak memang
mengujakan. Terdapat cuma satu simpang yang mengelirukan dan mujur semua rakan
pendaki berada berhampiran. Dari kawasan hutan, kami tiba di satu kawasan
mendaki bukit botak berdasarkan kabel-kabel yang menghubung terus ke puncak.
Sampai di atas bukt botak, jalur masuk ke hutan semula dan ada peserta sudah
mental. Tapi 10 minit kemudian kami di depan tiba di satu tasik yang di panggil
Telaga Dewi. Di sini terdapat banyak kawasan rehat. Di seberang sana , terdapat pencawang-pencawang
yang merupakan puncak Singgalang. Memandangkan tiada Mess tin untuk masak
maggi, Ramli memberitahu supaya mengisi botol-botol yang ada sepenuh-penuhnya
dan diletakkan ke api. Ternyata teknik tersebut menjadi dan kami menyediakan
makan tengahari yang ringkas.
Selesai solat, bergambar dan
makan, kami bergerak menuju puncak Singgalang yang cuma 25 minit. Kami tiba
pukul 4.15 petang. Kelihatan kabus tebal dan sekali sekala kelihatan puncak
Marapi yang terbentang di depan mata.
Selesai bergambar, kami bergerak
turun. Sekali lagi kami terpisah dengan saya, Ramli dan Azlia di depan. Hujan
sudah mula turun dengan lebat sebelum sampai di kawasan buloh. Kami tiba di
pencawang pukul 7.45 malam. Kelihatan ramai siswa dan siswi yang menunggu
keesokannya untuk mendaki. Malam menyelubungi kegelapan dan kami tidak nampak
kenderaan kami. Ramli yang sudah turun menyangka kenderaan berada di bawah.
Setelah turun ke bawah dan mendapati tiada kenderaan, saya menaiki motosikal
atau ojek turun ke kantor yang terletak sejauh 5 kilometer dan bertemu Ramli di
sana .
Sebenarnya Pak Sony dan kenderaannya ada di pencawang cuma di tutup dalam pagar rumah dan ini menyebabkan kami tidak nampak. Nampaknya Ramli sudah dikatakan berjalan turun secara maraton.
Setelah berbincang bersama
Al-Badri, kami bermalam di rumahnya dan menuju ke kedai makan. Nasib kami baik
bila ada juga kedai yang masih dibuka. Makan malam kami yang ditaja begitu enak
sekali dengan hidangan teh telur sambil lampu yang terang-terang malap. Sebaik
selesai, kami pulang untuk tidur dan bersiap untuk keesokannya.
29 Mei 2010
Hari ini kami bangun pagi dan bersiap ke Bukit Tinggi untuk membeli belah. Sebelum keluar dari kaki Singgalang, kami singgah ke rumah di tempat di panggil Pandai Sikek yang mempunyai sebuah rumah minangkabau yang unik.
Selepas itu kami bergerak dan tiba di Menara Gadang Bukit Tinggi dan sarapan pagi yang ditaja.
Terdapat hadiah key-chain diberikan pada rakan-rakan atas kenangan mendaki bersama. Kami kemudian bergerak menuju ke markas outdoor dan ke pasar untuk membeli barangan yang menarik untuk di bawa pulang sehingga ada rakan-rakan yang lupa diri.
Selepas itu kami bergerak dan tiba di Menara Gadang Bukit Tinggi dan sarapan pagi yang ditaja.
menara gading bukit tinggi
buat key-chain
Terdapat hadiah key-chain diberikan pada rakan-rakan atas kenangan mendaki bersama. Kami kemudian bergerak menuju ke markas outdoor dan ke pasar untuk membeli barangan yang menarik untuk di bawa pulang sehingga ada rakan-rakan yang lupa diri.
Selesai beli belah, kami makan
tengahari, solat dan bergerak ke kaki Marapi. Makan tengahari memang sedap
dengan hidangan yang menyelerakan. Di kaki Gunung Marapi, kami diiringi oleh 3
saudara rapat Al-Badri.
ada monumen makam abe di atas sebelum sampai ke puncak merapi
Seawal pukul 1.15 petang, kami
bergerak perlahan melalui lereng-lerang kawasan penanaman. Satu masa kami
sampai ke sebatang anak sungai yang hanya dihubungkan melalui buloh-buloh.
Terdapat beberapa khemah di kawasan rata. Oleh kerana Ramli sudah di depan
sekali lagi dan berseorangan maka saya terpaksa mengejar kerana ditempat orang
takut-takut macam-macam perkara boleh terjadi. Selang 20 minit baru kelihatan dia
sedang berehat di salah satu hentian. Kami melihat ramai pendaki yang naik. Ada masa kami bertanya
berada lagi perjalanan dan ada yang berkata 2.5 jam dan 4 jam. Kami tiba di Cadas
sebelum mendaki laluan berbatu yang sangat susah untuk naik. Kelihatan ramai
pendaki yang rehat-rehat sambil menghiburkan diri dengan membawa peralatan
gitar. Sebaik sampai di atas terdapat satu monumen yang dipanggil Makam Abe.
terpaksa bergambar sorang demi sorang
malang nya mereka baru sampai manakala kami dalam perjalanan turun
tidak sempat tiba di puncak tapi sempat bergambar berhampiran makam abe
Rakan-rakan kami baru sampai dan
mereka bercadang naik ke puncak dalam masa 10 minit lagi. Saya dan Ramli
bersedia di bawah untuk menyediakan sekurang-kurangnya air teh. Apabila semua
sudah turun semula, kami pun bersiap untuk bergerak terus ke bawah. Perjalanan
licin dan sekali sekala kelihatan lampu melilap naik ke atas. Rupa-rupanya
sepanjang kami turun, semakin ramai yang naik ke atas sedangkan di Cadas tidak
lah sebesar mana kawasannya. Kami tiba di kenderaan kami pukul 12.15 malam.
30 Mei 2010
Setelah membayar kos kantor dan
tempat letak kenderaan, kami yang kelaparan terus ke Bukit Tinggi untuk makan
malam. Antara makanan yang disediakan adalah murtabak mesir dan nasi goreng
dengan harga yang amat berpatutan. Selesai makan kami ke rumah Al-Badri untuk
mandi dan bersiap ke lapang terbang. Kami sempat sarapan lagi di lapangan
terbang dan menghabiskan semua ruppiah. Kami tiba di LCCT pukul 11 pagi.
Diiringi ucapan penutup kami semua pulang bersama kenangan indah yang tidak
dapat dilupakan.
Tahniah Tuan!
ReplyDelete