Gunung Apo-Talomo di Pulau Davao, Selatan Filipina

Salam,

Diubah suai dari laporan Kak Ana dan Suraya manakala gambar ada dari kamera hafiz.

Seramai 19 pendaki Malaysia serta 11 pendaki Filipina termasuk jurupandu arah (guide) serta pengangkut barang (porter) lalui sepanjang meredah hutan Mindanao pada 22 hingga 25 Oktober lalu. Ketua jurupandu arah kami ialah Jun Sicao.

21hb Oktober 2011
LCCT – Clark / NAIA – Davao City 

Kami tiba awal di lapangan terbang Diosdado Macapal di Clark. Sehingga tengahari kami meronda-ronda bandar Manila. Kami cuba mencari kedai makan halal sehingga ke lapangan terbang domestik.


Petang nya kami menaiki kapal terbang menuju ke Davao, Sebuah Pulau di selatan Filipina yang dikaitkan dengan pengganas Abu Sayaff.

 ronda nak carik makan halal
check in cebu pacific

22hb Oktober 2011
Kem 1 

bergambar pagi-pagi sebelah hotel
pagi-pagi sarapan ikan bakar

Setelah sarapan pagi , kami bersiap dari  Davao City dan menaiki jip menuju ke Kampung Tamayong. Dalam perjalanan kami sempat singgah di bandar berhampiran untuk membeli sedikit keperluan asas.


starting point

Pendakian bermula sekitar pukul 11.30 pagi. Laluan tanah merah di celah-celah kebun pisang diredah hampir dua jam di bawah terik mentari.

naik lori lalu kebun pisang

Setibanya kami di Kampung Sicao, kami berhenti solat dan makan tengah hari.





Kami berjalan melalui kebun pisang sebelum tiba di Kem Lumot dan bermalam.

23hb Oktober 2011 
Kem 2, Talomo

Dalam kedinginan, kami memulakan pendakian tepat pukul 7.27 pagi. Tiga jam mendaki barulah kami tiba di puncak Talomo. Cuaca cerah membolehkan kami melihat Teluk Davao dan Pulau Samal dari kejauhan.

pagi di kemsite

Agak seronok mendaki kerana suhu yang dingin, selain panorama hutan lumut yang memukau. Terasa seolah-olah kami berada di suatu alam lain kerana kebanyakan pokok dibaluti lumut segar yang menghijau. Sekitar pukul 10.25 pagi, saya menjejakkan kaki di puncak Talomo. Udara dingin menyapa kami dan selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Kem Basinan. Kami dimaklumkan oleh Gideon bahawa perjalanan memakan masa sekitar 10 hingga 12 jam lagi!.



puncak Talomo

Dari puncak Talomo, trek yang ditempuh menjunam turun dan ketika berada di permatang, kami dapat melihat puncak Gunung Apo di sebelah kanan. Kelihatan dekat sahaja, tetapi oleh kerana trek yang dilalui menempuh lurah dan lembah yang teramat dalam, selain topografi yang seakan-akan memusing lereng, maka perjalanan menjadi terlalu jauh.


Satu demi satu puncak dilepasi, antaranya dua puncak yang lebih tinggi daripada puncak Talomo iaitu puncak Lipopocan dan puncak Dalag.

Selepas menuruni lereng bukit yang tinggi, kami menghadap pula trek menjunam ke lembah sungai yang amat dalam. Apa yang boleh dikatakan tentang trek ini adalah ?sukar yang teramat sukar?. Malah ada peserta berkata kesukarannya tidak masuk akal kerana ada trek yang terlalu curam, selain trek yang terputus dan terpaksa dilepasi dengan pelbagai gaya dan cara. Betapa gentarnya hati kami dan menggigil kedua-dua lutut tatkala kami terpaksa memijak dengan hujung kaki tebing curam yang rapuh di tepi sebatang sungai. Apatah lagi suasana ketika itu sudah gelap gelita. Hanya cahaya lampu suluh memandu kami ke arah yang betul. Jika tersilap langkah, pasti kami terhumban ke gaung.



Kami difahamkan terdapat sebatang balak yang panjang perlu diseberangi. Selepas balak itu, kononnya di situlah Kem Basinan. Mendengar itu, kami kembali segar untuk meneruskan perjalanan. Namun balak yang disebut tadi tidak kunjung tiba sehinggakan ada di kalangan kami berkata, ?Mana balak ni...tak ada pun...ishhhh... kena tipu lagi,?.

Kami berasa tertipu kerana Gideon asyik memberitahu jarak perjalanan hanya kira-kira tiga jam lagi, sedangkan ketika itu kami telah berjalan melebihi 10 jam, namun masih belum tiba.

Akhirnya, balak yang disebut itu ditemui tetapi kami tidak dibenarkan melaluinya kerana sebahagiannya sudah runtuh akibat reput. Balak itu sempat digunakan oleh kumpulan pendaki hadapan bagi menyeberangi lembah sungai yang dalam.

Sebagai laluan alternatif, kami menuruni lembah dan mendaki semula tebing sungai menuju ke seberang. Berjalan di hadapan saya adalah Abu Bakar Mohamad (pak cik Burn), 55 tahun. Tiba-tiba kami terdengar jeritan pak cik Burn. Rupa-rupanya, trek yang dipijaknya runtuh. Nasib baik pak cik Burn sempat menyambar dahan dan akar pokok di tebing sungai. Jika tidak, tentu jarak jatuh lebih jauh ke dalam jurang. Kesan runtuhan itu menyebabkan laluan ke ?tapak perkhemahan palsu? terputus. Kami terperangkap di situ. Bantuan diterima apabila rakan-rakan Filipina menebang pokok bagi membuat titi kayu untuk kami lalui. Alhamdulillah, kesemua pendaki selamat melepasi kawasan berbahaya itu. Di tapak perkhemahan palsu itu, sekali lagi kami dimaklumkan jarak perjalanan ke Kem Basinan adalah sekitar tiga jam lagi!

Kami meneruskan pendakian dalam perasaan yang pelbagai. Masing-masing melayan diri, namun kumpulan saya agak meriah dengan pelbagai cerita yang disampaikan oleh Murdafi Ithnin, Norsafrina Shamsir Md. Nasir dan Ayieen Carlos Ismail. ?Radio bergerak? yang dimainkan oleh mereka cukup menghiburkan. Namun, saya sudah sampai ke tahap tidak mampu untuk berkata-kata kerana terlalu letih melayan perjalanan yang seperti tiada penghujungnya ini.

24hb Oktober 2011
Kemsite Basinan -> Tasik Venado -> kaki puncak Apo

Hari ini Gideon memberi taklimat ringkas. Katanya, perjalanan hari ini lebih mudah dan hanya dua hari sahaja yang sukar. Malah Jun Sicao berkata : ?the worst is over?. Selepas sarapan, kami berjalan menuju ke Tasik Venado. Benar sebagaimana yang dikata. Trek bahagia dan kami seronok menyakat Mohd Shobri Ahmad yang berjalan perlahan kerana kakinya melecet. Gurau senda melegakan sedikit perasaan yang tertekan akibat ?didera? sepanjang dua hari lalu. Di tasik itu, kami dapat melihat gahnya Gunung Apo (2,954 meter/9,692 kaki dpl) yang merupakan puncak tertinggi di negara Filipina. 

Tiba di Tasik Venado Kami berhenti untuk makan tengahari, membersihkan diri, beristirehat sambil menikmati panorama tasik yang sangat indah dan betlatarbelakangkan puncak Gunung Apo yang kelihatan sangat jelas.  Tasik Venado terletak pada ketinggian 2400m sebelum tiba di Puncak Gunung Apo.  Ia adalah salah satu kawah yang terhasil dari dari letupan Gunung Berapi Apo satu masa dahulu.


Kami berjalan mengelilingi tasik menuju ke trek bukit lalang. Sebelum senja menutup tirai, kami sempat menikmati keindahan Tasik Venado dari atas bukit, selain Gunung Talomo yang disimbahi cahaya oren senja.



Selepas makan tengah hari, kami meneruskan pendakian ke Kem Puncak sekitar pukul 4.00 petang.

Di sinilah, Kamariah Ismail, 49, (Kak Kay) mengadu tidak sihat. Saya bertanyakan Kak Kay, boleh berjalan atau tidak. Beliau menjawab, ?Boleh...tapi perlahan,?. Bagi saya, asalkan boleh berjalan, itu sudah okey. Soal cepat atau lewat tiba di tapak khemah, itu soal kedua kerana yang penting adalah keselamatan dan kemampuan diri.

Kami tiba di Kem Puncak tepat pukul 7.30 malam. Ingatkan bermalam di Kem Puncak yang rata membuatkan kami selesa, rupa-rupanya suhu sejuk melampau sehingga 2 darjah celsius mengganggu lena kami. Walaupun menyarung pakaian tebal dan beg tidur yang sesuai, namun suhu sejuk tetap menyelinap masuk ke dalam pakaian!

25hb Oktober 2011
Puncak Gunung. Apo -> Sempadan -> Gudi-gudi -> Kapatagan

Hari Keempat: Inilah hari yang dinanti. Segala kepayahan dan kesakitan yang ditanggung tiga hari lalu hilang seperti ditiup angin lalu. Kami ?berlenggang kangkung? ke puncak Gunung Apo dengan hanya membawa kamera. Macam-macam stail bergambar dirakamkan sebelum kami berpatah balik ke tapak khemah.
















Pada ketinggian 2954 meter, Gunung Apo adalah gunung tertinggi di Filipina. Ia adalah gunung berapi tidak aktif sejak 1964 yang terletak di barat Pulau Davao meliputi 72000 hectar hutan hujan. Gunung Apo di sini merupaka salah satu dari 10 kawasan yang dilindungi oleh taman nasional yang diwartakan pada tahun 1936 dan memlilki banyak haiwan-haiwan yang jarang ditemui,.  

Masih terdapat aktiviti fumarolic di dasar gunung tersebut, pancutan stim dan asap sulfur masih keluar melalui batuan on a steep eastern slopes.  Gunung ini terletak diantara Daerah Davao Del Sul dan North Cotabato di Mindanao Filipina. Pemandangan di sini sangat cantik. 

Perjalanan turun membawa kami melewati kawasan Boulders, Kem Godi-Godi, Kem Baroring dan Kampung Paradise. Boulders adalah kawasan kontang yang dipenuhi batuan gunung berapi pelbagai saiz. Terdapat lohong yang menyemburkan gas panas dan sulfur di pertengahan kawasan ini. Menapak di kawasan ini turut menguji ketahanan diri. Terik mentari membakar kulit kami selama dua jam. Saya berjalan keseorangan sehinggalah bertembung dengan Jurimah Mohd. Ariffin, Haziana Mohamad dan Kak Kay. Kami tiba di Kem Baroring pada pukul 2.20 petang. Kumpulan terakhir tiba dua jam kemudian. Perjalanan ke kampung dikatakan memakan masa sekitar empat hingga lima jam lagi. ?Wah...lama lagi nak berjalan ni,? hati saya berkata. Pelbagai trek ditempuh, antaranya trek kerbau dan kebun sayur. Untuk melepaskan lelah, kami berhenti rehat di satu kawasan lapang. Tiba-tiba Gideon bersuara. Beliau menyuruh kami menutup lampu suluh. Rupa-rupanya sekumpulan kelip-kelip berterbangan menyinari kami. Cantiknya tak terkata.

Ada juga kejutan pada malam terakhir ini. Ketika pak cik Burn berdiri kerana lenguh, terdengar suara Jhoc Nalda menjerit, ?sit down...sit down...kidnap for ransom.? Rupa-rupanya kawasan yang dilalui kerap berlaku kes culik untuk mendapatkan pampasan. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Kami tiba di Davao City pada pukul 1.15 pagi. Lega rasanya mengenangkan segala kepayahan berlalu pergi.

26hb Oktober 2011

Ronda-ronda di Davao city sebelulm transit ke Manila.






27hb Oktober 2011

Hari ini saya dan Taha berjalan di Makati kerana ada yang sudah pulang.


Sekian.

0 comments:

Post a Comment