Pendakian Gunung Sheishan 2011 : OGKL mencatat sejarah

Salaam,

Hari pertama
Jejak pertama kali di Taiwan 

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur(OGKL) mencipta sejarah apabila mula mengembangkan sayap ke negara Taiwan untuk pendakian ke Gunung Sheishan di utara Taiwan. Bersama Apip selaku ketua expedisi dan juga pengerusi kelab serta timbalan pengerusi Adzmin, kami seramai 8 orang mula menaiki pesawat Airasia dan tiba di Lapangan Terbang Taoyuan. Setiba di kota metropolitan Taipei, kami tercari2 tempat penginapan iaitu Happy Family Hostel yang terletak di tengah-tengah bandar Taipei.

cop passport

Taiwan atau nama lama Formosa adalah sebuah pulau yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pantai tenggara Tanah Besar China dan terletak di antara Jepun dan Filipina pada bahagian utara dan barat daya. Keluasannya adalah kira-kira 36,000 kilometer persegi sama saiz seperti negara Belanda di Eropah.

Hari kedua
Langkahan bermula di Taman Nasional Shei Pa

Taman Nasional Shei-Pa  meliputi kawasan seluas 76,850 hektar dan memerlukan sekitar 4-6 jam perjalanan ke selatan Taipei tapi masih di utara Taiwan. Di sini terdapat 51 puncak melebihi ketinggian 3000 meter. Ia merupakan kawasan yang kebanyakannya liar dan belum dibangunkan sepenuhnya dengan pelbagai hidupan liar dan spesies yang jarang-jarang ditemui dan endemik. Maka di sinilah terdapatnya Gunung Sheisan iaitu gunung ke-2 tertinggi di Taiwan dengan perbezaan cuma 6 meter dari yang tertinggi iaitu Gunung Yushan di Taman Nasional Yushan. Gunung Sheisan memiliki nama-nama lain seperti Syue, Hsuehshan atau yang paling terkenal dipanggil Snow Mountain.

dia 2 orang je paham ... kita orang angguk je 

Dengan waktu yang sudah cerah seawal pukul 5 pagi, kami bangun, mengemas dan bersiap. Mana yang tidak diperlu ditinggalkan di hostel. Kami bergerak ke Taman Nasional Shei-Pa dan menaiki van yang dipandu oleh Abu La. Dalam perjalanan kami singgah makan dan membeli beras serta beberapa makanan untuk di bawah bersama.



klu naik van jalan macam ular , kompen dia tewas

Perjalanan yang jauh dan kami berhenti lagi untuk makan tengahari di Wuling Farm yang memiliki lanskap seperti Cameron Highland.

semua lauk dia sayur semata-mata

Memandangkan makanan halal tiada, kami memesan makanan berasaskan sayuran dari ladang. Sebanyak 7 hidangan berasakan sayuran seperti asofagus, salad dan sebagainya menjadi santapan. Selesai makan, kami menaiki van untuk singgah di balai polis yang tidak jauh dari sini untuk urusan permit. Dalam setengah jam kemudian kami terus ke Stesyen Renjer Shei-Pa namun tiada siapa di sana. Kami meninggalkan dokumen yg diperlukan di kotak yang disediakan.  Suasana bertambah sejuk dan setelah bersiap serta tanpa pemandu arah, kami mula bergerak.

ni semua nye

kalau salji tak tau la cantk dia macam mana

Perjalanan bersama kumpulan kecil menyebabkan pergerakan kami terkawal. Laluan berbentuk Z dan sekali sekala ada jalan potong tapi kami tidak menggunakan kesempatan tersebut. Di setiap 100 meter ade batu tanda sejauh mana perjalanan trek ini dilalui. Perjalanan selama sejam 10 minit begitu cepat berlalu dan kami sampai di kilometer 2 di Kabin Cika untuk bermalam. Kabin ini luas dan mampu memuatkan lebih dari 100 orang. Tapi awas!!!terdapat binatang buas sepeti beruang yang berkeliaran dan semasa kami tidur kami diganggu oleh tikus-tikus hutan. Bersama kami terdapat kumpulan lain dari Republik Chech.



makan malam yang sejuk

Hari ketiga
Dari kabin ke kabin seterusnya






Pukul 5.30 pagi kami bangun, berkemas dan bersiap. Perjalanan di sambung untuk ke puncak tapi cuaca sejuk mula melanda perjalanan kami. Dalam keadaan itu juga hujan turun sedikit demi sedikit. Laluan yang pada awalnya masih berbentuk Z kemudian mendaki secara perlahan-lahan.


Beberapa kali kami berenti rehat.  Pada kedudukan ini , ketinggian sudah mencecah 3000 meter. Kami meneruskan perjalanan sambil melihat pemandangan gunung ganang di kanan dan memetik beberapa keping gambar. Kami tiba di puncak timur Sheishan pada kilometer 5 di ketinggian 3201 meter pada pukul 10.50 pagi.


Sempat kami bergambar di puncak pertama ini sebelum meneruskan perjalanan. 300 meter dari sini terdapat kawasan helikopter mendarat dan laluan dari arah lain ke puncak timur Sheisan. Perjalanan seterusnya menurun dan menaik semula. Kami melalui satu kawasan yang dipanggil crying slope dengan pemandangan ke bawah yang jauh dan sangat cantik. Tidak jauh dari sini sudah kelihatan Kabin 369 tapi dilitupi kabus. Kami tiba di kilometer 7.1 di Kabin 369,



Maka dengan cuaca kabus tebal, ketua expedisi Apip mengumumkan kami akan naik puncak esok. Kami kemudian makan tengahari dan bermalam. Keadaan semakin lama semakin sejuk dan suhu menurun dalam 8 darjah celcius apabila malam.

Hari keempat
Kesejukan di puncak Sheisan

saya punya jelly

Seawal pukul 3 pagi kami bangun. Untuk bersiap dengan cuaca yang sejuk memerlukan semangat yang lebih tinggi dari biasa. Sejam kemudian kami mula bergerak mendaki ke puncak dengan beg kecil. Kami melalui satu kawasan yang di panggil Black Forrest di mana terdapat batang-batang pokok satu persatu bagai tersusun di sebelah kanan. Pada kilometer 9, suasana sudah cerah dan tahap sejuk semakin tinggi. Pemandangan dan perjalanan bertukar kepada batu-batu besar . Laluan berpusing ke kanan namun puncak Sheisan tidak kelihatan kerana kabus sangat tebal. Dengan perjalanan yang agak perlahan, kami sampai di puncak Sheisan pada ketinggian 3886 meter pada pukul 7.30 pagi. 


puncak Sheishan ... tak ada group photo


Suhu menurun lagi dalam sekitar 1-4 darjah celcius , cuaca sangat sejuk dan berkabus. Keadaan sebegini la rasanya seakan duduk di dalam peti ais selama 30 minit pun sudah tidak tahan. Dengan cuaca sesejuk begini, harapan untuk kami bergambar dengan banyak agak sukar.


Apip sempat menyediakan sarapan pagi namun ada yang tak makan. Saya bersama Uncle Appa dan Miss Tan turun dahulu untuk mengurangkan tekanan kesejukan melampau. Kami terus turun dari puncak ke Cika Hut.

kami sama-sama pelancong

Pukul 3 petang kami tiba di Kabin 309 untuk makan tengahari. 2 jam kemudian kami sampai di Stesyen renjer. Pemandu van Abu La sudah tiba awal dan kami berkemas untuk pulang ke Taipei. Kami singgah ke bandar berhampiran untuk makan namun tidak berjaya mencari restoran halal.

makan malam sungguh enak lepas turun gunung

Namun setibanya di pinggiran bandar Taipei kami jumpa juga dan menjamah selera dengan makanan yang sedap dan lazat. Selesai makan kami pulang ke hostel.

Hari kelima
Kelindahan yang menawan di Taman Nasional Yangminshan

Seperti biasa kami bangun seawal 5.30 pagi. Setelah diadakan perbincangan semalam, kami merancang pergi ke Taman Nasional Yangmingshan yang masih terletak di dalam bandar Taipei. Di taman nasional ini terdapat satu gunung yg tertinggi dan di situlah haluan kami untuk hari ini.

Taman Nasional Yangmingshan secara rasmi merupakan taman negara ketiga yang dibuka pada tahun 1985. Ia terletak di atas Gunung Yangming, salah satu gunung yang paling terkenal di Taiwan. Ia juga merupakan taman negara yang paling popular di Taiwan. Ia mempunyai pembentukan gunung berapi dan haruman wangian bunga yg sedap bagi semua empat musim setahun. Oleh kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga yang indah serta berwarna-warni yang sentiasa berkembang di taman maka sesetengah orang menganggap Taman Nasional Yangmingshan sebagai "belakang rumah Taipei". Oleh kerana ia beriklim tropika maka Yangmingshan adalah lokasi yang terbaik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan berkembang.

Pukul 7.30 pagi kami bergerak ke Taman Nasional Yangmingshan. Kami membaca peta dan merancang menaiki keretapi MRT. Terdapat beberapa hentian sebelum menaiki bas. Semasa dalam MRT , kami ternampak seorang lelaki berpakaian trekking. Salah seorang dari kami Tahar yg boleh berbahasa Mandarin menyapa dan mengatakan keinginan dan secara kebetulan dia juga akan ke sana tapi tidak mendaki. Lelaki tersebut bernama Incik Chiang.  Kami turun ke Syilin dan seterusnya menaiki bas. Di depan MRT ini terdapat pasar malam. Kami bertemu rakan pendaki lain termasuk adik Incik Chiang.

couple yang paling veteran

Kami sampai di pintu masuk Taman Nasional Yangmingshan pada pukul 8.30 pagi. Rupa-rupanya ada banyak pintu masuk dan kami melalui  Jimbao Trail. Perjalanan kami disertai oleh seramai pendaki-pendaki veteran. Antara nya sepasang suami isteri berumur 75 dan 89 tahun berpakaian seperti baru pulang dari sawah.




Kami dibawa oleh Incik Chiang dan rakan-rakan pendakinya ke tempat pemandangan gunung-ganang dan melalui laluan yang sangat panjang dan menarik. Kami dapat melihat berbagai-bagai pemandangan unik dan salah satu nya adalah Gunung Cising.

belakang tu adalah gunung


Setelah melalui satu jambatan, kami tiba di Pusat Lawatan Leng Shui Keng yang merupakan satu lagi pintu masuk ke sini. Kami berehat 15 minit untuk bersedia mengadap laluan ke Gunung Cising. Di sini terdapat perkhidmatan bas yang tiba setiap 15 minit. Pada awal nya kelihatan ramai orang turun dari atas Gunung Cising namun kami memilih laluan sebelahnya dan yang lebih rendah sebelum mula mendaki pada 1.5 kilometer. Di sini terdapat laluan bertangga sebelum sampai lagi 200 meter ke puncak. Perjalanan cuma sejam lebih dan kami tiba di puncak Gunung Cising pada ketinggian 1120 meter. Cuaca yg terang berubah menjadi sejuk. Kami sempat bergambar sebelum kabus melanda. Tidak jauh dari puncak kelihatan puncak timur yang merupakan laluan turun dengan perjalanan masa cuma 15 minit. Cising atau dalam bahasa Mandarin disebut Qixing atau Chi ‘Sing bermaksud 7 bintang iaitu 7 puncak utama termasuk yang ada.

puncak gunung cising



Dengan cuaca yang sejuk kami turun perlahan-lahan yang merupakan laluan bertangga. Terdapat kawasan pemancar dan pusat radio kebangsaan di laluan turun ini. Setibanya di bawah, terdapat satu kolam panas dan kolam sulfur yang masih aktif.


tunggu bas nak pulang

Kami menaiki bas yang berhenti di stesyen MRT yang terdekat. Kami sempat singgah di pasar malam terbesar di Taipei dan makan di tempat yang sama semalam sebelum balik ke hostel.

Hari terakhir
Jalan-jalan naik MRT dan 101 Taipei

Metro Taipei,  lebih  dikenali  sebagai  MRT  atau  secara  rasmi   sebagai Sistem Transit Rapid Taipei di Taiwan. Sistem ini  dibina dan  dikendalikan oleh  Taipei  Rapid  Transit  Corporation (TRTC)  dan  terdiri  daripada  89 stesen. Metro Taipei adalah sistem metro pertama di Taiwan. Sejak ia mula-mula beroperasi pada tahun 1996, MRT telah berjaya mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Taipei.


stesyen keretapi taipei

Kami bangun pagi dan bersiar-siar di bangunan stesyen keretapi terbesar dan makan tengahari di satu restoran halal yang terletak di Jalan Yanping. Selesai makan kami singgah di satu deretan kedai outdoor. Selesai di sini kami bergerak ke 101 Taipei dan bergambar.

mencari kedai makan halal


101 Taipei juga dikenal sebagai Taipei Financial Center adalah sebuah bangunan pencakar langit yang terletak di District Xinyi. Bangunan ini mengatasi KLCC sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 2004 sebelum dipintas oleh Khalifa Burj pada tahun 2010.

belakang tu 101 taipei ... tak naik sebab balik awal

Kenangan dan keindahan mendaki gunung-gunung di Taiwan memberi harapan untuk kami mendaki gunung yang tertinggi di sini satu hari nanti. Apapun kesukaran mencari makanan dan tarikan pemandangan yang menarik tidak akan kami lupakan dan tidak akan menghalang kami dari singgah sekali lagi di bandar metropolitan Taipei yang serba canggih ini. Sekian dari saya.

* Sebahagian foto adalah dari Apip
#96

0 comments:

Post a Comment