Gunung Dempo di Palembang
on
at
September 23, 2012
|
0
comments
Salam,
Gunung Dempo adalah gunung ke-2 tertinggi di Pulau Sumatera berkedudukan di sebelah selatan pulau. Untuk mendaki kita perlu singgah di kota Pagar Alam yang terletak di provinsi Bengkulu di Palembang maka ia sama seperti gunung-gunung lain iaitu jauh ke pedalaman. Ia dikelilingi oleh banjaran Bukit Barisan. Maka itu adalah destinasi kami seterusnya.
14 September 2012
Penerbangan menaiki Airasia ke Palembang di tunda sejam. Saya mengetuai rakan-raka tiba di LCCT diteman oleh Ramli abd Majid, Suzana Jamil(Seri), Jamallua’in Soot(Cikgu Jamal), Suraya Yusof(Su), Mohd Sukri Ghazali(Abemu) dan Muhammad Zulkifli(Tokie). Kapal terbang mendarat di Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang. Kami disambut oleh Ucil dan Ryco yang merupakan siswa Universitas Bima Darma atau singkatannya Mabidar.
Selesai perbincangan antara kedua belah pihak, kami terus bergerak ke steysen bas yang terletak tidak jauh dari sini. Namun apabila sampai bas pula lambat. Pukul 6 lebih baru bas bergerak.
tukar tayar
Perjalanan mengambil masa 6 jam sekali berhenti lalu kami sampai di Pagar Alam. Kami bakal bertemu dengan Pak Anton iaitu tuan rumah bagi yang biasa ingin menumpang apabila ingin mendaki Gunung Dempo. Rumah Pak Anton terletak di belakang masjid namun pada hari tersebut Pak Anton tiada kerana menemani isterinya yang tidak sihat. Di sebelah rumahnya terdapat satu pondok rehat yang agak besar khas bagi pendaki yang ingin berehat. Kami bermalam di sana sambil mengatur strategi untuk esok.
15 September 2012
sarapan pagi
Dalam ramai-ramai, kumpulan kami yang bangun awal. Kami menyediakan sarapan pagi sendiri dan bersedia untuk bergerak di mana 2 buah kenderaan menunggu kami. Kenderaan-kenderaan tersebut melalui lereng tanaman teh. Kadang-kadang selekohnya melalui hamper 150 darjah beberapa kali sehingga ada rakan kami yang tidak tahan lalu muntah. Setelah sejam perjalanan, kami tiba di Tugu Rimau iaitu permulaan trek.
pintu rimba
lestari
Mengikut jangkaan, kami akan tiba lewat namun cuma 4 jam diperlukan untuk sampai ke puncak.
Alhamdullillah kami tiba awal di puncak Gunung Dempo. Setelah mengambil gambar dan merasa agak keliru, kami meneruskan langkah dan tiba di puncak kedua yang merupakan puncak sebenar pada ketinggian 3159 meter.
Alangkah gembiranya kerana dapat juga sampai di sini. Kami diberitahu oleh Esa bahawa terdapat satu lagi puncak di sebelah sana yang di panggil puncak Marapi. Kata mereka puncak di sana lebih cantik. Setelah selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan yang menurun ke bawah dan terbentang jelas di depan puncak Marapi yang menghijau di sana.
puncak dempo
Alhamdullillah kami tiba awal di puncak Gunung Dempo. Setelah mengambil gambar dan merasa agak keliru, kami meneruskan langkah dan tiba di puncak kedua yang merupakan puncak sebenar pada ketinggian 3159 meter.
menuju ke puncak marapi
Alangkah gembiranya kerana dapat juga sampai di sini. Kami diberitahu oleh Esa bahawa terdapat satu lagi puncak di sebelah sana yang di panggil puncak Marapi. Kata mereka puncak di sana lebih cantik. Setelah selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan yang menurun ke bawah dan terbentang jelas di depan puncak Marapi yang menghijau di sana.
Setelah solat, kami bergerak naik ke puncak Marapi. 30 minit diperlukan untuk ke puncak dengan laluan pokok-pokok bonzai serta batu-batu besar. Setelah sampai di puncak kelihatan kawah gunung berapi berwarna antara biru dan hijau begitu asyik mata memandang.
Di sana sini kami beraksi dan bergambar. Terpesona dengan ciptaan ilahi, Ucil yang turut serta bersama kami melaungkan azan tanda syukur dengan nikmat yang Allah berikan. Tidak lama kemudian kami turut ke bawah semula. Selesai makan dan solat kami bergerak keluar dari hutan Gunung Dempo dengan rasa tanda sangat puas di hati masing-masing. Kami tiba di Tugu Rimau dalam pukul 8.30 malam sambil menunggu kenderaan kami tiba lewat kemudian.
Larut malam kami tiba di pondok agak lewat dan kelaparan. Kami memesan makanan di luar tetapi bila makanan lewat tiba kami memasak makanan sendiri dahulu. Kami dihidangkan kopi dan teh tempatan yang sedap. Selesai makan dan solat kami tidur sambil saya merancang dengan Esa untuk aktiviti esok.
16 September 2012
Seawal pagi kami sudah bersiap untuk ke Bukit Kaba menaiki bas. Sebelum bergerak kami meluangkan masa untuk membeli kopi Palembang serta teh. Setelah bas bergerak keluar melalui pintu gerbang, bas kami di tahan oleh pengawal gerbang. Katanya bas tidak sesuai dan tidak dibenarkan lalu dan dikehendaki membayar tol. Sebaik setelah berurusan, bas meneruskan perjalanan dan kelihatan bentuk Gunung Dempo di sisi kiri laluan. Sepanjang perjalanan selama 6 jam tersebut, bas melalui lereng-lereng sungai dan dihidangkan terlalu banyak majlis perkahwinan di sepanjang perjalanan. Berbeza dengan kami di Malaysia, kaum lelaki lebih selesa berpakaian kain pelikat serta berketayap. Hidangan pula diasingkan dengan kaum lelaki makan di tempat berlainan dengan kaum wanita. 2 jam pertama , bas berhenti untuk makan tengahari.
Sampai di Kabupaten Curup di Bengkulu iaitu sebuah Bandar sederhana besar, bas kami berhenti lagi di tahan polis. Selesai urusan dengan pihak polis bas berenti lagi. Kali ini tayar bas kami pancit dan tayar ganti pun hampir sama situasinya. Sejam kemudian baru lah bas bergerak dan turut serta bersama adalah seorang wanita dengan anaknya serta seorang lelaki tempatan. Bas membawa kami ke kaki Bukit Kaaba. Sedang laluan mendaki, tiba-tiba bas berhenti. Kami turun beramai-ramai berjalan ke tempat bermalam yang tidak jauh dari situ.
Di sini terdapat papan tanda sejarah Bukit Kaaba. Mengikut papan tanda, tempat ini diwartakan pada 15 Jun 1999 dengan keluasan 13 ribu hekta. Dengan sini walaupun ketinggian Bukit Kaaba adalah 1952 meter ia masih dipanggil bukit. Selesai makan malam, kami mengadakan upacara suai kenal memandangkan di kalangan kami yang ramai dan masih ada yang tidak mengetahui latarbelakang masing-masing.
17 September 2012
Pukul 3 pagi lebih kami bangun dan bersiap-siap ke puncak. Perjalanan cuma 2 jam dan melayari suasana trek sesejuk pagi. Kami tiba di pondok dan solat subuh serta bersarapan ala kadar. Setengah jam kemudian kami naik ke laluan bertangga yang sudah sedia ada. Cuma 15 minit diperlukan untuk terus ke puncak Bukit Kaaba. Suasana gelap kelihatan ada kawah berwarna hijau di sana. Apabila sudah cerah pada pukul 7.30 pagi baru kawah tersebut kelihatan ternyata sangat cantik. Esa menyuruh kami meneruskan perjalanan menurun ke bawah dengan melalui lereng-lereng trek. Kali ini kami akan turun melalui trek lain. Ternyata apabila turun melalui lereng-lereng tersebut, kami terpegun dengan keindahan di sana. Suasana ini sama seperti saya mendaki Gunung Apo di Filipina di mana pemandangan hijau 360 darjah di puncaknya. Ada juga rakan-rakan kami yang turun ke kawah sambil membuat huruf-huruf menjadi ayat menggunakan batu-batu sekitar. Indah nya pagi ini seperti tidak mahu turun kerana pemandangan seperti ini tidak terdapat di negara sendiri.
Selesai bergambar kami turun lagi. Selamat tinggal pemandangan yang hebat. Dalam perjalanan turun kami singgah di satu laluan air panas yang dipanggil kolam air panas. Ada rakan kami tidak melepaskan peluang mandi di sini. Selesai mandi kami melalui trek yang lurus terus sampai ke tempat kami bermalam. Sambil makan tengahari, kami menanti bas untuk membawa kami keluar.
Selang 2 jam kemudian kami keluar menggunakan kenderaan tempatan yang agak sempit. Kami terus ke Lubuk Linggau di mana kami bakal menaiki keretapi untuk pulang ke Palembang. Sebelum ke Stesyen keretapi kami singgah dahulu ke rumah salah seorang rakan mereka yang juga merupakan bekas pelajar Universitas Darma Sakti, Pak Sukma yang sekarang merupakan jurufoto stesyen televisyen tempatan. Kami dihidangkan makan malam.
Pukul 9 malam kami berangkat ke stesyen keretapi. Sambil mengucapkan terima kasih pada Pak Sukma, kami bertukar-tukar cerita. Pukul 10 malam keretapi kami bergerak. Stesyen keretapi ini merupakan stesyen yang paling hujung.
18 September 2012
Kami tiba di Palembang pukul 6.30 pagi. Di stesyen Palembang, Kami disambung oleh Nando yang merupakan Presiden Kelab mereka.
Kami dibawa semula ke kampus mereka. Selepas sarapan pagi, kami ke kedai outdoor di mana kami sempat membeli sedikit barang-barang outdoor di sana. Kami kemudian terus ke lapangan terbang untuk pulang yang di bawa oleh Ucil. Kami tiba di LCCT pukul 3.30 petang. Sekian sahaja expedisi kami kali ini.
macet pagi-pagi
Kami dibawa semula ke kampus mereka. Selepas sarapan pagi, kami ke kedai outdoor di mana kami sempat membeli sedikit barang-barang outdoor di sana. Kami kemudian terus ke lapangan terbang untuk pulang yang di bawa oleh Ucil. Kami tiba di LCCT pukul 3.30 petang. Sekian sahaja expedisi kami kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)