Gunung Besar Hantu dan Gunung Hantu awal tahun 2013

Salam,

Pada awal tahun ini, OGKL telah mengadakan satu ekspedisi ke Gunung Besar Hantu dan Gunung Hantu. Dari segi tahap kesukaran, gunung ini adalah berskala rendah. Perjalanan kami seramai 36 orang termasuk kakak saya sendiri bermula di Heritage Café di stesyen keretapi lama tapi kami bermula agak lewat. Setelah berbincang sesame AJK, kami akan melalui jalan lama dan berhenti di Batu 18 Ulu Langat. Kami tiba di Kampung Chennah yang terletak di simpang Kuala Klawang iaitu sebahagian dari dari Jelebu, Negeri Sembilan. Kami bersolat subuh di Masjid berhampiran sambil bersiap.


Untuk sampai ke kaki Gunung Besar Hantu, kami perlu naik 4wd dan sebuah lori kerana jarak yang jauh mampu menjimatkan masa dan tenaga kami. Dalam perjalanan, kami sempat melihat rumah-rumah orang asli serta pokok-pokok durian yang menunggu untuk gugur. Namun masalah bermula selepas sejam apabila lori tidak mampu melepasi laluan yang agak sukar. Sesekali kami terpaksa melepasi kesan runtuhan yg melintang di laluan kami. 4wd bagaimanapun meneruskan perjalanan. Saya dan Ramli mengambil keputusan untuk berjalan lalu disertai oleh Yasir. 4wd kemudian bergerak 2 kali mengambil peserta dan beg. Kami berhenti di simpang mendaki.

dengan kakak ku

Setelah selesai taklimat dan doa selamat, kami bergerak pukul 11 pagi. Sejam setengah perjalanan yang lebih kepada laluan trek 4wd, kami berhenti di Air terjun Hantu Air. Kami makan tengahari untuk mengisi tenaga.

Lebih kurang 1.15 tengahari , kami bergerak semula. Rata-rata laluan tidak lah susah cuma agak menaik sedikit.  Tidak sampai 2 jam kami sudah tiba di Kem Orkid. Kem Orkid sangat luas sehingga boleh menampung 100 orang dalam satu-satu masa. Terdapat mini air terjun tidak jauh dari sini. Setelah solat, kami bergerak untuk mendaki ke puncak. Kali ini baru lah merasa tentangannya. Trek mendaki selama sejam dengan beg daypack memberi sedikit lebihan tenaga untuk hari ini. Di laluan ini terdapat balak yang perlu dititi. Terdapat 2-3 puncak tipu sebelum sampai di puncak sebenar. Kami tiba di puncak Gunung Besar Hantu sekitar 6 petang. Puncak nya tidak la besar tetapi mampu melihat pemandangan gunung-ganang sekitarnya.


Selesai bergambar, kami turun. Suasana sudah semakin gelap dan maghrib akan masuk sebentar lagi. Rakan-rakan yang di depan sudah laju memintas dan meninggalkan kami di belakang. Sebaik sampai di Kem Orkid, saya mandi untuk keselesaan diri sendiri.  Selesai makan malam kami tidur.


Pukul 4 pagi kami bangun lagi untuk ke bersiap ke Gunung Hantu. Selesai kemas dan bersarapan, kami bergerak sejam kemudian.  7 orang terpaksa tinggal dengan berbagai alasan namun 29 yang lain meneruskan perjalanan. Kami melalui laluan yang sama ke Gunung Besar Hantu. Sedang mendaki trek menaik, saya tidak perasan trek sudah menurun kerana kami baru sahaja melepasi simpang. Trek menurun selama 20 minit sehingga menaik semula. Kam berehat dan solat subuh. Selepas solat kami bergerak sampai ke puncak. Sedang menghampiri puncak, kami melalui trek berdinding di sebelah. Perjalanan seterusnya menjadi 90 darjah kerana laluan tertutup dan menegak sahaja. Sebaik sampai di puncak kami diberitahu oleh Presiden yang turut serta, Apip bahawa kami sudah tersasar dari puncak sebenar. Apabila semua sampai, Apip turun mencari laluan ke puncak sebenar. Kami mengikuti dari belakang sambil turun ke bawah yang agak jauh dan naik semula. Selang tak lama kemudian, kami tiba di puncak sebenar. Beza ketinggian dari puncak tadi cuma 1 meter sahaja.     

Kata salah seorang AJK, Jalil Hamid kami merupakan kumpulan teramai naik ke puncak Gunung Hantu iaitu seramai 29 orang. Apabila selesai bergambar, kami turun tepat pukul 10 pagi. Perjalanan turun sangat menarik dengan 90 darjah menurun perlu diselesaikan dalam masa setengah. Sebaik mendaki semula hujan turun sekejap tapi tidak lebat. Kami tiba di Kem Orkid semula sambil makan dan bersiap untuk turun lagi.

Pukul 2 petang kami bergerak keluar tetapi kali ini tidak melalui Air Terjun Hantu Air. Di pertengahan jalan , halangan sudah dibuat di mana kami perlu ke kanan untuk ke Air Terjun Lata Kijang. Sebelum selesai turun, terdapat laluan tangga yang adakalanya rosak. Sebaik sampai bawah, kelihatan tangga tersebut rosak teruk di penghujungnya. Setelah selesai mandi dan makan, kami bersiap naik ke atas juga menggunakan tangga di mana 4wd akan mengambil kami keluar namun lori tidak bole masuk maka kami perlu tunggu.

Sebaik lori siap untuk berjalan bersama 4wd, kami bergerak ke Kampung Chennah tempat kami singgah di awalnya. Setelah bersiap kami pun pulang ke rumah masing.


Sekian. Berjumpa lagi di ekpedisi seterusnya.  

0 comments:

Post a Comment