Perjalanan Jauh ke Everest Base Camp (EBC)

Salam,

Hari pertama LCCT

Hari ini debaran berbulan-bulan ke Everest Base Camp atau EBC semakin memuncak. Segala persiapan sudah diatur dan saya sudah bersedia untuk melangkah ke satu lagi pendakian terhebat di bumi Nepal. Antara peserta yang turut serta Norsafrina Shamsir Md Nasir yang bertindak selaku ketua program dibantu oleh saya dan Dr Mafeitzeral Mamat  serta Shobrie Ahmad. Kami berempat dari Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) sudah saling cukup mengenali. Manakala peserta-peserta lain Ab Hakim Amer Mohd Daud, Dr Hussain Ahmad, Mohamed Ali Sahul Hamid serta Ayob Yahya dari Seksyen 7 Shah Alam turut serta. Selain tu Mohamad Razi Zakaria serta Siti Yasmin Basheer dan Nityan S/O Chellapan menanti di LCCT.

Terdapat 2 orang doktor , 2 orang wanita serta Mohamed Ali yang berusia 72 tahun baru tiba di LCCT.

Ahmad Rathi dari Terengganu yang juga merupakan salah seorang peserta menelefon Dr Mahfeit yang turut serta menaiki MAS. Mereka tiba awal dan bertemu ketika keluar dari Lapangan Terbang Tribhuvan lalu mencari Encik Raj Neupane Kumar yang memegang kertas bertulis ‘PUNCAK EVENT’. Ahmad Rathi tidak dapat menelefon Ayob kerana nombor telefon di kertas adalah nombor Hakim. Encik Raj yang juga merupakan juruarah atau guide program berusaha mengumpulkan mereka ketika itu berpandukan kertas tersebut. Manakala kami yang lain menaiki Airasia tiba pukul 4 petang. Semasa mengambil bagasi, Hakim hampir tertukar beg mungkin tertinggal di tempat pusingan beg atau diambil orang lain. Setelah puas mencari rupanya tersalah beg dan beg nya dapat dicari.


                                                Lapangan terbang Tribhuvan

Kami kemudian di sambut dengan kalungan bunga oleh Encik Ganesh Neupane yang merupakan pemilik Melrosa-Nepal iaitu syarikat yang menguruskan acara pendakian kami. Kami dibawa menaiki van ke Hotel Manang yang terletak di Jalan Thamel. Jalan-jalan di Katmandu banyak berdebu dan jerebu seolah-olah masih bandar koboi. Ada yang batuk-batuk namun bagi penduduk di sini ini merupakan perkara biasa.

Dengan kadar tukaran mata wang semasa RM1 bersamaan 28 Ruphee atau 3.08 dollar dan lebih besar lagi 85 Ruphee bersamaan 1 dollar, kami menukar duit beramai-ramai dan banyak-banyak sambil Encik Ganesh menyediakan permit mendaki serta line prepaid tempatan. Malamnya kami makan di Restoran Halal Anntolia yang terletak 15 minit dari hotel. Sepanjang berjalan ke sana kelihatan banyak kedai outdoor yang menjadi kegilaan para penggiat outdoor. Sewaktu pulang dari makan di Restoran Annatolia, Hakim sekali lagi tertinggal barang kali ini tongkat.

Hari ke 2 Katmandu

Rakyat Nepal hampir semuanya beragama Hindu manakala sebahagian kecil adalah Buddha. Mereka meminati Bollywood seperti dipaparkan di kaca televisyen mereka yang banyak menayangkan filem-filem sana. Melihat tempat-tempat menarik di sini, kami tidak berkesempatan pergi ke Durbar Square atau Monkey Temple kerana sudah menjadi kegilaan kaki outdoor pasti mencari kedai outdoor. Katmandu mempunyai banyak seni bina kuil-kuil sehingga dipanggil bandar separa dewa. Satu kesan sejarah tragis 12 tahun lalu yang mengakibatkan kematian keluarga diraja masih terasa sehingga kini oleh penduduk Nepal. 5 tahun kemudian sistem beraja dihapuskan dan Nepal menjadi negara republik dipimpin oleh perdana menteri.

Hari ini kami mula membeli barang-barang keperluan untuk dibawa nanti. Saya membeli baju, seluar, kasut serta sarung tangan. Kedai outdoor yang memaparkan jenama TheNorthFace(TNF), Mountain Hardware, Mammot, Exped samada asli atau tiruan ternyata menguasai dan bersepah-sepah di jalanan dalam anggaran lebih dari 20 buat kedai. Ada barang-barang yang tiada di kedai ini tapi ada di kedai lain. Ada baju TNF yang diletakkan dalam kotak dijual dengan harga murah. Tidak jauh dari sini ade kedai Millet, Salewa dan TNF yang menjual barangan outdoor yang asli. Satu perkara yang menarik sama seperti di negara miskin lain, rakyat Nepal di Katmandu rajin bekerja sehingga tiada dijumpai pengemis. Dalam masa sesingkat ini ada juga rakan-rakan kami sempat menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid tidak jauh dari sini. Kata rakan kami ada satu lagi masjid tidak jauh dari masjid tersebut.

                                            Sarapan pagi di Hotel Manang
 Singgah di kedai outdoor
Makan tengahari di Restoran Annatolia

Bila tiba di kedai outdoor, banyak barang harus dibeli. Sarung tangan, down jaket, seluar tebal, kasut, dan lain-lain menjadi pilihan. Beg duffle berharga dalam RM50-60 bersaiz L dan XL wajib dibeli untuk porter kami memikul nanti. Dalam masa yang singkat, wang 64,000 Ruphee yang ditukar habis dalam 4 jam sahaja.
 
Memandangkan ada bawa dapur, saya membeli 3 biji gas tetapi tidak membawanya kerana tidak digalakkan oleh Encik Raj dan rakan-rakan kerana takut dirampas oleh pihak berkuasa lapangan terbang nanti berikut kes pada tahun 2008 dahulu di mana gas meletup di Lukla semasa mendarat. Tidak lama kemudian mereka melaksanakan undang-undang melarang membawa gas dalam kapal terbang.

Hari ke 3 Lukla

Setelah menyusun beg duffle di atas bas, kami bersarapan dan bergerak pukul 7.30 pagi. Dalam perjalanan ke lapangan terbang domestik terdapat papan iklan menyatakan esoknya adalah hari Nepal pada tahun ke 2070 kalendar mereka. Boishakh adalah bulan Januari bagi mereka berdasarkan kedudukan matahari. Banyak aktiviti berlaku di sini begitu juga di negara-negara sekitar seperti di Bangladesh dan India.

Setiba di sana, terasa angin yang sangat kuat datang di pagi hari. Beg di bawa turun dari van, diimbas dan terus ke kaunter. Beg duffle dan beg daypack kami di timbang menggunakan timbangan lama yang besar. Jika lebih 10 kilogram maka kena bayar 1 kilogram 135 Ruphee.


Setelah 2 jam menunggu di kaunter, Dr Mahfeit dan Ahmad Rathi yang pertama menaiki kapal terbang ringan jenis twin otter. Setengah jam kemudian Pakcik Ali pula menaiki helikopter. 2 jam kemudian kumpulan terakhir kami dipanggil menaiki kapal terbang jenis Dornier yang lebih besar sikit. Kami sudah hampir menaiki kapal terbang namun mendapat arahan ditunda akibat masalah angin kencang. Maka terpaksa kami menanti lagi di tempat menunggu dengan kelaparan belum makan tengahari.


Setelah lama menanti akhirnya kami diarahkan menukar ke tiket helikopter yang terletak di sebelah landasan. Tiket helikopter terhad dan saya, Nitti dan Ayob terpaksa menunggu atau kemungkinan kami terpaksa bermalam di Katmandu lagi dan bergerak esok mengejar rakan-rakan terus ke Namche Bazaar. Pada masa yang sama Dr Mahfeit dan Ahmad Rathi sudah pun tiba di Lukla dan mereka dapat makan. Pakcik Ali yang tiba awal berseorangan menaiki helikopter bersama beg kami kelihatan kepeningan kerana terdapat 4 beg lagi  bersamanya. Dia tidak menjangka 4 beg tersebut adalah beg rakannya apabila ditanya oleh penjaga restoran kerana dia tidak mengetahui pemilik beg-beg tersebut lagi pun hanya dia seorang waktu itu yang menaiki helikopter. Penjaga restoran tersebut mengugut untuk menghantar beg-beg tersebut pulang ke Katmandu. Dalam kekalutan tersebut muncul Dr Mahfeit menerangkan keadaan jika tidak beg akan kembali ke Katmandu.




Kami yang terakhir tunggu di lapangan terbang akhirnya dapat menukar ke tiket menaiki helikopter. Ini kali pertama saya menaiki helikopter dan pengalaman ini sangat berharga. Terasa ringan berbuai-buai di lambung di tengah-tengah awan yang agat berkabus. Kelihatan di bawah rumah sebiji demi sebiji menghiasi lereng-lereng bukit. Helikopter melepasi dari satu bukit ke satu bukit bak kata orang semakin dekat terasa seperti mahu berlanggar dengan bukit-bukit tersebut. Tidak lama kemudian sayup-sayup dari jauh nampak gunung bersalji di sebelah kiri dan kanan. Perjalanan kami menuju di ketinggian 2800 meter sampai di Lukla pukul 4 petang. Lapangan terbang Tenzing-Hillary yang sangat kecil, pendek dan tertinggi di dunia ini memang menggerunkan.



Tiba di Lukla kami makan tengahari dan malam. Kami berjumpa dengan June dan adiknya Z yang baru turun dari EBC. Kata mereka porter mereka pun kena Acute Mountain Sickness atau AMS di mana kepala mudah pening dan sakit di bahagian belakang leher bila semakin tinggi bergerak. Ubatnya turun ke bawah.

                                           Pintu masuk Lukla

Kami berehat di bilik yang disediakan. Bilik kami sangat kecil dan muat untuk setiap 2 orang. Ada sebuah beg yang ditinggalkan tanpa tuan. Kami tidak berani membuka takut dicap menceroboh hak orang lain. Petang sikit kami berjalan di sekitar manakala di sebelah malam kami berehat di Hard Rock Lukla untuk berwifi.


Hari ke 4 Lukla - Namchee Bazaar

Pukul 4.30 pagi subuh sudah bermula. Sejam setengah kemudian sudah cerah. Kami bersiap seperti biasa dan bersarapan. En. Raj yang menjadi guide sudah menerangkan semalam bahawa kami perlu bergerak terus ke Namchee Bazaar untuk kembali mengejar masa. En. Raj akan dibantu oleh seorang lagi orang tempatan, Min Thoba. Selepas Bersiap, porter sudah meminta beg untul dipikul. Seorang porter memikul 2 beg yang diikat ketat menggunakan tali. Lilitan tali itu dipanjangkan di tengah supaya dapat di letakkan di kepala. Seluruhan berat beg adalah 30 kilogram atau lebih. Beberapa minit kemudian selepas bergambar kami bergerak dai Lukla.

Pagi di Lukla sebelum bergerak
Dalam perjalanan ... perlu menurun
Rehat dengan porter

 Kerbau sentiasa digunakan untuk mengangkat barang ke destinasi                                     
Jambatan besi pertama

Pemandangan dari sini adalah biasa dengan pemandangan gunung. Kami menurun sedikit demi sedikit. Di awal perjalanan, terdapat keldai dan kerbau menjadi pengangkutan barang-barang ke kedai di setiap kampung-kampung kecil.


Banyak kampung-kampung kecil di sepanjang laluan Lembah Khumbu. Setiap kampung kelihatan sawah bendang yang ditanam pelbagai tanaman seperti padi, kubis, salad mahupun kentang. Pendaki juga boleh berhenti untuk berehat dan membeli makanan ringan dan minuman seperti coke, sprite dan fanta juga ada. Di antara pemandang gunung, di bawahnya terdapat Sungai Khumbu yang mengalir dari atas lagi. Ada juga kelihatan rumah-rumah Buddha di Kampung Monjo dan tempat sembahyang mereka berbentuk silinder pelbagai saiz yang berputar bila semakin hampir tiba di Pak Ding. Kata penganut Buddha, dengan memutar benda tersebut akan memberi kesan pada semangat mereka. Terdapat banyak juga monumen berbentuk seperti batu bersurat juga pelbagai saiz. 


Perjalanan turun dan naik sehingga kami tiba di sebuah jambatan yang panjang dalam 100 meter. Selepas melepasi jambatan tersebut, kami tiba di sebuah restoran di Pak Ding pukul 12.15 tengahari. Kami berehat dan memesan nasi goreng sayur. Ternyata nasi gorengnya sangat sedap. Alhamdullillah walaupun dengan kesukaran mendapatkan makanan halal, tapi kami tidak menjumpai makanan seperti pork. Dengan memesan makanan berasaskan sayur atau telor sudah memadai. 

Permit mendaki di Jorsalie

Selesai makan dan solat, kami meneruskan perjalanan. Kami perlu melalui 3 buah jambatan berukuran 150 meter setiap satu. Pukul 3.30 petang kami tiba di Jorsalie untuk memohon permit. Encik Raj sudah menatur setiap permit. Katanya pada yang mahu tiba awal maka ikut terus Min yang bergerak dahulu, Perjalanan turun turun dan naik dan juga terdapat 3 buah lagi jambatan harus dilalui, Selesai jambatan terakhir, kami naik satu bukit secara z. Di sini terdapat beberapa jalan potong. Kami tiba di suatu tempat yang boleh menampakkan pemandangan Gunung Everest dalam pukul 6.30 petang.


View point Gunung Everest sebelum tiba di Namchee Bazaar 30 minit kemudian

Saya dan Encik Raj sentiasa menemani Shobrie dan Saf yang bergerak di kumpulan terakhir. Hari sudah hampir gelap. Kami tiba di Namche Bazaar pukul 7.10 malam di ketinggian 3440 meter. Dr Mafeit sudah awal tiba sekitar 5 petang diikuti Ahmad Rathi. Sebaik sampai, kami mula memesan makanan. Antaranya spagetti. Dr Mafeit yang memerhati sekeliling ada yang memesan tapi tidak makan terutama Pakcik Ali.

Selesai makan, saya ke bilik 209 bersama Shobrie. Biasa nya porter sudah meletakkan beg duffle berhampiran bilik masing-masing. Sedang berkemas, terdengar ada ketukan pintu dari seorang pekerja hotel di sebelah yang merupakan bilik air. Seorang rakan kami yang berada di dalam rupanya sudah mandi. Bilik air tersebut tidak dibenarkan mandi kerana air dari paip besar tidak disediakan lagipun bila mandi di ketinggian begini anda mudah terdedah pada kepeningan atau AMS. Setelah tidak berhasil dan masih tidak keluar, datang seorang lagi pekerja hotel menasihatkan rakan kami itu supaya segera keluar dari bilik air. Katanya ada banjir di luar. 15 minit kemudian baru selesai.  

Hari ke 5 Namchee Bazaar






Hari ini hari bebas dan mengikut dalam perancangan kami perlu rehat sehari untuk menyesuaikan diri dengan ketinggian. Semasa bersarapan, kami bercerita tentang kejadian di bilik air. Rupanya air sudah melimpah sehingga ke ruang tamu. Kata saksi, air turun mencurah-curah seperti mahu banjir.



Selepas sarapan, En Raj mengarahkan kami terbahagi kepada 2 kumpulan. Kami dipecahkan pada 2, satu ke Kampung Khumngjung yang memakan masa 5 jam perjalanan naik turun manakala selebihnya ke atas sahaja untuk bergambar. Maka saya, Safrina, Dr Mafeit dan Razi dibawa oleh Min bersiar-siar sekitar atas. Di sini terdapat beberapa gunung seperti Ama Dablam, Lhoste peak, Tamserku, Nuptse dan Everest yang terletak agak jauh ke belakang.



Selepas makan tengahari kami ke pekan mini Namchee Bazaar. Rata-rata kedai di sini menjual barangan outdoor seperti TNF tiruan dan cenderahati. Ada juga kedai outdoor asli seperti Mountain Hardware dan Exped. Terdapat juga satu bank dan Mesin ATM serta kedai makan dan hotel kecil. 

Hari ke 6 Namchee Bazaar - Debuchee

Pukul 7.20 pagi seperti selalunya kami bersiap untuk bergerak. Perjalanan kami bermula keluar dengan mendaki ke tempat semalam tapi kali ini lebih jauh dan kelihatan beberapa kuil di tengah-tengah trek. Saya memotong semua peserta sehingga berjumpa Razi yang sebenarnya paling depan. Saya berhenti untuk menunggu rakan lain dan membiarkan Razi berjalan. Laluan lereng-lereng berserta pemandangan luas sangat cantik di depan dengan Aba Dablam di kanan manakala Lhoste  di kiri. Sejam lebih perjalanan mula menurun. Terdapat beberapa kedai cenderahati dan restoran. 15 minit kemudian terdapat simpang ke Gokyo Ri selama 3 hari perjalanan dan ke puncak Khumbu. Di sini jalur menurun begitu ketara. Terdapat 2 orang wanita Sherpa yang memikul kotak putih yang besar hampir-hampir terjatuh di hadapan saya. Dalam masa yang sama kelihatan buat pertama kali Yak atau kerbau berbulu lebat lalu di depan kami seperti binatang-binatang yang lalu lalang di sini.

BKP buat kiraan terakhir sebelum serah jawatan
Dalam perjalanan
tu Ama Dablam 

Kami berhenti di satu jambatan panjang yang membelah Sungai Dudh Kosi untuk makan tengahari sambil menunggu Razi tiba tapi tidak muncul juga. Ada kemungkinan Razi melencong ke simpang atau berhenti lama di suatu tempat. Min kemudian mencari Razi di simpang berkenaan. Di sini walaupun panas tapi terasa sedikit sejuk.


Selesai makan kami bergerak naik ke Tengbochee. Di sini terdapat pengawal tapi membenarkan pendaki bergerak. Kami tiba di Tengbochee pukul 3.15 petang. Di sini terdapat biara Buddha yang sangat besar atau Monastery serta kedai kek dan tempat tinggal yang dipanggil lodge. Setelah berehat dan bergambar kami tiba Debuchee dalam 20 minit. Jalur ke Debuchee berbentuk tangga menurun.

Tiba di Tengboche

Setiba di sini, kelihatan Razi tersengih memberitahu bahawa dia sudah tiba seawal 11.45 pagi. Di sini terdapat sebuah pemanas berbentuk stail lama atau heater terletak di tengah restoran. Heater ini mempunyai corong ke atas untuk melepaskan asap dan arang nya adalah tahi Yak yang sudah dikeringkan. Maka ramai yang duduk di sini. Masuk di dalam bilik sama sahaja bentuknya seperti di Namchee Bazaar tapi sejuknya tak payah cakap.

Bila tiba malam kelihatan Safrina dan Nityan paling teruk dan seakan mengalami AMS. Dr Mafeit memberi mereka ubat. Makan malam seperti biasa sup bawang dan teh lemon.

Dah sampai suka pulak dia



Hari ke 7 Debuchee - Perichee


Pukul 5 pagi saya bangun dan solat subuh. Pukul 7.20 pagi kami bersiap untuk bergerak. Saf dan Nityan berjaya pulih dari trauma sakit AMS mereka. 2 jam pertama kami hampir tiba di Pangbochee. Nityan yang berjalan paling perlahan masih batuk dan berkemungkinan terkena AMS. 30 minit lepas berjalan terdapat satu jambatan. Selepas melepasi jambatan, kami semua bergambar di sini. Selepas ini perjalanan mula menaik sehingga melepas satu terowong kecil. Semua sudah tiba di sini kecuali Nityan yang sangat perlahan. Banyak kerbau dan Yak lalu di sini. Satu ketika kami singgah di satu restoran untuk melihat keadaan Nityan.

Bergambar di jambatan besi
mendaki bukit
Beri laluan kepada Yak melintas
Nityan diarahkan turun 


berhenti makan tengahari
Pintu dan berehat
  
Setengah meneliti keadaan Nityan, Encik Raj dengan berat hati mengarahkannya turun. Beliau diiringi oleh rakannya Yasmin dan porter serta diberi wang untuk perjalanan pulang ke Katmandu. Demikian berakhirnya pendakian mereka berdua dan kami tinggal 10 orang. Sejam selepas itu, kami berhenti makan di Pangbuchee.

Sudah tidak ceria seperti biasa

Selepas makan kami bergerak semula. Di sini kami berjumpa dengan pendaki cina dari Pulau Pinang yang bergerak seramai 22 orang. Ada yang berhenti melukis dan melukis lagi selang beberapa langkah. Laluan jalur masih di lereng-lereng sambil memerhatikan Sungai Khumbu.di bawah. Kami pergi menurun sehingga ke sungai. Kelihatan dari jauh sayup-sayup Perichee.  Setelah melalui satu taman yang dihiasi batu monument serta laluan lereng bukit dengan menaiki 3 bukit sambil melihat Sungai Khumbu di bawah, kami tiba di Perichee pukul 4 petang.

Semakin hampir ke destinasi bermalam

Sedang kami berehat terdengar suara yang amat dikenali iaitu Muhammad ilham atau Pa'am rancak berbual di ruang tengah restoran. Di sebelah bilik, kelihatan Deeno bersama isterinya Saf. Mereka dari Dingbuchee. Malam itu kami berbual panjang dan menceritakan perihal perjalanan kami. Selesai makan malam kami tidur.

Bergambar dengan rakan-rakan pendaki Everest



Hari ke 8 Perichee - Lobuchee


Pukul 7 pagi kami bangun untuk ke Lobuchee pula. Deeno dan Pa'am pagi-pagi sudah ke tempat pasukan Everest Felda bergerak. Perjalanan di Taman Negara Sagarmatha seperti melalui sebuah padang pasir dengan pemandangan gunung bersalji. Di sini masih kelihatan Ama Dablam, Cholaste serta Pumo Ri dengan pemandangan memukaunya menghiasi panorama. Tidak terasa dimana kami perlu menaiki 3 bukit sebelum rata semula bila dapat memandang ke arah sana. Di ketika ini kelihatan Hakim sudah mula memperlahankan rentak perjalanannya.   





Setelah berjalan selama hampir 3 jam , kami terjumpa lagi Deeno. Kali ini ditemani oleh Ramli yang diberi pelepasan. Turun 150 meter dan melepasi jambatan, kami tiba di Tugla untuk makan tengahari. Ramai orang di sini.  

Garlic soup ni dah muak
berjumpa dengan teman baik

Selesai makan, kami bergerak selama 3 jam  ke Lobuchee. Semasa berjalan, kelihatan khemah oren bersebelahan Gunung Lobuchee. Februari lepas, pasukan Everest Felda sudah mendaki gunung ini dalam suasana salji yang sangat tebal dengan suhu negatif. Lobuchee terletak di belakang gunung ini. Tapi sekarang salji sudah mula turun tapi tidak banyak. Terdapat satu dataran salji di sini.  


Hari ke 9 Lobuchee - Gorakshep - EBC - Gorakshep 


Hari ini hari yang dinantikan. Kami dijadualkan ke EBC sebelah petang nanti. Pukul 7 pagi perjalanan bermula, 3 setengah jam kami tiba di Gorakshep. Setelah meletakkan beg untuk tinggal di sini, kami makan dan bersiap. Selesai solat, 2.45 petang kami bergerak ke EBC. Seperti biasa, saya di belakang dan kali ini ditemani oleh Ramli.


Perjalanan juga melalui lereng-lereng bukit. Dari jauh memandang ke belakang kelihatan Gorakshep manakala di depan  sudah nampak  tapak-tapak khemah  luas yang berwarna oren. Ini  bermakna kami sudah tidak  jauh dari EBC.


Pertama kali bergambar bersama berlatarbelakangkan salji

Semakin hampir


Di sini Abg Ayob sudah mula nampak keletihan. Ramli membantu dengan mengurut belakangnya. Dari kiri trek memusing ke kanan untuk menaik pula. Selepas berhempas pulas melepasi beberapa meter, saya tiba di Base Camp pukul 6 petang pada ketinggian 5365 meter. Suasana agak gamat seketika, Ada yang bergambar bersama dengan banner dan bendera Malaysia. Terdapat ucapan dari Deeno menanda kami tiba di sini. Kami tidak ke kawasan tapak khemah kerana masa sudah semakin gelap.

Tiba di Base Camp

Selepas bergambar kami turun semula. Abg Ayob sudah tidak mampu berjalan dibantu oleh Encik Raj dan Min. Saya mengarahkan Ramli mengejar Dr Mahfeit supaya kembali ke belakang untuk membantu. Setelah diberi ubat, Ayob masih tidak mampu berjalan. Tiba-tiba muncul seorang porter dari belakang. Setelah berbincang, beliau mengangkat Ayob ke Gorakshep. Kami berempat berjalan lagi lalu ditemani sherpa Ramli yang sentiasa setia bersama. Ketika ini salji sudah mula turun buat pertama kalinya malam ini. Walaupun agak berlainan dari laluan asal, pukul 9 malam kami tiba juga dan makan malam. Saya dan Ramli tidur di hotel berasingan


Bergambar bersama Ramli di EBC
Terima kasih pada Deeno dan Saf kerana menjadikan impian ke EBC suatu kenyataan
                                                     Dr M pun sama                                         

Hari ke 10 Gorakshep - Lobuchee - Zongla

Ni Heater
Sepatutnya ni atur perjalanan

Saya bangun seawal 7 pagi seperti biasa. Apabila keluar kelihatan salji memutihkan kawasan sekitar Ramai yang kepenatan setelah bekerja keras semalam. Kami bergerak agak lewat kerana belum bersedia berhadapan dengan salji di luar. Ayob di bawa menaiki kuda setelah keadaannya masih tidak sihat. Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk Deeno yang akan menawan puncak Gunung Everest Mei nanti dan juga Ramli sebagai ahli sokongan Felda.



Turun ke Labouche jumpa Apip dan rakan-rakan


Selamat mendaki pada Deeno

Simpang antara Periche dan Zongla

Dengan cuaca sejuk, kami turun semula ke Lobuchee. Akhir kami berjumpa semula pasukan Felda. Antara yang turut serta adalah Alif, Zahid, Apip serta Anis.  Sampai di Lobuchee, Encik Raj mengarahkan satu pasukan yang bergerak perlahan turun terus ke Perichee diketuai oleh Min dan selebihnya naik ke Zongla untuk ke Gokyo Ri. Setelah makan, kami bergerak selama 30 minit ke simpang. Encik Raj membawa saya, Mahfeit, Razi dan Ahmad Rathi melalui kawasan bersalji dan mendaki bukit ke Zongla. Kami potong ke kiri di lereng bukit setelah naik selama 10 minit. Salji sudah semakin tebal sehingga 5 ke 10 meter. Pergerakan trek mula mendaki dalam 100 meter terakhir. Dalam sayup-sayup kelihatan sebuah lodge di atas sana.


Salji belum tebal lagi 

Pukul 5 petang kami tiba di Zongla Lodge dan Restoran. Saya pesan cendawan pizza namun tidak berjaya menghabiskannya. Dengan salji masih tebal dan sejuk, Encik Raj memutuskan kami tidak akan meneruskan perjalanan ke sana. Katanya cuaca amat buruk dan dia sudah banyak kali melalui jalan tersebut.

Makan malam

Hari ke 11 Zongla - Debuchee

Bermula perjalanan bersalji

Pukul 7.30 kami berlima termasuk 2 porter bersiap untuk turun setelah salji berenti. Kata Encik Raj salji turun semalam takut tertimbus. Sebaik keluar dari Hotel Zongla trek terus menurun. Encik Raj bergerak ke kanan untuk melalui satu jalan potongan. Walaupun salji sudah berhenti, jarak penglihatan masih tebal. En Raj sekali lagi melalui satu bukit dengan melalui lereng.


Setelah 2 jam berjalan, Encik Raj menyatakan sesuatu pada Ahmad Rathi yang bersama di depan bahawa kami sudah tersilap trekking dan perlu berpatah balik. Namun sebaik cuaca kembali cerah seketika, Encik Raj dapat melihat Tugla dari jauh di sebalik bukit paras ketinggian kita. Tugla merupakan tempat singgahan makan tengahari kami pada hari ke 8. Encik Raj terus pancung ke kanan yang terdapat bekas-bekas batu berbentuk tugu berada di situ. Kami turun secara zig zag sehingga tiba di Tugla pukul 10.30 pagi.



Nampak Tugla dari jauh

Selepas sarapan ringan kami ke dua, kami bergerak lagi. Melalui satu jambatan, perjalanan menaik meter sebelum rata. Oleh kerana kumpulan 4 orang kami laju kami tiba di Perichee sejam sahaja. Sepanjang perjalanan dari Zongla lagi suasana masih bersalji tidak seperti ketika kami sampai di awalnya. Kami mengambil keputusan terus ke Somare yang terletak 45 minit perjalanan sebaik Dr Mahfeit selesai berurusan di bilik air. Di Somare, kami makan tengahari dengan saya memesan nasi putih telur kari yang sedap. 



Pukul 1.50 kami bergerak turun. Pergerakan pantas kami tiba awal di Perichee pukul 4 petang. Sebelum sampai di lodge, kelihatan bunga-bunga dan daun-daun turun dari pokok seperti musim luruh dengan pemandangan warna-warni yang sangat menarik. Namun secara tiba-tiba salji pula turun sikit demi sedikit.


Sebaik tiba di Perichee, Shobrie  menyapa kami. Katanya mereka tiba 1 jam kemudian. Katanya Ayob pergi ke farmasi Himalayan Rescue Association(HRA) di Perichee untuk mengetahui status kesihatan. Dengan keadaan kesihatan makin merosot, pegawai HRA mengarahkan hospital Katmandu segera menghantar helikopter datang menjemputnya pergi pagi tadi. Safrina yang bertindak selaku ketua program terpaksa menemaninya.   


Hari ke 12 Debuchee - Namchee Bazaar  

Setelah melalui hari-hari sejuk yang menusuk kalbu, saya bangun bersarapan bersama teman-teman. Kami cuba menghabiskan resen yang ada terutama rendang dan barangan dari produk Alif yang agak sedap setelah dipanaskan. Apabila sudah bersiap mengumpul wang seperti biasa untuk membayar bil makanan, saya keluar untuk bergerak semula. Tidak disangka salji yang turun petang semalam sudah menutup seluruh Debuchee. Pemandangan bersalji begitu mengasyikkan. Tiada di negara sendiri dan kerana itulah kami rasa bagai masa terhenti. Sepanjang ke Tengbochee yang terletak di atasnya, kami bergambar. Sangat seronok menatap salji yang turun. Bagi saya, ini kali kedua menyaksikan salji turun selepas melaluinya semasa menaiki Gunung Elbrus di Russia tahun lepas tapi kali ini lebih banyak.










      Jumpa Kak Ju, Haziana dan Suzi

2 jam perjalanan, persekitaran salji semakin berkurang. Perjalanan yang menyiksakan bermula semasa melepas simpang ke Gokyo Ri dan Khumbu. Disana kedudukan mendaki agak tinggi. Ramai yang memperlahankan pergerakan. Apabila selesai mendaki, kami singgah di satu restoran untuk makan tengahari. Hujan sudah mula turun. Ramai yang sudah bertukar ke pakaian baju hujan. Memandangkan hari masih siang, saya yang bermula dari belakang memotong semua peserta kecuali Dr Mahfeit yang sudah jauh di depan. Sudah 7 hari menjadi peserta di belakang atau Sweeper., maka hari ini mahu awal sikit. Saya tiba di Himalaya Lodge di Namchee Bazaar pukul 2 petang. Selepas makan, saya mengecas bateri kamera lagi dan membeli belah di sini. Ada barang-barang outdoor yang murah dan yang penting kena pandai cari dan pandai tawar menawar.

Kembali ke Namche Bazaar

Hari ke 13 Namchee Bazaar - Pak Ding

Abie gembira nak sampai

Pukul 6.00 pagi bangun dan 8.30 pagi bergerak turun. Pergerakan menurun dari awal lagi Selamat tingal Namchee Bazaar. Beberapa minit selepas turun, terdapat satu stesyen renjer. Stesyen ini ada menjual sijil mendaki yang dibeli dengan harga 350 Ruphee.

View dari Namchee Bazaar 
Ambil sijil

Turun lagi sedikit terdapat satu view point melihat Gunung Everest. Saya dan Razi bergambar selama 10 minit untuk kepuasan posisi terbaik mengambil gambar. Selesai kemudian, kami turun ke bawah dalam 600 meter dalam bentuk z tapi ada jalan potong sehingga ke jambatan pertama. Ada view point yang boleh tengok sungai. Selepas melepasi jambatan, terdapat ramai askar Nepal sedang bersenam di waktu pagi. Ada masa kami berhenti untuk makan karipap yang berharga 50 Ruphee satu. Kami ambik 8 keping.

 Everest di sana

Perjalanan turun naik beberapa kali melintasi Jorsalie. Kemudian naik beberapa kali lagi sehingga kami  sampai di Pak Ding. Kami memesan nasi goreng sayur sama seperti kami tiba kelmarin. Hari ini kami bermalam di sini dan menghabiskan bekalan yang ada.


Hari ke 14 Pak Ding - Lukla

Bergambar dulu sebelum turun

Selesai sarapan, kami bergerak turun pukul 8.45 pagi. Perjalanan agak perlahan pada 3 jam terakhir. Kami tiba di Lukla pukul 12 tengahari. Banyak urusan seperti pembayaran baki porter dan mencari tiket terawal esok ke Katmandu. Petang tersebut saya bersiar-siar di Lapangan Terbang Tenzing Hillary untuk bergambar.






Dah nak sampai Lukla




Sekitar lapangan terbang
Hari ke 15 Katmandu  

dah nak balik ... gembira sakan

Pukul 8 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Tenzing-Hillary yang terletak di sebelah. Proses mengangkat barang sama seperti mula-mula sampai. Kami seperti biasa terpaksa menanti pesawat jenis Dornier yang sederhana besar. Setelah 2 jam menanti tiba masa untuk bergerak menaiki pesawat. Alangkah lega rasanya bila penantian pulang tiba jua. Ini kerana Lukla terkenal dengan kes kabus tebal dan kes lain seperti gas meletup dalam pesawat dan sebagainya. 


Ini rakyat malaysia sudah jejak EBC
tengah beratur naik kapal terbang ... timbang dulu
sebelah stewardess
ada mayat dalam ni 

Selamat tinggal banjaran Himalaya. Pengalaman bersama anda sangat-sangat teruja.Kami pulang dengan satu pengalaman dan pengajaran bahawa ‘Pendaki yang hebat pun tidak mampu sampai ke EBC jika sudah terkena AMS dan mendaki biar perlahan biar sentimental tapi masih mampu menjejakkan kaki ke EBC ’.  


beli kain buat baju

Setiba di lapangan terbang domestik, kami disambut oleh Safrina yang sudah 4 hari di Katmandu. Katanya Ayob sudah keluar dari hospital dan ditemani oleh keluarganya. Kami di bawa menaiki van ke Hotel Tenki yang terletak 10 meter dari Hotel Manang. Kami sekali lagi ke Jalan Thamel untuk membeli belah dan makan di Restoran Annatolia. Selesai makan sambung lagi membeli belah sampai malam..  

beli pisang

Hari ke 16 Katmandu

Hari ini bangun lambat. Saya mendapat panggilan dari rakan Indonesia Ryco Arnaldo yang baru tiba semalam.Sambil berbual, saya dan Safrina memberi tips keadaan di sana. Ryco bersama 2 rakan lagi menggunakan pakej siap untuk trekking Base Camp. Hari ini pasukan kami mempunyai satu hari lagi untuk berbeli belah. Kali ini barang-barang untuk anak-anak. Pada malam hari kami makan di sebuah istana lama bercirikan budaya Nepal. Sambil dihidangkan dengan makanan yang lazat, tarian dari penari yang sama silih berganti bersama kugiran di sebelah kami. Suasana makin panas bila makanan belum sampai tapi sudah 4 tarian berlangsung. Akhirnya kami dihidangkan dengan beberapa kursus makanan. Selesai makan kami bergambar lagi di istana sebelum pulang.


persembahan kebudayaan
menari banyak tarian
tapi makanan tak sampai-sampai
bergambar beramai-ramai

Hari ke 17 LCCT

Pagi sarapan, semua bangun awal. Ryco dan teman-temannya akan berangkat sebenar lagi. Dr Mahfeit dan Ahmad Rathi yang menaiki MAS akan pulang lebih awal. Kami berpelukan dengan Encik Raj yang banyak sabar dan membantu kami sepanjang trekking dan kami sangat suka dengan perkhidmatannya serta personalitinya. Alhamdullillah kami dapat naik kapal terbang dan dapat tiba di LCCT pada malam hari. Sekian trip kami untuk kali ini. Rasa gembira puas menikmati 2 minggu di Nepal. Terima Kasih Puncak Event dan terima kasih Allah kerana masih memberi satu lagi kesempatan..


Antara perkara menarik dalam trip kali ini:

1. Hari-hari kena makan sup bawang dan teh lemon sampai muak. Tujuan untuk memulihkan tenaga.  Sup bawang di makan kerana dikatakan dapat mengurangkan AMS.

2. Setiap kali bertembung dengan pendaki lain dari arah bertentangan atau semasa dipintas pendaki lain, pasti ada yang mengucapkan Namaste. Ini adalah ucapan salam bagi beragama islam. Bagi kami disertakan dengan salam tangan di kedua belah pihak tapi di sini mereka menemukan tapak tangan sendiri dan member satu senyuman. Tradisi ini juga diamalkan di India.

3. Selepas tiba di Lukla pada ketinggi an 2800 meter, anda tidak boleh mandi kerana sejuk atau mendapat AMS sehingga pening di keesokan hari nya.  Jangan risau, suhu sejuk akan menyebabkan bau badan kurang dan anda mampu segar di keesokan harinya.

4. Setiap kali binatang-binatang seperti Yak atau Kerbau lalu dari belakang atau depan, pasti pendaki terpaksa berhenti. Nampak perlahan tapi binatang ini sentiasa bergerak. Keadaan yang sama berlaku di jambatan. Terdapat banyak kerbau dan keldai di awal perjalanan. Selepas Namchee Bazaar, baru terjumpa Yak sehingga ke tempat-tempat seterusnya.

5. Beberapa jam selepas berjalan di Namchee Bazaar terdapat sebuah lapangan terbang lama yang dipanggil Syangbochee. 

6. Ramai pelancongan asing yang mendaki seperti kami. Antara yang di temui dari UK yang membuat penyelidikian, Estonia, US, Indonesia, Korea dan lain-lain. Adakalanya hari-hari kami berjumpa kumpulan dari Malaysia.

7. Ada lebih dari 10 jambatan besi. Sebahagian besarnya sepanjang 100 meter menyeberangi sungai.

8. Jangan terburu-buru mengejar masa. Namche Bazaar tempat sesuai untuk berhenti satu hari supaya badan boleh menyesuaikan diri dan tidak mudah kena AMS.

9. Setiap hari sepanjang laluan dari Lukla ke EBC pasti ada helikopter terbang dan berlegar. Biasanya helikopter akan mengambil pesakit AMS terbang ke Hospital Katmandu.

10. Selama 2 minggu, kami mengalami semua 4 musim iaitu luruh, panas, dingin serta bersalji dan semi. Manakala hujan cuma seketika ketika turun ke Namchee Bazaar.

11. Semakin tinggi dan semakin jauh sesuatu tempat, semakin mahal makanan dan mengecas bateri tetapi harga bilik tetap sama. Ini kerana binatang-binatang membawa makanan juga perlu bergerak jauh untuk sampai yang memerlukan beberapa hari. Dan binatang-binatang ini disewa dari penduduk sekitar.

12. Katmandu merupakan antara syurga outdoor. Terlalu banyak kedai. Juga terdapat banyak kedai menjahit nama dan yang menyediakan perkhidmatan untuk mendaki di mana-mana seperti Annapurna.

13. Tandas yang disediakan sepanjang laluan tidak menggunakan air. Hanya menggunakan daun-daun kering untuk menimbus sisa-sisa.

14. Walaupun terdapat 6 syarikat menguruskan berpuluh penerbangan dari Katmandu ke Lukla, cuaca memainkan peranan. Kabus sikit sudah pasti tiada penerbangan atau ditunda untuk berlepas. Adakalanya berjam atau berhari-hari.

15. Anda pasti tidak pernah dengar porter atau guide merungut penat sepanjang trip. Bagi porter mereka dilihat kerap berhenti namun mereka yang akan sampai dahulu. Beg yang dibawa akan tiba di pintu bilik anda bila tiba masanya.

16. Satu perkara menarik mengenai mereka adalah porter dan guide dilihat memakan nasi dengan banyak tetapi lauk sedikit.

17. Semua porter mempunyai kekuatan mengangkat dual beg atau lebih dengan jumlah berat lebih 20 kilogram tetapi kelemahan ketara tidak mampu berbahasa Inggeris atau berkomunikasi baik dengan pendaki.

18. Tiada kenderaan beroda sepanjang laluan kecuali helikopter mendarat. Hanya binatang-binatang mengangkut barang yang bergerak. Binatang-binatang seperti Yak diperlukan untuk mengantar bekalan yang sangat jauh ke dalam.

19. Sekali sekala terdapat kuda melintas. Sekiranya ada kuda lalu dengan membawa penumpang selain orang tempatan dipercayai 100 peratus mereka terkena AMS.

20. Suatu ketika di Pak Ding kemah yang didirikan di bayar mahal terutama di tapak kemah sedangkan tempat tidur banyak disediakan. Ini berbeza di Malaysia mahupun mana-mana negara sekitar di mana kemah adalah percuma atau murah.

21. Askar Gurkha dipercayai menggunakan laluan EBC di Namchee Bazaar untuk bersenam hari-hari.

22. Setiap pendaki pasti merasa loya atau susah untuk makan apatah lagi bernafas apabila berada di ketinggian yang semakin tinggi. Pendaki-pendaki yang tinggal di tanah-tanah rendah atau bekerja di bandar-bandar lebih cenderong terkena.

23. Untuk sampai ke EBC, anda perlu sekurang-kurangnya seminggu dari Lukla untuk sampai. Tetapi apabila tiba masanya sampai di EBC, anda hanya ada antara 5 minit hingga 3 jam sahaja jika tidak bermalam.

24. Apabila anda terkena AMS dan tidak mampu turun, anda perlu tambah kos dan kos akan menjadi lebih 100 peratus tinggi dari pakej anda kecuali ada insuran.

25. Duit kertas Nepal Ruphee sangat tidak bernilai. Ia mudah diconteng dan mudah koyak. Di Katmandu terdapat banyak kedai menukar wang.

26. Cuaca di Katmandu dan Lukla-EBC sangat berbeza. Begitu juga taraf kehidupan.

27. Bandar Katmandu mempunyai jalan raya yang berdebu, kotor dan sempit. Laluan menyeberangi sungai di lihat penuh sampah. Mungkin penyakit mudah berjangkit kalau dibiarkan.

28. Setiap kali ada pendakian yang di dengar pasti ada dalam kumpulan di mana peserta tidak mampu sampai ke EBC akibat terkena AMS.

29. Semua bilik yang kami duduk sangat sempit kecuali di Pak Ding. Ada satu masa beg duffle diletakkan di atas katil untuk menyusun barang.

30. Selepas melintasi pekan Lukla sehingga ke atas, anda akan bertemu dengan penduduk etnik yang dipanggil Sherpa. Merekalah yang menjaga pendaki Everest, gunung sekitar atau menjadi porter pendaki EBC. Mereka di latih dari kecil untuk mengangkat beban yang lebih besar. Ada juga Sherpa di kalangan wanita.  

Untuk teman-teman yang mahu menikmati pendakian ke EBC, bole menghubungi penganjur Puncak Event, Deeno di talian 0126294083.  



1 comments: