Salam,
Suatu kesah di awal Februari
Suatu kesah di awal Februari
4 kereta bergerak dari Restoran
Heritage menuju ke Tol Tapah. Pergerakan kereta pada mulanya lancar mula
perlahan tapi tidaklah seteruk yang dijangkakan. Kami tiba di tol pukul 3 pagi
sebelum bergerak naik ke Ringlet. Perjalanan yang melingkar-lingkar dan suasana
jalan yang gelap untuk ke Cameron Highland menanti di pagi hari. Sampai di
Ringlet kami menuju ke Masjid An-nur yang terletak di atas bukit.
Selepas solat subuh, kami bersiap
sedia untuk bergerak. Kelihatan di masjid terdapat sebuah lagi kereta dari Alor
Setar,Kedah yang dinaiki oleh Nurhairiah(Kerry), Putra Shariman Salim dan
Doktor Arfah Ahmad bakal bersama kami. Di suatu tempat yang lain menanti adalah
2 buah hilux yang dibawa oleh rakan kami iaitu Abang Ayien Carlos dan Leng.
Kami menyusun beg dan bergerak ke pekan Ringlet untuk sarapan. Bersarapan roti
canai yang sangat sedap, saya , Tahar , Ramli dan Abang Othman makan 2 keping
sekali hadap manakala yang lain belum makan lagi. Orang semakin ramai sehingga
ada yang tidak dapat makanan. Kelihatan beberapa orang berbangsa cina masuk dan
membantu pekerja kerana ramai yang memesan banyak roti canai. Senario tersebut
berterusan sehingga kami bergerak keluar.
Di Pekan Ringlet terdapat satu
simpang ke Kuala Lipis dan di situ lah laluan kami selama satu jam. Laluan berliku disamping pemandangan ladang-ladang
tanaman menghiasi kiri dan kanan. Apabila laluan semakin terpisah dari jalan
utama, terdapat pula bakal-bakal pencawang yang siap menanti kabel untuk
dipasang. Laluan trek 4wd membelah bukit-bukit menyaksikan panorama menarik
pekan Ringlet. Kami tiba di perkampungan
orang asli Kampung Telimau pukul 11 pagi. Di sini terdapat lebih kurang 120
orang penduduk di mana separuh nya adalah beragama Islam.
Sebaik berhenti, rumah Pak Mat
yang terdapat tangki besar di sebelah merupakan yang paling dekat dengan tempat
hilux kami berhenti. Selepas turun, Hadri bersama tuan pengerusi Apip yang juga
turut serta mencari Pak Juma. Pak Juma merupakan ketua juru-arah beberapa
minggu lepas semasa mengetuai pendaki-pendaki
anak Felda Kelab Explorasi 7 Benua yang dalam persiapan mendaki Gunung
Everest April nanti. Kali ini khidmatnya
sekali lagi ditagih. Kalau pendakian tersebut naik dan turun sama tapi di trek
yang berlainan kami OGKL menggunakan trek dan turun di tempat yang sama untuk
menjimatkan masa.
Sambil menanti Pak Juma yang
sedang makan dan bersiap, kami berehat di sebelah rumah nya yang selang 20
langkah dari sini. Pak Juma akan dibantu oleh anak buahnya Kadir. Selesai
senaman ringkas dan doa selamat kami bergerak naik melalui kebun-kebun sayur.
Kami terpaksa berhati-hati supaya tidak memijak sayur-sayuran kerana permulaan
trek berada di tengah sedangkan kami dari arah tepi.
Sebaik memasuki hutan yang agak ‘dara’,
hidangan trek pacak menanti selama 40 minit kami perlu berhempas pulas. Perjalanan
sedikit mendaki sehingga kami berhenti berehat pukul 2.30 petang untuk makan
tengahari sambil menunggu rakan-rakan dibelakang tiba. Hidangan nasi bungkus berlaukkan
telur dadar sambil menunggu sambal yang belum tiba dijamah begitu sahaja.
Selepas solat jamak kami
meneruskan perjalanan. Kata Pak Juma setiap kali ditanya berapa lama lagi
jawapannya pasti setengah jam lagi. Apapun kami meneruskan perjalanan sambil
mengharapkan tiba di tempat dituju sebelum gelap. Melihat pada kesan-kesan
takik dari pendakian beberapa minggu lepas masih jelas kelihatan. Pukul 5
petang kami sudah berada di punca air terakhir. Beberapa rakan turun mengambil
air. Kawasan air agak terhad begitu juga tadahan air yang kurang mengalir tapi mencukupi
untuk satu hari perjalanan.
Shukur kami tiba di puncak Gunung
Hantu pukul 6 petang. Dengan saiz tapak yang terhad, 3 khemah didirikan. Khemah
saya , Ramli dan Tahar agak sempit. Sudah beberapa kali kami cuba membetulkan
sehingga beberapa pokok terpaksa di tebang namun khemah masih tidak
tegang. Akhirnya khemah dapat di siapkan
walaupun sudah putus asa. Selepas solat maghrib dan makan malam, sessi takruh
pun bermula. Tiada bahan lain selain membahan rakan kami yang seorang itu serta
menyembang hal-hal trek hari ni dan pengalaman masing-masing.
Pagi kami bangun dan bersiap agak
lewat. Perjalanan mendaki ke puncak walaupun hanya berdaypack sedikit melancarkan
pergerakan. Laluan trek adakala nya banyak mencelah banyak balak tumbang.
Diawal perjalanan Pak Juma terlalu ke depan sehingga hilang dari pandangan
kami. Agak susah mencari trek yang kadang-kadang kabur sehingga Hadri dapat
mencari semula laluan tersebut. Sepanjang trek kali ini Pak Juma dan Kadir
adakalanya berada ditengah-tengah kelompok kami. Apabila kami berhenti dan
kelihatan puncak Gunung Berembun Wrays dari jauh semakin menghampiri, Pak Juma
serta Kadir dan saya terus ke depan. Namun sekali lagi mereka hilang dari radar
sebaik baru beberapa langkah.
Saya terpaksa menunggu rakan yang
berenti di belakang untuk mengelak dari tersasar. Walaupun nampak di depan
mata, namun kami terpaksa meredah puncak tipu beberapa kali walaupun sudah
kelihatan lumut-lumut hijau menghiasi sepanjang trek. Sebelum tengahari dan setelah 4 jam berjalan,
kami tiba di puncak Gunung Berembun Wrays pada ketinggian 2005 meter. Puncak
tidak besar cukup memuatkan kami yang ada. Selepas bergambar kami tidak lama
kerana perlu turun awal kerana sudah berjanji dengan Abang Ayien untuk sampai
ke bawah pukul 6 petang.
Waktu menurun pula disingkatkan
ke 2 jam setengah. Kami sebenarnya tidak sempat bergambar di puncak Gunung
Hantu kerana faktor masa. Sebaik Apip yang bertindak selaku sweeper tiba, kami bergegas turun. Namun
kata rakan, kami akan melalui jalan lain tapi tiada terdapat kesan trek. 15
minit masa terbiar begitu sahaja. Juz akhirnya membantu dan memberitahu laluan
sebenarnya sedikit sahaja kemudian masuk semula ke trek yang sama. Kami terus
turun dan cuma 30 minit kemudian kami berhenti di kawasan puncak air untuk
solat jamak di waktu yang cukup terdesak.
Selesai solat kami meneruskan
perjalanan. Kumpulan rakan-rakan kami sudah terpecah 2 di mana di depan
diketuai oleh Pak Juma. Sebelum tiba di balak yang panjang, kami terkeliru
dengan laluan yang tidak bertanda namun dapat mencari jalan. Perjalanan menurun
mendadak adakalanya Zul yang berada di depan saya tersasar dan jatuh beberapa
kali sebelum akhirnya kami tiba di kebun dan seterusnya di tempat hilux menunggu.
Tamat sudah 14 jam kami bertarung di Gunung Berembun Wrays. Kami yang di belakang
diberitahu bahawa salah salah satu hilux rosak dan satu lagi sudah bergerak
keluar maka kami perlu tunggu lagi 2 jam. Akhirnya hilux yang di tunggu tiba
dan kami keluar dengan selamat.
Jam sudah menunjukkan 3 pagi.
Kami bergerak keluar menuju ke hentian RTC di Gopeng yang baru dibuka. Di sana
kami mengalas perut dan solat subuh.
Menjelang pukul 10.30 pagi kami bergerak ke Nibong Tebal untuk menyertai
kenduri kahwin rakan kami iaitu Masrizal. Turut serta adalah rakan-rakan kami
dari Pulau Pinang. Walaupun penyanyi terkenal Korea, Psy datang membuat
persembahan Gangnam Style di pulau mutiara, kami terpaksa bergerak pulang. Ada
yang menuju ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang dan saya yang membawa
kereta terus pulang ke Selangor. Setelah menghantar rakan-rakan saya tiba di
rumah pukul 9 malam.
Sekian
Sekian
Assalamualakum. Nak tanya bagaimana nak hubungi pak juma atau pak mat?
ReplyDeleteHarap dapat membantu. :-)
sape yang boleh saya hubungi untuk kesana
ReplyDeleteNo contact saya 0194930235
ReplyDeleteMADNESS ADVENTURE (FB/IG)
ReplyDeleteMOUNT GUIDE SERVICES
-forestry permit
-police report
-nature guide
-emergency kit (basic)
-walkie talkie
-4x4 to trail head
012-4281994 alif
011-10327474 anas
Call/whataps/sms