Taiwan merupakan negara pulau
yang bergunung-ganang tetapi dihubungkan oleh lebuhraya melalui
terowong-terowong yang di korek ditengah-tengahnya. Pendakian ke Gunung Chilai
yang terletak di Taman Negara Taroko merupakan gunung gantian kami yang juga merupakan
satu destinasi pelancongan yang mampu menarik ramai pelancong luar mahupun
pelajar yang menuntut di sana.
Orang Gunung Kuala Lumpur(OGKL)
memulakan pendakian keluar negara ke 3 untuk kalendar tahun ini ke Taiwan yang
diketuai oleh Khairinah Hj Chumari(Eryn). Saya bersama Ahmad Shobrie(Abie) tiba
di LCCT. Di sana kami bertemu Muhammad Fuad, Jurimah Ariffin, Roslee Musa,Faiz
Zaidan Ali, Nurhairiah Hanapiah serta Rabia Salam . Turut serta adalah
pengerusi OGKL yang baru pulang sebagai krew sokongan Felda, iaitu Apip Che
Embi. Beliau yang baru turun dari Gunung Everest akhir bulan lepas agak
kepenatan tapi masih mampu meneruskan ekpedisi ini.
Kami tiba di terminal 2 Lapangan
Terbang Taoyuan pukul 2.45 petang. Di sini Abula yang merupakan pemandu van tempatan
berjaya mengecam saya. Setelah berbincang berkenaan perjalanan dengan sedikit
masalah bahasa, kami menuju ke Taipei menaiki 2 buah van.
Setibanya di Taipei, kami ke
kedai outdoor untuk membeli sedikit
peralatan. Di sini terdapat banyak lagi kedai outdoor yang terletak bersebelahan namun harga agak mahal sedikit.
Kami kemudian singgah pula makan
di Restoran Halal Enjoy Kicthen. Antara makanan yang di pesan nasi ayam Hainan dan
mee yang berharga dalam lingkungan 320-350 dollar taiwan. Mata wang baru Taiwan
kadang kala di tulis TWD, NT$, NTD atau NT dan ia juga dibahagi kepada 100 sen.
Sebelum kami ke Taiwan, tukaran semasa adalah 100 sen TWD bersama 10.47
Ringgit.
Selepas makan, kami kemudian singgah
di pasar mini untuk membeli barang-barang makanan dan minuman.
Malamnya kami bergerak
semula ke lapangan terbang untuk
mengambil NorThahar dan Cikgu Fadli Hisam untu k melengkap senarai seramai 12
orang. Pukul 11.10 malam baru kami bergerak keluar dari Taipei.
Keesokan hari nya kami tiba di
Taman Negara Taroko untuk mendaki Gunung Chillai. Taman negara ini merupakan
salah satu dari 7 taman negara yang ada di Taiwan. Ia terletak di tengah di
antara 3 buah bandar iaitu Taichung, Nantou dan Hualien. Perjalanan van kami ke
kaki Gunung Chilai pun mengambil masa 2 setengah jam lebih.
Asal perkataan Taroko juga dari
keadaan bentuknya yang di panggil tebing tenggara dari taman atau Taroko
Gorge. Nama lama bagi taman ini
adalahTaman Negara Tsugitaka-Karoto.
Di tempat persinggahan kami,
tidak terdapat pondok renjer untuk mengatur permit mahupun renjer bertugas.
Setelah bersiap sarapan, kami pun memulakan perjalanan pukul 7.30 pagi. Bermula
dengan perjalanan rata selama 1 kilometer(KM), kami memasuki kawasan hutan
dalam 900 meter menaik sedikit. Perjalanan menurun sedikit semula sebelum
menurun berterusan ke bawah. Di awal perjalanan ini kami bergambar dengan
berlatar belakangkan gunung-ganang dan bunga-bunga berwarna di sebelah kiri.
jauh lagi
3 jam perjalanan kami tiba di
kabin pertama. Di sini terdapat papan tanda 3.7KM dan 1.1KM lagi ke Kabin Chenggong.
Perjalanan mendaki dan menurun semula sepanjang 1.1KM, kami tiba di kabin untuk
makan tengahari. Kabin di sini agak kecil. Sekadar muat 34 orang untuk satu-satu
masa.
Di luar kabin hujan rintik mula bertukar
menjadi lebat sedikit. Perjalanan seterusnya mendaki di laluan tinggalan sungai
sepanjang 900 meter. Selepas melalui 300 meter, terdapat pemandangan gunung di
mana Apip tertinggal beg sotong merahnya. Laluan seterusnya membawa kami memasuki
hutan semula sehingga tiba di persimpangan antara ke simpang Gunung Chillai
Utara dan ke Kabin Chilai. Di sini baru ditanda di mana jaraknya tinggal 1.3 KM
sahaja ke kabin tetapi kami dihidangkan dengan laluan mendaki berbatu. Di
sinilah terletaknya bahaya yang menanti lebih-lebih lagi pada pendaki baru
kerana kesilapan kecil boleh membawa padah jika dilihat dari segi kesukaran
pendakiannya. Namun atas faktor keselamatan, tali-tali telah disediakan
sepanjang laluan berbahaya ini.
Saya tiba di Kabin Chilai pukul
5.30 petang.Kabin kecil ini hanya memuatkan seramai kami sahaja yang sepatutnya
tidur berkhemah kerana ketiadaan pendaki yang singgah. Antara sebabnya adalah
berlaku gempa bumi di bahagian tenggara Taiwan dan ini menyebabkan mereka lebih
berwaspada. Selepas bersiap dan makan malam, kami mula bersuai kenal. Roslee
yang kelihatan sakit mungkin kerana AMS mula beberapa kali keluar masuk.
Keesokan hari nya kami mula
mendaki ke puncak Gunung Chilai. Perjalanan selama 3 jam menikmati pemandangan
di sebelah kiri sambil matahari mula naik tinggi. Di sebelah kanan kelihatan
bandar-bandar dan lereng-lereng. 20
minit berjalan kami memasuki kawasan hutan. Perjalanan memusing ke sebelah kiri
lebih banyak naik turun sedikit selepas keluar hutan. Ada satu tempat terdapat
2 lopak yang sangat jernih airnya.
Setelah melalui beberapa puncak
tipu dan sebelum sampai ke puncak sebenar, ada satu lagi laluan berbatu
merbahaya. Oleh kerana berdepan cerun yang curam, tali sekali lagi memainkan
peranan. Beberapa tali di atur dan laluan berpusing-pusing kanan ke kiri dan ke
kanan semula sehingga kami tiba di puncak.
Puncak Chilai utama memiliki 360
darjah pemandangan pada ketinggian 3560 meter. Kami berada di puncak selama 45
minit sebelum turun. Semasa turun suasana
menjadi sejuk berangin. Tiba di Kabin
Chilai, kami bersiap untuk ke puncak Chilai Utara.
banyak rintangan
rappers tua
Perjalanan lebih banyak menaik di
awalnya menyebabkan kami cepat letih lebih-lebih lagi memikul beg besar. Hampir
1KM berjalan, kami tiba di simpang. Kami meletak beg dan membawa beg kecil
untuk ke puncak. Sama seperti di puncak utama, kami terpaksa mengharungi
pendakian berbatu-batu dan tali digunakan untuk naik. Walaupun kali ini lebih
panjang namun kami tiba dengan selamatnya di atas. Puncak utara Gunung Chilai ini berketinggian
3605 meter lebih tinggi dari puncak utama.
Apabila turun sehingga tiba di
simpang, ramai yang sudah kepenatan. Sebelum rakan yang berada belakang tiba,
saya mengambil kesempatan untuk bersolat jamaak ta’akhir dahulu. Perjalanan
turun kelihatan tidaklah sesukar menaik walaupun di laluan berbeza. Namun papan
tanda telah menunjukkan bacaan yang salah di mana sepatutnya dari simpang tadi
ke simpang Kabin Chenggong adalah 1.1KM.
Laluan di sini sangat curam dan
perlu fokus memegang tali. Apabila tiba di simpang ke-2 , perjalanan turun ke
Kabin Chenggong tinggal 0.9KM. Saya
bergerak dahulu kerana jarak dengan peserta di depan terlalu jauh. Bila tiba di
Kabin Chenggong, hanya ada Apip yang memberitahu makan sudah lama disediakan
dan yang lain sudah meneruskan perjalanan ke van. Apip kemudian beredar
manakala saya menunggu rakan di belakang tiba sambil memanaskan makanan dan
memasak air.
video di puncak chillai
Setelah semua sampai, kami makan
dan bergerak semula pukul 8.20 malam. Target kami adalah ke kabin pertama yang
berjarak 1.1KM. Perjalanan sejam lebih kami pun tiba. Setelah rehat 20 minit,
kami meneruskan perjalanan. Jauh
perjalanan sepanjang 3.7KM kami lalui dalam kegelapan malam dengan setiap 100
meter di tanda dengan batu. Akhirnya kami tiba di lokasi kami berhenti pada
pukul 1.35 pagi.
Pagi tersebut Apip berbincang
dengan Eryn untuk mencapai kata sepakat bahawa kami harus berpecah kepada 2
van. Saya, Abie, Jurimah, Rabia, Cikgu Fazli dan diketuai oleh Thahar yang
fasih berbahasa Mandarin bergerak sekitar kawasan manakala van satu lagi perlu
keluar. Mereka menuju ke Taipei untuk ke Taman Negara Shei Pa kerana laluan
berdekatan terdapat tanah runtuh.
2 tahun lepas 8 orang dari kami
sudah menawan puncak Gunung Sheishan di Taman National Shei Pa. Saya dan Thahar
antara 2 orang tersebut manakala Apip memimpin kumpulan satu lagi untuk ke sana.
Van yang di pandu oleh Abula tiba
di satu lokasi berhampiran satu kedai. Kami bersarapan pagi dengan makanan yang
ada. Melihat dari jalur yang berhampiran, terdapat Gunung Hehuan yang
berketinggian 3422 meter terletak di sebelah hentian.
Kami bergerak ke kaki jalur tersebut.
Selepas tiba di kaki Gunung Hehuan, kami bergambar dan bergerak naik. Terdapat
sekumpulan pendaki veteran tempatan turut mendaki dan menggunakan jalur yang
sama. Mereka kelihatan datang dengan sebuah bas. Kebiasaan nya pendaki-pendaki
ini berpakaian tebal dengan cuaca panas dan berkasut berjenama manakala kami
hanya memakai sandal sahaja.
Jalur sepanjang 2KM kami berhenti
agak lama sambil menghayati suasana berangin. Bersebelahan dengan jalur ini,
terbentang Banjaran Gunung Chilai yang kami naik semalam. Perjalanan yang agak perlahan kami tiba di
puncak selama 3 jam. Gunung Hehuan merupakan salah satu gunung di dalam Taman Nasional
ini. Ia merupakan salah satu dari 100 gunung yang berada di ketinggian 3000
meter.
salah satu terowong
Petang dalam pukul 4 kami sudah berada di van semula. Selepas makan petang, kami bergerak turun dari Taroko. Kami turun ke bawah lagi untuk mencari rumah tumpangan. Rumah tumpangan tersebut tidak jauh dari tempat keluar di Taroko dan harga sekitar 400 NT amat berbaloi. Perkabaran dari Abula pada masa ini bahawa pasukan satu lagi sudah mula mendaki pukul 10 pagi tadi.
hehuan dan taroko
Keesokannya kami bersiap untuk
meneruskan perjalanan ke Taipei semula. Dalam perjalanan keluar van melalui
jalan yang sangat sempit. Sepanjang laluan sempit ini, van melalui
berpuluh-puluh terowong. Kami tiba di
satu terowong yang dipanggil Tunnel of Nine Turns atau Jiuqudong.
Ia dibina pada tahun 1996 dan lebar keluasan tingginya sangat rapat sehingga mencapai 10 meter
lebar. Pernah berlaku runtuhan suatu
ketika dahulu. Terowong yang runtuh tersebut di ganti dengan laluan terowong
lain yang memakan masa setahun untuk di siapkan.
10 minit perjalanan kami tiba di Swallow
Grotto, suatu kawasan yang mempunyai pemandangan tebing bersalut marmar
yang menakjubkan. Terdapat gua dan bentuk muka manusia gergasi yang dipanggil
Cliff Zhuilu dan paling jarang adalah batu bentuk ketua puak India bole dilihat
disini. Di bawahnya mengalir Sungai Liwu merentasi lembah yang sangat sempit.
Selepas selesai makan tembikai
berharga 40 NT sepotong, kami bergerak turun lagi. Kali ini kami singgah di
Taman Buluowan. Taman ini merupakan kawasan rekreasi di Taman Nasional Taroko.
Ia bermaksud ‘echo ngarai’ yang merupakan tempat kediaman kaum orang asli
Taroko. Di tengahnya terdapat pusat pelancongan yang menceritakan perihal
kemajuan orang asli di sini serta muzium. Terdapat sebuat jalur yang membawa
kepada pemandangan jalan yang menghubungkan terowong-terowong.
Selesai solat di sini kami
meneruskan perjalanan keluar dari Taroko. Kami menuju ke Taipei untuk
makan. Kami singgah di kedai yang sama 2
tahun dahulu. Hidangan set seramai 6 orang amatlah menguntungkan dan lebih
sedap dari restoran yang kami singgah semasa mula-mula tiba. Selesai makan kami tiba di Family
Hostel yang merupakan tempat penginapan backpacker terkenal.
Namun atas faktor
salah faham ada yang terpaksa tidur tanpa bilik. Esoknya kami bergerak ke Taman
Negara Yangmingshan manakala Cikgu Fadli Hisam pulang awal. Sama seperti 2 tahun
lepas, kami menaiki MRT berhenti di Stesyen Jiantan. Kemudian menaiki bas
bertanda I5 ke stesyen terdekat. Setelah turun di satu tempat, kami sambung
naik semula sebuah bas kecil menuju ke salah satu pintu masuk.
Kami bersiap untuk menaiki Gunung
Datun. Perjalanan menghijau dan hampir hujan ini mengambil masa 1 jam lebih
untuk sampai ke atas. Terdapat satu laluan alternatif selepas berenti di satu
hentian namun tidak membantu. Puncak Gunung Datun sangat lurus dan boleh dinaiki
kenderaan. Waktu kami tiba di atas angin sangat kuat.
Kami kemudian keluar awal dari sini untuk makan tengahari. Walaupun agak lewat, kami menuju ke kedai yang sama semalam menaiki MRT lagi. Selepas makan kami singgah di bangunan tertinggi 101 Taipei dan seterusnya pasar malam. Malam kami pulang semula di Family Hostel.
Hari terakhir kami singgah di
kedai mee tebal yang terletak agak jauh dari sini. Setelah makan kami kembali
pulang ke hostel . Di hostel terdapat kedai outdoor
yang kami singgah tempoh hari.
Saya, Thahar dan Fuad yang
berpecah dengan rakan-rakan lain kemudian menaiki bas ke Lapangan Terbang Taoyuan
untuk pulang. Terminal bas terletak di sebelah kanan stesyen keretapi utama
Taipei di jalan utama.Sekian sahaja ekspedisi warga OGKL kali ini. Semoga
exspedisi akan datang ke Gunung Jade akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment