Sekadar satu cerita yang belum diolah.
- 11 orang
- Berhenti di Masjid berhampiran pukul 2.10 pagi
- Bersiap dengan pakaian trekking
- Sarapan di rumah Makcik Tok Gajah pukul 7.45 pagi
- Parkir kereta di rumah Zainal Abidin Bin Ahmad atau panggilanmesra abah
- Kami sepatutnya membawa beg dan bermalam di Lata Celir tapi situasi berubah.
- Beg galas tinggal di Kem Sangka manakala kami beg daypack ke Lata Celir yang merupakan laluan baru.
- 2 pilihan samada melalui trek 4x4 terus ke Lata Celir atau laluan biasa ke Kem Sangka
- 4x4 pertama tunggu di simpang Lata Celir atau Kem Sangka untuk mengambil 2 penunjuk arah orang asli atau guide
- 4x4 kedua tiba dan kami lalu di trek Lata Celir.
- Dalam perjalanan baru bermula 15 minit, 4x4 pertama yg dinaiki oleh abah dan Ramli berhenti di laluan menaik. 4x4 gagal meneruskan perjalanan akibat kabel yg mengikat ke pokok putus.
- Kami meneruskan perjalanan meninggalkan 4x4 pada pukul 10.15 pagi
- Kami lalu bukit atau jalur yg diberi nama Lamir
- Sepatutnya kami mengambil air di Lata Celir tapi diberitahu tiada air sehingga ke puncak
- Guide kami juga tidak membawa air kerana perubahan drastik tersebut
- Perjalanan agak berat tanpa air disebabkan barang-barang utk memasak memerlukan air
- Guide mencadangkan buloh sebagai sumber air kerana dilaluan ini terdapat banyak buloh
- Kami dapat mencari satu kawasan yang mempunyai banyak buloh lalu menebang satu petak ke satu petak sambil kami berhenti untuk makan tengahari pada pukul 12.15
- Laluan mendaki pada aras 35 darjah sepanjang lalu Bukit Lamir ini
- Dalam satu laluan mendaki, guide sudah menandakan satu laluan di mana terdapat satu trek turun ke Lata Celir. Tanda tersebut dibuat besar dan di beberapa batang pokok supaya kami tidak tersasar bila melalui jalan pulang dalam suasana malam nanti
- Selesai makan kami meneruskan perjalanan dan tiba di kem OGKL pada pukul 3.50 petang
- Kami berehat dalam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan
- Sejam trekking kami tiba di puncak Gunung Lebah Timur. Puncak agak sempit dan kami turun di bawah sedikit di kawasan rata untuk memasak air dan makan
- Selesai makan dan minum, solat dan bergambar kami turun pukul 6.45 petang
- Suasana sudah gelap dan masing sudah bersedia memasang headlamp.
- Kami berhenti di Kem OGKL untuk berkumpul semula.
- Tiba di simpang, guide sudah terlupa untuk masuk ke simpang walaupun kami sudah berhenti di tempat yang sepatutnya.
- Kami meneruskan perjalanan menurun selama 10 minit. Sedar sepatutnya kami masuk ke simpang berkenaan, guide mengarahkan kami berpatah balik. Kami berpatah balik dalam keadaan mendaki sehingga tiba di kawasan yang ditandakan.
- Sebaik melitasi kawasan ditandakan, trekking terus menurun.
- Jalur laluan ada masa mendaki namun semakin hampir ke Lata Celir semakin menurun
- Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi air dan hilang dan muncul semula
- 3 jam terakhir ke Lata Celir merupakan azab trekking
- Saya jarang melalui trekking yang menurun terlalu lama dengan tiada batang pokok untuk dipegang, ada 2-3 kawasan di mana batang pokok di kanan berduri dan di kiri juga berduri,
- Ada masa jalur senget dan terlalu senget manakala di sebelah adalah gaung
- Trekking akan menjadi lebih licin dan merbahaya apabila ramai yg melaluinya dan kesan-kesan mengungsur akan mempengaruhi rakan-rakan dibelakang.
- Cuma ada satu sahaja tempat kami berhenti itu pun sudah semakin hampir di Lata Celir.
- Kami tiba di Lata Celir sekitar 12 tengah malam di tingkat paling atas iaitu tingkat 7.
- Suasana gelap dan kabur maka susah untuk mendapatkan gambar air terjun Lata Celir yang sangat deras
- Perjalanan turun naik menjadi agak susah untuk tiba di tingkat 2 dengan laluan senget
- Perjalanan ke Lata Celir berakhir di jalan balak namun kami menembuh azab baru
- Trekking ke Kem Sangka dalam sejam tidak la senang seperti yang disangkakan.
- Trekking menurun 60 darjah dengan laluan trek keras seperti batu sepanjang ke Kem Sangka
- Ramai yang sengsara dengan keadaan trek ini di mana dulu tidaklah seteruk ini.
- Kami akhirnya tiba di Kem Sangka pukul 2.15 pagi di mana jumlah keseluruhan perjalanan adalah 16 jam
- Sebaik sampai , Ramli terus masak manakala ada yang bersiap untuk mandi. Yang kepenatan akan terus tidur
- Pukul 3.45 pagi kami makan malam
- Pukul 6.45 pagi kami bangun subuh dan sarapan pagi dimulakan
- Seawal pagi ni ada yang mandi dan berbual-bual dengan guide
- Sambil menunggu 4x4 tiba ada yang sambung tidur
- Pukul 2 petang kami bersiap untuk keluar
- Laluan 4x4 dalam 20 minit pertama penuh dengan hanyunan trek yang kejam
- Tidak lama kemudian kami tiba di Kem Komunis. Kem ini terdapat komunis tinggal di sebuah gua untuk sekian lama
- Ada juga laluan komunis tidak jauh dari sini
- 4x4 di teruskan namun ada satu masa 4x4 tersangkut di laluan yg tinggi di tengah-tengahnya
- Bantuan tarik dari 4x4 pertama diperlukan tapi mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kable yang tersangkut
- 10 minit kemudian kabel berjaya di perbetulkan dan 4x4 kami berjaya di tarik
- Kami tiba di rumah abah pukul 4.15 petang tapi 4x4 kami mengalami masalah brek lalu kami lajak ke depan dalam 200 meter untuk pusing semula
- Setelah sampai, terdapat pokok kelapa mempunyai banyak biji kelapa. Pak cik Burn meminta kebenaran untuk mengambil kelapa.
- Pukul 6 petang kami bersalaman dengan abah untuk pulang
- Pukul 6.45 petang kami tiba di Bandar Raub untuk makan malamdan penutup.
0 comments:
Post a Comment