Tara papa di Pulau Labuan


Salam,

Dah sebulan lebih rupanya kerja kat Brunei ni. Tapi masih tak sempat jalan-jalan. Asyik kerja dan balik KL je. Jadi semalam 1 mac tak balik rumah. Rancang punye rancang maka rasa tergerak hati nak ke Pulau Labuan, Oleh kerana ade kawan-kawan yang balik KL minggu ni maka kereta kite orang conquer lah. Kul 11 pagi bergerak sarapan dengan Din geng serumah yang kena kerja. Singgah kedai makan yang bole tahan murah. 2 orang makan termasuk telur separuh masak baru 3 ringgit BND. Lepas makan terus lalu highway Muara ke Terminal Serasa yang dengar cite baru bukak tak lama dulu. 

Bagi passport untuk cop keluar dan bayar tiket harga 17 BND ~ RM 46 . Naik Bot Labuan 3 macam bot ke Langkawi ke Pulau Labuan dalam 1 jam 20 minit dah sampai. Sempat tengok movie cite Pathfinder sampai habis.


Sampai di jeti kul 3 lebih terpinga-pinga nak sewa motor ke tak. Ok dah ready untuk carik backpackers nye menginap. Dah screenshot kat handphone peta dan website. Carik jalan ke hulu ke hilir la mencari Jalan Bunga Tanjung tanye orang. Dah jumpe tapi tak de. Baca balik website rupanye dah tutup. Aiseh silap sendiri tak check rupenya. Ok kena la survey hotel lain pulak. Dapat satu hotel yang murah Hotel Victoria depan Hotel Alfa yang tinggi tu. Semalam dalam RM93. Dah check-in, carik motor takde motor. Sewa kereta pulak. Dapat la kereta Vios dalam RM100 sehari. Silap gak tak leh cepat tak leh lambat lepas kebetulan ade org check out kereta dan kebetulan orang seterusnya dah booking pulak ... Melepas lah ... Isi minyak Esso dekat situ dalam RM15.

Ok dah settle semua baru dapat makan. Makan simple je sebab dah kul 5 lebih. Makan kat kedai mamak cuma mee goreng dan teh o ais kena dalam RM7.50 ... mahal nye ... Sambil-sambil tu layan Royal Rumble yang menjadi kegilaan orang kalau kat tempat-tempat tu kurang hiburan. Opps Royal Rumble to gusti wwe.com ye. Kemudian habis makan mula gi jalan ke memorial war, gi pantai dan jalan-jalan di Bazaar Labuan dan Waterfront. Masuk Ujana Finance aka shopping complex jap.


Dah malam sikit solat Maghrib dan makan kat depan ujana. Pergi satu kedai dia tak layan ... pergi satu kedai lagi makan nasik dan sup ayam je campur milo. Kena dalam RM 11 ... Ok makan memang mahal sini.

Dah malam lepak je kat bilik sambil explore Labuan ... ayam owh ayam ... banyak nye kat Labuan ni ... memang tak terjaga la Pulau Labuan ni dengan ayam. Tau tak ayam tu maksud ape ... dalam website bermaksud pelacur yang di panggil Arroyo. Ade banyak kat pub sahaja.


Esok nya iaitu hari ini sarapan pagi di kedai mamak yang sama. Masih tayang ulang Royal Rumble jugak. Roti canai campur teh madras RM2.70. Dah siap check out, gi Bazaar Labuan. Beli baju anak-anak. Selesai je gi jeti beli tiket balik ke Brunei. Kena dalam RM35. Bole tahan. Ade 4 jam lagi nak jalan-jalan. Jadi nya bergeraklah ke utara ke Pantai Pancur Hitam dan Pantai Mankar. Pantai-pantai ini terletak jalan terus ke dari bandar dan cuma kurang 30 minit dah sampai. Dari simpang kiri ke Pantai Pancur Hitam dan kanan ke Mankar. Panjang pantai pancur sampai 5 kilometer. Ade kedai makan di situ jadi sempat makan tengahari. Makan nasik goreng agogo dan 2 sayap RM13.50.


Dah makan singgah ke sebelah pulak. Lepas solat Zohor terus gerak ke bandar balik. Kul 3.30 petang dah keluar Labuan. Bayar 10 ringgit BND masa parking semalam. Aduh tu je cite nye. Macam tak puas lak nak taip lagi ... In sya Allah akan ke sini lagi kalau panjang umur. 

Jumlah kos-kos kire sendiri lah ye. 

0 comments:

Post a Comment