Gunung Rinjani lagi

Salam,

Trip ogkl dengan penerbangan dimulakan dengan singgah di Pulau Bali dahulu bersama abang Othman Naim dan Arrey. Esok nya kami sempat lagi sarapan ikan bakar di Pantai bersebelahan dengan lapangan terbang Bali. 

Kami kemudian terbang ke Lombok dalam masa 45 minit perjalanan menaiki kapal terbang. Di lapangang terbang kami bertemu dengan rakan-rakan sama.

Saya bercadang untuk mendaki Gunung Baru Jadi seperti yang terdapat dalam itinerari dan terletak di Danau Segara Anak. Namun diberitahu terpaksa melupakan kerana mengambil masa satu hari lagi. 

Abang Zaini yang turut mengadu tidak sehat dan terpaksa melupakan pendakian. 

Apabila tiba di Pelawangan saya mengambil keputusan untuk tidak naik ke puncak Rinjani. Mungkin kerana hanya ingin melihat pemandangan Danau Segara Anak sahaja. Bagi saya walaupun Rinjani mempunyai tarikannya yang tersendiri namun cukuplah sekali ini. Kenangan kali pertama dahulu pada tahun 2007 lebih indah berbanding sekarang terutama tahap kebersihan yang tidak terjaga ini.

Dengar cerita ada cadangan untuk membina kereta kabel menghubungkan terus ke Pelawangan. Itu beberapa tahun lepas. 

Sekian dari saya. 


singgah di pantai makan ikan bakar
pilih ikan

nelayan tarik bot 

memang sedap makan di pagi hari
naik wings air
pemandangan dari atas bali ... selamat tinggal bali
lapangan terbang lombok yang baru
bertemu dengan kenalan lama ika ... juga sama-sama naik ke rinjani dulu

jumpa geng singgah makan jap










dah makan baru sampai simpang

gunung agung dari pelawangan

lepak je di sini
sampai danau segara anak
bertemu geng cina satu negara
pintu masuk 


0 comments:

Post a Comment