Jalan-jalan ke Hong Kong pada 25 Mei selama 4 hari


Salam,

Perjalanan ke Hong Kong adalah suatu destinasi pilihan yang tidak dijangka. Tiket yg dirahsiakan sudah ditempah sejak Julai tahun lepas. Berdasarkan masa yg dipilih adalah hari cuti sekolah namun jangkaan saya meleset sama sekali. Jadual cuti pertengahan tahun 2014 bermula 2 hari selepas kami bercuti. Oleh itu surat bercuti telah disiapkan kerana ada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan di saat-saat akhir cuti. Persediaan sudah disiapkan. Duit pertukaran HK Dollar sekitar RM4.8k, beg tarik, manakala pakaian massing-masing sudah diisi penuh. persiapan terakhir masih lagi berlaku memandangkan hari semalam adalah hari sabtu.


Hari Pertama - Pemandangan Udara Hong Kong

Saya mengambil keputusan untuk membawa kereta untuk memudahkan keadaan memandangkan kami berenam. Kami meletakkan kete di sebelah KLIA2. Memandangkan kami sudah web check-in semalam, kami tinggal untuk meletakkan 2 beg sahaja di kaunter Airasia. Kami sarapan ringkas di Marybrown sebelum bergerak ke P11 iaitu bilik menunggu untuk ke berlepas. Selesai solat subuh, kami tergesa-gesa menaiki pesawat.

Kami tiba di Lapangan terbang antarabangsa Hong Kong yang terletak di Pulau Lantau sekitar pukul 11.15 pagi. Lapangan terbang Hong Kong sangat sibuk dan canggih. Dari langit kami memerhatikan pulau-pulau Hong Kong yang terdiri dari bangunan pencakar langit serta bukit-bukit dan pulau-pulau yang mengelilingi pulau besar.


Kad Octopus yang mudah dibeli di kaunter dan mudah digunakan. Sekitar 150 HKD dewasa dan 70 HKD untuk kanak-kanak 

Secara ringkas nya Pulau Hong Kong mempunyai penduduk sekitar 7 juta orang. Ibu negara nya juga disebut Hong Kong yang membangun dengan pesat.  Di utara Hong Kong ade bandar Kowloon dan satu lagi New Territories. Walaupun Hong Kong sangat padat penduduknya, mereka tiada mempunyai masalah besar untuk bergerak. Sistem pengangkutan nya setaraf negara-negara maju lain. Di bandar Hong Kong terdapat banyak tram atau bas yang melalui laluan keretapi. Begitu juga rangkaian MTR atau Mass Transit Railway atau bahasa mudah keretapi seperti MRT, Komuter atau Putra di Lembah Klang.

Sila rujuk link di bawah untuk maklumat selanjutnya.
http://www.ddhongkong.org/data-hong-kong/transportasi/tram-mtr/
Peta MTR

Apabila selesai urusan di Lapangan Terbang Hong Kong, kami menaiki MTR ke Stesyen Tsing Yi. Saya agak mengambil masa untuk memahami cara-cara menggunakan sistem kenderaan mereka. Tiba di Stesyen Tsing Yi, saya membeli 2 kad octopus dewasa dan 3 kad octopus kanak-kanak. Perjalanan diteruskan menaiki MTR lain ke Lai King. Di sini kami menukar lagi MTR ke Tsim Sha Shui. Perjalanan selama 30 minit, kami tiba di sini dan bergerak mencari Hotel Benito.

Setelah bertanyakan pada orang ramai, saya cuba mencari hotel yang terletak di Jalan Cameron tapi gagal. Kami kemudian menghala ke Chungking Mansion yang terkenal dengan makanan halal sambil dibantu oleh seseorang yang arif di sini. Chungkin Mansion juga dikatakan kawasan yang paling popular dan murah di Hong Kong.

Kami naik ke tingkat 4 untuk makan tengahari. Saya memesan 3 nasi putih, kari ayam dan kari ikan serta 3 gelas air yang berharga sekitar 310 HKD atau RM150. Memang mahal di Hong Kong tapi saya sudah menjangkakan keadaan tersebut.

Chungkin Mansion dari video lain

Selesai makan, saya mencari lagi lokasi hotel dan akhirnya berjumpa. Kami berehat sampai malam. Oleh kerana keadaan persekitaran agak baru, saya keluar sendirian mencari makanan. Hanya kedai di Chungking Mansion sahaja yang menjadi pilihan. Saya memesan 3 ketul ayam dan 3 ketul bergedil berharga 90 HKD sekitar RM40. Apa pun kami sekeluarga tidak memakannya kerana rasa yang agak masam.

Hari Kedua - Disneyland


Hari ini kami bergerak ke Disneyland yang terletak di Pulau Lantau. Perjalanan dari Tsim Sha Tsui menaiki MTR adalah seperti kami hendak pergi ke Lapangan Terbang Hong Kong semalam cuma pertukaran tren di sebelah je. Laluan ke tren ke lapang terbang berhenti di Sunny Bay. Di sebelah terdapat tren khas ke Disneyland sahaja. Seawal pukul 10.45 pagi kami tiba di sana. Pintu gerbang menanti kami sebelulm sampai di kaunter. Di sini terdapat banyak kaunter. Kami masuk lalu singgah di Main street USA. Berdasarkan kajian di website, semua Disneyland mempunyai rekabentuk sama cuma ade beberapa permainan yang ada dan tiada.


http://park.hongkongdisneyland.com/hkdl/en_US/general/popup?name=ExplorerParkMapPage&id=ParkMapGlobalSubNavMedia

Selepas Main Street USA, kami bergerak ke kanan. Kami ke Tomorrowland dan Fantasyland. Kami bergambar bersama-sama watak disney yang ada di sana. Meneruskan perjalanan, kami melalui Toy Story Land,  Grizzly Gulch dan Mystic Point.




Di tengah-tengah perjalanan kami makan tengahari di Restoran Tahiti yang ada status halal dan makanan sama di Malaysia.









Di Aventureland ade taman serta sungai yang menempatkan lokasi Tarzan serta rumahnya. Kami meneruskan perjalanan menaiki Big Grizzly Mountain Runaway Mines Cars sebanyak 2 kali.

Big Grizzly Runaway

Kami solat di Dewan Bandaraya yang terletak di Main Street USA pada pukul 5 petang.

Kami meneruskan perjalanan lagi menaiki Autopia iaitu kereta melalui trek yang disediakan.

Sedutan dari video dari website lain

Pada malam hari kami dapat melihat permainan bungapi di taman tema ini. Kami pulang ke hotel pukul 11 malam. Oleh kerana makan malam tidak sempat, kami memasak meggi sekali lagi kerana anak-anak sudah kepenatan.

Hari Ketiga - Victoria Peak 

Hari ini kami bercadang singgah di Victoria Peak. Kami keluar agak lewat sikit. Perjalanan bermula di mana sepatutnya kami naik MTR ke East Tsim Sha Shui tapi oleh kerana sudah berjalan jauh kami teruskan juga di laluan bawah tanah. Di satu laluan terdapat jalan ke Avenue of Star. Kami lalu ke sana dahulu untuk bergambar.







Selesai di Avenue of Star, kami berjalan ke pelabuhan untuk ke seberang dengan menaiki feri sekitar 3 HKD seorang. Setiba di seberang kami mencari bas nombor 15C. Bas ni lewat bergerak. Kami berpusing di bandar Hong Kong dengan menaiki bas 2 tingkat yang terbuka.

Kami tiba di hujung stesyen yang akan membawa kami naik melalui Peak Tram. Selain dari melalui Peak Tram kereta juga boleh naik ke Victoria Peak. Dalam perjalanan menaiki Peak Tram, kami dapat melihat pemandangan bangunan pencakar langit dengan lebih jelas. Tram ini condong ke atas hampir mencecah 45 darjah dan mengambil masa sekitar 10-15 minit untuk sampai. Apabila sampai, di sini terdapat banyak barangan cenderahati untuk dibeli dengan harga murah. Tidak jauh berjalan, terdapat muzium Madame Tussauds , muzium yang mempunyai patung-patung artis terkenal Hong Kong mahupun luar negara yang diperbuat dari lilin. Saya tidak bercadang untuk masuk kerana harga sekitar 170 - 240 HKD masih boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara lain. Kami berjalan lagi dan menemui satu kedai buah kerana masing-masing sudah lapar. Di sini kedai halal tiada manakala bilik untuk solat agak jauh. Kami tidak meneruskan perjalanan ke Sky Terrace 428 yang merupakan tempat popular untuk melihat seluruh bandar Hong Kong kerana kesuntukan masa.










Selesai bergambar dan melihat pemandangan dari bumbung Hong Kong, kami turun dari Victoria Peak menaiki bas lagi dan menuju ke MTR berhampiran iaitu Dewan Bandaraya menuju ke Causeway Bay. Di sini kami turun dan mencari Masjid Ammar untuk solat. Sepanjang menaiki bas, kelihatan tram yang melalui laluan keretapi melalui bandar Hong Kong. Saya bercadang untuk menaiki tram tersebut esok jika ada masa. Perjalanan mencari Masjid Ammar agak susah pada awalnya akibat terpaksa memahami lorong-lorong berdasarkan GPS pada telepon tapi kami akhirnya berjaya mencari walaupun agak lewat. Kami singgah di timgkat 5 untuk makan dengan harga yang agak murah. Di sini terdapat Dim Sum halal tapi sudah habis.

Selesai solat maghrib, kami bergerak ke Temple Street. Dari MTR Causeway Bay turun ke Jordan. Kami keluar pintju A dan bergerak ke kanan sehingga 3 blok. Temple Street sama seperti Petaling Street cuma kedai-kedainya jauh dan lagi panjang. Kami tidak sempat menyinggah beberapa lagi tempat popular yang sama seperti Ladies Street , Stanley Street dan lain-lain.

Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di kedai Kebab Pakistan di lorong sebelah. Kami berkenalan dengan Salman tuan punya kedai. Katanya beliau sudah 10 tahun berada di Hong Kong dan umur beliau sekarang baru 22 tahun. Beliau agak peramah berbanding teman-teman yang lain.

Hari Keempat -  Hong Kong Ronda-ronda


Hari ini hari terakhir kami di Hong Kong. Masa berlalu dengan pantas. Seakan masa tidak mencukupi untuk berada lebih lama lagi. Kami keluar dari bilik sekitar pukul 11.40 pagi. Beg-beg di letakkan di tepi kaunter di hotel. Kami menaik MTR ke Central iaitu di bandar Hong Kong sama seperti semalam. Setiba di sana, kami menaiki tram seperti yang dirancangkan semalam. Hanya satu tram ini kami dapat berpusing di sekitar bandaraya dalam sejam lebih. Banyak sangat berbeza dengan bandaraya kami di Kuala Lumpur, Hong Kong sangat sibuk. Bangunan tinggi memenuhi diseluruh pelusuk kawasan.

Selesai bergambar, kami kembali ke hotel. Kami menaik MTR sehingga ke hujung stesyen dan berjalan agak jauh ke stesyen satu lagi di stesyen bawah tanah ini. Stesyen tersebut terus ke Lapangan Terbang Hong Kong. Jika mula-mula sampai kami menaiki 3 MTR tetapi kali ini cuma 2 kali sahaja.

Apabila di Terminal 2, kami check-in dan solat asar. Bilik solat disediakan tidak jauh dari kaunter Airasia dan bersebelah 7 eleven. Selesai solat , kami singgah di kedai Disneyland yang menjual cenderahati. Di sini saya menghabiskan semua HKD dan meninggalkan sedikit sahaja kerana tiada cukai dikenakan seperti kebanyakan lapangan terbang lain.









Perjalanan ke pintu 505 iaitu pintu untuk menaiki pesawat Airasia agak jauh. Aksi kejar-mengejar bermula. Selepas masuk untuk pemeriksaan beg, kami menaiki keretapi seperti biasa sama seperti di KLIA. Selepas itu, mencari pintu terdapat banyak pintu-pintu lain. Keadan di sini agak berpusing-pusing. kami perlu mencari pintu 501-510 untuk kami menaiki bas pula. Kami tiba di Kawasan menunggu pintu 501-510 seperti sebuah pulau di kawasan Lapangan Terbang Hong Kong. Sebaik selesai adegan mengejar pintu 505, kami mendapati penerbangan delay. Kami terpaksa menunggu bersama penumpang yang lain. Selepas 30 minit dari masa yang sepatutnya untuk menaiki pesawar, pengumuman di buat di mana penumpang terpaksa berpindah ke pintu 508. Kemudian pengumuman lain terdengar lagi di mana kami ke pintu asal. Akhirnya kami menaiki pesawat lewat 45 minit dari masa yang sepatutnya. Kami pulang dari Hong Kong dengan perasaan sangat gembira sampai anak-anak bertanyakan bila dan dimanakan destinasi lain selepas ini.

Sekian sahaja destinasi percutian keluarga. Semoga kami dapat pergi ke tempat-tempat yang menarik dan lebih jauh lagi selepas ini.



Nota:

Hotel yang dicadangkan adalah Hotel Benito atau Hotel Imperial di Tsim Shai Tsui. Walaupun sempit, kedua-duanya dekat MRT.

Tarikan lain yang tak pergi
1. Ocean Park -  http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/highlight-attractions/top-10/ocean-park-hong-kong.jsp
2. Ladies Market - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/highlight-attractions/top-10/ladies-market.jsp
3. Convention Centre(Golden Bauhinia Square) - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/highlight-attractions/top-10/hong-kong-convention-and-exhibition-centre.jsp
4. Tsim Sha Shui Promenade - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/highlight-attractions/top-10/tsim-sha-tsui-promenade.jsp
5. Tokong Sik Sik Wong Tai Sin bagi yang beragama Buddha - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/highlight-attractions/top-10/sik-sik-yuen-wong-tai-sin-temple.jsp
6. Menara Jam - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/highlight-attractions/top-10/clock-tower.jsp
7. Ngong Ping 360 - Kereta Kabel http://www.travelchinaguide.com/attraction/hongkong/ngong-ping360.htm
8.  Victoria Harbour - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/tours-walks/guided-tours/victoria-harbour/index.jsp
9. Repulse Bay - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/great-outdoors/beaches/repulse-bay-beach.jsp
10. Sky100 - http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/highlight-attractions/harbour-view/sky100.jsp

T

Senarai restoran halal
http://www.islam.org.hk/eng/E-islamfoodstore.asp
http://mudabahaya.wordpress.com/2014/02/07/makanan-halal-di-hong-kong/

0 comments:

Post a Comment