Jalan-jalan ke Pulau Langkawi

Salam, 

Pengalaman yang berbeza tapi kelam kabut masih ada

Rabu 10 Disember 2014

5.30 petang 
Sampai di rumah. Barang sudah siap masuk dalam bonet kereta tanpa di suruh. Excited nak gi holiday katenya. 

5.55 petang
Semua bersiap masuk kereta. Terlebih excited lagi. Tapi minyak kereta kosong.

6.00 petang 
Singgah stesyen Petronas. Pam no 1 slow nye pam. Kenapa terpilih pam yang slow nya.

6.15 petang
Setelah 15 minit pekerja 2 kali restart pam no 1 baru la laju.

6.45 petang 
Lalu Jalan Kuching dan menyesal. Kereta banyak sangat. 

6.50 petang
Baru perasan surat beranak 3 orang anak tak bawak. Peluang tipis naik kapal terbang.


7.05 malam

Tiba di Putrajaya Sentral dan keluarkan beg termasuk stroller untuk parking kereta. Cari tempat berbumbung tak jumpe. Parking berbayar tanpa bumbung tapi jem pulak mesin kaunter dia. 2 kali pusing masih tak dapat parking dalam.Ambik keputusan  keluar dari kawasan untuk parking di sebelah parking tanpa bumbung tapi tak yah bayar. Peluang untuk kereta kne pecah ada tapi sebab nak cepat parking je lah, Tiba masa sampai di depan pintu depan dapat tau stroller jahanam pulak. 

7.50 malam
Naik ERL transit mengejar masa untuk tiba di KLIA2. Last call 8.15 malam kalau tak melepas lah.


8.20 malam
Tiba di kaunter tanpa sebarang dokumen. Nasib kaunter Airasia bagi can masuk jugak tapi diarahkan membuat laporan tak bawak dokumen.

8.30 malam
Laporan siap dan menuju ke pintu J6. Nasib dekat je. Eh terlupa letak multi tasking tool yang ade pisau, sudu dan garpu tapi bende dah lama ambik je lah.

9.20 malam
Naik kapal terbang. Selamat dah semua tinggal je tak selamat gi parking kawasan terbuka buat ape.

10.15 malam
Tiba di Langkawi. Naik van teksi dalam RM30 menuju ke Pantai Cenang menginap di Adina Motel.

10.40 malam 
Tiba di Adina Motel. Check in RM672 campur cagaran deposit RM50. Beli nasik dan burger untuk makan malam. Anak-anak dah lapar. Harga bole tahan.


Khamis 11 Disember 2014

6.30 pagi
Subuh

10.00 pagi
Beli sarapan dan survey kawasan

12.00 tengahari
Carik basikal ke airport nak ambik kereta. Basikal RM30 sehari. Motor pun sama. Jadi tak berbaloi. Tahan teksi RM20 je. Tanye driver teksi ape yang menarik dan terbaru di Langkawi. Ada Ro-ro iaitu pengangkutan pengangkutan untuk bawak kereta mule dan Mangrove kata nye.

1.15 tengahari
Ambik Innova. RM420 campur cagaran deposit RM50. Kalau tau tadi baik suruh driver dia hantar terus ke Adina sebab harga pun sama. Cuma cepat dengan lambat je sampai.

2.05 petang
Lepas solat zuhur, makan cendol dan mee rebus kat Pantai Kok iaitu sebelah pantai Cenang. 


3.40 petang
Singgah di Dataran Lang dan bergambar. Singgah juga di zon bebas cukai Kuah di tempat popular macam Haji Ramli untuk beli coklat. Survey ke Billion dan satu lagi kedai popular untuk gantri dan beli stroller baru.



7.10 malam
Balik untuk makan malam sambil dengar berita Malaysia kalahkan Vietnam di Hanoi.



Jumaat 12 Disember 2014


6.30 pagi
Subuh

10.00 pagi
Merancang ke Taman Agriculture, kawasan tanaman buah-buahan



10.25 pagi 
Tiba tapi jumaat tutup. Rancang ke Beras Terbakar pulak.


12.00 tengahari
Sampai nak mula membelek. Akmal tiba-tiba buat hal maka duduk dalam Innova je. Balik order makanan dan lalu airport Mat Cincang tengok kapal terbang.

1.20 tengahari
Balik rumah bersiap.






2.05 petang
Bergerak ke kereta kabel.


3.30 petang
Sampai. Anak-anak main bola besar masuk dalam air, tilam angin yang berpusing-pusing dan pusing-pusing tasik. Tidak naik kereta kabel kerana ramai  orang dan masa menunggu lama.         




6.20 petang
Keluar dan singgah di Kilang coklat..

Sabtu 13 Disember 2014


10.00 pagi
Sarapan roti canai tempat yang popular dan sedap




11.00 pagi
Bergerak ke Taman Agriculture semula.


3.00 petang
Balik ke Adina Motel


6.00 petang
Mandi kolam di Adina Motel yang disediakan

Ahad 14 Disember 2014

6.50 pagi
Subuh

11.00 pagi
Bersiap untuk check out.

12.15 tengahari
Makan tengahari





2.20 petang
Masuk Taman Underwater World

5.30 petang
Tiba di zon bebas cukai lagi untuk beli lagi coklat

8.00 malam 
Makan malam. 


9.40 malam
Check in untuk balik.

10.40 malam
Seperti biasa flight delay

Isnin 15 Disember 2014

12.10 tengah malam
Baru dapat naik kapal terbang

1.15 pagi
Tiba di KLIA2

2.00 pagi 
Naik teksi tiba di Putrajaya Sentral untuk ambik kereta. Alhamdulillah ada. Masa ni ERL dah tutup. Teksi ambik RM63 sahaja,

3.00 pagi 
Sampai di KLIA2 untuk angkut anak isteri dan barang-barang untuk balik rumah.

4.00 pagi 
Sampai rumah. Sekian.  

0 comments:

Post a Comment