Gayat di Gunung Raung


Salam,

Pendakian ke tanah besar Indonesia bermula lagi. Kali ini saya berpeluang mendaki ke Gunung Raung melalui jalur Kalibaru. Seramai 14 orang peserta bakal menakhluk gunung ke-5 tertinggi di Pulau Jawa ini. Pada awal nya saya sepatutnya bersama rakan-rakan ke Pulau Sulawesi untuk mendaki Gunung Latimojong namun mengubah destinasi kerana terpanggil dengan ajakan dari pendaki veteran Abu Bakar Mohammad @ Pakcik Burn lalu mempelawa sekali rakan-rakan yang sama ke gunung ini. 

Seorang lagi rakan hampir menarik diri tapi berjaya dikesan iaitu Cikgu Jamal beberapa hari sebelum xpdc bermula. Beliau tidak dapat dihubungi kerana telepon bimbit nya rosak.

18 Februari 2015

Pukul 12 tengah malam saya bersama Cikgu Jamal tiba di rumah Ramli yang sekali lagi menjadi transit ke KLIA2. Seperti dijangka barang belum disusun dan beberapa peralatan ditambah seperti tali dan membawa platipus lebih kerana gunung ini kurang atau tiada sumber air di setiap kem.

Pukul 4.30 pagi kami menuju ke KLIA2 dan bertemu dengan Pakcik Burn, Apis Celcom serta Doktor Zamri dari Alor Star. Kami kemudian bertemu dengan gogo atau ketua xpdc Faizal Good Speed yang menetap di Johor Bahru. Bersama beliau terdapat beberapa lagi rakan lain akan turut serta seperti Zarif yang belajar di UIA, Izwan , Taufik serta Pak Anjang dan Mak Anjang. Seorang lagi peserta cina iaitu Mr Tan yang berumur 70 tahun turut serta juga. Kami solat subuh di sebelah atas sebelum bertemu Seri di ruang pemeriksaan pertama. Kami memasuki laluan L di pintu 17 untuk ke Surabaya.

Angkat beg masuk van

Kami tiba di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya pukul 9 pagi waktu tempatan iaitu sejam kurang dari di Malaysia. Setelah melalui pemeriksaan kastam kami tiba untuk mengambil beg. Kami terkejut kerana beg tiada. Kebanyakan yang ketiadaan beg tadi mendaftar di kaunter V12 di KLIA2. Kami yang paling ramai tiada beg. Kata pihak berkuasa memaklumkan beg kami akan tiba melalui pesawat seterusnya iaitu pukul 11.15 pagi nanti. Oleh itu kami pun terpaksa mundar mandir menunggu di lapang terbang.

Ini van dangdut, yang satu lagi van raggae 

Pukul 11.45 pagi beg-beg kami tiba juga. Setelah membuat pengesahan, kami diiringi menuju ke van 15 penumpang untuk memindahkan beg-beg kami. Kami ditemani oleh satu lagi van guide diketuai oleh orang tempatan yang merintis laluan ke Gunung Raung dulu sekitar 2007 iaitu Pak Yonhy. 

Kami singgah di kedai untuk membeli barangan keperluan asas seperti air 4-5 botol besar kerana sepanjang laluan nanti tiada air. Kami kemudian bergerak ke toko outdoor Corsina yang terletak di bandar serta kedai outdoor Pak Yonhy. Selepas makan petang di satu kedai Tempe Penyet yang menyajikan makanan yang sedap kami bergerak ke Kalibaru.

Sakitnya tuh di sini Di dalam hatiku
Sakitnya tuh di sini Melihat kau selingkuh
Sakitnya tuh di sini Pas kena hatiku
Sakitnya tuh di sini Kau menduakan aku

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Dangdut mula

Ini lah antara bait-bait lirik lagu dari penyanyi hebat Indonesia Cita Citata selain shake in off - Taylor Swift , Selimut tetangga -  Republik, Kehilangan - Firman. Lagu-lagu ini berkumandang beberapa kali sepanjang perjalanan kami. Selain itu Ayu Ting Ting, Ruth Sahaya.

Untuk keluar dari kesesakan kota atau macet memerlukan beberapa jam melalui lebuhraya. Kami singgah di satu kedai makan yang terletak di laluan jalur Gunung Gumitir. Di sini kami disajikan makanan salai sambil saya menikmati bakso yang ada dijual. Oleh kerana mungkin kepenatan, kepala saya terhantuk lalu mengeluarkan sedikit darah semasa memasuki tandas. Kepala mula terasa pening sedikit.

Tidak jauh dari kedai makan, kami tiba di basecamp Pak Sato. Basecamp ini sudah lama menjadi tapak transit bagi pendaki merehatkan badan sebelum memulakan pendakian. Ruang nya tidak besar tapi cukup untuk kami bergerak. Namun sekali lagi kepala saya terhantuk di tandas bilik air.
  
19 Februari 2015

Pukul 6 pagi, kami bangun untuk solat dan bersiap. Setelah mengemaskan barang-barang motorsikal atau speda bersedia menunggu diluar untuk menghantar kami ke satu lokasi permulaan.  



Seri versus Mak Yam Uteyh



Di basecamp Pak Sato


Perjalanan menaiki speda memerlukan masa sekitar 30 minit. Beg besar diletakkan di depan pemandu supaya memudahkan mereka mengawal speda. Mereka membonceng speda agak laju dengan pergerakan lebih pada menaik. Kelihatan pekerja-pekerja kebun berulang-alik melalui jalan yang sama.
Laluan ke pondok Pak Sonaryo

Kami tiba di Pos 1 di rumah Pak Sonarya yang di temani oleh isterinya. Mereka adalah pemilik kebun kopi yang besar di sekitar ini. Mereka hanya membekalkan kopi asli iaitu kopi yang ditumbuk sendiri bergantung pada permintaaan manakala yang lain dihantar ke luar untuk diproses. Di pondok kecil ini terpampang gambar anak bongsu mereka yang sudah dewasa. Mereka memiliki 5 dari 6 orang yang masih hidup.



Di pondok Pak Sonarya


Beg-beg besar yang akan dipikul oleh porter kami ditimbang menggunakan peralatan digital. Ada yang bersaiz 20 kg, 35 kg dan paling berat 44 kg. Selain Pak Yonhy yang juga membawa beban besar, beg saya serta Ramli bakal dibawa oleh Hanif yang kurus. Beg Faizal pula dibawa oleh rakan pendaki dari Bandung, Ariel Sandro. Di kalangan porter-porter handalan ini terdapat 2 orang warganegara Papua New Guinea. Dengan warna kulit hitam seperti negro di Afrika, Soleman@Pak soley@Ellie Aiboy serta Julian @ Kolo Toure pantas menjadi perhatian kami. Terdapat sepasang lagi teman-teman mereka yang akan menjadi pembantu guide serta ditemani rakan wanita mereka dari Wilayah Manado di utara Sulawesi iaitu Merlis Manado. 

Setelah hampir pukul 12 tengah hari baru lah kami bergerak. Kami perlu bermalam di Kem 3. Pos 1 ke Pos 2 tidak jauh dan terdapat kebun kopi serta pokok pisang di kiri kanan jalur. Kami solat di Kem 2 serta makan tengahari. Dari Pos 2 ke Kem 3 hanya 45 minit sahaja. Agak mengelirukan juga kerana ada sesetengah kem di panggil Pos manakala ditempat lain dipanggil Kem.

Kami tiba di Kem 3 pukul 5 petang dengan hujan rintik-rintik sedikit namun beg-beg besar yang dipikul oleh porter belum tiba. Pada porter yang tiba awal, mereka akan membesarkan tapak khemah kerana kami bukan tidur di fly/ground bukan seperti di Malaysia.

Pukul 6 malam Maghrib sudah menjelma namun beg-beg porter masih belum sampai. Pak Yonhy juga sudah sampai tapi bukan keseluruhan gerabak belakang.Beberapa rakan yang perihati memberi isyarat untuk memberikan bantuan mencari rakan-rakan porter ini.

bersiap pasang khemah

Saya bersama Ariel, Ramli, Zarif serta Pakcik Burn membantu mencari rakan-rakan porter di belakang. . Ada satu beg ditinggal beberapa meter dari Kem 2 lalu dipikul oleh rakan porter lain. Manakala kami menuju ke kem 2 mencari beberapa lagi rakan porter. Setelah menerima sahutan dari Kem 2, kami tiba . Rupanya salah seorang porter sudah cedera di lutut dan mereka baru 5 minit tiba.

Beg yang dipikul kemudian dipecahkan kepada barangan kecil untuk kami bawa ke atas. Kami kemudian tiba semula di Kem 3. Saya bersama Ramli dan Pakcik Burn ditempatkan di khemah yang sama. Setelah makan malam kami tidur.

20 Februari 2015
   
sarapan pagi

balak pindah dari sini
ke sana

Selesai solat subuh, kami di jangka bermalam di Kem 7. Beg-beg porter sekali lagi ditimbang. Pukul 9.30 pagi kami bergerak. Fakor ketinggian dan kesejukan mula terasa. Dari satu kem ke satu kem adalah sekitar 30 minit ke sejam. Hanya Kem 5 sahaja sempit.

bergambar di kem 3

Apabila kami tiba di Kem 6, ramai yang sudah menggigil kesejukan. Di sini tinggi sudah mencecah 2000 meter. Kem 6 agak terbuka dan ada yang sudah tidak tahan sejuk bergerak naik ke Kem 7. Saya dan rakan-rakan yang baru sampai mengambil keputusan menunggu porter-porter yang sangat lambat pergerakannya. Setelah 2 jam baru mereka tiba. Di Kem 6 terdapat tempat solar.

selepas kem 6

Kami tiba di Kem 7 sekitar 4 petang. Di sini kawasan untuk memasang khemah sekali lagi terhad. Doktor Zamri yang sampai awal mula berehat di kawasan lapang di sebelah kanan. Kami yang baru tiba mula memasak air. Oleh kerana tapak ini sesuai untuk memasang fly/ground, Apis Celcom pun mula mengemas barang. Di sini lah tugas Apis memasang fly/ground. Namun beberapa ketika kemudian kami diarah pindah kerana ada khemah perlu naik di sini. Saya terpaksa pindah ke khemah bersama Cikgu Jamal dan Pakcik Burn tapi dengar cerita fly/ground tersebut dikekalkan.        
   
Fly/Ground Apis

21 Februari 2015

Pukul 3.30 pagi kami sudah bersiap untuk bangun. Mak Anjang dilaporkan tidak akan turut serta ke Puncak Sejati. Dia memberitahu Pak Anjang yang terpaksa akur. Kami bergerak pukul 5 pagi menuju ke Kem 8. Sebelum sampai di Kem 8 terdapat satu tempat sesuai untuk kami solat subuh dahulu. Selesai solat kami bergerak ke Kem 9 iaitu kem terakhir.

pasang webbing

Di Kem 9, kami dipasang tali keselamatan. 10 -15 minit dari sini baru lah rupa jalur bertukar kepada lebih berbatu dan bermain di lereng-lereng. Kami terpaksa bergerak dengan perlahan. Ada beberapa kawasan terpaksa kami turun menggunakan tali dan figure 8 dan ada tempat yang sangat curam. Ada juga laluan yang betul-betul dibawahnya gaung dan disini tali keselematan dan perlu fokus pada situasi. Disini lah peranan Carrabiner, Webbing, Jumar untuk lock tali serta alatan lain digunakan. 


Sakitnya tuh di sini ... sakitnya tuh di sini

Apabila melalui jalur yang di kiri kanan nya gaung yang hanya mempunyai seluas sepasang kaki untuk bergerak jalur ini dinamakan Jalur Shiratai Mustakim. Terdapat banyak jalur sebegitu sebalik keluar dari Kem 9.

selepas keluar dari hutan untuk memasuki kawasan berbatu-batu, kami menuju ke puncak Bendera atau puncak Kalibaru di mana terdapat bendera di puncak tersebut. Di sini kelihatan Gunung Argopuro di sebelah kiri dan Semeru dari jauh manakala di kanan sekitar pukul 2 kelihatan puncak Gunung Agong berbentuk piramid di Pulau Bali.



Tugas Yonhy memastikan kami turun dengan selamat

Di sebelah Doktor Zamri adalah Mr Tan. Beliau bekas Akauntan dan menjadi cikgu pada umur 45 tahun. Baru mendaki gunung pertama di Rinjani tahun lepas



Kami perlu turun lalu naik semula menggunakan tali merah pada jalur ini dan akan mengiring semula ke kanan. Terdapat gaung di sini dan sekali lagi beberapa tali merah di perlukan.

laluan berliku 

Beberapa minit bergerak kami tiba di puncak 17 di mana kami harus turun ke bawah. Kami terpaksa menunggu kerana peralatan terhad.

Foto dari zarif(fb ketupat palas sedap) ... sedang mendaki menggunakan jumar

Selesai turun ke kanan baru lah kami naik ke puncak tusuk gigi di kiri dan menuju ke Puncak Sejati. Mudah dinamakan puncak tusuk gigi kerana memang rupabentuk gigi yang tajam kelihatan disitu.

puncak tusuk gigi atas tu

Selepas melepasi tusuk gigi kami melalui terowong sepanjang beberapa meter sahaja. Laluan kemudian ke kanan lalu memusing separuh pusingan ke kiri.  

Selepas memusing, kami bergerak sekitar 150 meter untuk tiba di Puncak Sejati berketinggian sekitar 3332 meter yang lebih tepat lagi berada di wilayah kabupaten Banyuwangi dan Bondowoso. Titik koordinatnya adalah 08° 07′ 30″ LS dan 114° 02′ 30″ BT.




Ariel peneman setia. Gunung Binaiya dah cop nak jadi porter kalau jadi




Di puncak Sejati


Di sini terdapat beberapa lagi kumpulan pendaki yang duduk di Bandung turut berada di sini. Di kawah Raung ni terdapat beberapa letusan kecilan dan bila meletus bunyi nya sangat bergema. Di sini lah rasa nya pertama kali saya dapat melihat lava gunung berapi keluar dari perutnya sambil asap berkepul-kepul. Jangkaan keluar lava ini tidak dapat di pastikan tetapi asap sentiasa ada. Rupa-rupanya gema ini yang kami dengar di Kem 3 lagi.

Kami berada di Puncak Sejati selama 2 jam sebelum turun. Selain bergambar kami sempat makan nasi serta lauk ayam pedas yang di bawa oleh Juli @ Kolo Toure. Nasi yang sedikit sudah memadai untuk kami makan. 

Kalau diawalnya perjalanan naik agak mencabar, kali ini perjalanan turun lebih berhati-hati. Sebaik hilang di pandangan Puncak Sejati, Seri yang didepan saya sudah jatuh tapi bernasib baik Doktor Zamri dan ada seorang guide kami berjalan bersama. Kata Seri dia mendapat hantukan di kepala dan luka di siku.

Kami meneruskan perjalanan lagi ke bawah melalui batu-batu yang tak pasti melekat atau tidak. Disebabkan peralatan terhad, maka ada rakan-rakan yang tidak menunggu lalu jalan berseorangan. Di sini kami dalam melihat rakan-rakan didepan sayup-sayup jauh samada berkumpulan atau bersendirian dan apabila mereka selesai melalui tali mereka akan berehat di satu tempat.

Apabila menunggu giliran untuk mendaki di puncak 17, Pak Yonhy mengarahkan Pak Soley mengambil air di bawah puncak tusuk gigi. Katanya air mengalir tapi perlahan.

Sedang saya selesai mendaki puncak 17 dan masih berada di jalur mustaqim, terdengar tiupan wisel Pak Soley di kejauhan. Rasanya ada kecemasan biasa. Di depan saya ada Aril. Hampir seminit wisel berbunyi kami tidak mengendahkan apa-apa. Tiba-tiba dikejauhan sana Mr Tan sudah tersangkut di tebing dengan kaki sebelah lepas ke gaung kiri dari pijakannya. Beliau sudah tersalah laluan dan tidak memandang tali merah yang diikat bersama tali hitam. Ditebing tersebut terdapat beberapa jalur yang sama cuba perlu naik setapak lagi melalui tali yang disediakan tersebut. 

Maka salah seorang porter kami pantas bergerak ke tempat Mr Tan untuk membantu nya naik ke atas. Pada pandangan kami Mr Tan mungkin jalan menunduk ke bawah tanpa melihat tali tersebut dan dia berseorangan ketika itu. Agak merbahaya situasi demikian namun lebih merbahaya kalau berada di gaung sebelah kanan.

Kami akhirnya keluar dari jalur berbatu dan masuk semula ke laluan hutan. Sebelum hari bertambah gelap, kami solat di kem 9 dan ada yang solat di kem 8. Kami selamat tiba 30 minit sebelum gelap. 

Malam ni saya tidur lagi di khemah sama bersama Pakcik Burn dan Cikgu Jamal.  

22 Februari 2015







Pemandangan dari kem 7


Bangun pagi-pagi melihat pemandangan gunung-gunung memang mengasyikkan. Ada gunung yang sudah naik ada yang menanti masa untuk naik dan disebelah belakang ada Pulau Bali. Ada beberapa rakan sudah turun dahulu manakala kami masih makan dan minum kopi. Walaupun untuk sampai ke kem 7 ini selama 2 hari tapi kami jangkakan 5 jam sahaja turun.

Laluan Orkid

Selepas bergambar berlatarbelakangkan gunung-gunung, kami turun pukul 10.15 pagi. Pada awalnya kami berehat di setiap kem namun hujan datang lagi. Dipendekkan cerita kami tiba di pondok Pak sonarya pukul 3.15 petang sahaja.

Setelah membeli beberapa stok kopi dan madu, saya turun menaiki speda ke Basecamp Pak Sato. Perjalanan menurun tanpa memasang enjin bergerak dengan pantas. Saya jatuh di satu laluan tanah untuk menaiki laluan batu.

Kami tiba di basecamp. Kami kemudian di jemput makan dan mandi di sungai berhampiran. Ketika bersiap, dengar cerita Pakcik Burn kehilangan passpotnya. Beg terakhir tiba akhirnya passpot dijumpai selepas beberapa jam disyaki hilang. Begitu juga Doktor Zamri tercicir kamera tapi dijumpai juga.

Pukul 11 malam kami bergerak ke Lapangan Terbang Juanda.

23 Februari 2015

Teganya hatimu
Permainkan cintaku
Sadisnya caramu
Mengkhianati aku
Sakitnya hatiku
Hancurnya jiwaku
Di depan mataku
Kau sedang bercumbu

Ini lah antara lirik lagu yang diulang-ulang dalam van,

Kami tidur di dalam van. Selepas keluar dari kawasan perumahan di jalan Gunung Gumitir, van berhenti makan. Kami memesan untuk makan ikan gulama sama sekali mengingatkan kami ketika mendaki di Makassar setahun lepas.

Sekitar pukul 8 pagi kami tiba. Selepas check-in, kami sarapan dan menghantar semula merekayang pulang awal. Kami kemudian ke kompleks membeli belah untuk menghabiskan masa sebelum singgah semula ke lapangan terbang. 

Segala nya siap untuk terbang pulang ke KLIA2. Kami tiba pukul 7.30 malam. Saya bersama Cikgu Jamal singgah ke rumah Ramli untuk mengambil kereta yang diletakkan di rumah Ramli. Namun kereta tak bole hidup pula. Setelah diperiksa, bateri yang rosak, Ramli kemudian memanggil pomen untuk memeriksa dan menukar bateri. Di sini 2 jam kami sangkut dan akhirnya kami dapat juga bergerak.

Sekian sahaja xpdc saya kali ni. Jumpa lagi di xpdc lain. wsalam.

0 comments:

Post a Comment