Salam,
Di petik dari kata-kata arwah Zaidi Bidin.
"Teringat Gunung Apad Runan
Teringat-ingat kelmarin setelah dua malam hiking tanpa henti, terburu-buru menuju Pa Dalih, mengejar 4WD takut terlepas kapal terbang di Bario.
Teringat-ingat kepuasan melihat batu sempadan Malaysia-Indonesia setelah berjam-jam berjalan di dalam hutan dara dengan bantuan tiga rakan yang tidak henti-henti menebas denai berpandukan arah GPS. Kepada penebas gagah deeno, ayin dan aad - jasamu kami kenang
Teringat-ingat kepenatan melampau ketika berhenti menikmati maggi dan teh tongkat ali yang disediakan Azmin, Ramli dan Amir pada jam 1 pagi ketika semua peserta sudah terlalu mengantuk dan cuaca begitu sejuk. Teringat-ingat guide dan porter yang sukarela untuk terus tidur di situ manakala kami mula bergerak jam 2 pagi menuju pondok di air terjun Paadit.
Teringat-ingat perjalan di dalam kegelapan hutan bertemankan 'headlights' dan apabila ada seruan 'take five' semuanya tidur, malah ada yang sampai berdengkur walau cuma seketika aja.
Teringat-ingat solat dengan air yang sedikit di atas tanah atau hamparan batu yang tidak begitu rata. Ya Allah kepadamu kami mohon pertolongan.
Teringat-ingat perjalanan ke air terjun Paadit yang bermula dari kawasan puncak dalam kegelapan malam dan tiba ketika matahari sudah tergelincir. Teringat betapa kami tergesa-gesa membersih diri, menyiapkan makanan dan cuba berehat sambil menanti pendaki lain tiba. Setelah lebih 36 jam hiking, kami meneruskan lagi hiking jam 6 petangi menuju Pa Dalih ketika matahari sudah tenggelam.
Teringat-ingat perjalanan malam kedua tanpa tidur yang jauhnya hanya Tuhan yang tahu, betapa kami saling bantu membantu, memberi sokongan supaya hati yang runsing menjadi tenang. Erti seorang pendaki terbukti, jati diri jadi saksi kepada persahabatan yang merentasi sempadan apabila cabaran menjulang.
Teringat-ingat Uncle Appa dan Uncle Burn yang tersasar jalur. Semoga menjadi pedoman di lain kali.
Teringat-ingat guide yang membawa senapang memanggil kijang dengan daun namun angin yang berubah, menyebabkan bau manusia dikesan dan kijang lari dalam kegelapan pagi. Teringat-ingat apabila berjalan di belakang guide dan porter, tiba-tiba kami berhenti dan semua lampu headlights dimatikan, senapang dibidik dan kijang jantan rebah di antara pohon. Teringat-ingat kami berlari dan Ayin menyembelihnya dengan nama Allah dan kijang dilapah dan disiang sebagai hadiah untuk pendaki.
Teringat-ingat apabila sekali lagi senapang diangkat dan lampu dipadamkan, pelanduk pula menjadi mangsa.
Teringat-ingat betapa penat diri ini, betapa kami mengidamkan tidur biar seketika, merentas sungai dengan air yang dingin, merentasi jambatan gantung yang bergoyang-goyang. Teringat Sri dan aku yang berjalan melelong akibat terlelap sambil bergerak, Yin dan Uncle Burn bersama Sri yang menghampar fly di airport lama walaupun destinasi sudah terlalu dekat akibat penangan tidak cukup tidur yang terlalu hebat. Teringat-ingat Ms Tan yang kakinya melecet dan darah mengalir digigit pacat, dengan hati yang cekal dan keyakinan diri yang tinggi, berjaya juga sampai ke akhir destinasi dengan dalam masa yang ditetapkan. Kepada Ms Tan, 'we salute you'
Teringat-ingat berhimpit-himpit di dalam 4WD menuju Bario bersama Abg Dafi, Uncle Burn dan Ayin menuju Bario mengejar pesawat ke Miri.
Teringat-ingat budi Ketua Kampung Pa Dalih, Anderias dan isteri, Cikgu Fauzi dan isteri yang sabar menanti kami, menyiapkan juadah nasi goreng, ikan sungai masak asam, bunga dan embut kantan, kari nanas, pengat labu dengan teh dan kopi panas. Kami menjamu bagai menikmati makanan dari syurga. Kami semua mahu tinggal lebih lama namun masa tidak mengizinkan. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.
Apad Runan oh Apad Runan. Kami berjalan di dua negara di atas banjaranmu. Pengalaman yang hebat, pendakian yang terbaik."
Thnks abg zaidi!!
Abg Murdafi bersama arwah Zaidi Bidin
heppi lagi
suka melayan
pening dah ni
makan dulu
di pa'dalih
kesah ayam yang ganas
tewas lagi
petang-petang jalan-jalan sekitar
warm-up
mula bergerak
porter rehat
salah satu dari 2 titi
mula keluar dan lalu kawasan sawah
berehat di pondok sambil menjamu buah duku
seronok sebelum kena
cross sungai
melepas trek balak
berehat lagi tunggu orang belakang
air terjun pa diit tempat bermalam kami
masak beramai-ramai
di kawasan air terjun
perjalanan bermula pukul 9 pagi tanpa berhenti bermula
kata mereka cat biru ini adalah puncaknya. Kami meneruskan perjalanan berdasarkan gps. Pak cik burn dan Uncle Appa sudah tersesat.
sampai di puncak ... cuma ada batu sempadan je. Sempadan antara Malaysia dan Indonesia
acara sembelih kijang
sampai macam tu sekali rehat nya
mmg terbabas tidur la
tak sedar tau-tau dah sampai
Puncak nya ada satu batu sempadan dengan numbor DS 036
ReplyDelete