Gunung Ulu Kinjor di Bidor, Perak

Salam,

Pada 15-17 may 2015 yang lepas saya naik gunung Ulu Kinjor di Bidor under Siti Hidayah atau Ana .

naik lori 

Kami naik lori sehingga ke kawasan korek pasir. Perjalanan bermula pukul 9.45 pagi sehingga ke anak sungai terakhir sekitar 45 minit.  Walaupun menaik tapi trekking kami berjalan dengan lancar sehingga ada yang kena tebuan tanah. Kami berhenti makan di puncak batu sekitar pukul 1.30 tengahari.

di kemsite
pacak sikit-sikit

Sebelum sampai di last water point kami mengambil air dan hujan turun lebat serta merta. Kami sepakat tidur di puncak kerana menurut Mali selaku guide ada tempat lapang. Pendakian ke puncak berakhir pukul 4.30 petang dengan hujan sudah hampir reda. Gunung Ulu Kinjor ini ketinggian sekitar 1232 meter. Perjalanan lebih kurang macam Gunung Rajah. Ada naik rata turun sikit naik rata turun sikit dan untuk menyampai ke puncak nya di bagi 45 darjah selama 45 minit. 


Cuma perjalanan nya 5 jam sahaja. Di puncak adalah tertutup dan kelihatan pekan Bidor di kejauhan sana. Guruh 2 kali berdentum berhampiran kami.



sekitar di puncak Ulu Kinjor

Sepatut kami naik ke puncak anak Kinjor tapi kami merasakan bukan keperluan untuk ke sana kerana En. Tan yang bersama kami telah pergi ke sana dan mendapati sama sahaja seperti di puncak ini.

Sekitar pukul 11 pagi kami bersiap untuk turun. Sebaik turun hujan pun bermula. Perjalanan kami turun ke laluan lain di mana tahap kesusahan naik sehingga level A kerana hujan dan trek licin. Pole atau tongkat saya patah dan sebaik patah saya jatuh 4 kali berturut-turut. Perjalanan turun ini ada yang tersasar tapi berjalan selamat kembali ke laluan asal. 

Kami yang di belakang solat di anak sungai terakhir dan berjalan tiba di kawasan korek pasir pukul 5.30 petang. Kami terpaksa berjalan lagi kerana ada palang keselamatan di bawah tapi tidak jauh.

Sekitar pukul 7.30 malam kami sudah bersiap dan makan di sebelah tol Bidor. Selesai makan kami solat di sebelah tol dan pulang ke rumah masing-masing. Sekian.

0 comments:

Post a Comment