Gunung Rambong dan Ulu Jernih di Selama Perak


Salam,

Pada 11 sehingga 14 June yang lalu saya singgah di Selama, Perak untuk mendaki 2 gunung iaitu Gunung Rambong dan Ulu Jernih.

Gunung Rambong

Seramai 7 dari Kuala Lumpur iaitu Ramli selaku ketua trip, saya, Gikgu Ros dan Azie satu kereta manakala abang Othman, Faizul dan Amra di satu kereta lain. Nik Jazrikel dari Bruas serta Ferhad/Nizar dari Pulau Pinang pun turut serta. Kami menaiki lori selama 45 minit melalui jalan lama ke Grik. Terasa bahagia naik lori yang cuma 9 orang sahaja. 

Apabila kali tiba di starting point kebetulan kami disapa oleh orang yang menjaga kawasan hutan. Setelah selesai bersama mereka, kami bergerak naik menggunakan 2 GPS dimana Mali selaku guide untuk 2 gunung ini tidak dapat menjadi guide kerana ada urusan. 

Kami bergerak diketuai oleh Ferhad yang menebas di depan. Perjalanan agak kasar dan beberapa kali tersasar sehingga bertembung dengan dinding. Seperti kata Mali jalur Gunung Rambong menaki sahaja tapi tidak tegak. Ada masa kami turun dan mendapati laluan salah. Kami nampak ada laluan ke atas dan kami lalu. Alhamdullillah kami jumpa trek sebenar tidak jauh dari laluan tersasar tadi. Kami tiba di puncak sekitar pukul 1.10 tengahari selama perjalanan 3 jam lebih pada ketinggian 1173 meter. Selesai bergambar kami turun ke jalan raya pukul 4.40 petang.

Kami tiba semula ke masjid untuk mandi, solat maghrib serta makan.

bermalam di Masjid Arrashidiah 

lapor diri di balai selama 
pasar tani hari jumaat sahaja 
berhenti di papan tanda ini

taklimat sikit sebelum mula 
starting point Gunung Rambong  


pacat penuh di kaki Ferhad/Nizar 

gambar beramai-ramai di puncak Rambong

Gunung Ulu Jernih - hari berikutnya

Seramai 27 orang untuk trip kali ini diketuai oleh Ana. Ada yang dari Seremban, Kuantan dan ada yang baru pulang outstation dari Perth Australia. Kami menaiki lori yang sama melalui jalan yang sama tetapi kali ini isi lori sangat padat. Perjalanan kami berhenti tidak jauh dari starting point Gunung Rambong tapi laluan permulaan dari arah bertentangan.

Laluan permulaan adalah melalui satu kawasan lapang. Jarang gunung ini bermula dengan menurun diawal perjalanan. Perjalanan ke kemsite dan ke kaki gunung adalah sangat jauh dimana masih banyak resam perlu di lalui. Kami makan tengah hari di air terjun. Selepas solat kami bergerak ke kemsite dan tiba lebih kurang 3 jam dari air terjun. 10 minit sebelum sampai, ada rakan kami hampir terkena sengat lebah. Laluan tersebut ditutup dan kami lalu di sebelah. 

Tiba di kemsite kami pasang kemah dan makan malam. Selepas sessi ice breaking, kami tidur. Esok pagi hujan pukul 5. Agenda kami sedikit tergendala namun kami bermula daypack pukul 8.10 pagi. 

Kami tiba di puncak pukul 11.10 pagi pada ketinggi 1577 meter. Menggunakan air 2.5 liter yang dipikul dari kemsite, kami masak air 2 pusingan sebelum bergambar dan turun.

Saya biasanya orang terakhir turun sampai ke starting point. Sebaik sampai pukul 5.50 ptg lori pun tiba.   

Selepas makan beramai-ramai di kedai yang sama beberapa hari lepas, kami bergerak ke haluan masing-masing. Saya tiba di rumah pukul 2 pagi. Sekian

27 orang bersiap naik lori yang sama 
berhenti di simpang ke kanan untuk starting point Gunung Ulu Jernih di kiri berhampiran Gunung Rambong

begitu banyak bunga  ini di sepanjang trek 
air terjun untuk makan tengahari

berehat dulu sebelum jalan lagi 
pasang fly di kemsite 
esok nya bergerak di puncak ... habis semua air dan perencah ... memang puas hati
bergambar beramai-ramai di puncak Gunung Ulu Jernih.

Sebahagian gambar adalah dari kamera abang Othman

0 comments:

Post a Comment