Gunung Besar dan Pukin di Pekan Labis, Johor


Salam,

(Gambar dari Kamera Abang Othman dan diambil dari Watsapp group)

Selepas Syawal hampir melabuhkan tirainya , OGKL mengaktifkan pendakian ke Gunung Besar dan Pukin di Labis Johor. Setelah tertangguh beberapa kali baru kali ini menjadi itu pun jika guide iaitu Zulkifli atau Poncho sempat keluar dari hutan. Beliau mencipta sejarah di mana berjaya melengkapkan 18 hari berada di dalam hutan untuk melaksanakan ekspedisi V3 yang merentas 6 dari 7 gunung tertinggi di Semenanjung.

Ekspedisi bermula pada 14 sehingga 16 Ogos 2015, kami bergerak dari LRT Gombak dan dari Johor Bahru sebanyak 8 buah kereta dan 38 orang peserta.

Kami berhenti di R&R Air Keroh untuk berehat. Selepas bergerak dan berhenti di stesyen minyak di sebelah, berlaku insiden yang mengganggu keheningan pagi. Namun kami berlalu begitu sahaja untuk mengelak lebih banyak insiden dan menganggu itinerari ekspedisi. Perjalanan memasuki Tol Tangkak dan memerlukan sejam untuk tiba di Masjid Labis.

Selepas subuh, kami bersiap. Resyen dan makanan tengahari disediakan. Kami bergerak berkumpulan di ketuai oleh ketua program Sharulizwan. Ekspedisi kali ini dihadiri oleh MT dan AJK paling ramai.

bateri kong pulak

naik lori 

Kami berhenti di rumah ketua kampung dan meletakkan kereta sekitar rumah. Perjalanan sedikit terganggu bila lori yang akan membawa kami tidak berjaya dihidupkan enjin. Tuan lori datang untuk mengecas dari kereta nya.

simpang ke kiri 

Lori tiba di starting point di kawasan tengok badak sumbu sumatera selama 20 minit sebanyak 2 kali.

perjalanan bermula

Selesai taklimat dari Sharulizwan dan Poncho, kami bergerak ke kemsite A-team. Tahun lepas OGKL sudah sampai ke sini mendaki gunung Chabang 3. Jadi saya dapat mengagak berapa lama untuk sampai ke kemsite A-team.


Selesai melalui trek balak, kami ke kanan memasuki resam selama 2 jam. Tiba di sungai sekitar pukul 1 tengahari kami makan dan berendam serta solat zohor.

berehat dan mandi

Pergerakan diteruskan menuju ke kemsite A-team. Kali ini tidak hujan sebaik tiba di kemsite seperti sebelum ini. Setelah siap memasang khemah, hujan turun sedikit. Ada beberapa pendaki yang tidak turut sama kerana kurang sehat.

tengok view chabang 3

Perjalanan menaik kaw-kaw tanpa belas ehsan sebaik bermula dari kemsite A-team memang memenatkan dan terasa. Ada yang sudah tewas lalu turun semula walaupun baru 10 minit bergerak.

bersama geng pendaki2 wanita 


20 minit pertama kami berjuang mendaki 45 ke 70 darjah menaik sehingga menemui jalan rata. Sebelum sampai ke puncak Gunung Besar kami dapat melihat Gunung Chabang 3 di sebelah kanan dengan jelas. Perjalanan ke puncak Gunung Besar memakan masa sekitar 1 ke 1 1/2 jam. Ketinggian Gunung Besar adalah 1035 meter. Selesai bergambar dan waktu sudah pukul 6.45 petang kami menuju ke Gunung di sebelahnya iaitu Gunung Pukin. Perjalanan menurun selama 30 minit, kami berhenti seketika, Ketinggian sekitar 850 meter trek berjalan sedikit turun naik selama sejam. Kami tidak sedar tiba-tiba sudah tiba di puncak Gunung Pukin yang berketinggian 967 meter.

puncak Gunung Besar 

Sebaik tiba kami masak air dan syukur seramai 28 pendaki tiba dengan selamat tanpa kecederaan.

Perjalanan turun menuju ke kemsite A-team bermula sekitar 9.10 malam. Kami naik semula ke Gunung Besar kerana tiada laluan lain. Seperti yang sudah tahu untuk sampai ke kemsite A-team, kami perlu turun mencuram dan perlu berhati-hati. Di sini kami kumpulan dari belakang berhenti beberapa kali akibat pergerakan yang perlahan ini.

rehat dulu sambil masak air 
puncak Gunung Pukin

Kami tiba semula sekitar pukul 1 pagi dan makan malam sudah disediakan oleh Djan Rock dan mereka yang tidak naik tadi.

Saya tak sempat makan cuma mandi sahaja kerana kepenatan.

kemsite A-team
bersama guide poncho


Esok nya kami turun pukul 11 pagi kerana ada jemputan di rumah salah seorang peserta Ikmal atau Dugong yang tinggal berhampiran Masjid Labis. Sepatutnya kami ke air terjun Taka Melur tapi kesuntukan masa. Sebagai orang terakhir , saya tiba di starting point tepat pukul 3 petang dan lori sudah bersiap untuk jalan.


Kami tiba di Masjid untuk bersiap sambil menggoreng ikan yang ditangkap di sungai. Selepas taklimat dari Sharulizwan kami ke rumah Ikmal untuk jamuan ringan.

taklimat ringkas lagi dari ketua program Sharulizwan




Di rumah Ikmal sessi takruf serta komen dan cadangan bermula. Kami bergerak keluar Labis pukul 7 petang.


sessi takruf sebelum balik ke haluan masing-masing
bergambar dengan tuan rumah

Ada yang terlepas ke Tol Pagoh akibat salah jalan dan ada yang keluar sehingga tol Simpang Ampat. Saya tiba di rumah pukul 2.30 pagi. Sekian ekspedisi kali ni. Ekspedisi ini adalah untuk latihan menghadapi 2 gunung tertinggi di 2 negara dan minggu depan saya akan ke Gunung Bujuk pula.

Wsalam
  
 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment