Gunung Bujok di Sg Siput, Perak

Salam,

(Gambar dari Kamera Abang Othman dan diambil dari Watsapp group)

Selepas melangkah ke Johor minggu lepas, latihan diteruskan dengan pendakian ke Gunung Bujok yang tidak berapa terkenal pada 21 sehingga 24 Ogos 2015. Beberapa bulan sudah perancangan yang sudah diwar-warkan oleh Siti Nurhidayah atau Ana namun beberapa orang menarik diri atas sebab kerja dan komitmen lain. Makan kami tinggal 9 orang sahaja. 

Masjid Felda Lasah

Pada awalnya 2 kereta sahaja menuju ke Sungai Siput dan kami berehat di Masjid Felda Lasah. Selepas solat subuh dan sarapan pagi, guide Mali dah Lim yang biasa bersama mendaki pun tiba. 



Beg bersedia untuk di muatkan

Selepas bersiap kami menuju ke Kampung Bawong yang terletak tambah lagi 15 kilometer di jalan yang sama. Kami bersiap di Masjid Bawong dan bergerak menaiki 4 by 4 pukul 9.15 pagi.

aktiviti membalak berleluasa 

Perjalanan melalui jalan yang sama mendaki Gunung Yong Yap iaitu ke Kuala Mu. Perjalanan melalui kawasan pembalakan yang giat melakukan aktiviti. Sejam mengharungi perjalanan kami tiba di Kampung Yum iaitu kampung orang asli yang majoritinya Islam.


pintu masuk kampung yum

Setelah selesai senaman ringkas, doa selamat serta taklimat, kami pun bergerak pukul 10.50 pagi pada ketinggian 515 meter. Laluan bergerak ke arah pukul 10 dari 4 by 4 berhenti di sebelah pencawang dan 20 meter kemudian membelok ke kiri, Trek menegak dan lurus setinggi 45 darjah setinggi 100 meter sebelum tiba di trek yang sebenar. Kami berehat sebaik tiba di laluan rata dan bertemu orang-orang asli yang bekerja di kebun-kebun berdekatan. Di sini dapat di lihat puncak Yong Yap atau orang asli panggil Yong Yep pukul 2 dari arah kami naik tadi.

berehat jap

puncak gunung yong yap

Setelah berehat 10 minit, kami bergerak. Perjalanan menaik dan menurun sedikit disekitar lereng-lereng. 15 minit selepas bermain di lereng, kami masuk ke kaki trek balak. Perjalanan melalui 4 kali melintas sungai kecil melalui batang-batang kayu. Selepas 1 jam 45 minit, kami berehat. 

Terdapat banyak lebah-lebah berkeliaran di sini dan Mali memasang api untuk mengurangkan lebah. Kami makan tengahari sambil menunggu rakan di belakang tiba. 

Selepas makan, kami bergerak lagi. Saya yang di belakang berhenti berehat kerana yang di depan sudah jauh. Sedang berehat selama setengah jam, kami bergerak tidak lama sebelum tiba di pondok kecil yang terdapat di laluan. Selesai pondok kecil, ada pondok besar didepannya dan disitulah tempat bermalam kami tanpa membuka fly. Ketinggian pada ketika ini sekitar 800 meter.

pondok kecil
pondok kami berehat
masak ketuk-ketuk ubi dan kopi 
dalam pondok ada kemah

Selepas Ramli memasak ketuk-ketuk ubi nya serta memasak air, kami turun mandi di sungai yang terletak di sebelah. Sungai tersebut paras pinggang dan arus deras nya sangat kuat. Amat berpuas hati untuk mandi di sini kerana kami akan bergerak ke puncak esok dan kami tiba seawal 2.50 petang tadi.

air sungai terbaik dari ladang



Puas mandi kami rehat untuk menunggu malam tiba. 

Esok nya kami bangun solat dan subuh seawal pukul 7.20 pagi kami bergerak dengan melintas sungai tersebut. Di awalnya menaik tidak lama sehingga rata. Kemudian jalur membawa ke kiri dan bertemu anak sungai yang sama sekitar 20 minit. Perjalanan seteruskan melalui buloh-buloh tumbang dengan jalan yang mengelirukan selama 3 jam. 

rehat kat last water point

Kami berhenti beberapa kali dan yang terakhir di last water point berjarak 5 minit di ketinggian 1200 meter. Kami masak air dan makan makanan yang di bawa.




puncak gunung bujok

Selepas berehat 30 minit, kami bergerak lagi menuju ke puncak. Ada banyak puncak tipu di sini. Sehingga ketinggian mencerah 1530 meter, kami bermain turun naik semula sehingga tiba di puncak Gunung Bujok pada ketinggian 1548 meter pada pukul 1 tengahari. Ana dan Zizi yang menjadi sweeper tidak dapat mengagak laluan kerana banyak laluan yang tidak bertanda namun syukur mereka tiba 20 minit kemudian.

banyak buloh kena tempoh 

Selepas makan dan bergambar kami bergerak turun. Seperti biasa selepas bergambar, Abang Othman bergerak turun dan di belakang saya dan Ramli. Terdapat simpang besar di kiri dan kanan dan kami turun ke kiri. Setelah gagal menjumpai jalan, kami berundur dan terlihat satu lagi jalan. Kami lalu jalan tersebut dan turun semula. Masing-masing perasan yang ini bukan jalan yang sama masa naik namun masih meneruskan perjalanan. Perjalanan menurun tidak sama seperti menaik tapi kami masih meneruskan perjalanan sehingga ke ketinggian 1350 meter. Sehingga satu masa tiada lagi jalan yang boleh ditempoh kami mengambil keputusan naik berundur semula.  

ni lah jalur yang salah kami lalu

Kami naik semula ke simpang tersebut. Jalan ke kanan pula kata Ramli kami sudah lalu. Masing-masing kepeningan dan berhenti untuk berehat setelah penat naik semula. Setelah berfikir kedua-dua simpang tidak membawa ke mana, kami berpatah balik naik lagi sehingga ke puncak. Namun tiba-tiba terdapat laluan lain di sebelah kanan kami, Sebenarnya kami sudah tersasat seawal 5 minit turun tadi.

Setelah di amati akan laluan yang ke kanan tadi, baru lah disahkan ini jalan yang sepatutnya.

Kami berjalan sehingga ke last water point sehingga berjumpa dengan Ana dan Mali yang sudah bergerak dan berpatah balik sebaik mendapat tahu kami sesat. 

Sesat kali ini kami tidak panik sebaliknya mengatur langkah ke belakang semula sehingga terjumpa laluan sebenar.

Kami kemudian bergerak ke pondok dan tiba di air sungai pukul 6.50 petang untuk solat.

Setelah tiba di pondok setengah jam kemudian sambil makan malam berlaukkan nasi serta kari ikan yang sedap, kami bersiap untuk ke Kampung Yum menunggu 4 by 4. Mali menelepon pemandu yang memberitahu hujan lebat di Sungai Siput sejak pukul 2 petang.

Masing-masing yang sudah siap tinggal untuk bergerak sahaja namun mendapat berita terpaksa akur yang kami akan bermalam lagi. 4 by 4 yang membawa kami masuk tidak dalam masuk semula ke Kampung Yum. Mali yang membawa telepon satelit memang kena pada tempat nya kerana di pondok ini bar talian kosong. Kami memberitahu keluarga masing-masing yang kami tidak sempat keluar malam ini.

Makanan trip sudah habis dan masing-masing ada menyimpan makanan simpanan sahaja seperti meggi, biskut serta 3 in 1. Malam tersebut hujan sedikit.

Esok nya kami bergerak keluar pukul 9.20 pagi. Kami tiba di Kampung Yum pukul 11.30 pagi. Pemandu 4 by 4 memberitahu sebenarnya jika dilihat hujan hanya di Sungai Siput sahaja.

tongkat ali besar nya
aktiviti memecah tanah

Selepas siap kami bergerak keluar. Kami singgah di lain rumah-rumah orang asli untuk meninjau pembangunan mereka. Di Kampung Keep, terdapat seorang pakar perubatan tradisional yang bernama Rahman. Beliau menunjukkan beberapa keratan akar besar tongkat ali. Ada yang membeli tongkat ali serta petai.


Kami bergerak dan menuju ke Masjid Kampung Bawong sewaktu zohor. Selesai bersiap kami keluar. Tiada kedai buka waktu ini dan kami pun makan di KFC berhampiran di Sungai Siput. Selepas makan, kami bergerak menuju ke haluan masing-masing. Saya tiba di rumah sekitar pukul 7.20 malam. Sekian perjalanan trip saya, Seterusnya saya akan berangkat ke Jepun untuk menyertai rakan-rakan OGKL mendaki Gunung Fuji tidak lama lagi. 

Sekian.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

3 comments:

  1. assalamualaikum... tuan... minta share gpx log gunung bujok

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. tuan minta share gpx log gunung
    bujok lasahironworkz@gmail.com

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. tuan minta share gpx log gunung
    bujok lasahironworkz@gmail.com

    ReplyDelete