Sinaran pagi di Fujisan

Salam,

Setelah lama menanti untuk ke negara matahari terbit, akhirnya kesempatan itu datang juga. Bersama kumpulan Orang Gunung Kuala Lumpur atau OGKL, kami meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang menuju ke Lapangan terbang Haneeda. 

Antara peserta-peserta dan AJK kali ini terdiri dari tuan penasihat dan isteri, Apip dan Erin, tuan Presiden Shukri atau Abemu dan isteri serta anak tapi tak mendaki, ketua program Zahid serta isteri Ayong, Dr. Zamri dan isteri Dr. Arfah, Apis Celcom, Tok Gajah, Kak Nora, Yusof dari Lumut, Roslee, Fuad, Syazwan, Pak Teh, Fatih atau Futhu, Siti Hajar, Lini , Khairul dan Fakrul Anuar, bekas tuan naib presiden OGKL.

Sejak awal bulan Ogos, ramai kenalan silih berganti mendaki Gunung Fuji. Apabila balik ke Malaysia, mereka menceritakan pengalaman mereka. Ini memudahkan kami untuk berjalan dan melakukan persiapan awal.

Saya tiba di KLIA2 sekitar pukul 1.10 tengahari. Bersama Tok Gajah, saya menempah satu lagi seat

check duit berapa bawak

Kami berlepas sekitar jam 2.40 petang.

duduk kat sayap

Kami tiba di Lapangan terbang Haneeda pukul 11 malam waktu tempatan iaitu sejam awal dari Malaysia. Kami berehat di sebelah surau sambil ada yang melayan Expresso iaitu kopi pekat di sana.

makan dulu

Hari Ke 2

video pertama
minum-minum dulu

Kami bersiap seawal 5 pagi. Waktu subuh di sini adalah pukul 3.48 pagi. Pukul 6 pagi kami bergerak keluar untuk menaiki bas ke pekan Kawaguchiko. Perjalanan sekitar 2 jam setengah. Kami tiba di stesyen Kawaguchiko pukul 9.30 pagi.

sampai airport terus bergambar ... gelap pulak
beli line prepaid ni untuk memudahkan hubungan di luar
keluar beramai-ramai ke stesyen bas 
beli tiket dan waktu naik 
tunggu bas

Oleh kerana belum waktu check-in, kami meronda-ronda sekitar.  Sekitar 2 jam baru lah kami mendapat bilik untuk bersiap.

ada roller coaster yang dipanggil highland dalam perjalanan ke Kawaguchiko

Saya bersama rakan-rakan ditempatkan di Ks House Mt Fuji yang terletak agak jauh tetapi belum dapat bilik lagi manakala yang lain berhampiran stesyen. Kami berjalan dari arah jalan menuju ke stesyen bas dan membelok ke kanan sebaik tiba sebelum stesyen minyak Enenos. Apis mempelawa saya makanan yang di bawanya begitu juga masing-masing ada membawa makanan sendiri. Sementara menunggu nasi masak, kami diberi masa sehingga pukul 12.30 tengahari untuk menyusun beg dan membawa mana-mana barang penting sahaja untuk naik ke Gunung Fuji.


di stesyen Kawaguchiko bersama Tok Gajah

Dr Zamri ambil gambar Dr Arfah 
menapak ke Ks House Mt Fuji 
rehat  masak makanan dulu 
orang dapur

Selepas siap dan makan secara ala kadar,  ada yang berehat dan ada yang keluar bergerak ke sekitar pekan Kawaguchiko terutama melihat tasiknya dan ada yang menaiki kereta kabel.

bergambar bersama

Pukul 4 petang kami bergerak menuju ke stesyen semula untuk menaiki bas ke stesyen 5. Bas bergerak pukul 4.55 petang dan tiba 50 minit kemudian.

di Stesyen ke 5 

solat dulu

Waktu sudah mencecah maghrib dan kami solat dulu. Selesai solat dan taklimat dari ketua program Zahid, masing-masing memperkenalkan diri kerana terdapat peserta baru. Jika berpecah katanya tunggu di stesyen 8 untuk berkumpul.

sessi perkenal diri

Perjalanan bermula pukul 7.50 malam. Perjalanan berpasir hitam menuju ke laluan terowong yang dipasang alat suara berkisar tentang Gunung Fuji. Kami yang di depan tiba di satu simpang jalur yang membelok ke kanan dan di situ saya dan Apis mula menjarakkan diri dan bergerak jauh ke depan. Di sini lah bermula jalur zik zak yang terdapat batu-batu kecil seperti gunung berapi di Indonesia dan kadang-kadang jalur ini berbentuk tangga dan kami perlu naik satu per satu. Tangga ini ada yang agak tinggi untuk dipijak dan saya mencari tapak yang paling rata jika ada untuk kurang menggunakan pergerakan lutut.

Apis seronok di awal permulaan 
jauh lagi tuuu

Kami berjalan melalui stesyen-stesyen yang terdapat pondok yang agak besar. Kedudukan stesyen-stesyen sangat rapat dan ada masa beza cuma 10 minit sahaja.

Ada satu stesyen saya dan Apis berhenti untuk minum kopi dan membayar 300 yen secawan sambil menunggu rakan-rakan di belakang. Ada juga kami bertanya dengan pelayan kedai katanya puncak adalah di stesyen 8.5 maka tidak jauh kami rasa. Jadi mungkin kami akan sampai sebaik terang.

Setiap stesyen ada juga dijual makanan tetapi tidak halal. Terdapat juga tandas dan satu petak dibuat khas bagi mereka yang kesejukan di mana bara siap dipasangkan. Tandas perlu di bayar 200  ke 300 yen dan ade stesyen yang tiada orang jaga tapi disediakan kotak khas untuk membayar. Setiap tandas juga ada air.  

baru sampai pintu gerbang pertama

Seterusnya kami berjalan lagi sehingga ke Stesyen 7. Sedang kami bermula selepas rehat 10 minit, kami dihalang oleh laluan jem yang agak panjang. Jika sebelum ini nampak lampu-lampu menandakan kita tidak jauh dari stesyen seterusnya tapi kali ini lampu tersebut nampak di atas pondok.

minum-minum di stesyen 7 dulu

Kami akhirnya mengenakan jaket tebal dan sarung tangan kerana tak tahan sejuk. Sehingga 40 minit menanti baru tiba Dr Zamri dan Dr Arfah serta lain-lain menyusul.

Suasana malam menuju pagi ... sayup-sayup stesyen di sinari bulan mengambang

Hari ke 3

Hari berikutnya perjalanan diteruskan ke stesyen 8. Saya tiba di stesyen tambahan untuk solat subuh pada pukul 3.50 pagi. Terdapat stesyen 8 lama dan baru.

gambar dari kamera Fuad

Kami meneruskan perjalanan yang kurang angin. Saya bersama Kerol dan Fuad berhenti dan masuk ke dalam pondok untuk berehat dan dikenakan cas sehingga 1000 yen seorang.

bertarung dengan AMS dan mengantuk 

Selepas tertidur sejam, saya keluar dan melihat suasana pagi yang cantik dari stesyen 8.

gambar dari kamera Dr Zamri

Ketika rakan-rakan ada yang sudah bergerak dahulu masih ada yang berlegar-legar. Ada juga yang mula kena AMS. Segala ubat-ubatan sudah di beri supaya rakan kami dapat meneruskan perjalanan. Selepas berehat untuk makan dan minum sedikit saya bergerak lagi. Ramai yang sudah berjalan. Apis yang mengantuk tidak bergerak-gerak dari tadi.

lalu zik zak

Saya bergerak perlahan-lahan dengan suhu kembali sejuk. Ketika ini ramai pendaki-pendaki sudah bersusun bergerak ke laluan menaik. Di sini lah terasa tekanan AMS pada ketinggian 3200 meter, suasana sejuk ditambah dengan halangan banyaknya orang mendaki Gunung Fuji ketika ini. Mengikut kata tulisan di papan tanda kami ada 90 minit untuk tiba di puncak. Adakalanya terasa jika duduk pasti tertidur dan berkhayal.

ramai nya orang

Setelah melepasi tiang penanda ditengah-tengah lautan manusia, saya tinggal 2-3 simpang zik zak lagi sebelum sampai ke puncak. Setelah sudah agak lama di depan selepas memotong beberapa rakan tadi, saya tiba di puncak Fuji pukul 7.50 pagi yang berketinggian 3776 meter. Di puncak pun terdapat pondok-pondok yang menjual cenderahati dan tempat rehat.

macam dah nak sampai tapi jauh lagi

Di atas ini kabus agak tebal. Kami tidak dapat bergambar di puncak yang ada batu tanda di satu kawasan tidak jauh dari sini. Setelah semua sampai kami bergambar beramai-ramai di batu tanda yang terletak di depan tangga masa mula-mula sampai tadi. Diberita kan perjalanan turun adalah jalur lain selama 3 jam untuk tiba ke stesyen 5.

dah sampai puncak ... puncak pun ada pondok rehat

belanja gambar kumpulan  
puncak Fuji
rehat jap ... sakit belakang urut-urut badan dulu
video sampai di puncak Fuji

Perjalanan turun merupakan perjalanan menurun memang agak kejam. Tiada menaik langsung dan di ketinggian 3500 meter selepas satu stesyen jalur menjadi zik zak lagi. Sambil melihat setiap satu simpang ada tanda sehinga tanda ke 53. Perjalanan yang sama sehingga ke ketinggan 2450 meter baru ada jalan lurus. Di kiri dan kanan terdapat tanaman setompok berbentuk sayur dan ada masa 3-4 trak mengangkut barang melalui laluan ini. Ada satu penanda mengatakan jalur kami sehingga 17 kilometer jauhnya.

Pak yusof ikut sama sebelum kena tinggal ... tengok jalan di belakang tu sama je sampai bawah

Apabila sampai di jalan lurus terdapat 2-3 terowong menurun di kiri sehingga bertemu dengan jalur menaik dan stesyen 6. Di sini lagi 1.6 kilometer lagi untuk sampai ke stesyen 5. Dari puncak Fuji, saya berjalan dengan Apis dan Fuad. Kemudian bertemu dengan Yusof dan seorang dari Malaysia yang bertemankan rakan dari Hong Kong. Kemudian saya berseorangan sahaja.

kita dah turun tapi makin ramai pulak orang naik ... berkelompok-kelompk pulak tu 

Apabila sampai di Stesyen 6 menuju ke Stesyen 5, kelihatan beberapa kelompok orang baru bermula naik ke Gunung Fuji. Satu demi satu kelompok menjadi semakin membesar bergerak perlahan-lahan. Sepanjang menurun ini hujan rintik-rintik sehingga ke penamat. Akhirnya saya tiba di stesyen 5 setelah 3 jam setengah berjalan tanpa henti.

Setibanya di Stesyen 5, kami berehat di bawah tempat kami berkumpul. Setelah lama menunggu kami semua tiba dengan selamatnya. Sebelum bas tiba kami sempat membeli beberapa barangan outdoor seperti baju dan lain.

Kami kemudian menuju  ke Stesyen Kawaguchiko dan kembali ke Ks House Mt Fuji untuk bermalam. Saya membeli beberapa ketul ikan yang dibungkus serta nasi untuk dipanaskan dalam oven yang merupakan makan malam saya. Sambil berehat kami kemudian cuba merangka perjalanan untuk esok pula.

Hari ke 4

Perjalanan pagi ini bermula dengan bangun pagi solat dan bersiap menaiki basikal yang disewa. Sejam bersamaan 150 yen dan kami sewa untuk 2 jam. Perjalanan bermula dari Ks House Mt Fuji menuju ke stesyen bas, memusing ke kiri menuju ke Tasik Kawaguchiko.

acara berbasikal pulak

Hujan kemudian bermula agak lebat dan kami membeli baju hujan. Di sini terdapat satu lagi Restoran Aladdin di mana ada rakan-rakan yang sudah menjamu selera di restoran dengan nama yang sama tapi di tempat lain.

sebanyak 9 basikal ikut 
berhenti di tasik 
yang tu belalang goreng 
bergambar di tasik 

nak naik kereta kabel tapi tak berbaloi sebab masa tak mengizinkan 

Kami berhenti bergambar dan membeli baju dan cenderahati. Perjalanan diteruskan menuju ke tepi tasik dan ke kereta kabel. Kami bergambar dan meneruskan perjalanan mengelilingi tasik sehingga ke jambatan. Selepas bergambar di jambatan, kami bergegas mencari lokasi Ks House Mt Fuji.

selepas satu pusingan dan di atas jambatan
video meronda di Tasik Kawaguchiko

Selepas tiba, kami bersiap untuk keluar menuju ke stesyen pukul 10.30 pagi. Kami bergambar di stesyen dan menunggu sebelum bas tiba. Bas bergerak pukul 11.20 pagi berhenti di Stesyen Mashima selama hampir 2 jam perjalanan. Kami bertukar pengangkutan dengan menaiki shinkansen atau keretapi laju menuju ke Tokyo. Dari Tokyo kami mencari lokasi untuk ke Asakusa menaiki subway atau keretapi bawah tanah.

di stesyen bas  
sampai di Stesyen Mashima  

penyerahan tiket shinkansen
geng pink
ini pemandu yang kawal kelajuan shinkansen
dah nak sampai Tokyo 
macam bangunan sultan abdul samad je 
dalam subway menuju ke Asakusa melalui beberapa siri pertukaran tren 
mencari Sakura Hostel  
sempat bergambar dengan gadis-gadis berkimono

Beberapa kali kami keluar masuk stesyen dan akhirnya berhenti di daerah Asakusa yang terdapat dalam Tokyo. Kami meneruskan perjalanan melalui tempat-tempat tertutup seperti Petaling Street dan di tepi kuil yang sangat besar.

pada pendapat saya sebenar nya tak susah nak baca peta subway ini berbanding subway di Taiwan

Kami tiba di Sakura Hostel sekitar pukul 4.30 petang untuk berehat dan bermalam.

Perjalanan seterusnya mencari kedai halal. Faizal yang sudah sampai ke sini tahun lepas memberitahu tempat yang boleh dituju. Faizal kemudian membawa kami ke Restoran Ippin yang terletak di jalan Nishiakasuka. Kami makan set nasi bermangkuk serta ayam goreng berharga 790 yen dan tambahan satu pinggan berharga 500 yen dan air dalam 250 yen. Perjalanan seterusnya mungkin ke Akihibara mencari barang letrik.

Setelah selesai makan, kami bergerak menuju ke stesyen. Kami bertemu dengan rakan-rakan lain yang ingin ke Shibuya untuk melihat pemandangan. Kami menaiki subway ibarat dari hujung ke hujung di mana Shibuya terletak di hujung subway yang ditanda berwarna kelabu tebal.

tugu Hachiko
belakang tu simpang Shibuya ... simpang 3 segi yang sangat sibuk dengan orang lalu lalang

Beberapa langkah sebaik keluar dari subway, terdapat patung Hachiko yang terkenal dengan kesetiaan terhadap tuan nya. Kisah Hachiko yang mati pada 8 mac 1935 akibat kanser di jumpai di sini di Shibuya dan banyak tugu serta kisah nama Hachiko ada dalam filem dan cerita animasi.

dari arah lain .... lampu trafic masih merah 

Di sebelahnya terletak simpang jalan yang paling sibuk di dunia. Simpang dari 3 arah ni sangat unik kerana ramai orang lalu lalang sebaik warna merah bertukar ke warna hijau.

selepas bertukar hijau

Di sebelahnya terdapat starbuck untuk kami membeli beberapa cenderahati seperti cawan. Kami kemudian menaiki subway lagi ke Ropongi untuk ke Hard Rock Cafe. Setiba di sana kami membeli lagi beberapa helai baju.

gadis jepun di hard rock cafe

Selepas keluar dari hard Rock Cafe kami ke seberang jalan untuk makan kebab. Oleh kerana kami ramai, pekerja kebab memberi diskaun dari 500 ke 400 yen dan termasuk menghirup sup secara percuma. Kami berterima kasih pada mereka. Sangat sedap sup tersebut.

kebab diskaun

Perjalanan seterusnya ke Tokyo Tower. Kami tiba beberapa minit selepas tutup maka tidak dapat lah kami masuk ke dalam. Sekadar bergambar di luar sahaja.

menuju ke Tokyo Tower tapi tutup

Setelah bergambar di perkarangan Tokyo Tower, kami pun pulang ke Sakura Hostel semula.

video ronda malam di Tokyo

Hari ke 5

penyerahan tiket sehari bole naik sampai mana-mana asalkan tak keluar dari laluan subway

Hari terakhir kami bangun pagi untuk bergerak keluar dan jalan-jalan lagi. Kami siap untuk check-out awal kerana masa check-out adalah pukul 11 pagi dah dijangka tak sempat susun isian di dalam beg nanti. Beg-beg perlu diletakkan di tepi tangga yang terletak di bawah jagaan CCTV.

bergambar di sebelah kuil bersama Tok Gajah
menuju ke laluan cenderahari sebelum sampai ke subway 

Kami berpecah kepada beberapa bahagian di mana ada yang pergi ke Masjid Tokyo ada yang ke Tokyo Bay untuk melihat kereta-kereta model lama sehingga terkini dan kami akan ke Akishibara untuk melihat barangan elektrik. Tapi kami mulakan perjalanan menaiki Skytree dahulu yang boleh dilihat dari kuil.

walaupun nampak dari kuil tapi kena naik subway sebab masih jauh 

Kami menaiki subway lagi kerana jaraknya yang agak jauh. Subway terus menghubungkan ke Skytree jadi memudahkan perjalanan kami. Saya bersama Fuad dan Dr Zamri serta Dr Arfah naik ke atas manakala Tok Gajah dan Apis tunggu di bawah. Bayaran sebanyak 1200 yen untuk naik sehingga di tiga suku sahaja dan selebihnya boleh di bayar di kaunter di atas sekitarnya ingat naik lagi tetapi cuaca agak berkabus ketika ini.

Selepas mengambil gambar sekitar dalam Skytree, kami turun dan bergerak ke Akihibara. Ada beberapa alternatif subway ke Akihibara jadi kami menggunakan laluan di bawahnya.

sampai sudah 

dalam skytree 




video ronda di Skytree

Kami pada mulanya sukar mencari kedai mana yang dikatakan murah. Akhirnya setelah beberapa kali berpusing-pusing mencari, kami menjumpai satu bangunan. Terdapat alat-alatan seperti kamera, laptop, Go Pro, perkakasan komputer dan lain-lain terdapat di sini. Setelah meneliti harga lama dan harga semasa, agak mahal juga dengan pertukaran wang ringgit yang merudum ketika ini. Hasrat membeli kamera terkini terpaksa ditangguhkan kerana pertukaran wang dan lebih baik beli di tempat sendiri.

Kami kemudian merancang untuk balik sahaja ke Sakura Hostel untuk makan kerana kesuntukan masa dan hasrat ke Ueno untuk melihat baju berfesyen terkini dan barangan menarik tidak kesampaian. Sebelum tiba di subway kami singgah dahulu ke gedung Yodobashi Akiba tempat yang paling besar lagi besar dari tempat kami masuk tadi. Maka sempat saya membeli dapur elektrik dan flush air sahaja.

jalan-jalan ke Yodobashi Akiba

Selepas kami tiba di stesyen Asakusa, Dr Zamri dan Dr Arfah kembali ke Sakura Hostel manakala kami meneruskan perjalanan ke Restoran Ippin semula. Terdapat Restoran Saray di sana tetapi kami tak order makanan kerana dagingnya diberitahu tidak disembelih. Restoran Saray terletak sederet Restoran Ippin.

Selepas solat dan makan, kami berjalan ke kedai-kedai cenderahati sebelum sampai ke Sakura Hostel. Ada juga kami membeli baju, key-chain dan lain untuk di bawa pulang nanti.

Selepas pukul 8 malam kami semua bergerak ke Lapangan Terbang Haneeda. Kami terpaksa membayar 410 lagi kerana Haneeda bukan dalam kawasan subway. Kami sempat membeli belah di lapangan terbang. Agak terkejut juga kami sebab key-chain yang paling murah di tempat kami beli berhampiran Sakura Hostel dan kuil tadi iaitu 350 yen terpapar di sini. Dan pasti kualitinya jauh lebih baik. Begitu juga baju pelbagai saiz dari SS ke LL dijual 1500 yen sahaja. Terdapat juga pakaian perubahan musim seperti inner dijual dengan harga yang sangat murah. Rugi rasanya kalau tak beli jika memerlukan.

murah rupa nya kat airport dari kat Sakura Hostel 

Kami semua tiba awal dan sempat check -in di Airasia. Hanya seorang rakan kami yang lambat tetapi berjaya tiba dengan selamat.

Penerbangan selamat bergerak mengikut masa. Kapal terbang berjalan agak jauh menuju ke landasan. Kami tiba di KLIA2 pukul 6 pagi.

Setelah selesai solat subuh semua saya dan Tok Gajah meneruskan perjalanan ke Putrajaya Sentral di mana saya meletakkan kereta di situ. Kami mengharungi jem Kuala Lumpur sebelum tiba di rumah pukul 9 pagi. Sekian perjalanan saya ke Jepun yang tidak seberapa ini. Walaupun singkat waktu dan banyak lagi tempat tidak dilawati in sya allah saya akan ke Jepun lagi. Pendakian ke Gunung Fuji memberi ruang untuk saya kembali menamatkan igauan Gunung Elbrus tidak berapa lama lagi dan semoga menjadi kenyataan untuk sampai ke puncak Elbrus pula.

Sekian. Wsalam.


Gambar lain bole tengok kat sini atau dari Dr Zamri atau Tok Gajah



 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment