Jalan-jalan ke Kuching

Salam,

Hari sabtu pada 24 oktober 2015, pagi-pagi jerebu kami satu keluarga ke Kuching. Pukul 3.30 pagi bangun berkejaran untuk siap. Masalah jerebu dan anak-anak tidak sekolah termasuk menghadapi peperiksaan di hujung akhir memang satu tekanan pada kami. Walaupun sudah menulis surat untuk meminta pelepasan, anak-anak redha dan masih mahu mengikut ke Kuching.


Sampai di Putrajaya kami berkejar menaiki ERL tapi terlewat 30 saat. ERL berlalu di bawah kami dan terpaksa menunggu 30 minit lagi. 

Kami berkejaran terus ke pemeriksaan kastam kerana tiada beg untuk di bawa masuk. Setiba di panggilan masuk ke pesawat saya perasan telepon sudah tertinggal di kastam semasa kalut-kalut tadi.

Saya cuba dail dan berjaya mendapat panggilan tapi tidak jelas kerana putus-putus dan selangkah menaiki pesawat. Orang yang mengangkat memberikan nombor telefon untuk rujukan tapi tidak jelas. Saya mengambil keputusan untuk masuk pesawat juga.

Kami tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pukul 9 pagi. Mujur nombor telefon berjaya dicari melalui facebook menggunakan telefon isteri untuk memanggil Awang Amirul berkenaan sewa kereta.

Kami sewa Exora tapi dapat Avanza tapi masih sesuai untuk kami. Kami menuju ke bandar menghantar Awang ke tempat hentian nya. Dalam perjalanan ke tempat menginap, kami singgah di Pak Amid Cafe untuk sarapan dengan membeli mee kolok udang dan biasa  RM4 serta laksa sarawak.

Kami check in awal di apartment Ariva Getaway dengan 2 bilik. Sementara ada masa lapang, saya bergerak ke Santubong untuk mendaki Gunung Santubong. Saya tiba sekitar pukul 1.50 tengahari. Menaiki Gunung Santubong setelah membuat laporan di balai berhampiran, saya memulakan langkah.

trek permulaan naik Gunung Santubong

Tidak susah untuk mencari simpang naik Bukit Puteri yang paling cepat sampai. Saya tiba di F8 iaitu simpang dari satu lagi trek permulaan. Di sini ada papan tanda sejauh 2 jam 30 minit lagi untuk sampai ke puncak.

Saya tiba sangat lewat dan memerlukan head lamp untuk tiba di atas kerana malam di sini seawal pukul 6. Saya memutuskan untuk turun.


Saya kemudian tiba di apartment semula sekitar pukul 4.30 petang.      

Untuk malam nya pula kami makan di Qasehku cafe yang terletak di bulatan laluan keluar di Waterfront. Di sini menu sangat sedap. Kami pesan nasi ayam bakar penyet serta nasi udang penyet.

Esok ahad nya saya kembali ke kaki Gunung Santubong dan memula kan perjalanan pukul 6.40 pagi. Malang lagi petir petanda hujan akan turun pula di tambah saya masuk seorang. jadi saya memutuskan untuk turun lagi dan merancang naik dilain masa.

Saya kembali ke apartment dan kami kemudian keluar pukul 1 tengahari untuk makan di Kopi O cafe dan membeli kek lapis serta ikan terubuk di Kampung Gersik yang terletak di seberang sungai.




Kami kemudian singgah di Waterfront untuk membeli barangan seperti kain batik serta baju.

Malam nya kami makan di Barok di Kampung Gersik juga. Memang sedap makanan di sini sambil kami duduk bersila.

Hari isnin kami check out dan bergerak ke Muzium Kuching atau Cat muzeum. Kami makan di benteng dan bergambar di mercu tanda Kuching.








gambar pada mac 2010
hari ini 26 oktober 2015


Percutian kali ini sangat ringkas dan kami banyak rehat di apartment sahaja. Sekian untuk kali ini.  


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment