Daypack di Gunung Jono

Salam,

Bulan November datang lagi. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kali ini aktiviti mendaki di beberapa negeri ditutup atau diperlahankan kerana jangkaan banjir besar mahupun tanah runtuh yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini yang akan mengganggu persekitaran.

Dengan itu Orang Gunung Kuala Lumpur atau OGKL bersetuju untuk mendaki ke gunung yang berhampiran sahaja. Setelah diwar-warkan beberapa minggu lepas, seramai 26 orang akan dibawa ke lokasi Gunung Jono di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 21 Novermber lepas. Beberapa AJK sudah pun mendaki atau merintis semula laluan trek pada hari Deepavali yang lalu.

Kami bergerak menuju ke Masjid utama Seri Menanti sebelum menuju ke trek permulaan Hutan Simpan Senaling Inas.

sessi pemanas badan  
badek dan hairi, badut trip ni bersama hani

Berbekalkan sarapan dan makanan tengahari yang disediakan, kami bergerak pukul 8.15 pagi Orang atau kumpulan pertama yang membuka laluan ke Gunung Jono adalah Saudara Orga pada tahun 2006 lalu. Tapi AJK memilih untuk bermula dari kawasan Jesri atau Sri Pilah di mana jumlah perjalanan dapat dikurangkan sejam dan kami meletakkan kereta di kem tersebut.

awal-awal dah bagi
ni jalan susah. ada jalan senang

Kami melencong ke kiri di mana didepannya adalah kolam air mandi biasa. Perjalanan kami melalui kawasan kebun getah dan menurun ke satu kesan sungai. Dari kebun getah trek menuju ke Sungai Chembong yang agak cetek.

masuk sungai atau longkang kosong

Laluan kami paling awal tiba di batu dinding yang besar atau batu sengat selepas 30 minit perjalanan. Kami berhenti rehat selama 10 minit. Laluan ini sangat redup dan sedikit berangin walaupun musim sekarang musim hujan.


Perjalanan disambung menuju ke batu berbentuk kapal yang berwarna putih. Laluan kami menaik agak tinggi dan kadang-kadang mengelirukan.  Kami berehat dan mengambil gambar kerana persekitaran di batu ini agak unik.

batu yang putih



Kami meneruskan perjalanan menuju beberapa bentuk batu lagi. Sehingga tepat pukul 12 tengahari kami sudah sampai ke puncak Gunung Jono yang berketinggian 852 meter. Saya meneruskan perjalanan ke satu lagi puncak yang lebih tinggi sedikit dan ditandakan tali sahaja. 

Di puncak Gunung Jono ada banyak penanda puncak tapi tiada beirut. Kami sampai awal dan rehat selama 2 jam sebelum turun semula.

puncak satu lagi 
puncak mula-mula
foto kumpulan 
Pak teh urut hairi yang katanya ada cacing dalam kaki 

selepas papan tanda diletakkan

Turun pun cuma 2 jam sahaja. Sampai di kolam, ada yang mandi dan ada yang membersihkan badan di tandas yang disediakan. Kami sempat membuat acara sessi perkenalan diri atau taaruf. 

Setelah solat maghrib di masji kami makan di kedai berhampiran dan bergerak pulang ke rumah masing-masing selepas itu. Sekian sahaja perjalanan yang pendek kali ini.

Nota: Ada gambar yang di ambil dari watsap rakan-rakan

    photo pn80517_zps08rer6as.gif

3 comments: