Gunung Duri di Ringlet

Salam,

Musim hujan bermula namun tidak mematahkan semangat pendaki-pendaki. Gunung Duri yang terletak di Ringlet menjadi pilihan kali ini. Bersama Ketua program, Zulfaizal atau Kembara Jalanan atau mudah sahaja panggil Panjang atau Pak Anjang, kami 17 orang bergerak ke Ringlet.


Guide diketuai oleh Yusof kami bergerak pukul 10.50 pagi di ketinggian sekitar 1200 meter selepas sarapan roti canai di pasar Ringlet. Kami meletakkan kenderaan di depan sekolah dan bergerak. Laluan kami dihalang oleh tembok pagar tapi kami masuk di celah tepi. 


tepi sekolah
pagar keselamatan pulak

ini emma

tempat kuda


Pada awalnya melalui ladang-ladang, kilang serta tempat kuda berkeliaran. Laluan melalui resam selama 20 minit sebelum memancak. Kami berhenti makan sebaik pukul 1 tengahari. Semasa makan hujan turun.

ini wan hafiza
trek awal penuh resam dan menaik je

Kami meneruskan perjalanan seterusnya melalui 3-4 puncak tipu. Di penghujung jalan sebelum sampai ke puncak, perjalanan menurun terus ke bawah dan menaik terus. Kami sampai di puncak pukul 3 petang yang berketinggian 1530 meter dan antara yang terawal.

ada pangkin untuk memasak di kemsite underground kami
dari arah lain

boleh layan pemandangan
sarapan pagi makaroni cendawan
subuh di puncak
penanda

Di puncak kami disajikan dengan pemandangan indah disebalik puncak yang ditutup pokok-pokok tinggi dan ada beirut. Sebelum hari gelap, kami turun mengambil air yang terletak jauh ke bawah. Hujan lebat akan menyebabkan trek penuh lecak untuk menaik nanti. 


Malam nya kami makan nasi goreng bersama kambing dan ayam bakar dan sangat sedap sambil menghirup air jagung madu panas.

bergambar beramai-ramai

Kami tidur seawal 9.15 malam kerana sampai awal dan tiada aktiviti. Hujan agak lebat malam ini.


Esoknya kami bangun sambil tengok pemandangan matahari naik yang sangat cantik.


Selepas sarapan makan makroni dan bergambar, kami turun pukul 12.20 tengahari. Sebaik berehat pukul 1.30 tengahari untuk makan tengahari hujan turun lagi.

dah turun

Kami tiba di tempat letak kereta pukul 3.30 petang.

jinak pulak kuda ni

Selepas bersiap di masjid Ringlet, kami turun makan dan pulang ke rumah masing-masing. Sekian

Nota: Sebahagian gambar diambil dari watsapp
   
 photo pn80517_zps08rer6as.gif

4 comments:

  1. MADNESS ADVENTURE (FB/IG)
    MOUNT GUIDE SERVICES
    -forestry permit
    -police report
    -nature guide
    -emergency kit (basic)
    -walkie talkie


    012-4281994 alif
    011-10327474 anas
    Call/whataps/sms

    ReplyDelete
  2. tumpang tanya...water point...brapa jauh dari puncak? brapa lama turun dari puncak

    ReplyDelete