Kinabalu : Perjalanan tidak dijangka

Salam,

Permulaan tahun baru ini saya mendapat tawaran kerja membantu rakan di Sabah pada hari khamis lepas selepas beberapa siri rundingan. Menjelang hujung minggu tiada aktiviti dirancang. Saya mengambil keputusan nekad untuk mendaki Gunung Kinabalu jika ada masa kerana itu sahaja acara yang boleh difikirkan untuk masa ini.

Sedikit informasi mengenai perjalanan ke Kota Kinabalu dan sekitar mendaki berkaitan Gunung Kinabalu yang lalu. Ini kali ke 4 saya mendaki Gunung Kinabalu di mana pada tahun 2000 saya cuma berada di bawah puncak Gunting Lagadan dan pada 2007 hujan lebat di Laban Rata. Hanya percubaan kali ke 3 pada tahun 2009 baru berjaya. Pada tahun 2008 saya pernah mendaki Gunung Trusmadi dan Tambuyukon dan pada tahun 2011 saya sekali lagi mendaki Gunung Tambuyukon termasuk ke Gunung Nambuyukong manakala pada tahun 2012 saya membawa keluarga singgah di Kundasang sahaja. 

Sebaik mendarat melalui penerbangan Malindo Air dan sewaktu makan tengahari saya bergerak menuju ke Wisma Sabah untuk cuba menempah slot ke taman negara. Alhamdulillah ada kekosongan. Beberapa malam di Kota Kinabalu dapat saya singgah di beberapa lokasi makanan yang sangat sedap dan menyelerakan saya,

Pada sabtu nya saya bergerak ke sana. Perjalanan mendaki Gunung Kinabalu adalah sama sahaja kecuali selepas Laban Rata dari km 6 ke km 7. Suasana pagi tidak nampak apa-apa kesan runtuhan di mana berlaku gempa bumi pada 6 Mei tahun lepas.

Saya tiba puncak pukul 7 pagi , tiba semula di Laban Rata pukul 9.50 pagi dan tiba di bawah semula di check point pukul 2.40 petang. Saya terus pulak ke tempat penginapan untuk membersihkan badan.

dah sampai Kota Kinabalu bahhh ...
singgah di Wisma Sabah untuk tempah slot 
makan di Borenos macam menu KFC tapi tak de kentang ... memang sedap dan halal

tak ketinggalan bila berada di sini mesti singgah pasar filipina walaupun takde apa nak beli 

mereka ni seperti biasa ada di sini 
di tepi nya tengok laut, bot-bot nelayan serta pulau-pulau sekitar 

satu kawasan yang penuh dengan makanan seafood di waterfront memang murah walaupun orang kata nampak kurang bersih ...  

pagi pukul 7 dari arah kondo 
manakala pukul 9 nampak pemandangan gunung kinabalu melambai-lambai
berhenti jap ambik gambar dan jalan 
disebelah jalan raya pun sama taraf dengan awan  
bergambar sat kat sebelah ofis 

tempat teksi/van memberhentikan penumpang nya 
gambar akan jadi banyak kalau guide adalah juga cameraman  
air terjun carlson mase mula-mula
awal-awal ni layan tangga la  
ada sumandak yang ikut  

sumandak ni kuat betul berenti ... dah berenti berselfi lak tu
jumpa pulak kawan-kawan yang nak turun dah

ada tupai jinak di pondok di km 2 dan yang jinak di km 3
 
antara spesis dijumpai.. periuk kera dijumpai di atas km 4 kira-kira 10 minit dari laluan 
laluan Mersilau di tutup sementara akibat 2 kawasan runtuh 
sampai di Laban Rata pukul 3.30 petang ... selamat RM15  
makan dulu
cuaca sejuk pagi jadi kamera tidak keluar kerana gambar gelap ... tunggu siang baru boleh snap 

dah ada signboard baru  di Gunting Lagadan


kelihatan Gunung Tambuyukon di kanan tu manakala Trusmadi di kiri tapi tak nampak

dah nak turun dah ... hanya tali sebagai petunjuk jalan ke puncak






sayat-sayat dari jauh 
tangga baru ... tapi katanya sementara sahaja
jambatan yang sebenarnya belum siap 
sepanjang menggunakan tali ini ada 5 orang malim gunung menunggu setiap hari berlainan orang. Mereka jugak guide bila ada masa  
sekitar gambar semasa menurun 
serpihan bongkah batu yang jatuh semasa kejadian gempa bumi ... yang putih adalah batu-batu kecil yang jatuh dari dinding
sungai yang runtuh


pintu keluar masuk ke puncak Gunung Kinabalu ... jika dulu pintu keluar masuk adalah di Restoran Laban Rata
untuk mendaki Gunung Kinabalu, sila rujuk 2 gambar ini yang termasuk penduduk tempatan dan luar negara 


Sekian

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment