Panas di Gunung Kerengga

Salam,

Perjalanan ke Gunung Kerengga merupakan antara ekspedisi yang menarik pernah saya lalui. Dari Kuala Lumpur kami singgah di satu masjid terkenal di Kuala Kangsar. Kami seramai 12 orang menuju ke perhentian bas Kuala Kangsar. Selepas bersiap dan sarapan, kami meletakkan kupon di kenderaan masing-masing untuk menaiki bas pada pukul 9.15 pagi. Perjalanan menuju ke Karai seterusnya menaiki 4wd. 

Perjalanan menaiki 4wd sekitar 45 minit menuju ke trek balak. Selepas taklimat dan doa selamat, kami bergerak pukul 10.50 pagi. Dijangka 6 ke 7 jam perjalanan untuk sampai ke puncak. Perjalanan trek ini menaik dan panas sehingga kami berpeluh. Pacat-pacat berkeliaran sungguh berkuasa menyirap darah kami. Beberapa kali kami berhenti semata-mata untuk membuang pacat.

Perjalanan trek menaik sahaja dari ketinggian 250 meter sehinga 750 meter. Di last water point kami berehat dan makan pukul 3.30 petang.   

Kata guide, kami ada 2 pilihan samada melalui jalan jauh yang agak rata atau menaik jalan lurus secara pacak. Akhirnya kami mengambil keputusan naik terus. Selepas solat kami bergerak dan ternyata cuma 25 minit sahaja untuk sampai ke puncak yang berketinggian 860 meter sahaja. Sebelum puncak ada tanah lapang. Cuma puncaknya di sebelah dengan beirut masih ada tapi sudah teruk runtuh.

Kami memasang fly serta ground cuma plastik hitam. Malam nya kami makan nasi lauk udang serta sayur. Esok pukul 12 tengah hari baru kami bergerak untuk bergambar dan turun melalui puncak.

Kami tiba di air terjun pukul 2.45 petang. Selepas mandi dan solat kami bergerak menuju ke Kampung Batu Rek yang terkenal dengan mitos Sang Kelembai. Ada satu lagi kampung dengan nama sama di bandar Jeli di negeri Kelantan dan mungkin punca pukulan Sang Kelembai menjadikan ada satu batu itu terpecah ke 2 kampung ini.

Kami tiba di jeti kampung pukul 4.20 petang. Bot kemudian bergerak menuju ke daratan sekitar 40 minit perjalanan. Kami kemudian makan dan berehat sementara menunggu bas datang pukul 6.30 petang. Pukul 7.15 petang kami tiba di hentian bas Kuala Kangsar. 

Setelah bersiap, kami bergerak ke RnR tapah untuk makan malam dan pulang ke rumah masing-masing. 

Sekian.
   
Gambar dari watsap dan diri sendiri.

di hentian bas Kuala Kangsar
dalam bas
dalam 4wd
berenti kejap
menuju perjalanan selepas doa selamat
panas trek ni
jenuh naik 

rehat dulu di last water point
pikul air

di puncak Gunung Kerengga 
bersama wan seiras faizal tahir dan geng satu kereta 
kemsite malam ni
makan malam


sebelum turun

air terjun


jeti kampung batu rek

dalam bot

dah sampai darat


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment