Percutian ke Krabi bersama OGKL

Salam,

Destinasi ke Krabi pada bulan Februari dengan cuti panjang sempena tahun baru cina memang sangat mengujakan. Jauh berjalan jauh memandu sehingga ke utara melepasi sempadan berjumlah 1,800 kilometer sehingga pulang bersama 8 buah kereta. Dan ada yang membawa bersama anak-anak kecil memang satu cabaran yang menarik.


Pukul 10 malam Man OKU datang menjemput saya di rumah. Kami menunggu rakan-rakan di LRT Gombak untuk berkumpul pada khamis malam jumaat dan kami bergerak betul-betul pukul 12 tengah malam. Tujuan untuk bermula sehari awal adalah tidak bertembung dengan jem keesokannya seperti yang kami awal-awal sudah jangkakan. Saya menaiki kereta Shukri atau Abemu yang juga Presiden OGKL.

Jumaat 5 Februari

Kami singgah di RTC dan solat subuh di Gurun, Kedah sebagai checkpoint supaya tidak hilang. Kami berhenti lagi di kawasan untuk mendapatkan insuran beberapa kilometer sebelum sampai ke sempadan.

ambik insurans dulu kat sini

Seperti biasa passport dan geran kereta pada tuan punya kereta diperlukan untuk melepasi sempadan. Kata Fahim yang mengetuai rombongan kami akan lalu sempadan Wang Kelian. Kami berhenti untuk sarapan pukul 10.30 pagi. 30 minit kemudian bergerak melalui laluan yang berbukit seperti melalui jalan Kuala Pilah. Kami mengisi minyak di Caltex yang merupakan stesyen terakhir sebelum memasuki sempadan. 


dah sampai sempadan
beratur dulu

Kami tiba di sempadan sebelum pukul 12 tengahari. Selesai cop di imigresen Thailand, kami masuk ke seberang. Sempat juga merasa memandu ke seberang dan itu lah pertama dan terakhir memandu kerana sepanjang perjalanan sehingga balik Abemu sahaja memandu. Untung laa.


suasana di Wang Kelian lepas sempadan tapi sudah lewat tengahari

Sampai melepasi sempadan ada pula masalah lain muncul. Di kaunter pemeriksaan online, ada kes di mana wang PTPTN belum habis bayar semasa pemeriksaan. Jadi kami menunggu proses tersebut tapi terpaksa lagi lama menunggu memandangkan hari ini hari jumaat dan waktu pejabat buka adalah seperti biasa pukul 2.45 petang. Manakala kereta Parok pula mengalami masalah bateri tak hidup. Jadi jumper diperlukan untuk menghidupkan enjin.

singgah jumaat dulu sambil tunggu kawan tu siap

Sambil menunggu, kami solat jumaat di masjid selepas 3.5 km bergerak di laluan di sebelah kiri. Imam berbahasa Siam jadi kami tidak paham cuma menunaikan solat sahaja. Lepas solat ada yang mandi dan duduk di tempat sambil melayan kopi cawan besar dan macam-macam air lagi berharga sekitar 20-30 Baht.

memang sedap dan murah air dia

Pukul 3.30 petang kami bergerak semula ke destinasi. Kami tiba di Trang sekitar pukul 6 petang. Trang merupakan bandar yang menjadi persimpangan ke Hatyai. Di Trang kami membelok ke kiri untuk memasuki lebuhraya. Sebelum malam tiba, kami berhenti di RnR untuk isi minyak. Di stesyen terdapat Seven Eleven dan beberapa gerai makan dan ada yang halal jadi kami singgah makan di sana.

jauh lagi perjalanan maka kite berenti rehat di stesyen minyak (gambar fb ijam)

Perjalanan lagi 170 kilometer menuju ke Krabi masih jauh lagi. Malam sudah pun berlalu. 3 jam perjalanan kami berhenti untuk berkumpul lagi. Kereta Fahim menghadapi masalah lampu tidak nyala selepas beberapa kilometer memasuki pinggiran Krabi. Kami kemudian meneruskan perjalanan memasuki simpang ke kiri dan lagi 16 kilometer. Kami tiba di Coco Nori Sea Resort tempat bermalam kami untuk beberapa hari. Perjalanan memenatkan selama 24 jam dalam kereta memberi satu lagi pengalaman perjalanan paling jauh.

malam pulak dah (gambar fb najib)

Selepas urusan bilik selesai ada yang turun makan berhampiran resort. Di Krabi makanan agak mahal sekitar 100 Baht untuk sepinggan nasi goreng. Kami kemudian pulang untuk bersiap esok.

Sabtu 6 Februari

suasana di pantai dari resort ... tak jauh pun

Pagi di sini saya dan Najib berjalan-jalan di pantai yang terletak di belakang resort.

sarapan dulu bersama geng bertiga ni
naik tut tut

Rata-rata semua siap seawal pukul 9.30 pagi waktu tempatan. Ada yang makan ayam goreng yang mudah didapati di tepi jalan. Makanan halal yang sedikit berbeza masih boleh diterima oleh tekak kami. Pukul 10.30 pagi, kenderaan tiba untuk kami memulakan perjalanan. Kami tiba di salah satu pantai di Aonang untuk pusing pulau dan snorkeling.

Bot bergerak ke beberapa pulau antaranya Pulau Poda.

tiba di jeti



macam logo tu 



jauh ke laut nun


kata nya ayam makan penyu atau penyu makan ayam .... ntah mane satu

Ibu ibu bapak bapak jage anak


menghampiri Pulau Poda




sambung snorkeling lagi


bot sebelah 
penat mandi makan pulak
pulau seterusnya
katanya hari tu pergi boleh terjun bawah tapi sekarang cetek sikit


ayah amani pun nak rock climbing gak


Video perjalanan hari ni dan semalam

Kami singgah semula ke jeti dan laluan kami melalui pantai Aonang. Pantai Aonang hampir menyamai pantai Kuta di Bali. Kedai-kedai di Aonang sepantai pantai memang panjang. Kami tiba di Coco Nori sambil bersiap untuk berjalan ke pasar malam di pekan Krabi.

Malam nya kami bergerak ke Night Market Maharaj. Kami meroda mencari tempat letak kereta tapi tak lah jauh sangat. Di pasar malam ada jual macam-macam yang penting ada makanan halal untuk di makan. Pasar malam ini sangat menarik sebab besar dan panjang.

Berhadapan pasar malam, ada restoran halal. Saya memesan makanan tapi terpaksa tunggu selama sejam baru sampai begitu juga rakan-rakan lain.

pasar malam maharaj


makan malam di restoran halal depan pasar malam

Selepas makan kami pulang ke resort tapi masing-masing tidak tau arah dan bergantung pada kereta depan. Kami tiba di simpang kiri tapi mendapati kereta Pojie tertinggal kerana malam tidak nampak sapa yang ikut. Man OKU mencari kereta Pojie manakala yang di depan terus bergerak. Kami bergerak mengejar Hilux Hairi yang sudah laju. Masing-masing sudah berpecah ketika ini. Bila sudah ditinggalkan jauh dan jalan yang sangat gelap berbeza dengan masa datang tadi, kami patah balik bersama kereta Ijam. Ijam masuk ke simpang kanan dah memang ini laluan yang betul kerana di signboard ada laluan ke pantai Tup Kaek. Akhirnya semua tiba di resort.

Ahad 7 Februari

sarapan pagi

Hari ini kami semua akan mendaki Naga Peak atau Hang Nak Mountain. Laluan kami adalah terus menuju ke pantai Kup Kaek sampai ke hujung. Perjalanan sepanjang pantai Kup Taek kelihatan 2 pelantar minyak di kiri seakan ada minyak di sini.

permulaan di Gunung Hang Nak 





Kami bermula di pintu masuk Taman Negara Hang Nak. Awal pendakian beberapa kawasan menaik. Hazim anak Fahmi sudah mula kepenatan dan keliru dengan keadaan. Lama-lama dia pun mula mengawal situasi nya.

lagi 1 km

Pendakian di penghujung baru nampak pemandangan indah lagi 1 kilometer ke puncak. Bila sampai di puncak sekitar pukul 1 tengahari ramai sudah bergambar terutama di batu-batu besar dan batu-batu berbentuk naga seperti yang di katakan. Kami minum air panas dan makan roti untuk alas perut serta makanan yang dibeli dari resort tadi.



Cuna dan suami 

fahmi dan anak-anak 



Selepas bergambar beramai-ramai, kami turun. Turun pun sekitar sejam setengah sehingga sampai ke kereta. Kami pulang semula ke resort.


Video dari Syafiq

Perjalanan seterusnya kami ke pantai Aonang menaiki tut-tut sekitar pukul 6 petang. Awal sampai kami makan dulu. Kami perlu berjalan sampai ke hujung kerana kata pemandu pelancong kami kena tunggu di Holiday Street. Ramai yang tak tau mana Holiday Street dan rupanya di sebelah Holiday Inn tapi kami berjalan sehingga ke Mc Donald yang terletak jauh lagi. Sepanjang beberapa kilometer terdapat kedai-kedai cenderahati untuk dibeli tapi harga di sini agak mahal juga. Kami berenam yang lambat di belakang mengambil tut-tut untuk mengejar rakan yang laju berjalan di depan.

Arca pantai Aonang dan Krabi bersama najib, abemu, sue serta pojie dan isteri 

Sekitar pukul 11 malam baru lah kami dapat bergerak pulang ke resort. Ada yang menyambung semula ke bandar menaiki kereta.

Isnin 8 Februari


sarapan pagi dengan mihun pink

Hari ini hari terakhir di Krabi. Kami perlu bergerak awal untuk ke Emerald Pool iaitu tempat air kolam cantik. Tempat ini awalnya kami sepatut sampai pada hari pertama tapi tak sempat kerana sudah malam dan perjalanan masih jauh lagi.

dah nak pulang ... lagi 24 jam perjalanan ... selamat tinggal Krabi

Pukul 8.30 pagi kami semua bergerak keluar dari Krabi. Sambil berhenti seketika untuk mencari sesuatu atau membetulkan kereta kami bergerak menuju ke Emerald Pool yang terletak di tengah-tengah antara Krabi dan Trang. Kami masuk ke kiri dan sekitar 15 minit baru sampai ke destinasi. Kami meletak kereta yang terdapat kelapa sawit di kelilingnya.

sampai di Emerald Pool

Parok dan semek layan anjing manja ni
perhatikan tangan di gambar ini yang sebenarnya di bawah ni dan gambar keseluruhan di bawah lagi


walaupun ada papan tanda don't sit on tapi masih nak duduk jugak ... nanti datang pegawai maki bahasa siam nasib tak paham



Kami bergerak ke menyusuri pintu Emerald Pool dan perlu berjalan 1 km lagi ke kolam pertama. Ada yang mandi tapi tak pasti bahagian kolam mana yang panas kerana ada tulis hot spring di sini.

Kami kemudian berjalan lagi ke kolam sebenar lagi 800 meter ke satu kawasan yang agak terpencil. Di Emerald Pool iaitu kolam biru, ada papan tanda menyuruh untuk menepuk tangan supaya gema yang berlaku akan menyebabkan air berkocak dan buih-buih pun muncul.




Video sekitar 2 hari ni

Kami kemudian keluar dari sini dan menuju ke RnR Trang untuk rehat, makan dan meneruskan perjalanan ke simpang Hatyai.

lalu sebelah Hatyai mungkin lagi 10 km

Dari Hatyai ke sempadan hanya 39 kilometer. Kami tiba di sempadan sekitar pukul 11 malam. Selepas melepasi sempadan dan menunggu rakan-rakan, kami makan di restoran berhampiran serta mengisi minyak. Kereta saya berhenti di Gurun untuk solat Isyak  dan Tapah untuk solat subuh. Pukul 8.45 pagi baru lah saya tiba di rumah dengan perjalanan 24 jam lagi. Sekian untuk trip road tour untuk kali ini. Jumpa lagi di trip akan datang.

Gambar-gambar dari rakan-rakan trip dalam watsapp. Sekian

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment