Trans Gandik - Pendakian terpantas mencapai 3 puncak gunung


Salam,

Trip santai pertama dalam negara bagi OGKL tahun ini bermula lewat sehingga hujung Februari. Trip yang dimaksudkan adalah Trans Gandik yang terdiri dari 3 gunung serangkai iaitu Gunung Bunting, Gunung Tanggung serta Gunung Gandik.

Pada awal sebelumnya Gunung Mentinggi menjadi pembuka tirai untuk tahun 2016 di Tanah Rata. Dan kami tiba di Masjid Tanah Rata sebagai lokasi perjumpaan. Tapi malangnya tarikh tersebut bertembung dengan  acara tahunan berbasikal Le Tour De Langkawi atau LTDL yang bermula di peringkat ke 4 dari Dataran MBI di Ipoh ke Tanah Rata di Cameron Highland.

Apabila semua siap dengan pakaian mendaki, kami bergerak keluar menuju ke Ringlet dan tidak ke Gunung Mentinggi kerana laluan akan di tutup tidak lama lagi. Dengan barisan kereta-kereta di pekan Tanah Rata serta polis yang mengawal lalu lintas, pagi-pagi laluan sesak setelah laluan utama di tutup. Kami terputus bergerak secara konvoi dan bermula semula di satu simpang untuk menanti yang lain.

Perjalanan diteruskan melepasi pekan Ringet dan menghampiri sempadan Pahang-Perak. Sebelum sempadan ada simpang ke kiri menuju ke apartment. Kami meletakkan kereta di sini. Setelah Nizar selaku ketua program yang bergerak dari Pulau Pinang menerangkan tentatif serta doa selamat dari Zul, kami bergerak pukul 10.50 pagi dengan jumlah 32 orang peserta serta 10 ajk. Nizar turut membawa rakan mendaki kami dari Kelantan iaitu Taha.

Perjalanan dari puncak ke puncak adalah sekitar 30 minit ke sejam. Di puncak Gunung Gandik kami turun ke depan sedikit. Ajk merancang mencari kemsite yang agak luas dan kami di belakang menunggu selama sejam.

Setelah mengenal pasti tempat, kami bergerak ke kemsite dalam 30 minit perjalanan sekitar pukul 5 petang. Dalam perancangan esok nya kami sepatut nya bergerak ke depan lagi untuk ke satu puncak yang tidak bernama dan berketinggian 1327 meter tapi kami bergerak lewat dan turun melalui laluan yang sama.

Dibawah adalah gambar-gambar dari peserta diambil dari kamera sendiri dan watsapp/fb.


pembahagian resyen
pembahagian baju dan lolipop marmot 

Nizar sedang memberi penerangan 
Bob Faizal sedang bergerak laju ke depan
tiba di kawasan penanaman tak sampai beberapa minit jalan

dari jauh

tiba di puncak Gunung Bunting 30 minit jalan


lalu pencawang
umi pertama kali mendaki dan sambut hari jadi di kemsite
dari atas

sampai di Gunung Tanggung tak sampai sejam berjalan


selepas makan, solat ada yang tido dulu sebelum bergerak
di puncak ke 3 iaitu di Gunung Gandik
free style
pembukaan kemsite baru oleh peneroka ogkl
sampai di kemsite makan malam dan sarapan disediakan
dah turun bergambar lagi
taklimat di kemsite dari Nizar tentang jalan turun , tunggu di mana, jangan jalan seorang dan yang penting sampah bawa turun
dah nak turun
gaya peserta yang memakai beg karimor di puncak Gunung Bunting semasa turun
amboi siap tunjuk tuu
kredit video dari Zulfadli, ajk trip
semua sudah turun ... mereka bergambar tempat letak kereta ... kelihatan adik shamil di situ, apis

Sekian.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

2 comments: