Dari Gunung Chingkai bertukar haluan ke Gunung Baling dan Gunung Pulai

Salam,




Sejak tahun lepas merancang untuk sampai ke puncak Gunung Chingkai kini tiba lah masanya kami bertolak dari rumah untuk ke destinasi. Ramai yang menarik diri dan sehingga ke masa untuk bergerak beberapa lagi rakan tidak dapat turut serta.

Kami sebanyak 2 buat kereta tiba di Masjid Kampung Jalong di Sungai Siput pukul 4 pagi. Kali ini kami tidak dikejutkan tapi diterima oleh jemaah-jemaah yang datang menunaikan solat subuh. Selepas bersiap untuk bergerak kami sarapan pagi di kedai berhampiran.

Ana selaku penganjur dan kami seramai 9 orang menerima berita mengejutkan iaitu juru pandu arah kami yang biasa Mali ditimpa kemalangan. Keadaan berbelah bagi samada ingin meneruskan ke Gunung Chingkai atau ke gunung alternatif. 

Ana mengambil keputusan pergi ke tempat Mali kemalangan dan bertanyakan log Gunung Chingkai. Kami melalui jalan lama menyusuri jambatan atas Sungai Perak memotong ke Gerik. Terdapat satu simpang kami ke kiri. 

Simpang yang kami masuk ini adalah laluan potong Selama-Gerik. Kenderaan yang dinaiki oleh Mali terbalik rupanya berlanggar dengan seekor babi yang besar dan sebaik kami tiba kenderaan dijaga oleh Aok iaitu adik Mali kerana bimbang ada barang berharga terutama roda yang menjadi target untuk dicuri.

Selang tak lama kemudian polis datang membuat pemeriksaan dan Mali kemudian tiba. Katanya dia sakit sedikit di bahagian dada. 

Kami berbincang beberapa nama gunung untuk didaki kerana masa sudah semakin suntuk. Kami kemudian bersetuju menaiki Gunung Baling dan Pulai di Baling, Kedah.

Setelah meninggalkan kawasan kemalangan, kami bergerak ke Sungai Sedim untuk bermalam. Kami silap memilih tempat dimana kami terpaksa membayar RM10 seorang.

Pukul 6 petang masing-masing bersiap untuk mandi dan makan malam bermula lewat.

Esok nya kami bergerak ke Baling agak lewat. Kami tiba di kaki Gunung Baling melalui guide yang kami telepon semalam. Kami diarahkan minum 3 liter air kerana suhu meningkat sehingga 38 darjah.

Setelah bersiap pukul 11.45 petang kami pun bergerak naik. Perjalanan ke Gunung Baling ada melalui laluan tanah merah dah tangga yang hampir siap. Kami tiba di puncak Gunung Baling dalam sejam setengah dengan cuaca yang panas sepanjang masa. Salah sorang peserta Abang Rohim merupakan kali pertama mendaki gunung dan diberi penghormatan untuk sampai ke puncak dulu.

Setengah jam di atas dan panas, kami bergerak turun dan tiba di bawah pukul 3.15 petang. Agak malang, kenderaan satu lagi terpaksa pulang untuk membawa kawan ke Ipoh sebelum pukul 10 malam untuk ke Pulau Perhentian katanya.

Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Pulai selepas makan dan solat. Pukul 6 petang di simpang Sekolah Kebangsaan Pulai , kami masuk ke dalam. Perjalanan bermula 15 minit kemudian.

Gunung Pulai sangat dipenuhi batu batan dari permulaan sehingga ke puncak. Walaupun petang sudah kurang panas tapi saya tidak tahan panas lalu membuka baju. Saya dibelakang 20 minit dari kumpulan di depan tiba di puncak Gunung Pulai pukul 8.15 malam. Seletah bergambar kami turun semula.

Dengan cabaran berbatu menurun, kami tiba di bawah pukul 11 malam. Setelah mandi di Sungai sebelah kami bergerak pulang dengan melalui laluan ke Gerik lalu keluar ke tol Kuala Kangsar. Sekian untuk trip kali ini.

Gambar dari watsap dan diri sendiri.

kemalangan yang dipanggil total lost

beralih arah ke Sungai Sedim 

masuk RM10 untuk 10 minit jalan
 


bermalam di kemsite tempat orang punye ... kne baya Rm10 seorang
mandi dulu
sessi penerangan dengan ketua guide
jalan balak

banyak batu lagi

salah satu lubang atau terowong

sampai di puncak Gunung Baling
bergambar tengah panas
melawan tengahari panas
rasmi kan tangga

turun je makan dan singgah masjid

sampai di kaki Gunung Pulai 
ini lah puncak nya dari jauh
doa selamat dan taklimat
bergambar di permulaan
sangat mencabar
main batu bata
panas sampai bukak baju

sampai di puncak

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment