Gunung Sumalayang - Kumpulan paling ramai

Salam,

Gunung Sumalayang memanglah gunung yang asing di Johor. Gunung ini merupakan antara gunung yang baru diterokai oleh para pendaki generasi baru dan terletak di Kota Tinggi. Ramli selaku ketua program mengetuai seramai 24 orang semuanya dan rata-rata hampir separuh dari keseluruhannya dari Johor.

Selepas tiba dari Gombak, kami bergerak dan singgah ke kilang Encik Isa iaitu abang kandung Ramli yang turut membawa 3 orang anaknya mendaki Gunung Sumalayang. 

Selepas sarapan, kami bergerak. Laluan ke Ladang Acacia iaitu ladang penanaman kayu balak melalui laluan ke Mersing. Ada banyak kubu-kubu dicat semula warna putih di sepanjang jalan. 

Sebanyak 6 kenderaan pacuan 4 roda termasuk 2 kereta masuk ke simpang kiri selepas 30 minit keluar dari kilang dan meletak kereta di tempat pengawal.

Selepas tu laluan pacuan 4 roda meredah sungai dan jalan ngam-ngam satu kenderaan. Maka kedengaran calar balar kenderaan mereka. Ada juga terpaksa meniti satu merentasi sungai melalui kayu-kayu yang agak kukuh. Sehingga disatu titian kenderaan kami berhenti kerana was-was dengan titi.

Kami bermula lewat sekitar 11.20 pagi selepas penerangan dari juru pandu arah, Poncho. Dari permulaan jalan rata ke laluan air yang kecil dalam 30 minit perjalanan, kami diminta mengambil sedikit air kerana kuatir tiada air di punca terakhir. Kemudian bermain dengan permatang serta laluan jeram 2 kali sebelum naik. kami naik ke permatang sebelum berhenti makan tengahari. 

Selepas makan kami sambung semula ke permatang lagi sebelum tiba di punca air terakhir. Dari sini cuma 30-45 minit ke puncak Sumalayang. Kumpulan pertama tiba di pukul 6 petang. Saya dan rakan di belakang tiba di puncak agak lewat tapi masih terang. Puncak setinggi cuma 615 meter ni agak mendaki sebelum menemui batu bata yang agak panjang. Selepas mendaki ada 20 minit lagi ke puncak yang agak rata.

Di puncak yang tiada air kami masak air sebanyak 9 jag sehingga turun dengan makanan yang sangat banyak.

Esok nya pukul 11 pagi kami turun dan tiba di tempat permulaan pukul 3.25 petang. Terima kasih pada keluarga En Isa dan Puan Ida yang menyediakan sarapan roti canai serta nasi lemak masa datang dan jamuan sup semasa pulang. Jumpa lagi di lain expedisi.

Gambar dari sendiri dan watsap.

roti canai lepas tu nasi lemak ... gemuk la 
Nazla frozen food kedai En Isa sedang berkembang maju 
Sampai di kawasan letak kereta di pintu pengawal 
nampak macam susah tapi bole lalu 
ruang sempit 
sampai sini jalan je la 
poncho menerangkan aktiviti hari ni  
di last water point ada air ... masa ni tak larat sebab penat sangat 
penuh sampah
memang pacak je nak sampai puncak 
ada view point sebelum sampai puncak dan ada camera trap untuk tengok binatang lalu 
dalam botol ada lumut 
kemsite di puncak
main masak-masak 
bergambar di puncak
bergambar ramai-ramai
berehat masa turun
balik naik 4wd nak keluar ada kayu jatuh kene hati-hati 
lalu sungai lagi

Sekian  

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

1 comments:

  1. Assalammualaikum tuan.boleh sy dptkn maklumat @ no utk sy hubungi utk naik sumalayang?

    ReplyDelete