Trans Kluang yang rare

Salam,

Destinasi gunung seterusnya adalah meredah 3 gunung berkembar di laluan trek yang sama iaitu Gunung Belumut , Gunung Chemendong dan Gunung Gua Rimau. Pada bulan April 2009 dengan catatan di sini saya sudah mendaki Gunung Belumut dan Chemendong melalui kelolaan Orang Gunung Kuala Lumpur(OGKL). Saya tidak pasti kali ini mungkin atas desakan kawan-kawan lama dan baru yang turut serta mendaki maka saya membuat keputusan untuk ikut juga.

Bila tiba di Kluang, kami singgah di rumah Badek. Bersama beberapa kereta lagi yang turut singgah, ibu atau mummy Badek menyediakan sarapan pagi dengan sejam setengah masa untuk tidur. Kami bergerak selepas subuh setelah siap dengan pakaian mendaki.

Di bandar Kluang hanya ada banyak papantanda ke Gunung Belumut sahaja dan gunung popular untuk mendaki adalah Gunung Lambak. Kami masuk simpang ke Jalan Anggerik menuju ke Felda Ulu Dengar.

Trip ini bermula dengan sedikit masalah bila mana tiada permit dikeluarkan kerana cuaca panas@ekuinoq yang berlarutan sejak hujung tahun lepas. Sopi selaku juru pandu arah akhirnya berjaya mendapatkan permit dimana kami tidak bermalam di sana tapi sebenarnya perlu bermalam.

Sehari untuk bergerak terdengar di kabar-kabar angin terdapat seseorang tidak keluar dari Hutan Lipur dan kami jangkakan kami tidak dibenarkan masuk. Maka ramai anggota keselamatan terdiri dari bomba, askar dan para sukarelawan datang untuk memulakan operasi menyelamat. Mengikut kata Ramli selaku ketua program, trip perlu diteruskan dengan melalui jalan trans. Trans bermaksud mula dan akhir trip tidak sama tempat. Di tambah mencabar lagi jumlah perjalanan untuk hari pertama adalah 12 jam dan esok nya 10 jam.

Dipendekkan cerita kami sarapan pagi dan menaiki lori menuju ke permulaan trek. Kami bermula pukul 9.20 pagi dengan kekuatan 32 orang.

30 minit perjalanan kami tiba di Sungai Yong dan kami awal sejam setengah. Di sini ada sungai dan air terjun yang menarik untuk mandi. Perjalanan seterusnya jadi memenatkan. Kami salah arah ke kiri dan menurun ke bawah untuk tiba di tempat mengambil air. Setelah menukar haluan ke kanan yang menaik kami tiba di simpang pukul 6.petang dan meletakkan beg galas.

Cepat-cepat kami bergerak dalam 30 minit menuju ke puncak Gunung Chemendong. Sekitar sejam di puncak Chemendong, kami turun dan tiba di simpang. Setelah memulakan perjalanan menurun kami bergerak perlahan dalam gelap malam. 

Lagi setengah jam untuk sampai di kemsite yang bakal disahkan, saya mengalami kekejangan di kaki kiri serta masalah lain serentak seperti pitam dan terasa ingin membuat air besar. Nasib cuma 10 minit dapat melalui semua situasi tersebut namun saya terpaksa menyerahkan beg kerana badan terasa penat sangat dengan faktor cuaca.

Kami tiba di kemsite Sungai Kiri pukul 11.30 malam setelah ada rakan-rakan yang kepenatan merancang untuk terus ke CP4 mahupun CP1.

Kemsite agak besar tapi tidak rata. Pukul 2 pagi makan malam sudah siap tapi saya tidak menjamah pun.

Esoknya ada permintaan untuk ke Gunung Belumut sahaja jika sampai sebelum pukul 2. Misi diteruskan ke Gunung Gua Rimau jika berjaya. Saya dan beberapa rakan tidak turut serta kerana batasan masa. Rupa-rupanya telahan saya tepat kerana rakan-rakan yang sudah sampai awal di Gunung Belumut tidak sampai ke puncak Gunung Gua Rimau kerana belukar yang susah dan masa semakin suntuk.

Kami semua berkumpul di CP1 dan yang sudah lama di sini mula bergerak keluar ke Taman Lipur dengan perjalanan selama 40 minit sebelum suasana gelap.

Setelah semua tiba di Taman Lipur, lori pun tiba agak lewat membawa kami ke kereta. Kami bersiap dan mula kembali ke haluan masing-masing pagi ini juga. Sekian untuk trip kali ini.
    
Gambar dari watsapp

naik lori
hakim bagak kasi konduk exercise
briefing tentatif dari Ramli
kasut mawi kopak 
lama trail ni 

roi pewai awal ... kite pewai turun


sampai puncak Chemendong


budak-budak nakal




 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment