MengGagau di Tasik Kenyir

Salam,

Selepas pulang dari Sulawesi, satu lagi pendakian yang telah lama ditunggu-tunggu, Ada yang 10 tahun menantikan tarikh untuk mendaki Gunung Gagau yang terletak di Tasik Kenyir di Terengganu manakala dalam senarai masih tiada nama Gunung Gagau untuk didaki dalam setiap kalendar mendaki Orang Gunung Kuala Lumpur(OGKL). 

Kali ini dengan kehadiran ramai muka lama dan seorang muka baru, pendakian selama 3 hari bakal menyusul di Tasik Kenyir.

Gunung Gagau berketinggian 1376 meter merupakan gunung yang jarang dimasuki orang kerana perlu masuk melalui bot yang menyusuri Tasik Kenyir dari perhentian Pengkalan Gawi yang merupakan titik permulaan kami. 

Dari Pengkalan Gawi kami termasuk 2+1 guide seramai 22 orang bergerak menaiki bot selama sejam singgah di Sungai Cicir tempat permulaan mendaki. Sejauh 53 kilometer diredah pagi ini. 

Selepas cerita itinerari, doa selamat dan regangan badan, kami bergerak lagi 5 minit menuju ke tengahari.

Perjalanan tidak terlalu menegak bahkan ada naik dan turun sedikit di mana kedudukan dari permulaan hanya beza ketinggian 100 ke 150 meter sahaja cuma jarak nya sangat jauh. Kami berenti di satu kawasan luas untuk makan tengahari dan berhenti lagi untuk solat. Ada terlalu banyak kawasan yang boleh kami berhenti tapi kami tidak terlalu banyak berhenti. Perjalanan hari ini ada sedikit hujan.

Kami melalui 2 kawasan tali yang sangat tebal dan panjang. Tapi untuk sampai  ke Kem A, kami perlu menghabiskan tali sebelum tiba. Tetapi kami terbabas ke depan tanpa melihat simpang di kiri yang ditanda dengan anak panah yang ditampal di pokok-pokok.

Kami tiba di Kem A yang luas pukul 5,30 petang dan memasang khemah dan fly serta hamok. Di sini terdapat sungai untuk mandi dan memancing ikan. 
    
Hari berikutnya kami bermula lewat sehingga pukul 9 pagi akibat sesat di permulaan trek. Di ketinggian masih sekitar 350 meter untuk menuju lagi 1000 meter dengan jalan yang naik tidak tinggi serta ada masa turun, perjalanan kami menuju ke Kem B untuk berhenti rehat. Pukul 12.30 tengahari kami bergerak lagi menuju sehingga ke tempat helikopter mendarat serta kawasan kajian di sebelahnya,. 

Sekitar pukul 4.45 petang saya dan rakan dibelakang tiba di puncak yang tidak luas. Kami bergambar sebelum hujan lebat turun. Kalau naik dari kem B ke puncak dalam 4 jam tetapi masa menurun cuma sejam 30 minit sahaja. Kami tiba di kem A pukul 9 malam dengan khemah yang runtuh akibat hujan tadi. Selepas makan malam kami tidur dahulu dan ada yang masih terus menyembang.  

Esok nya kami bergerak turun pukul 10 pagi setelah berjanji dengan Pak Arman yang merupakan ketua bot syarikat Ketengah yang menghantar kami hari kelmarin dan akan tiba pukul 2 petang.

Alhamdullillah kami sampai tepat masanya. Selepas tiba di jeti Pengkalan Gawi, kami bersiap dan makan sebelum acara suai kenal ringkas bermula. Selepas itu masing-masing pun bergerak ke haluan sendiri. Saya tiba di LRT Gombak mengambil kereta dan tiba di rumah pukul 10.30 malam.

jeti Pengkalan Gawi
turun dari bot
kemsite tiba awal
di kem B rehat dulu 

kawasan kajian dan tapak heli 
batu sempadan  
batu sempadan 3 negeri 
di puncak gunung gagau 

gambar di puncak bersama kamera faizal fbk
tengok pemandangan 
dalam bot naik balik 
tengok pemandangan tasik kenyir 
ada bot rumah ... boleh sewa nanti 
kawasan paya bakau

Gambar-gambar ada yang diambil dari rakan-rakan di watsap.

Sekian sahaja perjalanan saya kali ini.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment